Tuesday, April 28, 2009

Ia dahaga…


Langit dunia sedang berbicara
Cinta hamba ini sedang diuji
Setiap hari ia berteduh di bawahku
Ku lihat ia secara menyeluruh

Aku langit
Melihat dia ke sana ke mari
Urusan sehari- hari membawa ia
Kadang terlindung kadang tersua

Aku bisa
Melihat ia berpanas berhujan
Aku rela menemani ia
Namun ia tidak mnyedari

Aku lihat bukan aku lihat
Aku rasa bukan aku rasa
Kegelisahan yang terpancar
Dari gerak lakunya

Aku tahu ia dahaga
Kerana ia terdedah dengan segala
Tanpa dihujani doa para malaikat
Di majlis penuh barakah

Majlis Ilmu…

Nukilan Adibah S

No comments: