Friday, December 26, 2008

2008 selamat tinggal...



Esok malam saya bertolak ke Kuala Lumpur lagi. Untuk kesekian kalinya saya ke Kuala Lumpur. Menghabiskan sisa-sisa sebagai mahasiswa yang diulik kesenangan. Ya, kesenangan berbanding pelajar master dan PHD yang saya dengar sangat tertekan. Wah, saya suka.

Tapi kali ini saya ke KL dengan rela dalam keterpaksaan. Berpisah dengan bonda dan ayahanda tersayang. Pergi mencari ilmu. Moga Allah panjangkan umur kami untuk bertemu lagi. Tak siapa tahu, siapa akan pergi dahulu. Namun itulah hakikatnya. Bukan kehendak kita dan bukan siapa hendak dalam amalan yang sedikit ini untuk pergi dalam tidak bersedia. Yang saya fikirkan sekarang ialah “adakah amalan aku cukup untuk dibawa ke sana dan adakah aku bersedia menghadapi kemungkinan kemungkinan yang bakal tiba nanti”. Wallahu’alam.

Yang penting senyum. Senyum itu membahagiakan orang yang kita sayang. Begitulah juga kalau sedih. Jadi jangan sedih. Tangisan hanya untuk Allah swt. Semoga berusaha ke arah itu.

Saya baru selesai membaca buku motivasi Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Wah, impaknya begitu terkesan di hati saya usai melewati tirai akhir 2008 ini. Melangkah ke usia setahun lagi. Saya semakin dewasa. Membaca bukunya yang menceritakan berbezanya kaum wanita dan lelaki ini membuatkan saya termenung kesedihan. “Muaknya aku dengan perangai-perangai yang perempuannya begitu dan lelakinya begitu. Nak cakapnya kat sini hinanya kita sebagai hamba Allah ni. Tak ada apa yang patut diseronokkan hidup kat dunia ni pun. Benci aku!”

Bila saya fikir-fikirkan kalau… ha, itu bahaya tu. Semua ni dugaan yang Allah bagi kat kita semua ni. Manusia. Ah, tak perlu fikir menyesakkan otak. Mari saya bawa anda telusuri kenapa saya kata hinanya manusia ni. Isk tak retilah pulak.

Dah tiga hari saya tak menulis blog. Saya duk fikir apa nak cakap ni. Pilihan raya kampus dah dekat. Nak cakap pasal tu. Pastu fikir ada tiga orang kahwin 3 hari ni (orang terdekat dengan saya). Orang-orang itu ialah Kak Mariah, Kak Aiman dan sepupu saya Kak Suriana yang selamat dinikahkan tadi dengan pilihan hatinya Manoj Rao bin Abdullah. Alhamdulillah. Pastu fikir lagi nak cerita pasal PPSMI. Pastu fikir lagi untuk bercerita mengenai Psikologi kanak-kanak. Semua menghambat. Sampai akhirnya saya dah tertangguh kerja. Semua tak jadi.

Oklah saya nak rilekskan otak dengan membuat ‘post mortem’ selama sebulan saya bercuti di rumah saya. 26 Nov lepas saya pulang ke rumah dan 26 Dis saya akan bertolak ke KL semula. Ok, apa yang saya nak & dah buat semasa cuti? Ha ni dia berserta dengan markah sekali :

Matlamat:
I) Lepas cuti ni dah pandai survive sendiri. (58% B- )

1. Memasak **
2. Tarbiyah diri meningkat **
3. Plan hidup masa depan sudah berjejak **
4. Jadi pengemas dan berjiwa Ibu **
5. Tahu kesusahan hidup abah dan mami **.


II) Hubungan dengan sahabat diikat kembali (>60% B- )

III) Plan strategik jualan berjejak (50% B- )
1. Ladang Kambing
2. Sambung belajar
3. Blog bertema


(IV) Keyakinan untuk turun mengajar (50% B- )

(V) Dapat dengar berita mandarin. (<30% D+)

Indikator tercapai: (B- 55-65 %)

Haduih. Apa la Sen(^_^)um ni. Seng(^=^)ih adalah. Bajetnya nak dapatkan B+ atau A-. Tak capai jugak. Malah rasanya C+ je kot yang sebenarnya markah tu. Sebab bajet nak hafal quran dan baca risalah-risalah sebagai rujukan. Banyak buat rutin sangat. Tak ada usaha pecutan pun. Gagal! Huh!

Memadai tak kalau saya buat azam tahun depan untuk memperkasakan apa yang tidak jadi perkasa lagi ni atau saya patut tambah apa lagi?

Banyak berangan!

“ Di sinilah kesilapan ramai orang. Mereka hanya tahu bercita-cita, sedangkan tidak menanam sebarang imaginasi”

“Imaginasi adalah satu aktiviti otak yang ada skrip dan ada noktah.”

“Gariskan dan senaraikan semua kemungkinan untuk ke situ, langkah-langkah serta halangan-halangannya.”


Hmmm. Akhirnya terhantuk baru nak terngadah. Kalau tak, asyik syok sendiri kononnya cuti aku nak buat ni. Nak buat tu. Tengok banyak lagi tak berjaya kan? Anda pula mesti hebat kan? Mesti dah berjaya capai kan? Nanti ceritalah. Sebagai ‘booster ‘ buat saya. Mesti saya ‘jealous’ nanti.

Minda juara! Jangan jadikan minda kita Minda Mangsa! (Amin Idris)

Azam saya tahun depan yang paling utama ialah saya nak jadi anak usrah & Kak Naqibah yang mencapai 70% markah ke atas. Usaha! Usaha! Ada cadangan ? Idea sekarang ialah saya kena buat Anekdot. Titik noktah.

“Berniaga adalah untuk orang yang tabah hati serta kental jiwa lagi rajin berusaha.”

“Orang yang mudah meminta maaf adalah orang yang kerap berbuat salah. Apabila mudah meminta maaf bermakna keraplah dia berbuat salah. Dari sudut sifat ini, sangat mulia, tetapi dari satu sudut yang lain ia tidak menggambarkan sikap menarik sebab orang yang kerap berbuat salah seolah-seolah tidak pernah belajar.”


Okeylah, penghabisan muhasabah saya di sini saya sudahi dengan kata-kata happy ini,

“Jalani hidup kita dengan tenang, bahagia, ceria dan gembira. Ambil semua elemen di sekeliling kita sebagai ‘booster’ kecemerlangan hidup.”

“Hidup sentiasa indah bagi orang yang hatinya indah.”


Selamat Menyambut Awal Muharam 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009!

Rujukan: Membina Cinta Sayang, 2008, Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

Monday, December 22, 2008

22 Dec

Kali ini kita santai-santai melayan hari yang hanya tinggal empat hari lagi sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Saja nak kongsi halnya tentang sikap saya. Hidup sementara sahaja. Kalau banyak berkongsi, hati jadi senang dan hidup jadi ‘happy’.

Kenapa nak susahkan diri mengenang perkara yang lepas sedang hari ini hari istimewa untuk kita. Hari ini tak sama dengan kelmarin dan hari esok tak akan sama dengan hari ini. Jadi mari kita layan hari ini seistimewanya mungkin. (21 senjata mukmin yang ditakuti iblis, abu salam ismail ,2001).

Analisa ini hanya sedikit sahaja daripada ‘the total of habits’ kerana ia hanyalah kajian pukul rata oleh Dr. Fadhilah Kamsah . ‘Behaviour is so abstract’. Mengenali seseorang memerlukan lebih 3 hari untuk kita tahu siapa dirinya yang sebenar sebagaimana mafhum hadith Nabi saw. Jangan kita sengaja mencari kesalahan seseorang kerana nescaya kelemahan seseorang itu dengan sendirinya akan terbongkar tanpa kita cari ( tidak silap saya, ia juga mafhum hadith)

Selamat berkenalan!

OKTOBER

suka sembang
- Tapi abah cakap saya tak pandai sembang pun. Sedara mara datang rumah saya selalu terlupa nama dan ‘how life' diorang.

suka org yg sayang padanya
- Tak boleh mengajor budak nakal ni. Macam mana ni?

suka ambil jln tengah
- A’a. Tak suka beratur panjang, jimat minyak kalau lalu jalan ‘short cut’ tau.

sangat menawan & sopan santun
- Huhu yang ni buat saya mudah perasan. Anugerah Allah untuk dilihat oleh semua. Alhamdulillah.

kecantikan luar & dalam
- Ish bahaya ni.

tidak pandai berbohong & berpura-pura
- Susah pegang bahagian siasah ni

mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
- Mami saya selalu ‘jealous’ kat saya. Tak hilangnya kasih anak mami sorang ni.

sentiasa berkawan
- Kawan la selagi hidup

hatinya mudah terusik tetapi merajuknya taklama
- Ini namanya peka. Saat ni muka akan mudah berubah. Tambah-tambah pipi cepat menyirap.

cepat marah
- Marah dalam hati jer. Ini yang buat saya sesak nafas ni. Menyusahkan otak jer.

macam pentingkan diri sendiri
- ‘Macam’ ni maksudnya pandangan orang pada saya. Orang tak tahu saya sayangkan mereka.

tidak menolong org kecuali diminta
- Agak mengena juga dengan perangai saya ni. Tapi kalau kerja itu ada kepentingan untuk saya, jalan. Tapi bila saya dah tahu ciri ni tak elok. InsyaAllah saya berusaha mengubahnya.

suka melihat dari perspektifnya sendiri
- Yang ni selalu buat orang marah kat saya. Haha. Yang ni la paling best. Satu lagi saya ni suka mengusik orang. Jangan marah. Tapi saya ni suka berbincang. Masih boleh dirunding.

tidak suka terima pandangan org lain
- Yang ini kadang-kadang jer. Betul 50% jer ni.

emosi yg mudah terusik
- Yela2.

suka berangan & pandai bercakap
- Berangan tu betul. Tapi pandai bercakap tu, tak kot sebab selalu saja orang kurang faham. Tapi mahu akan memandu kea rah mampu. Chayyok3x

emosi yg kelam kabut
- Yang ni betul. Bila nak ‘speech’ selalu menggelabah. Nak jumpa dengan orang hebat-hebat pun macam ni jugak. Sejuk..

daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
- Yang ni saya kene fikir dua kali sebab saya banyak dosa. Firasat orang yang warak boleh dipercayai, tapi saya, kadang-kadang.

