Monday, October 3, 2011

Terkena dah

Dah seminggu asyik sakit perut. dah pegi jumpa doktor kat medi-Nur.. sbb tak tahan sakit perut. cakap la apa yang patut kat doktor.. so dia bagi ubat sakit perut n angin. Dah biskan dalam 3 hari. hari ni dah masuk hari ke7 perut meragam. Tapi alhamdulillah semakin pulih. Konklusinyer. rupe2 aku dah terkena penyakit gastrik. penyakit yang dicari sendiri sbb malas masak. hehe. weekdays masa suami outstation. Somi selalu tanya " Malam ni makan apa?" aku pun jawabla "Macam biasa" sbb da malu sangat selalu jawab.. makan pagi tadi jer. petang tak makan malam pun tak makan.. haha. Padan muka.

Aku jadi gini lepas tukar sekolah ni jer. Masa kat Smk Putra perdana selalu mkn petang sbb dah ngajor sesi petang kan.. skang ni makan pagi jer la sbb ngajor sesi pagi. hehe bleh plak gitu yer. masak malas. Konon tak der semangat sbb somi outstation.

Hari ni 3 oktober dah yer.. cuti sekolah 19 nov. 6minggu lagi yeayyy!!! tak sabarnyer. Aku nak lari dari duk sajer kat sekolah baru nih.. segan manyak woo.. at least kalu ada keje leh la cover n stabil kedudukan aku. Kalu duk sajer mcm ni.. jatuh la prestasi aku. tak suka la. dah la duk tunggu kursus induksi ni, bila la aku nak dapat pegi induksi ni.

Macam2 jadi. n harapnya pasni pelangi bakal muncul di balik awan.. insyaAllah (^-^).

" Abg cyg ayg tau!"

Friday, September 23, 2011

Tak sabarnya

HEhe tak sabarnya rasa nak ngndung lagih... sonok bacer citer2 orang ngandung. sonok tu memang sonok. kena alahan lagi sonok.. bukan semua org dapat alahan yang sama kan... erm.. tak sbar sangat rasa... sapa2 yang baca n3 ni tolong doakan saya lekat lagi... tak sabar la. Kalau Allah nak bagi rezki, tak tunggu masa kan. tak tunggu kene duk sekali somi is3 kan. erm InsyaAllah. Terima kasih Shi Shahirah Hanim memberikan aku semangt supaya jgn mengeluh. Ada hikmah yang dah berlaku.. silap faham aku yang tak tergali dalam timbunan kejahilan. Alhamdulillah. Ujian yang kita sebenarnya tak nak kita hadapi. Tapi Allah takkan menzalimi hambaNya walau sebesar zarah pun. ini hakikat. Apa yang berlaku Allah dah tahu bila masa yang terbaik untuk kita terima rezkiNya.

Pekakkan telinga dengan bisikan syaitan. Bisikan hati yang terasuk oleh syaitan. Cakapan orang yang tak tahu anak itu ujian. Tak da anak juga ujian. Mohon pada Allah agar kita digolongkan dalam golongan orang2 yang sabar. InsyaAllah...

Usaha untuk mendapatkan anak bukan segala-galanyakan... hari kita perlu diteruskan untuk segala usaha diteruskan..

Amin insyaAllah.

Monday, July 25, 2011

Rehal Ramadhan

Alhamdulillah sudah setahun sebulan lebih usia perkahwinanku diikat dengan insan istimewa Mohd Hazimin. Syukur ya Allah diberikan kekasih Mu yang indah ini. 'Fikir, Zikir dan Syukur' kalimatnya yang istimewa sejak awal perkahwinan kami. Sungguh memotivasikan aku.

Semalam dihadiahkan Rehal sebagai pemberi semangat untuk aku khatam quran. Dah lama dia nak belikan hadiah ni. Tapi baru berkesempatan membelikannya. Ramadhan pun da dekat... InsyaAllah Ramadhan ini cukup bermakna ditemani Rehal Cinta mu sayang..

Aku pulak baru terbuka hati nak dengar IKIM fm dari tenet ni. oRait jugak.. InsyaAllah konsisten azam aku. Kemarin bacakan buku Qasasul Anbia' pada incik abang. Sampai tertidur dia.. haha. ngantuk dengar la tu. Mmm pajam celik pejam celik dah hampir ramadhan ni. Azam nak puasa penuh. kalau ada rezki insyaAllah. Tahun depan pun tak pe la kalau diberi kesempatan berpuasa penuh.Amin2! insyaAllah.

