Monday, August 31, 2009

Rendah hati vs Rendah diri

rendah hati vs rendah diri.

Kesilapan lalu atau maksiat lalu vs cabaran berhijrah menjadi tawadduk

Kekuatan sebuah kampung itu adalah apabila dilihat cerahnya masjid atau surau di waktu subuh berjemaah

Kekuatan agama adalah dengan melihat kekuatan berjemaah.

Semua berkait dengan putaran psikologi dalam diri.... Allah adalah bagaimana sangkaan hambanya.

Maaf tidak mengulas panjang...

Thursday, August 27, 2009

PUASA (PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)

2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.[1]

9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12. Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; tidak batal puasa.

Nota kaki;

[1] Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Hati adalah milik mutlak bagi Tuhan

Ini bukan masalah. Ini adalah ujian buat hamba Allah yang selayaknya yang bila-bila masa akan diuji. Ini ujian yang biasa bagi orang lain. Tapi bagi saya ia adalah ujian yang berbeza daripada biasa. Saya fikir ia boleh berlalu dengan masa. Namun kali ini saya perlu hadapinya dengan hati yang terbuka. Ya.. saya perlu hadapinya dengan iman. Saya kadang-kadang tidak faham. Malah sampai hari ini dan saat ini saya masih tidak faham.

Terkadang saya rasa sangat bersalah. Akan menyinggung hati manusia yang lain. Ia bukan kerana ibu dan ayah. Ia juga bukan kerana tindakan seseorang.
Saya fikir dengan lari daripada masalah membuatkan saya bisa temui kesudahan. Namun ia tetap berpanjangan sehingga hari ini. 2 bulan saya merantau. Takut jika balik. Kini saya dah balik. Dan ujian ini masih ada. Terus menghambat jika saya terus lari. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mempertimbangkan dan memberi kata akhir. Bagaikan cahaya aurora yang bakal memberikan kesaksian bahaya kejadian ciptaan Allah adalah sangat ajaib.

Subhanallah… tak terkata kenapa dan mengapa kerana ia bukan pilihan berdasarkan logik akal dan unsur –unsur duniawi.

Dulu saya pernah berhenti menulis dalam blog kerana ujian begini. Sekarang saya seharusnya berfikiran matang. Mungkin apa yang berlaku dulu sebagai bekalan untuk hari-hari sukar begini. Sukar memilih antara dua. Nak atau tak nak. Ketentuannya sudah tercatat. Cuma saya perlu mencari dengan mata hati, keimanan dan ketaqwaan. Moga dipermudahkan walaupun bekalan Iman yang dimiliki sekelumit aje dan moga tak terhijab kerana dosa-dosa lalu. Wallahua’lam mampu atau sebaliknya mendapat kata akhir dalam masa terdekat.