suka melancong,bidang sastera & seni
- Suka melancong kalau ada duit jer. Mungkin ini masa depan. Saya suka baca kisah pengembaraan Dr HM Tuah Iskandar. Karangan dia best! 3 thumb up! Kalau seni tu, boleh la sikit-skit, saya ada belakang siput kat jari manis saya. Sastera? Patut la biologi saya selalu cukup makan jer. Tak kesah lah.

pengasih ,penyayang & lemah lembut
- Ehek ehek. Hanya Allah yang Maha Pengasih Penyayang.

romantik dlm percintaan
- Fuyyo.. Jiwang ker? Biarlah rahsia.

mudah terusik hati & cemburu
- Biasalah.

ambil berat tentang org lain
- ‘Sharing is Caring!’. Everybody have it. No wonder.

suka kegiatan luar
- Yang ni betul. Haha. Tapi tak pernah serius mengkecimpungkan diri. Biasa-biasa saja.

org yg adil
- Allah Maha Adil

boros & mudah dipengaruhi persekitaran
- Tak dapat dinafikan. Macam mana nak atasi masalah ini yer. Ha sudah la siapa jadi suami aku. Hehe.

mudah patah semangat
- Yang ni InsyaAllah saya cuba elakkan. Buat apa nak pakai yang buruk. Yang buruk letak tepi. Kita bina paradigma diri baru. Get more possible than impossible. Berani tanggung risiko? Baru tahu siapa yang patah semangat dan bagaimana cara atasinya…


Saya terima sms daripada sahabat baik saya Nor Amalina Rohaizad. Ex-roomate saya di tahun dua pengajian sarjana muda. Best melayan…mungkin boleh aplikasikan untuk aktiviti santai mengeratkan ukhuwah dengan anak usrah anda. ‘Just suggestion’…

SILA JAWAB SOALAN NI DENGAN JUJUR. BALAS TAU;-)
1. Gelaran awak bagi kat saya?
2. Lagu yang awak rindu saya
3. Ape yang wat awk ingat pasal saya?
4. awk nak saya jadi ape untuk awak?
5. Nasihat untuk saya?
6. Nama saya yang awak save kat hp awak?
7. Benci or suke saya?
8. Sebab benci or suke?

Saya dah jawab untuk dia. Dan ini pula balasan untuk saya. I appreciated it so much! Thanks Amal. I have to filter is a little to cover any controversial issues.

1. dib dib
2. lagu westlife vs amr diab
3. photoshop, AI, pOyO, moto
4. sahabat dunia akhirat
5. fikir molek ‘before’ wat papa kijo, jgn slalu wat kijo ikut hati awak ja.hehe
6. dib dib
7. mst la suke
8. suke sbb dib dib adalah dib dib

Us¬ia d¬un¬ia s¬ud¬ah ter¬lalu hampir¬ k¬e pen¬g¬hujun¬g¬n¬ya,ter¬lalu! S¬o¬,it’s¬ g¬o¬o¬d¬ if we c¬an¬ r¬emin¬d¬ eac¬h o¬ther¬ bec¬aus¬e in¬ R¬as¬ulullah’s¬ las¬t s¬er¬mo¬n¬,bag¬in¬d¬a pun¬ d¬id¬ men¬tio¬n¬ that all tho¬s¬e who¬ lis¬ten¬ to¬ him (o¬n¬ s¬hall pas¬s¬ o¬n¬ his¬ wo¬r¬d¬s¬ to¬ o¬ther¬s¬,an¬d¬ tho¬s¬e to¬ o¬ther¬s¬ ag¬ain¬; an¬d¬ may the las¬t o¬n¬es¬ un¬d¬er¬s¬tan¬d¬ his¬ wo¬r¬d¬s¬ better¬ than¬ tho¬s¬e who¬ lis¬ten¬ to¬ him d¬ir¬ec¬tly…

Yan¬g¬ baik¬ d¬atan¬g¬ d¬ar¬i Allah & yan¬g¬ k¬ur¬an¬g¬ itu is¬ fr¬o¬m my weak¬n¬es¬s¬es¬. D¬o¬ impar¬t this¬ k¬n¬o¬wled¬g¬e; yo¬u’ll lo¬s¬e n¬o¬thin¬g¬. (Dr Fadhilah Kamsah)

21 DEC

myislamnetwork.net

Namun demikian pihak urusetia MyIslamNetwork.net menerima aduan bahawa masih wujud individu-individu yang tidak bertanggungjawab menghantar SMS palsu tuduhan tentang….
-------------------------------------------------------------------------------------

altmuslim.com

Since 2001, we've developed altmuslim.com into an introspective voice that helps promote a critical (and self-critical) analysis of issues regarding the Muslim world. Our name is inspired by the "alt.muslim" Usenet newsgroups from the early days of the Internet,
--------------------------------------------------------------------------------------

Pengalaman menghadiri perdebatan politik antara wakil pas dan umno semalam mebuka mata saya yang selama ini hanya melihat dari kaca tv sahaja muka KJ. Oh begini rupanya dirinya. ‘Hebat!!!’

Antara isi hangat yang saya sempat ingat kembali ialah mengenai:
1. Transformasi politik BN dan UMNO. Siapa benar?
2. Pas ‘pure’ dan Pas Erdogan?
5. Hukum Hudud: Undang-undang menyatakan pelaksanaan hudud hanya boleh dilaksanakan oleh perlembagaan persekutuan bukan oleh perlembagaan negeri. Jadi siapa kene boo semalam?
6. Siapa di belakang Menteri Besar Perak?
7. Perak: Kuota perumahan 50% kepada orang Melayu?
8. Pemerintahan di Malaysia Antara Dosa & Pahala? Mana satu yang anda dapat?


* Hebat betul ya KJ tu, macam mana dia boleh menegak benang yang basah ya? Berani!

msomelayu.blogspot.com

Dapatkan penjelasan detail laporan lewat Forum Transformasi Politik itu di sini.
--------------------------------------------------------------------------------------

Di sini suka saya menyatakan ketakjuaban saya apabila mendengar kata-kata ringkas daripada Pengerusi Kelas Penyokong PAS kebangsaan mengenai perbandingan antara PAS dan UMNO adalah PAS memperjuangkan perjuangan suci murni yang mana semua kaum di dunia ini adalah diciptakan oleh Allah swt, manakala UMNO memperjuangkan ketuanan Melayu.

ucapan-pengerusi-kelab-penyokong-pas
------------------------------------------------------------------------------------

Get addition reading about Islam here:
sunnipath.com

almeshkat.com
ymsite.com
--------------------------------------------------------------------------------------

What is chikugunya fever?


PDF
--------------------------------------------------------------------------------------

Saya ada baca blog kak naqibah saya. Benarlah katanya. Bukan seorang dua yang mengalami perasaan seperti ini. Malah lebih dari 7 orang. Merasa terpinggir daripada batch. Kalau buat gathering mesti ada puak-puak dan click masing-masing. Benci! Dan tak suka hadir dalam gathering.

Kalau anda nak marah. Silakan bagi komen membina.

Malah saya pernah mengajukan persoalan ini kepada seorang wakil rakyat bachok. Seorang wanita. Bagaimanakah ingin mengatasi masalah sensitif dan merasa terpinggir daripada ‘batch’ sendiri? Dan bagaimana ingin mengatasi fitnah di kalangan sahabat-sahabat kita sendiri yang mempersoalkan apa yang kita buat untuk organisasi kita? Apa? Apa? Atau akhirnya mereka kata, “ Manalah si anu ni, nak lari la tu. Padahal dah mengikat janji untuk setia. Tak takut azab Allah swt?

Jawabnya ringkas dan padat.

Allah swt tahu apa yang kita buat. Dan jangan biarkan diri kita diselubungi persoalan (misteri).

Moga sahabat-sahabat masih ingat janji kita untuk taat setia memperjuangkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR walau di mana kita dicampakkan. Mesti ada agenda! Jangan keliru dengan diri. Banyakkan bertanya dan bersoal jawab untuk menyelesaikan kekeliruan dalam agenda anda dan kita bersama.
-------------------------------------------------------------------------------------


Gambar rajah menunjukkan bila si anu itu jatuh ke lautan, hidupan daripada dalam lautan itu mengerumuni beliau berpusu-pusu sehingga gerombolan mereka menjadi pulau di tengan samudera lautan yang luas itu.

Apabila si anu jatuh pula ke daratan. Entah dari atas mana lah. Langit kot. Menyebabkan lekukkan si anu menakungkkan air. Air hujan mungkin. Menyebabkan hidupan di sekitar mengerumuni beliau untuk meminum air yang bertakung itu. Daratan tersebut ketiadaan air mungkin.

Friday, December 19, 2008

Perkongsian

Dah lama saya cari petikan ini, tidak silap saya daripada buku Khusyuk dalam Solat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hayatilah bersama satu perkongsian bermakna. Buat saya sendiri yang masih turun naik Iman dan membutuhkan konsistansi agar sentiasa ingat neraka itu amat JAHANNAM!!!
-------------------------------------------------------------------------------------


"Katakanlah: “Sesungguhnya sholatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (QS. Al An’am 6: 162)

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat waro’
(hati-hati) dan sangat khusyuk sholatnya. Namun dia selalu khawatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. Maka ia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih khusyuk dalam ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid (budak)
bernama Hatim Al Isam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan sholat ?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu sholat aku berwudhu zahir dan batin.”

Hisam bertanya,”Bagaimana wudhu zahir dan batin itu ?”

Hatim berkata, “Wudhu zahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh
semua anggota wudhu dengan air. Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gila dunia
4. tidak mencari atau mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat bangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata,”Lalu aku pergi ke masjid. Aku menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, surga disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian jembatan Sirotol Mustaqim. Aku juga menganggap bahwa sholatku kali ini adalah sholat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

Setiap bacaan dan doa dalam sholat kupahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhu. Aku bertasyah-hud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersholat selama 30 tahun, sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.” (QS. Al An’am 6: 79)

Isam mendengar dengan penuh takjub, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Inspirasi yang hilang (1)


Tiba-tiba elektrik tak ada jam isyak tadi. Saya yang sedang terlentang mengira PNGK hayat saya di universiti yang berbaki selama 2 semester lagi (1 semester panjang dan 1 semester pendek). Tak ada orang dalam gelap ni? Terimbas saya bagaimana dalam kubur nanti? Gelap begini?
--------------------------------------------------------------------------------------

“Kita mengajar di sekolah lebih susah daripada mengajar di universiti” Ungkap abah dalam lampu lilin.

Saya yang masih menghitung-hitung ‘pointer’ bakal akhir saya nanti mendengar dengan teliti perbualan abah dan abang.

“ Setiap tingkah laku dan gerak geri kita sentiasa diperhatikan oleh Guru Besar. Dia tengok kita mengajar daripada luar bilik darjah. Kita sahaja yang tidak sedar.” Atur abah dengan berhati-hati.

“ Dia tengok kita dahulu. Kalau ok, tidak mengapa. Kemudian, kalau dia nampak ada pelajar yang sedang berborak-borak di belakang, telahan lain pula yang akan timbul. Kalau ada peluang, dia akan bertanya kepada anak murid kita. – Bagaimana ustaz A ini mengajar? Faham?” Terus abah.

“ Mata pelajaran al-quran sunah tak banyak mana, semua sudah terangkum di dalam buku teks. Kalau nak cakap lebih-lebih, tak nak la sampai sesat pulak. Yang menulis di dalam buku teks tu pun dah kaji betul-betul dah isi kandungan dia. Jadi, tak perlu tambah.” Jawab abang.

“ Mengajar ni biarlah ilmu pelajar bertambah dan ilmu kita juga bertambah. Kalau sekadar kita mengulang apa yang ada di dalam buku teks sahaja, macam di bawah tempurung sahaja lah. Bawalah pelajar-pelajar itu ke luar sedikit.” Tuntas abah semula.

“ Pelajar-pelajar saya terima saya dengan baik sahaja. Mengajar pun, saya buat dengan baik sahaja. Cuma bila saya keluar daripada kelas, saya seperti rileks, minum-minum kopi dulu, melepak-lepak sekejap, makan-makan sekejap. Itu sebabnya ada pelajar yang laporkan saya ni mengajar sambil lewa.” Balas abang.


Mendengar perbualan mereka menyentap fikiran saya yang leka dengan kehidupan belajar di universiti ini. Bakal keluar juga sebagai guru. Bakal mengalami keadaan sekitar sekolah iaitu alam dengan rakan setugas, alam bersama pelajar-pelajar sekolah dan juga alam bersama keluarga baru. Itulah bakal duniaku pada masa akan datang. Perasaan sentimental. Hati dan perasaan. Membantutkan misiku dalam menyampaikan dakwah?Mohon aku, kekuatan dariMu Ya Allah.

Abah menyapa saya yang sedang membelek-belek dalam gelap itu, “Bah baca apa?”

Tak baca apa-apa, sedang menghitung ‘pointer’. Kalau tak hitung, nanti silap hari bulan ter’extend’. Dah muak dah belajar kat U----- ni. Nak keluar bekerja dah.

“Bah ni rajin membaca, banyak buku abah tengok Bah baca. (Eh, betul ke saya banyak baca?- Terapung aku sekejap) Tapi..”

“Tapi pointer rendah jugak.”

“ Ilmu ni kenapa tak nampak? Sebab tak diamalkan kan? Ilmu dan amal.”Abah berhikmah.

“ Satu lagi keberkatan, amalan akan mendapatkan keberkatan.” Tambah abang.


Saya tersengih dalam gelap tu. Yang mampu saya ungkapkan dalam hati saya ialah alhamdulillah saya adalah saya yang sekarang. Segala-galanya ada hikmahnya kerana mungkin Allah memberi sekadarnya disebabkan sikap saya yang mudah ‘perasan’. Perasan dalam erti kata lain ialah ujub, riak, bongkak dan seterusnya sombong. Alhamdulillah segala-galanya saya dapat sedar sekarang.

Hasil daripada perbualan tadi, saya bersegera mencari semula buku-buku sekolah saya di sekolah Maahad dahulu. Sudah lama saya berazam nak cari semula, namun yang saya temui hanya satu sahaja. Tafsir. Dan saya terjumpa rekod-rekod pelajaran saya dahulu. Saya terjumpa sesuatu yang tidak saya sangka. Impian untuk menjadi pensyarah fizik tercatat dalam esei saya yang saya telah hantar dalam permohonan menyambung belajar ke luar negara. Sangat tak sangka sebab saya ‘totally’ keluar bidang fizik sekarang. Ada hikmahnya. Allah sudah menjanjikan rezeki seseorang itu pada kadar yang sesuai dengannya. InsyaAllah.

Yang penting sekarang saya sedang menjadi diri saya dan memandang ke hadapan. Cuma sekali skala perlu memandang ke belakang mengutip mana yang tercicir dan membaiki kesilapan lalu. Banyak. Ya, banyak perubahan pada saya sekarang. Tapi kadang- kadang ada yang masih seperti dahulu. Polytrait.
---------------------------------------------------------------------------------------

* Nak mengajar apa ni ya? Subjek biologi tak boleh 'blah' mana. Nanti nak mengajar nanti bagi sajalah mata pelajaran apa pun. Boleh belaka.

Wednesday, December 17, 2008

21st holidays

"So what if the guy threw his shoe at me?" Bush told a reporter in response to a question about the incident.

"Let me talk about the guy throwing his shoe. It's one way to gain attention. It's like going to a political rally and having people yell at you. It's like driving down the street and having people not gesturing with all five fingers. ...

"These journalists here were very apologetic. They ... said this doesn't represent the Iraqi people, but that's what happens in free societies where people try to draw attention to themselves."

Bush then directed his comments to the security pact, which he and al-Maliki were preparing to sign, hailing it as "a major achievement" but cautioning that "there is more work to be done."

"All this basically says is we made good progress, and we will continue to work together to achieve peace," Bush said.


This is a standard dialog. I don’t know which proof from alquran want to put as to proof that the situation is only a bit of much of Yahudi & Nasranis’ action when they are in opposing site.

If me, when he start to comment, I will put the cotton into my ears and start to say this kind of people (Bush) now on emotional, so I can’t say anymore that he is stable. Yeah, I believe it until he starts too silent and thinking. But here we can know the true attitude (in emotional). So, my perception to Bush is, he is a COOL AND CRUEL. Congratulation!

---------------------------------------------------------------------------------
Back to my activity today, I do reading not with my heart. The effect is my head is just stuck with words and nothing touches my heart. I really miss the touchy situation. When...?

My head only think what is going to be tomorrow. Someone will come to my house. What will I talk?

24. Finish my Degree + join NGO + start my research
25. Start my carrier
26. Marry and buy a car
27. Get a child
28. Buy a house + start seriously my agenda.
29. Get stability in my school + Get 50 % research project + 2nd child
30. Buy a land and do grass farming
31. 3rd child
32. Get goats
33. 4th child
34. Get stability
35. Continue in master + propose my research to Senator.

* My plan still can be changed with the run of time. We are planning and Allah determines the reality. We do the efforts and the other way is TAWAKKAL.

O my Lord Please gives me healthy and your love to make me consistent in your way. Please give strenght my Iman on you and also Taqwa.

Al-Hafizah! One of my dream.

Mahu akan menghalusi mampu!

-------------------------------------------------------------------------------------
Rumah sewa kat tepi rumah dah gantikan dengan zink baru, tangga depan dan dapur belakang akan ditampal mozaik. Dinding akan di cat baru. Sayugia itu, sewa rumah akan bertambah mahal la kan?

Majulah ekonomi orang Islam! Tapi jangan Kau kaburi mata kami dengan wang ringgit semata Ya Allah!

http://www.citcat.com/index.jsp?lang=2

Tuesday, December 16, 2008

Cuti ke 20

Penat. Pos ni saya tulis pada cuti ke 21. Semalam saya tidur awal setelah penat menghabiskan duit kepada yang mewah. Semalam saya keluar ke Kota Bharu berjumpa dengan si Aini kesayangan yang sudah lama kami tidak berjumpa. Banyak yang kami sembangkan lantaran terlalu banyak nak dikongsikan bersama si kembar ku ini. Merangkumi kisah menunggu kerja, aktiviti di rumah setelah graduasi, alam jodoh ( yang ini paling hangat), rancangan sambung belajar, anak saudara, mak angkat, kisah sahabat yang sakit dan last sekali kisah pilihan raya kampus dan lain-lain.

Seronok sangat jumpa aini, biarlah hujan lebat sekalipun sanggup kuredahi. Semasa menunggu bas pun dia temankan. Suka sangat sahabat-sahabat yang saya kenal. Mereka memang suka menunggu bas untuk saya bersama-sama. Bersusah-susah untukku yang tak seberapa ini. Kalau saya bagaimana ya?

Berdiri di dalam bas. Ini sebenarnya perkara biasa bagi saya sejak di sekolah menengah lagi. Kalau 2 jam perjalanan dulu, saya masih teguh berdiri lagi. Tapi kalau 30 minit sekarang, saya dah longlai. Mengantuk. So takkan tidur sambil berdiri kan? Tak kiralah orang nak fikir apa, saya duduk saja atas lantai. Setelah berjaya mendapat tempat duduk, bangun saja, dah kat bandar Machang. Mungkin terlalu lama tidur, membuatkan gadis di sebelah bertanya, “ Kak nak turun kat mana?”. Dalam hati saya mengguman, takkan nak cakap saya dah terlepas rumah saya. Malu lah. Jadi, turun sahaja kat bandar.

• Kisah sampingan:
1. Ada seorang mak cik yang tak sihat marah-marah meminta satu ringgit. Kami tak bagi, jadi dia pijak kaki aini. Haha.
2. Saya menyesal kerana membeli selipar dan kasut yang mahal walaupun dah ditolak dengan 50% diskaun.
3. Saya membeli buku Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bertajuk Taqwa.

Saya dah baca bukunya yang bertajuk Khusyuk dalam solat. Sangat jelas lagi menerangi membantu pembacanya menghayati solat dengan kelebihan-kelebihannya. Terdetik di hati saya, kalau saya menemui buku ini sejak di sekolah lagi, tentu solat saya dapat menghayati solat dengan baik sejak daripada dulu. Jadi, ini mengukuhkan lagi kesukaan saya terhadap karya-karya beliau.

Mendengar buletin utama tentang Bush yang dibaling dengan kasut dan di panggil anjing semalam oleh seorang wartawan Iraq semasa lawatan terakhirnya ke Iraq membuatkan saya tersenyum. Abah pula menjerit terkejut. Top Issue 2008. 'Yeah I like it'.

Abah, Mami, Abang dan Adik Qi bergotong royong membaiki rumah untuk disewa di sebelah rumah kami. Abang sampai sakit pinggan. Saya buat apa? Tentulah berpoya-poya di dalam rumah. Out of taste!(Pemalas)

Sunday, December 14, 2008

Cuti ke19

Tukar Segera Kepimpinan PMIUM: Kepimpinan Kurang Efektif

Rentak semakin gusar. Halatuju pembinaan jaringan peringkat nasional harus menjadi landasan membentuk kematangan gerakan mahasiswa.