Dah sorting kerja-kerja sekolah aku yang masih belum siap lagi ni. Dah hampir akhir tahun la ni. Kejap jer masa berlalu. skrg dah hampir setahun mengajar di sekolah baru ni. Tapi desas desus sekolah ni nak menjalankan 'rediploiment'.. memindahkan guru-guru yang berlebihan ke sekolah sekitarnya. Akan berlaku atau tidak pasrah dan redha saja. seolah-olah nyawa dilayang-layangkan saja. tunggu untuk tali terputus dan jatuh ke tengah apa ntah la. Laut ke. Gunung ke. Lurah ke. Pokok ke. Tunggu dan lihat.

Alangkah bagus kalu merasakan hubungan dengan Allah juga begitu..

Pandai berkata bukan bererti diri tenang mengatur hati.. Hati tak terhurai sedangkan perbuatan dan lidah memuntahkan sikap sebenar. hehe that's all.

Friday, July 22, 2011

nak cipta hobi baru

Tak la baru sangat tapi baru la bagi saya. macam biasa, sejak dari kecik memang selalu hobi untuk menghepikan diri sendiri. bukan nak menghepikan org lain(buruknyer perangai). Nak menghafal lagu. hehe. sonok kot hafal lagu ni. lagu yang masuk dalam kategori segala-gala lagu yang boleh menarik minat saya seperti nasyid, lagu motivasi macam lagu rama-rama ella, lagu omputis nak bagi lidah tak berbelik ngajar budak, lagu kanak-kanak silibus nursery huwa huwa dan tak lupa juga lagu arab n hindustan. cam best je hobi baru saya ni.

Pastu nak hafal monolog nak mengajar sains, moral dan sivik dalam kelas jugak. Ha ini bukan tuk diri sendiri ni. bagus gak perangai saya ni ek. Gud2 have improvement. then nak mencari bahan2 tuk mengajar budak2 ni. hish nakal betul budak2 dalam kelas ni. hempuk ngan buku tebal padan muka. Jangan korang ngadu ngan mak ayah sudah. Mati aku.

Then paling bagusnyer hobi baru nak dicipta ni hafal selwat2 nak ulik syakir. ulik sapa2 pun bleh la. rakin ke syahmi ke nureen ke. semua la anak2 buahku tu. sebut syakir mula2 tu sbb berehi jeghik. ngamok sokmo. lebih2 ngan cik bah comel ni. Apo ni kecik2 lagi dah suka marah cik bah dih. nak kene ni.

Lagu tuk incik abang pun ada... jeng jeng jeng. nobody nobody but u. haha. incik abng la ajar dengar lagu ni. nak amik wat madu yer si wondergirl tu. ni wonderwife ader ni cukup la. cubit kang.

Layan...

Apa nak dibuat jika suami outstation. Mencari idea terbaik menghilangkan panjangnya hari ini dan lambatnya masa berlalu. Jika difikirkan tabahnya si suami mengorbankan masanya untuk mencari rezki sanggup berjauhan kalau bukan seminggu, dua minggu. Setakat ni saya sedang belajar-belajar untuk lebih lama lagi. Kalau dulu ada bby peneman setia. tapi kini kembali solo. InsyaAllah ada hikmahnya. Yang penting, Allah menjanjikan saham untuk akhirat. Sesiapa yang sabar akan diberikan berita gembira kelak. Aminnn

Setiap pagi bangun bersihkan rumah. Siapkan makanan tuk diri sendirik.pastu jemur baju then buat itu then buat ini. yang penting kalau sepahkan rumah tak da juru audit akan tgk. Cuma selalu tak wat satu bende. persediaan tuk mengajar tak dibuat. argh bila nak berubah jadi guru cemerlang ni Cik bibah comel? balik nanti masak la cikit kalau lapar. kalau rajin sangat makan jer apa yg ada. tapi tak la penah tdo tanpa ada isi dlm perut. Tak leh tido la kalau gitu. ngadap tenet je la malam2. Kalau ada mesin jahit sempat la gedek2 kejap ngan mesin jahitku. Tapi sejak bagi pinjam kat adek lum g amek lagi ni. Bila la nak pi amek. Shah Alam tu jauh. Bagi saya la

Suami selalu pesan. Bila dia tak ada kat rumah bergantung haraplah pada Allah. Nak minta apa2 mesti minta dengan Allah. Cuba la habiskan buku-buku yang ada kat rumah tu. Jauh dia beli. India nu. Alahai bila la nak sedar ni. Buku tu rasanya 2 tahun baru habis kot. Malasnyer baca buku. Masturat dari rawang ada pesan dan nasihat, bila duk berseorangan di rumah bergantung haraplah pada Allah. Belajar rasa diri tu susah nak wat itu dan ini nak beli bahan2 tuk makan susah. Tapi kalau kita doa dan harap pertolongan dari Allah insyaAllah pertolongan tu datang. Tapi macam mana la yer... banyak lagi saya tak improve ni.

Masa ni la nak belajar masak, masa ini la nak improve diri. Masa ni la nak pakai bedak sejuk. Nak bagi awet muda. Banyak benda boleh dibuat kalau suami tak ada di rumah. Bleh lepak2 jer bila balik keje. tak terus wat keje. Masak pun masak biasa2 jer. Pakai pun pakai selekeh. Hehe. Nak wat apa boleh jer. Da Tv tak de. Bleh la baring2 tak da yang kacau. Hehe kesian abang, nak tarbiah isteri.. tak disiplin plak isteri dia ni. Ok2 slow n steady k.

Wednesday, July 20, 2011

Belajar sabar dan redha

Bersabarlah dan redha... tak tahu la kenapa macam budak kecik.. tak redha ke.. betul. seakan tak da tujuan yang dirasa cuma ingin menangis saja. Bila dipikir semula... sering terjadi.sering. dan sering. seperti terjatuh dalam lubang berkali2. Bukan sifat seorang muslim jatuh ke dalam lubang berkali-kali. Mafhum dari hadis.

Kes terkini:Flight akan berlepas tak sampai 5 minit je lagi. baru sampai ke airport. mencari kaunter. bila juru kaunter kata tiket sudah burn... iman teruji lagi. suami di sana sedang menunggu selepas 2jam perjalanan ke airport, ayah dan kakak bersusah payah mengangkat beg berat. . Jauh perjalanan ke airport. bukan sejam ..ditambah jem. terasa jatuh ditimpa tangga. Mencari kekuatan.. tapi tak jumpa. Kelam kabut dan tertekan.

Selalu putus asa padahal Allah sedang menunggu nak melihat kesabaran dan keredhaan. Aku menyesal. Selalu dan selalu macam tu. Iman aku tak kuat. Sedih pulak rasa mengenangkan iman tak kuat.

Alhamdulillah Allah berikan pertolongan. Baiklah.. Flight lambat 10 minit. Rezki awak dapat naik. Tgk.. Allah menguji lagi. malu pada Allah dan malu pada ayah n kakak lagi. selalu dan selalu. Maafkan iman tak kuat.Tolong berikan masa untuk berubah....

Friday, July 15, 2011

Makanan untuk sihat

betnyer jumpa web berkaitan ngan kesihatan. rasa macam da sihat. tapi bila baca artikel kesihatan wohaa aku ni antara pesakit2 rupanyer. kita ada penasihat kalau tak paham.ada kawan doktor apa guna.. ada org tua nak tanya petua pom boleh.

nak hilangkan stress amalkan minum teh hijau.quiet good.
Tips meminum teh hijau

- Biarkan teh hijau larut selama sepuluh menit.

- Teh hijau memiliki sedikit theine (mirip kafein yang ada didalam kopi). Bila kamu mau mengurangi kadarnya, celupkan teh hijau ke sedikit air panas selama 1 menit, lalu buang airnya. Selanjutnya celup ke air didalam cangkir yang mau kamu nikmati.

- Jangan dicampukan dengan susu. Efeknya dapat dinetralisir oleh susu.

- Hindari minum teh hijau sehabis makan, karena penyerapan zat besi dalam usus dapat dikurangi oleh teh hijau.
http://www.tipskesehatankeluarga.com/manfaat-teh-hijau-menurunkan-stress.html

Makanan untuk subur.

1.Air kosong
2.Bayam
3.Sayur berwarna kuning dan oren?
4.Kubis dan brokoli
5.Lobak merah, kacang-kacang dan ubi kentang
6.

No Boring2 k.

Rindu tak terkira kat org jauh.. mood bercinta datang lagi. Nak dikira hari ni dah banyak hari tak ke sekolah.. wohoo cuti panjang ni. Tapi cuti duk sorang2 mana besh. incik habibi keje malam pastu siang tido jer. pastu mcm mn nak gayut..