Friday, August 14, 2009

Membilang usia

Sejak jadi guru membawa aku mengimbau kembali nostalgia lalu sejak aku melangkah kaki ke alam persekolahan dulu.. ada pahit manisnya. Ada guru yang paling aku ingat dan ada juga yang sangat aku ingat jasanya walaupun namanya sudah pudar dibawa bayu.
A Ku MuLa IngaT TenTang MaSa LaLu SeJak Aku Umur 4 Tahun.
4 TahuN- Budak Nakal dan perasan
5 TahuN- Mula masuk Tadika ikut kakak. Manja kededek.
6 TahUn- Mula berdikari tanpa kakak. Masuk PASTI
7 Tahun- sekolah rendah di sekolah mak. Selalu kene buli dengan budak pandai.
8 TahUn- Nakal Dan selalU kacau Kawan dalam kelas. Tapi tetap kene buli.
9 Tahun-Tukar sekolah baru. Makin Pandai. Tapi mudah sensitif.
10 TahuN-Dan pandai ada kawan lelaki. Mula berlumba-lumba untuk dapatkan markah tinggi dalam kelas.
11 TahuN- MasuK kelas PertAma dan Mula berkawan dengan pelajar2 Pandai. JadI Gatal.
12 TahUn- Dapat keputusan OK dalam UPSR. Jadi BaIk.
13 Tahun- Ke sekolah agama arab harian walaupun impian nak ke sekolah berasrama. Tak suka dan setiap hari tingkatkan prestasi pembelajaran. Sehinggakan hampir semua matapelajaran hampir fullmarks.
14 Tahun_ mula ada kawan baik. Dah mula malas belajar .
15 Tahun-JadI famous kat sekOlah. Mula Jadi sebutan guru-Guru.
16 TahuN- PMR dan get a quite good result.
17 TahUn- berpindah ke sekolah arab yang terkenal kononnya. Tapi pemalas sebab tak ada semangat tinggal di asrama. Huhu tak dapat sesuaikan diri. Manja.
18 TAhUn- SPM- tinggal di rumah sewa dan belajar tuisyen. Masa ni pilihan untuk menentukan hampir 80% masa depan aku. Antara ingin melanjutkan diri dalam bidang agama atau sains. Aku begitu kuat ke alam sains berbanding agama. Fikir ku aku ingin menjadi pakar dalam bidang sains yang menjaga nilai agamanya.
19 TahuN-Ke alam matrikulasi dengan ilmu yang cetek dan diri tak tahan tekanan melemahkan semangat belajar aku. Doaku untuk menjadi seorang dietetik dan beoteknologist bahkan doktor aku tak kesampaian.. Tapi di Sini Aku Mula belajar apa I2 eRtI Hidup.
20 TahUn-Aku mengambil bidang guru atas nasihat keluarga and now I Love it. Aku sangat bangga kepada sahabat-sahabat aku yang memang minat jadi cikgu tanpa fikir other career is better. Teacher is the Best!!!!
21 TahUn-Tahun gila projek.
22 TahUn-Tahun menjadi kepercayaan orang.
23 TahUn-Tahun rileks but still get some projects.
24 TahUn- Tahun goyang kaki and the important is Graduation Year!!!
Kalau diKira TahUn2 ni, kejap je Aku memBesar. Ada Jatuh Bangun nyer. Ada BesT dan Ada Down. NeXt 1 weeK else I have to finish my job in AssunTa Girls School. Tak SabAr rasanYa aku nak berLAri Pulang MenJadi kanak-KanaK yang tak PeRlu fikir TenTanG kerja for 3 month Long. Wah seronoknyerrrrrrr. Nak duduk BawaH Ketiak Mak!!!. RindUnyerrrr..
SeLAmAT TinGGAl Kuala LumPur!!
CiNta dari Kuala lUmpur Ke KelanTan.....CiNta Hamba denGan PencipTa. Ada kisah cinta kakak dan adik. Cinta pelajar dan pensyarahnya. CinTa Kolej denGan penGhuNinya. Cinta GurU dan pelajarnya. CiNta Motor, KeReta Dan Aku. Cinta dia daN Aku? Hehehe Kita cari kaT Kampung ya! No CinTa until AkAd.
Tak apa lah kalau ramai tak dapat datang konvo aku nanti. As long as they love me and know I love them so we will get to meet then. InsyaAllah.So, Thanks a lot for everyones’ support untill I get to this point. Only my mom and abah come to my convocation. 13 August 2009. I’d cried already.WUUUU. I ‘ll go then to Skudai Johor to my younger brother’s convocation on 19 August for his Diplom.
To All my batch Degree in Science with Education 2005/2006, Congratulation for Our Graduation !!!!
Not forget to all my friends in other faculties and for those who will grad next year, does not meant you all do not grad this year, your life will remain behind, but you all adalah lebih baik sebab anda lebih tabah! Ya. Anda sangat tabah belajar tanpa kenal putus asa! Congrates!

*ditulis penulis 10 ogos lalu...

Thursday, August 13, 2009

Tq sebab sudi kawan ngan kite...

Alhmdulillah akhirnya kami dah bergraduasi. Ntah la rasa bercmpur baur. Ras sangat gembir da. ras sedih pun d. Tapi itulh perasaan yang menggambarkn permulaan lam yang penuh Kompleks selepas ini.

Tq abah n mami for ur love and support. Melangkah di pentas menerima ijazah tadi saya melangkah dengan tersenyum melihat pensyarh2 yang ada kat atas pentas tadi. Senyum ajeeee memanjang. hehe. Dari atas pentas lagi say dah cari man abah n mami. Mujur sempat lambai. kat diorng.
Bunga yang mmi hadiahkan so special. dua tiga orng puji gubahn pilihn mami unik. Nanti klau sempat saya upload gambar2 k.

Terima kasih hadiah dari mahafiz... So sweeettt!!! I'm appreciate it as a big heart I have. Terima kasih kerana sudi jdi kawan kite.

Tuk Hidayah, Tq kerana sudi menelefon akak. Sori tak amik gambar di saat2 gembira tadi. Sori sangat2! Tadi lepas je konvo , terus hantar abah n mami ke KL central. Hehe sempat borang dari hati ke hati. TQ abah n mami sebab sudi bagi lampu hijau walaupun ore tk minta seratus peratus pun.

Tuk kawan2 satu batch, Tq sebab sudi jadi kawan kite.

Tuk chern Zhong, Tee Siong and Jia Hui. Congrtulation for your Lulus Cemerlang!!!
Tuk Adeline also, thanks for everythings...

Tuk Fara,Marhamah and Qodri tq sebab sudi jadi kawan kite jugak.

Tuesday, August 4, 2009

Cop with a new life

i'm well... i'm well...i'm going to a well condition. i'm getting better. i'm getting simpler. i'm getting lover. i'm getting healthy. i'm getting bigger. My life is getting better after this. What ever chaos happen now and then, life must be go on. I must get to adapt with a new situation in my school now. My school after and ever.

I must know how to life without family, friends and siblings. My mom said," cepat2 la cari orang tolong tunjuk jalan yek. Asyik sesat je selalu.(sesat memandu kereta)" Aku pun gelak ler. Hahaha my mom make the best joke. Maybe she was boring layan aku yang asyik mengadu kat beliau aje. Demam pun gitau beliau. Stress pun gtau beliau. I feel that is the only way i appreciate in being a daughter to my mom and abah. But that is not as easy as we think. Meet the Mr. Right is not as easy as get a shoe anywhere. Jodoh itu hadiah daripada Allah S.W.T buat kita. Cara kita menerima sebuah hadiah yang tak ternilai ini adalah menerima dengan cara yang terbaik. Terbaik melalui istikharah..

Cop with teachers' stress in my life. Tanpa sabar memang susah nak dihadapi. Ya sabar caranya.:
Allah Ta'ala berfirman :
"Niscayalah Kami akan memberikan cubaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 155)

Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar." (Muhammad: 31)


Kita di dunia ini ibarat orang yang sedang dalam pengembaraan tempat lain yang hanya terbatas sekali waktunya. Di tempat itu kita menjual diri yakni memperjuangkan nasib untuk hari depan seterusnya yang kekal yaitu di akhirat. Tetapi di dalam perjuangan itu, ada di antara kita yang memerdekakan diri sendiri iaitu melakukan semua kebaikan dan perintah-perintah Allah, sehingga diri kita merdeka nanti di syurga. Tetapi ada pula yang merosakkan dirinya sendiri kerana melakukan larangan-larangan Allah hingga rosaklah akhirnya nanti di dalam neraka, amat pedih seksa yang ditemuinya.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, cuba kita koreksi balik diri kita. Adakah kita betul-betul faham dan meng‘practice’kan sifat sabar? Adakah dikira bersabarnya kita menghadapi ujian apabila kita hanya bersabar setelah beberapa hari, seminggu atau sebulan dari ujian yang kita hadapi?


Dari Anas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di atas sebuah kubur. Beliau bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah! " Wanita itu berkata: "Ah, jauhlah daripadaku, kerana Tuan tidak terkena musibah sebagaimana yang mengenai diriku dan Tuan tidak mengetahui musibah apa itu. " Wanita tersebut diberitahu oleh sahabat beliau s.a.w. bahwa yang diajak bicara tadi adalah Nabi s.a.w. Ia lalu mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. tetapi di mukanya itu tidak didapatinya penjaga-penjaga pintu. Wanita itu lalu berkata: "Saya memang tidak mengenali Tuan, maka itu maafkan pembicaraanku tadi." Kemudian beliau s.a.w. bersabda:, “Hanyasanya bersabar yang sangat terpuji itu ialah di kala mendadaknya kedatangan musibah yang pertama." (Muttafaq 'alaih) Dalam riwayat Muslim disebutkan: "Wanita itu menangisi anak kecilnya - yang mati."

Maksud "Mendadaknya kedatangan musibah yang pertama," bukan bererti ketika mendapatkan musibah yang pertama kali dialami sejak hidupnya, tetapi di saat baru terkena musibah itu ia bersabar, baik musibah itu yang pertama kalinya atau keduanya, ketiganya dan selanjutnya. Jadi kalau sesudah sehari atau dua hari baru ia mengatakan: "Aku sekarang sudah berhati sabar menghadapi musibah yang kelmarin itu," maka ini bukannya sabar pada pertama kali, sebab sudah terlambat.