( Wah, menyirap darah bila membaca artikel saudara Nazree Yunus ini, mulanya tidak percaya, Namun bila difikir kembali, benar katanya. Bonda memang diperkotakkatikkan sejak awal beliau dinaikkan menjadi NC. Kesian bonda tanpa ada pembela)

PPSMI (Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris)--->
kesannya inilah. Yang untung hanya golongan'think tank' bukan?. Di sini hanya pelajar-pelajar yang berfikiran positif sahaja yang untung. Yang gagal berfikiran positif? Kesannya lihatlah. Tak 'best' bukan?. Penekanan sahsiah anak malaysia bukan nak diambil kira. Yang duk difikir hanya nak naikkan taraf karier sahaja. Bagus sangat. Konon.


Kahwin Semasa Belajar-->Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, terutamanya buat mereka yang menuntut di luar negara, gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembara, mencari pelajaran dari sebuah pengalaman, keluar dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti, lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.(saifulislam.com)

---> Saya setuju 200% kerana semasa 'menunggu' itu membolehkan kita mengisi masa dengan pelbagai perkara. Tamak! Ya, tamakkan ilmu sampai kalau boleh nak tangguh kahwin. orang yang 'Adventurous' kan? My planning nak kahwin umur 25. Wallahua'alam. Kalau dah jodoh, Alhamdulillah.

* Rahsia: Semasa saya di tahun satu dulu, saya pernah angan-angan nak kahwin sebelum grad padahal calonnya belum ada. Heheh. Minah Jenin.

Saturday, December 13, 2008

Doa yang menyentuh... sentuh la apa-apa pun

Doa ni abah suka. Taip je dai nada tajuk lagu astaghfirullahalazim. Restrict lagu ni. Tak leh copy dari internet. Kalau nak tahu hobi abah sejak saya kecil ialah nasyid. Tapi dah lama tak dengar abah nasyid. Kadang- kadang nama saya pun abah suka buat lagu. Teringat masa kecik dulu.

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah mina khotoya

Robbi zidni ilman nafi’a
Wawaffiqni amalan soliha
2x

Allah Tuhanku ampuni hamba
dari segala salah dan lupa

Akulah hamba yang lemah iman
Harap ampunan engkau curahkan
2x

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah mina khotoya

Robbi zidni ilman nafi’a
Wawaffiqni amalan soliha
2x

Setulus doa aku panjatkan
Semoga rahmat Engkau limpahkan
pada ibuku juga ayahku
yang melahirkan membesarkanku
Bagi mereka guru-guruku jasa tercurah
selalu untukku

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah mina khotoya

Robbi zidni ilman nafi’a
Wawaffiqni amalan soliha
2x

Berilah hamba ilmu berguna
Untuk pelita di dalam jiwa

Kuatkan iman di dalam dada
Tunduk patuh padaMu semata
2x

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah mina khotoya

Robbi zidni ilman nafi’a
Wawaffiqni amalan soliha
2x

Cuti Ke 18

Berita:



Polis tutup kawasan runtuhan -->
KUALA LUMPUR: Polis mengisytiharkan lokasi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dekat sini yang meranapkan 14 banglo pada Sabtu lalu, ditutup sepenuhnya bermula jam 12 tengah hari semalam kerana tidak selamat serta amat berbahaya.(Berita Harian)

Hari ni hujan lagi dan ramalan mengatakan akan hujan lagi beberapa hari lagi.

Selamat Pagi Malaysia. Menyiarkan secara lansung tentang Psikologi Trauma Tragedi. Kes runtuhan ini mengingatkan kembali kepada kejadian Tsunami 25 Disember 2004 dahulu ketika saya berada di matrikulasi. Gegaran yang amat sedikit tetapi kesannya amat menggegarkan jantung dan pembuluh darah saya dan orang yang mengalaminya sehingga ke hari ini. Bagaimanakah kiamat nanti?

Minda Pengarang: Pindaan AUKU pupuk kecemerlangan institusi pendidikan (Berita Harian) --> Benarkah mahasiswa hari ini semakin cemerlang? Atau Sport Sex and Song?

Pemilihan Hillary strategi pintar politik Obama ---> Strategi yang tersirat oleh parti Demokrat. Wah, ada agenda baru.


KL Composite Index dan Bursa dunia merudum lagi ---> ‘Ekonomi Pemerintah dunia’ semakin tidak stabil. Apa masa depan kita?



‘My Planning’:


Subjek kursus saya untuk semester terakhir. 'Fight for your future!!!'

Mana Kambingnya? ---> “Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah, sebelum kita memulakan sesuatu langkah atau kerja, kita perlulah terlebih dahulu mendapatkan ilmu mengenainya. Membuat sesuatu perkara tanpa sebarang ilmu, hanya akan menyebabkan kita kerugian dan menyesal.” (Rahsia Kambing)

Apa nak jadi ngan saya ni? Huhu… Masih ‘lambat’ saja…Boleh ke jadi ‘aku’ yang cemerlang?

Sumber Inspirasi yang hilang… nantikan..

Thursday, December 11, 2008

Untuk Kak Pipah, Selamat Pengantin Baru!!!


Selamat Pengantin baru Kak Pipah sayang

Semoga Kak dan keluarga kekal bahagia di dunia dan akhirat nanti. Terima kasih atas segala pengorbanan akak selama kita kenal selama ini. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan akak pada saya. InsyaAllah. Pada saya, akak pun salah seorang naqibah saya.


“ Adibah masuk pintu belakang ye, kak pipah dan kak noni masuk dari depan.” Bisik kak pipah buat pertama kalinya mengenali saya selepas minggu haluan siswa di kolej 4 tiga tahun lalu.

Entah macam mana saya boleh sesat ke dalam pertemuan dengan senior-senior tersebut. Kalau diingatkan kembali, memang nak tergelak juga. Akmal punya fasal la. Kononnya saya ni junior dia daripada KMPP dulu, dia boleh tersilap telahan boleh bawa saya masuk pertemuan tersebut. Kisah lama.

Pernah sekali kak Pipah bagi tugas kat saya supaya mengajak beberapa sahabat seusrah ke biliknya, tapi saya tersilap ajak. Apa lagi, kena denda la. Dendanya saya dikehendakki bagi tazkirah untuk iftar yang terpaksa direka oleh Kak Pipah kerana kesilapan saya itu. Hmm menggamit memori lama kan?

Kak Pipah juga pernah sekali mengajak saya menjadi fasilitator untuk Kem ibadah kanak-kanak kat masjid Shah Alam tak silap saya. Saya yang masa itu amat gilakan program amtlah gembira untuk menambah ilmu di samping ingin menimba pengalaman. Program anjuran NGO Jam’iyah Kuala Lumpur. Terima kasih memberi kepercayaan kepada saya walaupun saya baru setahun jagung ketika itu.

Kak Pipah, minta maaf tak dapat hadir majlis yang sangat bermakna buat akak dan insan baru dalam hidup akak. Saya sudah merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya kak. Pada awalnya, memang saya menyatakan persetujuan untuk menyertai rombongan ke Johor Bahru esok. Tapi bila saya minta kebenaran daripada orang tua saya, mereka membenarkan dalam menghalang. Saya cuba membuat sesuatu untuk memujuk hati mereka, saya buat Kek Coklat Moist. Namun akhirnya hati saya yang terpujuk sendiri agar menggantikan hadiah sebagai utusan ke rumah akak nanti.

Kek Coklat Moist. Sedap kak. Tapi maaflah saya tak boleh poskan untuk akak. Takut nanti posman yang menjamu dulu. Tengok gambar saja ya?



Taip saja kek coklat moist kat 'search google'



Masak 'topping choclate' (uht whipping cream+ coklat+ gula + majerin)



Buat potongan dulu (cadangan abah, hehe)



Bekilat kan?


Ingat lagi tak Kak Pipah dan Kak Noni selalu gelakkan saya sebab saya tak pandai masak dulu? Hehe. InsyaAllah saya belajar masak sungguh-sungguh. Nak bantu pejuang-pejuang di jalan Allah kan?

Kek ni baunya macam hangus, tapi sedap jugak ni. Rangup walaupun namanya ‘moist’.

Saya potong-potongkan dahulu kek ini supaya cairan ‘topping chocolate’ dapat masuk ke dalam hirisan-hirisan kek ini.

Selamat menjamu mata!!!

p/s: Kak A, inilah kek yang awak nak. ‘Sorry’ lambat siap. Jangan lupa ya Tupperware tu.

Wednesday, December 10, 2008

Persoalan yang saya ingin catat hari ini:

Hidup:
Bilalah saya nak buat ‘research’ ladang kambing saya ni?
Saya nak sambung master dalam bidang psikologi atau bioteknologi?
Solat yang sempurna?
Mami abah ‘sorryyyy’.


Sikap:
Macam mana lah saya nak usahakan ladang kambing kalau turun ke laman pun masih angkat kain?
Bila saya nak mula memaksa diri saya melaksanakan perancangan saya pada awal cuti ni?
Alamak, saya terlupa azam saya untuk belajar masak bersungguh-sungguh.
Pembersih?
‘Good in content and good in speech?’
Penangguh?


Realiti:
‘All that was spoiled!’
So, must I contemplate? Or say ‘Do you want to do or not?’


Konklusi:

Berlandaskan sikap proaktif, ‘I remind myself, ‘Please don’t do that emotionally’ dan apa sahaja yang terlintas, ‘merge it’ dengan cara Islam. Bukan untuk kesenangan diri sendiri tapi untuk ummah. ‘Impossible?’



Jangan biarkan dirimu diselubungi persoalan. (Jangan biarkan tanpa jawapan)

Nak atau Tak nak?

Tuesday, December 9, 2008

Ikhlas dan sabar


“Allah sedang berbicara denganmu tentang Ikhlas dan sabar… Itulah dinamakan Islam”

Terjaga di hening pagi bersahutan dengan ayam berkokok. Merendahkan diri kepada Zat yang Esa. Mengucapkan syukur yang tidak bererti dengan sekadar ucapan. Jika air mata menitis. Makanya ia lebih terkesan sehingga ke alam ruh.