Baca la buku citer.. baca buku yg senang nak paham.. pastu citer la. setakat ni ada la ikut kata.. tapi kejap jer.

Dulu masa duk sorg selalu cakap boring.. bila pikir2 balik boring sepatutnya tak der dalam kamus org Islam.. tak der TV tak semestinya kene jadi pemboring. Mesti kuat melawan perasaan.. huhu. chayok2

Mood editting wedding photo.. incik habibi kate tak der kije la tu.. ala kalu da siap nnti ada org duk belek siang malam nnti.. we'll see


Friday, July 8, 2011

Syukur semuanya selamat

Jam 4 ptg:
Alhamdulillah berita yang diterima dapat diserap ke dalam hati yang dalam. Saat melihat sendiri dengan mata dan didengar sendiri dengan telinga. Dalam hatiku terdetik... biarlah dia pergi... jika itu lebih baik untuknya... izinkan ibu meredhai pemergian mu anakku. walaupun ibu kuat semangat untukmu tapi kalau dah Allah kata bukan waktu ini... tak apa lah ada hikmahnya. Dalam hati ibu dan dalam naluri ibu... kalau secermat mana pun ibu.. kalau berhati-hati mana pun ibu... kalau anakku sudah tercatat ajalnya.. dia tetap pergi... semua kesilapan ibu yg tak tersedari... itu semua asbab sebagai kebiasaan yang mesti ada di alam dunia.

Jam 4.30 pg:
Selepas berpesan pada suami agar redha dengan takdir.. dan suami juga meredhai... semua berjalan lancar.... mudah sahaja keluar. Mami telefon dan memberi semangat.

6 jul Jam 12 tghr:
Terima kasih buat suami kerana sanggup pulang dari jauh walaupun tuntutan kerja menekan. menemani ku untuk memcuci sebahagian yang belum keluar. Dalam hati terasa sangat kasihan pada suami. Dia diam dan aku tahu dia sedih. tapi alhamdulillah setelah dia bersuara katanya Allah nak kita lebih bersyukur. Dia jaga pakaianku, dia jaga perasaanku, dia jaga makan minumku. Dan yang penting pesannya, dia nak aku dari hatiku sendiri kuatkan semangat dan kuatkan iman.. supaya yang lahir dari rahim ku adalah soleh dan solehah.

7 jul Jam 3 ptg:
Aku sedar dari bius. Dalam samar-samar aku batuk dan dengar suara cik ma dan cik a. eh mok cik dua orang ni sibuknya. Sedar dari bius secara paksa sebabnya aku pun tak tau. Sedar-sedar je suami suapkan aku nasi.. aku puasa dari makan n minum sejak 12 malam semalam. lapar. Terima kasih abang. Abang penat n ditekan untuk ke tempat kerja tapi abang tenangkan hati untukku. Terima kasih mak kerana melahirkan seorang lelaki sehebat ini. Mak pun tak kurang hebat. selalu menasihati anak menantumu ini.

Syukur ramai yang sayang.... syukur aku mesti berazam baru kerana Allah sudah memberi pengajaran yang mesti aku fikirkan.

Tuesday, July 5, 2011

CHeCk Up PertamA

Alhamdulillah bb smakin membesar.. banyak perancangan ummu untukmu al-haithami. nak bacakan kisah nabi, nak mujahadah nak amalkan semua semua ni.. hehe ambil dari blog lain sket:
Amalan-amalan ketika mengandung

1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3. Membaca ayat-ayat Al-Quran

Surah-surah amalan ketika mengandung

o Al-Fatihah dan ayat Kursi
o Seluruh surah Yassin
o Seluruh surah At-Taubah
o Seluruh surah Yusuf
o Seluruh surah Luqman
o Seluruh surah Maryam
o Surah An-Nahl ayat 78

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

o Surah Al-A'raf ayat 189

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur

Link laman-laman web Al-Quran

* Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
* Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.

4. Membaca doa

o Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

o Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

o Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

o Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

5. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri

o Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

Alhamdulillah masa check up pertama ummu semalam, kantung anak ummu besar. tapi tak nampak lagi bb n jantung anak ummu. tak apa.. mak n mami dah pesan doa banyak2 moga semua selamat. Ummu dan ayah juga harap semua selamat.

Ummu nak buat apa ya hari ni.. sementara ayah sedang kerja bolehla ummu tumpukan kepada kerja2 ummu. Siapkan dan hantar pada panitia. Pentaksir dah nak datang jumaat ni. Banyak lagi tak siap.