Dari Abu Abdullah, yaitu Khabbab bin Aratti r.a., katanya:
"Kami mengadu kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau ketika itu meletakkan pakaian burdahnya di bawah kepalanya sebagai bantal dan berada di naungan Ka'bah, kami berkata:
Mengapa Tuan tidak memohonkan pertolongan kepada Allah untuk kita, sehingga kita menang? Mengapa Tuan tidak berdoa sedemikian itu untuk kita?"
Beliau lalu bersabda: "Pernah terjadi terhadap orang-orang sebelummu iaitu zaman Nabi-nabi yang lalu, ada seorang yang diambil oleh musuhnya, kerana ia beriman, kemudian digalikanlah tanah untuknya dan ia diletakkan di dalam tanah tadi, selanjutnya didatangkan sebuah gergaji dan diletakkan di atas kepalanya, seterusnya kepalanya itu dibelah menjadi dua. Selain itu ia pun disisir dengan sisir yang terbuat dari besi yang dikenakan di bawah daging dan tulangnya, semua siksaan itu tidak memalingkan ia dari agamanya, ia tetap beriman kepada Allah. Demi Allah sesungguhnya akan menyempurnakan perkara ini, iaitu Agama Islam, sehingga seseorang yang berkenderaan yang berjalan dari Shan'a ke Hadhramaut tidak ada yang ditakuti melainkan Allah atau kerana takut pada serigala memakan kambingnya, sebab takut sedemikian ini lumrah saja. Tetapi engkau semua itu
hendak bercepat-cepat saja." (Riwayat Bukhari).


Dari Sulaiman bin Shurad r.a., katanya: "Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di
situ ada dua orang yang saling bermaki-makian antara seorang dengan kawannya. Salah
seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya,
kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saja niscayalah mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya kemarahannya, iaitu andaikata ia mengucapkan: "A'udzu billahi minasy syaithanir rajim," tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu. Orang ramai lalu berkata kepada orang yang merah padam mukanya tadi: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: "Mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam." (Muttafaq 'alaih).



Rujukan: Riyadhus Shalihin – Taman Orang-orang Shalih
Imam Nawawi
Bab 3-Sabar

Sunday, August 2, 2009

ISA itu apa?


Secara faktanya, ISA telah dirangka oleh R.H Hickling dan mula berkuatkuasa di Malaysia Barat pada 1 Ogos 1960.

Terdapat ramai negarawan yang dikenakan ISA sejak penguatkuasaannya pada 1960 lalu.

Antaranya bekas Presiden Pas Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan terbaru, pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin serta Exco Selangor Teresa Kok

“Kami menyokong ISA dimansuhkan bukan berdasarkan emosi semata-semata tetapi berdasarkan hujah akedemik yang berlandaskan kebebasan mengeluarkan pendapat sepertimana peruntukkan Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan kita”, ujar Hishamuddin.

“Antara hujah yang boleh dikemukakan kenapa ISA perlu dimansuhkan ialah daripada faktor kuasa kehakiman yang perlu diberikan semula kepada hakim dan bukannya Menteri Dalam Negeri seperti yang dapat dilihat dalam peruntukkan Seksyen 8(1) ISA itu sendiri.”

“Juga tahanan tanpa bicara yang jelas bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan.

Antara peruntukan ISA yang didakwa mencabuli hak asasi individu ialah Seksyen 8 ISA 1960 yang membolehkan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun, tanpa melalui proses perbicaraan, terhadap mana-mana individu bagi tujuan mencegahnya daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.

Seksyen 73 pula telah memberikan polis kuasa yang luas untuk membuat penangkapan dan melakukan siasatan selama 60 hari berturut-turut terhadap individu yang dipercayai boleh atau telah memudaratkan keselamatan negara.

“kita sepatutnya memberi peluang kepada setiap warganegara hak sama rata di sisi undang-undang serta hak untuk akses kepada peguam dalam masa 24 jam”, ujarnya yang juga merupakan aktivis mahasiswa.

Tambahnya lagi, penyeksaan dalam tahanan ISA seperti perbuatan memukul, penanggalan pakaian, soal siasat selama 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka dan pelbagai lagi kezaliman lain adalah satu prosedur penyiasatan yang tidak boleh diterima oleh akal dalam dunia yang terbuka pada hari ini.

“Mahasiswa amat tersentuh dengan kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara.”

“Kes anak tahanan ISA yang tidak sempat melihat ayahnya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan kisah-kisah ini tidak pernah menjadi pedoman kepada ahli Parlimen untuk menghapuskan undang-undang rimba ini”, ujarnya.

sumber:http://mahasiswakini.com/archives/4138