Allah sedang berbicara denganmu. Berbicara mengenai Ikhlas denganmu. Hidup untuk memilih dan dipilih. Namun pilihan aku sering tersilap. Justeru kita masih diberi pilihan untuk masih lagi memilih.

“Jangan biarkan kita diselubungi persoalan.”

Persoalan yang tiada berkesudahan. Islam itu mudah. Hati itu yang payah. Hidayah itu indah. Ketenanangan yang hakiki adalah Syurga abadi. Ya, syurga. Kita hidup membuat pilihan kepada dua. Syurga atau neraka.

“Ketika saya bersolat seolah-olah saya sedang berada di atas titian sirotulmustaqim. Di kiriku neraka dan di kananku syurga. Jika saya lalai, maka neraka menantiku.”

Bicara kita bicara sufi. Mengkehendakkan bicara yang tiada suara. Hati yang suci memberi kita memilih bukan kerana nafsu. Kerana kita dapat memandang dengan mata hati. Hidup ini sekadar ilusi. Tiada makna semua persekitaran kita. Yang ada Cuma hati yang tulus suci.

“Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau mengurniakan ujian begini kepadaku.”

Ujian sekecil sebutir pasir di pantai. Belum lagi untuk aku memilih ke jihad medan pertempuran. Yang pasti segala keputusan di hatiku. Pandangan mata hati memanduku. Aku perlukan kekuatan daripada hidayahMu. Sekiranya pilihanku ini merupakan hidayahMu. Aku sujud kepadaMu. Syukur! Alhamdulillah.

Monday, December 8, 2008

فتاوى وأحكام: العيد




فتاوى وأحكام: العيد
أحكام الأضحية


موقع القرضاوي/4-12-2008

من فتاوى العلامة الشيخ يوسف القرضاوي
- السؤال: ما حكم الأضحية لغير الحاج؟ وهل هناك شروط خاصة يجب اتباعها وذلك عند نية الأضحية ؟


- الإجابة:


بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد..
الأضحية سنة مؤكدة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقد ضحى عليه الصلاة والسلام عن نفسه بكبشين أملحين أقرنين، عنه وعن آل بيته، قال: اللهم هذا عن محمد وآله وضحى عمن لم يضح من أمته صلى الله عليه وسلم . ويقول الإمام أبو حنيفة: إن الأضحية واجب، والواجب عنده فوق السنة ودون الفرض، فيرى أنها واجب على ذوي اليسار، والسعة، الحديث " من كان عنده سعة ولم يضح فلا يقربن مصلانا " فأخذ من هذا أنها واجبة. فإن لم يثبت وجوبها فهي سنة مؤكدة وفيها فضل عظيم


ووقتها يبدأ من بعد صلاة العيد، أسبق صلاة عيد في البلد، بعدها تشرع الأضحية، وقبل ذلك لا تكون أضحية، وقد أمر النبي صلى الله عليه وسلم من ذبح قبل صلاة العيد أن يعتبر شاته شاة لحم، ليست شاة نسك، وليست شاة عبادة قربة .. حتى لو تصدق بها كلها، فإنه يكتب له ثواب الصدقة ولا يكتب له ثواب الضحية، لأن التضحية عبادة، والعبادات إذا حد الشارع لها حدًا، ووقت لها ميقاتًا، لا ينبغي أن نتجاوزه أو نتقدم عليه، كالصلاة، هل يجوز أن تصلي الظهر قبل وقتها ؟ لا يجوز .. كذلك الأضحية لها وقت معين . هناك بعض الناس في بعض البلاد يذبحون في ليلة العيد، وهذا خطأ . وتضييع للسنة وتضييع لثواب الأضحية . وإذا عرف عليه أن يعيد الأضحية، خاصة إذا كان عليه نذر فيجب عليه وجوبًا أن يعيد ..فيبدأ من بعد صلاة العيد . ويجوز أن يذبح في يوم العيد نفسه، وفي ثاني يوم وفي ثالث يوم العيد .. بل هناك قول بالجواز في رابع أيام العيد .. أخر أيام التشريق . والأولى أن يذبح إلى الزوال، فإذا جاء وقت الظهر ولم يذبح، يؤخر لليوم الثاني، وبعض الأئمة يقولون: حتى بعد ذلك يصح الذبح ليلا ونهارًا ولهذا أرى أنه ليس من الضروري أن يذبح الناس كلهم في أول يوم العيد، حيث يكون هناك زحمة على الذبح، فيمكن أن يؤخر بعض الناس الذبح إلى اليوم الثاني أو الثالث، فيكون بعض الناس بحاجة إلى اللحم، فيستطيع أن يوزع في اليوم الثاني أو الثالث على أناس لعلهم يكونون أحوج إلى اللحم من أول أيام العيد.


هذا هو وقت الأضحية


وما يجزئ في الأضحية هو: الإبل والبقر والغنم.. لأنها هي الأنعام .. فيصح أن يذبح أيًا من هذه الأصناف. والشاة عن الواحد .. والمقصود بالواحد: الرجل وأهل بيته . كما قال النبي عليه الصلاة والسلام: هذا عن محمد وآله.
وقال أبو أيوب: كنا في عهد النبي صلى الله عليه وسلم يذبح الرجل عن نفسه وأهله شاة واحدة، حتى تباهي القوم فصاروا إلى ما ترى.
فهذه هي السنة.


وبالنسبة للبقر والإبل، فيكفي سبع البقرة أو سبع الناقة عن الواحد، فيستطيع أن يشترك سبعة أشخاص في البقرة، أو في الناقة، بشرط ألا تقل البقرة عن سنتين والناقة عن خمس سنوات، والماعز عن سنة، والضأن عن ستة أشهر . الضأن الجذع أباح النبي عليه الصلاة والسلام ذبحه ولو كان عمره ستة أشهر . واشترط أبو حنيفة أن يكون سمينًا، وإلا أتم السنة.

هذا ما يجزئ في الأضحية.


وكلما كانت أسمن وأحسن كان ذلك أفضل، لأنها هدية إلى الله عز وجل .. فينبغي على المسلم أن يقدم إلى الله أفضل شيء، أما أن يجعل لله ما يكره.. فلا، ولهذا لا يجوز أن يضحي بشاة عجفاء هزيلة شديدة الهزال، أو عوراء بين عورها، أو عرجاء بين عرجها، أو ذهب أكثر قرنها، أو كانت أذنها مشوهة، أو ذات عاهة أيًا كانت هذه العاهة .. لا ! إنما ينبغي على المسلم أن يقدم الشيء النظيف لأنه - كما قلت - هدية إلى الله سبحانه وتعالى .. فليتخير العبد ما يهديه إلى ربه ..و ذلك من الذوق السليم والله سبحانه لن يناله لحومها ولا دماؤها ولكن يناله التقوى منكم.


هل يتصدق بثمن الضحية ؟.


أما أيهما أولى: الصدقة بثمن الضحية أم الذبح؟
أما بالنسبة للحي، فإن الذبح أولى، لأن الذبح شعيرة وقربة إلى الله عز وجل (فصل لربك وانحر) فنحن ننحر اقتداء بسنة أبينا إبراهيم، وتذكيرًا بذلك الحدث الجليل، حدث التضحية . إبراهيم حين جاءه الوحي في الرؤيا، بأن يذبح ولده إسماعيل واستجاب لهذا الوحي، وذهب إلى ابنه وفلذة كبده، إسماعيل بكره الوحيد الذي جاءه على الكبر، وعلى شوق وفي غربة، فبعد هذا كله، وبعد أن رزقه الله، وبشره بغلام حليم، وبلغ معه السعي، وأصبح يرجى منه، جاءه الوحي عن طريق الرؤيا الصادقة ليذبحه إنه امتحان .. وامتحان عسير .. على أب في مثل هذه السن، وفي مثل هذه الحال، وفي ولد ذكر نجيب حليم، وبعد أن بلغ معه السعي، في سن أصبح يرجى منه، كل هذا ويأتيه الأمر الإلهي: اذبحه ! يريد الله أن يختبر .. قلب خليله إبراهيم ؟؟ أما زال خالصًا لله عز وجل ؟ أم أ صبح متعلقًا مشغولاً بهذا الولد؟ هذا هو البلاء المبين ..


والامتحان الدقيق العسير، ولكن إبراهيم نجح في الامتحان، ذهب إلى ابنه، ولم يرد أن يأخذه على غرة، ولا على غفلة، ولكن بصره بالأمر وقال له:) يابني إني أرى في المنام إني أذبحك، فانظر ماذا ترى) (الصافات: 102) ولم يكن في روعة موقف الوالد إلا موقف الولد فإنه لم يتمرد، ولم يتردد، بل قال في ثقة المؤمن وإيمان الواثق (يا أبت افعل ما تؤمر ) نفذ ما لديك من أوامر (ستجدني إن شاء الله من الصابرين) (الصافات: 103) كلام يشيع منه الإيمان والقوة والتواضع والتوكل على الله . لم يجعلها بطولة أو ادعاء للشجاعة، بل علق ذلك على المشيئة (ستجدني - إن شاء الله - من الصابرين ) رد الأمر إلى الله، ووكله إليه سبحانه وتعالى، فهو الذي يهب الإنسان اليقين، يمنحه الصبر، ويهبه قوة الأعصاب، (فلما أسلما) (الصافات: 103) أسلم الوالد ولده، وأسلم الولد عنقه، (وتله للجبين) صرعه إلى جبينه، وأراد أن ينفذ ما أمر به، جاءته البشرى، (أن يا إبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزي المحسنين إن هذا هو البلاء المبين . وفديناه بذبح عظيم) (الصافات: 104 -107) جاءه جبريل بالكبش وقال له: اذبح هذا بدلاً عن ابنك . فأصبحت سنة في هذا اليوم. نضحي تذكيرًا بهذا الحدث.


الأمم دائمًا تحاول أن تخلد أحداثها، وتجسد ذكرياتها العظيمة وتحتفل بأيام مجدها .. يوم الاستقلال يوم الجلاء .. يوم النصر. -الخ فكذلك هذا اليوم من أيام الله، من أيام الإنسانية، من أيام الإيمان هذا يوم بطولة خالدة، خلده الله بشعيرة الأضحية .. فالمسلم يضحي بهذا اليوم، وذلك سنة وهو أفضل من التصدق بثمنها، لأنه لو تصدق كل الناس بثمن أضاحيهم، فمعنى ذلك أن هذه الشعيرة تموت، والإسلام يريد أن يحيها، فلاشك أن الذبح أفضل . ولكن هذا في حق الحي .. وهو من يضحي عن نفسه وعن أولاده.


