Friday, December 25, 2009

My next destination over view. Penang...



Latar Belakang sekolah baru saya. Agak baru sekolah ni. Pelajar berbilang bangsa. Macam best. Tepi bukit Jambul. Hutans view. wah seronoknya. Guru-guru majoriti senior-senior. Nampak baik-baik jer. Bilik guru yang selesa. Pastinya saya akan dibuli nanti. Cikgu lain senior belako. Banyak ler jawatn saya nanti bila mula-mula masuk ni. Kena rajin la. Tak leh tak rajin. Dah la pemalu pahtu nampak'baik' huhuhu. pasti dan pasti dibuli. Sekolah ni sekolah kawalan.

APAKAH SEKOLAH KAWALAN



Sekolah harian biasa yang dikawal kemasukan pelajar berdasarkan pencapaian peperiksaan UPSR yang ditetapkan. Bertujuan meningkatkan prestasi pencapaian akademik.


APAKAH SEKOLAH KAWALAN BERKESAN

Sekolah harian biasa yang dikawal kemasukan pelajar berdasarkan tahap pencapaian peperiksaan UPSR yang ditetapkan. Menitik beratkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik, penguasaan kemahiran asas, keberkesanan pengajaran guru, iklim sekolah yang dapat membangkitkan suasana belajar, kurang masalah disiplin pelajar serta kepimpinan yang cekap.







Written by webmaster

Wednesday, 28 March 2007

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, terletak di Jalan Bukit Gambier bersebelahan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan berhampiran dengan kampus induk Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Sekolah ini mula dibuka pada 1Januari 2001. Pada masa itu terdapat 14 orang guru dan pelajar seramai 220 orang. Pada peringkat awal penubuhan sekolah , hanya terdapat 6 kelas tingkatan satu. Namun, sehingga tahun 2006 pelajar telah bertambah. Kini, jumlah pelajar yang menuntut di sekolah ini ialah seramai 1100 orang dengan tenaga pengajar seramai 59 orang. Pengetua pertamanya ialah En. Abu Bin Hassan dan yang kedua ialah Pn. Zainab Bt. Ayub. Pada tahun 2008, SMKBJ telah menerima kedatangan pengetua baru, E. Jalil B. Saad. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah kawalan. Pelajar-pelajarnya dipilih daripada sekolah-sekolah rendah yang berhampiran berdasarkan pencapaian UPSR. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan berbilang bangsa. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul adalah merupakan sekolah harian biasa. Terdapat empat blok bangunan empat tingkat yang menempatkan pejabat, bilik guru, kelas, bengkel, makmal, bilik kaunseling, bilik kesihatan, pusat sumber, studio seni, bilik sukan, makmal komputer, bilik mesyuarat, bilik Pendidikan Islam dan stor. Di samping itu, sekolah ini mempunyai pelbagai kelengkapan untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.Ini seiring dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.






Wednesday, December 23, 2009

I'm come back again and again..

I was came back but no entry yet after that. hehe. nothing much to say but this quote:

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil



berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

I didn't really know myself untill some unespectable test happended in my life. Agaknya kalau tak diuji, sampai bila-bila saya tak kenal diri saya. Kalau dikata 'tersungkur' tu, rasanya dah beberapa kali tersungkur. Tapi kali ni paling teruk dan insyaAllah merupakan penghujungnya. Semoga selepas ni hati-hati milik Allah akan lembut seperti rama-rama. Terbang bebas dan riang tanpa ada benci pekat hitam berkilat dalam hati. Dan juga secantik rama-rama yang berwarna warni. Bersayap lembut dan bermata bundar. Mudah berterbangan dan sedap mata memandang. Indah akhlaknya tidak menyusahkan makhluk lain.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Tak apalah tak dikongsi di sini apa yang berlaku kerana saya ada terjumpa satu hadis berguna untuk kebaikan bersama. Cuma kalau sahabat-sahabat ada apa-apa komen/ ulasan mengenai hadis ni bolehla sudi-sudikan tulis komen di sini.

1691- Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan ( telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi  oleh Allah (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu semalam telah melakukan itu dan ini (dosa) sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa) tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah.

Al-Bayan

Akhir sekali, i want to share my happiness dan saya bersyukur kerana dapat tempat yang baik untuk dihantar bertugas bermula minggu hadapan. PULAU PINANG. Kenapa saya suka dapat negeri ni? Sebab saya suka sikap dan adab orang-orang utara. Selama saya berkawan dengan orang utara dan pernah tinggal di sana semasa Matrikulasi dulu, mereka sangat baik, rajin, jujur dan yang penting sangat rajin memasak-- kredit to Nor Amalina Rohaizad. Jangan perasan nou. Cek nak belajar cakap utara banyak-banyak sebab nak buli anak murid pasni (^_^).