ولكن إذا كان للإنسان ميت، ويريد أن يهدي إليه في قبره ثوابًا، فماذا يصنع ؟ هل يذبح ؟ أم يتصدق بالثمن؟


القول الذي أرجحه وأرتاح إليه، أنه في البلد الذي تكثر فيه الذبائح ويكون الناس في غني عن اللحم، يكون في هذه الحالة التصدق بثمن الأضحية عن الميت أفضل .. لأن الناس كلهم عندهم لحوم، وكلهم مستغنون يوم العيد وفي اليومين التاليين له، ولكن لعل أكثرهم بحاجة إلى دراهم يشتري بها ثوبًا لابنته، أو لعبة لابنه، أو حلوى لأطفاله أو غير ذلك، فهم في حاجة إلى من يوسع عليهم في هذه الأيام المباركة أيام العيد وأيام التشريق، فلهذا تكون الصدقة عن الميت أفضل من الضحية في مثل هذه البلاد.
أما في البلاد التي يقل فيها اللحم، ويكون الناس في حاجة إلى اللحوم، ففي هذه الحالة، إذا ضحى الإنسان عن الميت ووزع لحم الأضحية عن ميته يكون أفضل.


هذا هو الذي أختاره في هذه الناحية


ثم هناك أمر آخر، وهو أن الميت تشرع الصدقة عنه بإجماع المسلمين، لم يخالف فيها أحد . فهنا أمران لم يخالف فيهما مذهب: الصدقة عن الميت، والدعاء والاستغفار له . أما ما بعد ذلك مثل: أن تقرأ عنه القرآن، أو تذبح عنه، أو غير ذلك، وكل هذه الأمور فيها خلاف.
ولذا فالالمتفق عليه خير من المختلف يه
ولهذا أقول :
بالنسبة للحي، الأفضل أن يذبح عن نفسه وأهله.


وبالنسبة للميت، إذا كان البلد في حاجة إلى اللحم يذبح عن الميت ويضحي عنه . وإذا كان البلد في غير حاجة إلى اللحم، فالأولى أن يتصدق بالثمن. وطبعًا، من حيث توزيع الأضحية، معلوم أن الأولى توزيعها أثلاثًا، ثلث يأكله الإنسان، هو وأهل بيته (فكلوا منها ) وثلث لجيرانه من حوله، وخاصة إذا كانوا من أهل الإعسار أو ليسوا من أهل السعة، وثلث للفقراء .. ولو فرض أنه تصدق بها كلها، لكان أفضل وأولى، على شرط أن يأخذ منها قليلاً للسنة والتبرك، كأن يأكل من الكبد أو من سواها، ليصدق عليه أنه أكل منها، كما فعل النبي صلى الله عليه وسلم وكما كان يفعل أصحابه.والله أعلم

Totally from :

Wednesday, December 3, 2008

Mimpi

Mengambil peluang mengikut abah ke Bandar hari ini saya membawa hadiah untuk dikirimkan kepada Siti Zulaikha. Dah lama sangat hadiah ni terperap kat tangan saya.

Setelah mami dan saya ke klinik gigi, saya ke kedai sekejap menunggu abah selesaikan kerja dia dahulu. Dalam perjalanan balik barulah saya akan ke pejabat post. Ya, setelah sampai ke pejabat pos, apa yang saya sangka meleset seratus peratus. Malah lebih saya kira. Pejabat sekarang. Bukan macam dulu lagi. Zaman sudah berubah. Kenalah berubah. Geram! Saya pun tekan sahaja nombor dan ambil giliran. Dahi saya dah berkerut dah menahan marah. Nombor menunjukkan 142 dan nombor di tangan saya 173. Bagaimana ni. Abah dan mami di dalam kereta.

Saya takut abah akan minta poskan lain kali kalau saya beritahu mereka. Jadi saya tunggu dan tunggu dan tunggu. Kening saya terkadang berkerut. Ah! Apa yang saya fikir ni. “ Jangan Nampak sangat aku tengah marah.”Gumam saya sendiri.

Rasa-rasa saya masuk tadi jam 12.15tghari. Sekarang sudah 12.45tghari. Apalah buat nombor macam ni. Saya sibuk memerhatikan kerani kaunter. Terkadang ada orang mencelah mendapatkan perkhidmatan. Saya geram. “Eh, boleh pula mencelah macam tu. Saya ni pun nak cepat. Sabar-sabar Adibah. Ok- ok.” Dialog saya lagi.

Sekali lagi saya teringat surah Al-‘AShr. Sabar

Tadi abah masuk sekejap beli stem dan sampul. Saya pun mengisyaratkan pada abah saya kene menunggu. Abah Berjaya mencelah (“daring action”) dan beli stem untuk saya.
Saya cuba bagi bungkusan kecil tu pada kerani. Dia cakap, “Nak pos biasa pun kena ambil borang, jadi kena ikut giliran.” Saya tanya, “Aik nak pos biasa pun kena ambil borang?.” Dia mengelak, “…..” Tidak berkata-kata dan tidak mempedulikan saya. Saya pun mengalah. Saya duduk semula. Ada lelaki muda menjeling pada saya. Mungkin dia kata, “Padam muka”. Saya pun buat dek saja. “Tak kesahlah”.

Saya terus menunggu dan menunggu lagi sehinggalah jam 1.15 petang dan azan zohor berkumandang. Macam-macam saya membebel dalam hati. Eh pejabat pos ni. Kalau buat sistem begini, tujuannya untuk apa? Dahl ah tak ada tempat bertanya untuk pelanggan yang nak berurusan. Memudahkan ketidakadilan berlaku. Sekejap kata nak beli stem pun kena ambil nombor, sekajap boleh pula mencelah.

Oklah, sekarang tiba giliran saya. Berlengah sahaja kerani ini. Oh ini tujuannya ya. Supaya kerani dapat bekerja dengan relaks. Sempat lagi bercerita kalau pos biasa nanti rosak la, takut tak sampai la. Oh itu rupanya nak saya isi borang rupanya. Saya pun terus nak pos laju sebab saya rasa darah saya sudah sampai ke ubun-ubun. Selesai sahaja urusan tu, sambil berjalan keluar pejabat pos tu saya koyak-koyakkan resit pos laju tu, saya lunyai-lunyaikan saya buang dalam pos laju ekspres. Wah. Geram sangat tu.

Saya pun cerita kat abah apa yang berlaku. Membuak-buak. Kemudian abah cakap kenapa tak keluar bagitahu abah masalah yang berlaku? Kalau boleh bincang, abah akan tolong bagi cadangan lain. Bagi pendapat abah beli sahaja sampul pos ekspres dan masukkan hadiah tu ke dalam sampul. Senang dan murah.

Masa tu saya pun fikir kenapalah saya marah sangat ni? Sampai benda seringkas itu pun saya tak dapat fikir. Kenapa ni? Macam mana nak hilangkan marah ni? Macam mana ni? Saya marah diri sendiri sebab tak dapat menurunkan lagi darah saya yang ada kat atas ubun-ubun ni.
Tiba-tiba, eh, saya ada mimpi perkara yang sama malam tadi. Ya, mimpi saya dan rombongan kolej saya sampai ke Machang dan berehat di depan pasar besar Machang untuk membeli makanan. Kami terpaksa beratur panjang. Dalam mimpi tu penjual nasi tu buat kerja sambil lewa. Tunggu punya tunggu.Bila sampai giliran saya, nasi pula habis. Tunggu masak nasi pula. Semasa saya tengah menunggu dalam barisan panjang tu, saya nampak abah dan mami saya baru selesai membeli makanan. Abah cakap, “Bah, marilah makan yang abah dah beli ni.” Saya menolak sebab alang-alang dah lama tunggu, saya nak tunggu sampai dapat.

Barulah saya sedar, saya pun ketawa terkekeh-kekeh sambil cerita kat abah dan mami. Di sini ada dua pengajaran yang saya dapat.


1. Mimpi yang saya alami itu lansung saya tidak jadikan teladan, manakan tidak kalau asyik marah.
2. Lain kali saya mesti berbincang dahulu dengan ibu bapa sebelum buat keputusan supaya masalah yang timbul dapat diselesaikan bersama-sama.
3. Berfikir dengan fikiran waras akan menemukan kita dengan hikmah yang tidak ternilai.
4. Pejabat pos perlu mengklasifikasikan urusan jika ingin membuat sistem nombor.

Will be cointinued...

Tuesday, December 2, 2008

Inifiniti Keyakinan

Hari ni saya nak tulis pasal ni la. Pasal saya ‘happy’ kerana sokongan yang diberikan. Mula-mula Kak A dan Kak Ma sahaja yang tahu saya ada blog. Kemudian abang saya. Mulanya saya ingatkan abe tau semasa kat rumah. Daripada Pekan Pahang dia telefon saya pula tu. Bukannya apa. Dia nak saya promosikan barangan jualan saja. Bersemangat dia suruh saya letakkan produk-produk barangan untuk diiklankan. Saya pun cakap la “ Ok, okla, saya letak la nanti”. Masa tu dalam bulan 10 lagi. Kelmarin saya tanya dia, dari mana tahu saya ada blog. Dia cakap dia terjumpa. Mungkin dia jumpa kat fotopages Kak A la kot.

Kemudian semasa saya kat rumah cuti ni, abah minta saya carikan video-video alif ba taa dan apa-apa sahaja tentang pelajaran kanak-kanak. Untuk siapa lagi. Untuk cucu-cucu kesayangan dia la. Nur Safiya (4 tahun), Nurain Syafika (2 tahun) dan Rizq Shahmi 2tahun).

Saya pun carilah sambil-sambil meng’topup’kan blog saya. Abah pun pelik apa saya buat sampai mengadap komputer sungguh-sungguh. Akhirnya, saya pun mengakulah saya tulis blog. Malu lah sebenarnya. Sebab kalau dulu saya sorok-sorokkan blog saya. Saya takut sangat kalau ada orang komen yang tidak membina tentang tulisan saya. Lagi pun dulu blog saya macam merapu sangat sebab saya banyak macam tulis diari. “I don’t want anyone know what am I thinking actually. Real.” Tapi itu dulu. Cara saya berfikir sangat sempit.

Apa yang saya gembira sebenarnya Labu? Ya, saya nak cakap la ni.
Sebab abah cakap “Bah tulis lah blog tu dengan bahan-bahan ilmiah. Buat kajian dan tulis ‘paper’ tu dalam blog supaya orang baca. Mana yang orang baca tu nanti akan dapat pahala kat kita bila dikongsikan. Waktu cuti ni bacalah buku-buku kemudian tulislah petikan-petikan yang kita baca.”

Alhamdulillah. Keyakinan yang boleh dikatakan tahap infiniti saya ungkapkan bila orang yang paling kita sayang (mami juga) memberikan sokongan supaya memberikan DAKWAH dan ISLAH dalam masyarakat hari ini. Untuk anak-anakku juga mungkin. InsyaAllah.
Syukur YA ALLAH! Kau anugerahkan keluarga yang banyak memberikan sokongan serta minda yang terbuka.

Buat Kak Ma, bila awak nak ada blog ya? Orang lain dah ada dah. Soki tu ada sebenarnya. Dia sorok-sorok jugak. Macam la saya tak tau.

*Abah tanya: Bah tulis apa dalam blog?

*Saya jawab kat abah saya: “Hehe malulah abah. Ore tak reti sangat. Tulis biasa-biasa jah. Ore kan tak reti. Kalu abah ya lah jugak. Abah pandai. Hantar e-mail pun tak sampai. Hehe.

*Abah tersenyum bila saya cerita kat mami: “Abah cakap ore tak pandai ajar dia, sebab tu tak sampai email tu.”

Cinta Anti

Ketika saya sedang menyusun semula dokumen-dokumen peribadi saya yang telah saya ‘burn’ ke dalam DVD sejak dari tahun pertama pengajian saya, saya telah terjumpa semula satu artikel yang sangat terkesan di hati saya. “Oh aku hampir terjerumus” monolog saya sendiri. Mujurlah dengan peringatan ini saya simpan sebagai bahan bacaan untuk saya belek-belek kembali. Moga ia juga menjadi modul untuk muhasabah diri anda juga. Saya lansung tidak mengubah sedikit pun struktur asal ayat penulisnya yang tidak saya pasti siapa orangnya. Ini kerana mengelak maksud asal penulis terpesong. Semoga terhibur!!!. Sen(^_^)Yum sokmo!!!


CINTA DI DALAM ISLAM

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantic atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating...malah orang yang bercinta dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis...kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan *zina hati*. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chatting kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa ~menggoda keimanan~ dengan rasa ^rindu^ dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta ~asmaradana~ bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tiada masalah hati...itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan ^kewarasan akal^ dan lebih mementingkan ^perasaan & nafsu^ akhirnya menjerumus kepada fahaman itulah ^chenta^ yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa?? >>>rasa rindu yg amat sangatt<<< ...sedangkan hakikat rindu yang sebenar hanyalah satu; rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan –-> iman <---.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan [kebaikan] [keimanan] dan [keutuhan pendirian] kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.

Malah, masalah samada sayang ke, samada tak sayang ke...tidak timbul...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembleng meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani & rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam...bukan seperti sebahagian anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata.

Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta...contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat & peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata :: cinta berpaling arah :: atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangn cinta murahan hanya satu <> yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati.

Ada yang jadi baek...bercakap yang baek2 di depan orang yang di cintainya...almaklomle yang di cintai itu seorang yang beriman...tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan yang laen mulalah membebel ntahapehape kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu...berasaskan cinta yang penuh didikan “iman”... perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam ^jerat percintaan^ yang tak patut...sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru...mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina.

Bila seorang menyampaikan hasrat cintanya...perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita...maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya...kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui...ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah #ketidakfahaman# konsep cinta berasaskan Islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan diri kita dirapati akan perasaan mereka...agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.

Ini tidak, anak gadis dan pemuda suka :: melayan & melayan :: dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati-hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita EGO...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu?? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman, mempunyai sifat-sifat yang [[[ konkrit ]]] di dalam pendirian mahupun akhlak...bukankah akhlak yang *cantik* terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik ...?

So, kata-kata bidalan “berkawan biar beribu bercinta biar satu” tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah +++; bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua ~panahan cinta~ di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana =fitnah=.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik...di situ sudah menampakkan penilaiannya...di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik... dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:
“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu”

Monday, December 1, 2008

The Lost Diamond


Who am I?
I’m somebody to me and nobody to anybody.
I’m just want to be a good daughter to my parent, good friend to my friend, good sister to all my siblings, good sister to all my care taked sisters and brothers, good leader to all my followers and good youth to all old senior citizen.
But I want to be an excellent slave to my God. Allah. S.W.T. I come to this world because my God want me to search something to think, do and practice. I’m poor in that.
I love my God because my God give me knowledge and caring me in everything i do.
I’m speechless if my God ask me to stop do everything and just stop!…. Wallhua’lam

Writing blog is one of my efforts from some of my efforts to be a better muslimah.
These efforts didn't take one or two days to become a very consistent amateur.
I’m admitted and proud of blog or web editor and also the writers in finishing their writing with their own creativity.
That is a bonus value in their live while I’m not so.
I have started my writing while primary school actually and I also believe every single students also has started writing at that time too. Really.In “Penulisan” lesson right? Remember?

My blog in friendster is one of the starting points. You can see my retarded step from there because I had written the really I am. Really

Actually, from my primary school, my ambition is want to be an amateur writer of novel beside want to be a lecturer or a doctor. That’s the ambitions to be at that time. Really.

As the history, I’m very proud of Adibah Amin the famous writer in our nation. Also Adibah Nor the VERSTILE entertainer in our nation. My name also meant ‘sasterawan’ and high knowledgeable. I’m so appreciate it. Really.

I started the writing at university since my first year study as I am one of members in publication committee for Balai Islam 4th College and PMIUM. I am also one of members in concepts and graphics’ committee for college magazine.

But till then, I don’t know how to emerge my ability actually my hobbies with my Bachelor degree of Science Education. I didn’t focus more on my study. Really. I get the unsatisfaction results then.

There are many my friends have inspire me back after I stop for a long time. Dik Nabilah as the first one. Really. After I have started my step again. Then, as I didn't expected, I have found “The Lost Diamond”.

So, in being a good companion of a writer. I found a strength. The life becomes more directed and my goal was setted. Here, I learn about the heart and mind of writers. The feeling. I learn why someone is crazy in writing and I also learn how to be a better manager in writing. The unsung lesson is inspire me. Lastly, from writing, I learn to get off my egoism and try telling the truth. To “The Lost Diamond”. Thanks a lot.

Sorry for my bad English.

Motivasi daripada Allah swt


Dari dulu sampai la sekarang, saya pelik dan hairan. Kenapa ya? Kenapa?

Kenapa Ad-Dhuha? Kenapa ada solat dhuha? Kenapa ya? Tapi bukan saya ingin mempertikaikan. Saya cuma nak tahu apa asbab dipanggilnya solat sunat dhuha.

Tak kenal maka tak cinta. Dah jatuh cinta nanti melekat la. Senang cerita bapak halang pun sanggup pertahankan cinta sejati tu.

Okay kita sambung balik. Saya pelik bukan kenapa. Sebabnya kenapa dulu pernah disiarkan di televisyen sebuah drama terbitan RTM tidak silap saya bertajuk Mohd Dhuha (lebih kurang la). Saya pelik kenapa watak utama cerita tu sangat bersungguh sekali mengerjakan solat sunat tersebut walaupun dia masih kecil. Subhanallah! Bagi saya masa berumur 10 tahun begitu masih asyik bergembira dengan kawan-kawan sekolah. Tak sedar diri lagi. Hehe. Itu dulu.

Dalam drama tersebut, Mohd Dhuha itu akan menunaikan solat dhuha di surau sekolahnya setiap hari di waktu rehat. Mungkin sebelum atau selepas makan. Mohd Dhuha ni anak yatim. Tak ada ayah dan orang susah.

Okay lah. Sekarang saya masuk kepada tujuan utama saya imbas kembali drama ini. Mari kita telusuri maksud surah Ad-dhuha. Surah yang ditujukan kepada Nabi Muhammad saw daripada Allah SWT.

1. Demi waktu pagi.

Ungkapan ini melahirkan suasana mesra yang lemah-lembut dan kasih yang tenang di samping melahirkan kerelaan yang syumul dan rindu dendam yang halus.

2. Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.

Waktu malam yang tenang, jernih, hening, diselubungi tompokan-tompokan awan

yang tipis yang merangsangkan perasaan sedih, bimbang dan terharu yang halus dan renungan yang tenang seperti suasana hidup yatim dan menumpang orang lain.

3. Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia murkakanmu.

Allah tidak sekali-kali rnembiar dan membuangmu sebagaimana dikatakan oleh kaum Musyrikin yang mahu menyakiti hatimu dan merungsingkan fikiranmu, kerana Dia adalah “Tuhanmu” dan engkau adalah hamba-Nya yang dihubungkan kepada-Nya dan disandarkan kepada Rububiyah-Nya, dan Dialah Penjaga, Pelindung dan Penaungmu.

4. Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dan dunia.

Itulah pengertian kebaikan dari awal hingga akhir.

5. Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya) kepadamu

dan engkau tetap berpuas hati.

Dan Allah akan terus memberi taufiq yang dikehendakimu dalam menjalankan tugas da’wahmu, menghapuskan segala halangan dan rintangan dari jalanmu, memberi kemenangan kepada agama dan kebenaran yang diperjuangkanmu.

Kemudian surah ini terus mengingatkan Rasulullah s.a.w. tentang hubungan beliau dengan Allah sejak permulaan jalan hidupnya lagi agar beliau sentiasa mengenangkan budi baik Allah, kasih mesra dan limpah kurnia-Nya terhadap beliau, dan agar beliau mendapat keni’matan dengan mengingatkan kembali suasana-sausana rahmat dan kasih mesra Ilahi terhadap dirinya. ini adalah suatu keni’matan yang besar yang dirangsangkan oleh kenangan-kenangan indah seperti berikut:

6. Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah memberi perlindungankepadamu?

7. Dan bukankah dahulunya Allah dapatiinu dalam keadaan tiada pedonian, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?

8. Dan bukankah dahulunya Allah dapatunu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu?

seterusnya kisah beliau diselamatkan dari kemiskinan, maka Allah mengarahkan beliau dan umat Muslimin selepasnya supaya memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan dan menyebutnyebutkan ni’mat-ni’mat Allah yang amat besar yang dikurniakan kepadanya terutama ni’mat mendapat hidayat dengan agama Islam:

9. Oleh itu, janganlah engkau hinakan anak yatim.

10. Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan.

11. Dan hendaklah engkau sebut-sebutkan ni’mat Tuhanmu.

Kesimpulannya, Mohd Dhuha tadi adalah simbolik/ analogi/ perumpamaan kepada surah Ad-Dhuha tadi. Dia sebagai seorang anak yatim menjadikan solat sunat dhuha sebagai penghibur hatinya. Seterusnya, dengan jawapan yang saya temui ini, adalah lebih baik saya dan kita mengajak sesiapa sahaja agar mengenali tafsir al-quran dengan lebih rajin supaya kita dapat mencintai apa ertinya kemanisan cinta kepada Allah dan RasulNya dengan murni dan diperhalusi lagi. Tidak layak untuk saya menyatakan saya telah menjadi kekasihNya. Saya hanya mampu mencintai dari dalam hati …

“Buang jauh akhlak tercela, hiasi diri dengan akhlaq mulia, dan sucikan jiwa dari segala dosa”. (Fadhul Mu’in)

Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menguji orang yang berbicara dengan ucapan-ucapannya sendiri. Makanya, saya hanya mampu berkongsi apa yang ada dalam pengetahuan saya dan sama-samalah kita amalkan.

Namun saya menjadi kuat semula dengan kata-kata motivasi ini:

“ Orang paling bodoh ialah yang meninggalkan keyakinan diri sendiri, karena mengira yang dilakukan orang lain lebih bererti.” ( Dikemukakan oleh Taajuddin ‘ Athooilaah Iskandariy di dalam Kitabnya “Taajul ‘Arus)

Rujukan

Tafsir Surah Adh-dhuhaTafsir Fi Zilalil Quran

Sunday, November 30, 2008

Friday, November 28, 2008

Tahyul



Nak mengenali diri sendiri, semasa cuti beginilah waktu yang paling tepat. Kalau baik perawakan kita di rumah, maka eloklah. Kalau teruk, maka tak bolehlah cari pak we atau mak we lagi. Maksud pak we atau mak we tu pasangan hidup la. Bukan nak suh cari ‘gewe’. Tak digalakkan dalam Islam lah. Markah saya pun bukan A lagi, ‘so’ kene berusaha kuat lagi.

Masa terluang dan selesa kat rumah sangat membutuhkan usaha jihad yang sangat kuat. Ya, katil sentiasa memanggil, TV sentiasa lunak bergema dan Cik Las sentiasa memberatkan tulang. Ini saya cakap kat diri sendiri la. Tak tahulah kalau ada orang lain terasa jugak. Nak tulis blog pun terasa agak “Oh nanti dulu lah.” Ha, itulah dinamakan lalai. Sedarkah kita bahawa setiap saat itu sangat berharga.

Saya suka surah Al-‘Asr. “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”

Ingatkah kita tentang Islam yang berterusan dimomokkan dengan keganasan? Malah mundur dan tak bertamadun? Ya, serangan yang berlaku di Mumbai sejak Rabu lalu ialah salah satu indikasinya. Bukan ingin membela namun itulah fitnah kepada Islam. Jadi, saya nak kata di sini ialah apakah posisi kita dalam Islam dalam mempertahankan Islam kita? Saya tinggalkan persoalan di sini. Renung-renungkanlah sendiri. Lu fikir la sendiri.

Sampaikanlah walau satu ayat. Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa. Di sini saya ingin kongsikan khasiat membaca ayat Kursi dalam surah Al-Baqoroh ayat 255. Ia bukanlah kursi tempat duduk Allah SWT. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan kursi di dalam ayat ini adalah kekuasaan Allah SWT dan sebahagian Ulamak ahli Tafsir memberikan arti dengan ilmuNya.

Ketika ayat ini diturunkan kepada Nabi saw, maka disertai pula 70 000 malaikat sebagai pengantarnya, demi mengagungkan kemuliaannya. Di dalam sebuah hadis diterangkan bahwa ayat Kursi adalah ayat paling agung di dalam Al-Quran, dan barang siapa yang membacanya setiap kali selepas solat fardu, maka setelah matinya akan dapat masuk syurga. Malah banyak lagi khasiatnya yang saya hemahkan anda sudah maklum.

Di sini suka saya membawa isu cerita Momok atau cerita tahyul yang semakin mencambah dan semakin kreatif gamaknya di layar kaca dan layar perak zaman ini. Hmmm… teruk betul. Saya pun kalau menonton kadang-kadang ‘terimaginasi’ tentang watak-watak hantu tu. Ketika tutup lampu. Ini yang saya tak suka. RAM (Random Acces Memory) otak saya berjaya menyimpan gambar-gambar yang ‘menarik’ untuk diimbas kembali dan boleh kata telah masuk ke kotak ROM (Read Only Memory) otak saya. Membuatkan ia tidak boleh dipadam melainkan melalui cara-cara tertentu sahaja. Tahyul!!!

Berhentilah menonton cerita-cerita tahyul itu. Menjejaskan aqidah. Dalam tak sedar ia membuatkan kita percaya bahawa ada makhluk rupa hodoh yang boleh dilihat dengan mata kasar setiap masa. Paling tidak pun cuba jangan takutkan diri sendiri dengan perkara yang tidak pasti. Wallahua’lam.

Seperti mana dalam sebuah kisah ini.

Imam Ghazali menyebutkan khasiat ayat Kursi dari Ibnu Qutaibah. Sesungguhnya ada seorang yang telah tua, saudagar kurma dari suku Bani Ka’ab menjajakan kurmanya di kota Basroh. Di situ dia menyewakan sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan, kerana menurut keterangan tuannya, rumah itu dihuni ifrit yang telah biasa mengganggu siapa sahaja yang menempatinya. Sekalipun begitu rumah itu tetap disewa juga. Dan setelah waktu malam tiba, ternyata ifrit itu pun menjelma seperti seorang yang berkulit hitam, dengan matanya yang keluar bagaikan nyala api mulai beransur mendekati pedagang kurma itu. Lalu dibacakan kepadanya ayat Kursi sampai habis, dan setiap sampai pada ayat: WA LAA QAUDUHUU HIF ZHUHU MAA sampai akhirnya, dibacanya berulang-ulang. Ternyata ifrit itu pun hilang lenyap dan tidak muncul lagi. Kemudian tidurlah saudagar itu dengan selamat tanpa mendapat gangguan sesuatu apa pun.

Ketika paginya, didapati di tempat itu ada sesuatu bekas yang tebakar berserta abunya sekali ada di situ. Dan dia mendengar suara seseorang yang berkata: “ Engkau telah membakar seorang ifrit yang besar”.

Dan saudagar itu bertanya: Dengan apakah saya membakarnya? Dijawab: “ Dengan firman Allah SWT WA LAA QAUDUHUU HIF ZHUHU MAA sampai akhir ayat.

Rujukan:

Ustaz Muhammad Mizan (1983). Kitab Pedoman Doa dan Zikir, Balai Buku Surabaya.

Tuesday, November 25, 2008

Santai



Sekarang menunjukkan hampir jam 3 pagi. Saya masih tak tidur. Entahlah sebab tak nak tidur atau boleh tak tak tidur. Ya, hari ni ada kisah menarik untuk hiburan santai. Mungkin untuk melepaskan rindu pada blogku juga. Dah hampir seminggu menjaga di rumah kak A di Sri Kembangan. Tadi jam 8.30 pagi saya bertolak daripada Kajang untuk pulang ke kampung halamanku. Masa nak naik bas baru lah saya tengok tiket bas. Ha? e- Budaya? Ala. Tak ‘best’. Kelmarin abang ipar (Abe Tam) minta adiknya Deli belikan tiket saya. Dia kata “ Jangan beli tiket e- Budaya.”. Tapi yang saya dapati pagi ni adalah… ‘It’s ok’ lah. Naik saja saya bertekad nak tidur dan tak kan bangun. Kenangan naik bas e-Budaya sekali dulu mengingatkan peristiwa yang tak sedap diimbas. Jangan fikir bukan-bukan. Tak pasal-pasal saya buat periuk nasi orang lingkup karang.

Ya, tadi saya telah berjaya tidur lebih 2/3 daripada masa perjalanan. Semasa sampai kat Stesen Putra kat Kuala Lumpur, saya terjaga dan berbual sekejap dengan makcik yang duduk kat sebelahku yang naik kat Putra tu. Kemudian, saya menyambung projek saya untuk tidur. Sesekali bangun tidur, hmmm memang dah agak dah. Pening, mual, sakit kepala dan ada-ada saja. Tapi ‘forget it’. Yang tak tahannya. Sesekali saya tersenguk-senguk. Mungkin kerana bas itu yang membawa kepala saya terhuyung –hayang ketika tidur. Ish ini yang tak suka ni. Dia punya brek tak sedap. Membuatkan kepala saya terhantuk. Pertama kali terhantuk, rasa macam “Aduh kepala aku, dah berdarah ke ha?”. Malu kat mak cik sebelah.
Nasib baik dia buat ‘dek’ saja.

Tapi bukan sekali tu saja. Penangannya 3 kali. Ya, bila saya meraba-raba di tepi mata kanan saya. Ia timbul dan merasa bengkak malah juga sakit. Sakitnya. Lebam. Hmmm.. Masa lepas dari daerah Kuala Krai. Pak cik bas itu menjerit, “ado sapo- sapo nak turun kat Mache?”. Saya pun jawab la. “Ada”. Tapi siapa-siapa pun tak dengar. Yang dengar pun seorang dua saja. Saya pun cakap kat mak cik sebelah, “macam mana ni ya?”. Ya , dengan menolak segala isi perutku, saya pun menjawab dengan lantang “ Ada pak cik! Ada ni.”. Tersengih la saya sebab berjaya menganggap diriku telah berjaya. Ya, berjaya tapi kecewa kembali sebab pak cik tadi membebel sebab lambat cakap. Ala. Kenapa membebel ni? Bukankah bas memang berhenti kat semua tempatkah? Hmm dengar saja lah. Bila nak turun kat stesen Machang tu pun pak cik tu sambung membebel lagi. Ish dalam hati. Saya pun cakap “Terimo kasih pak cik. Terimo kasih!”. Saya sebut terima kasih tu dengan yakin sekali. Sebenarnya dengan tanda protes. Haha. Yang penting lega dapat sampai ke destinasi dengan selamat. Biarlah pak cik tu nak membebel ke apa ke. Alhamdulillah tak terlepas. Kalau dulu hampir dua hingga tiga kali terlepas ke Kota Bharu.. Hobiku tidur di atas bas. Biarlah. Tak kesah. Yang penting sen(^_^)Yum!