Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, September 11, 2009

Lupa pada al-Qadr


“Bakpo la aku duk keno baco bendo samo jah padahal aku tahu doh mulo.” Kataku.
Bukan menyesal dengan kejadian aku tetapi aku mencari punca kenapa aku mudah lupa kepada sesuatu perkara yang aku nak imbas kembali. Inilah manusia. Mudah lupa. Allah dah tahu dah. Betul ke manusia ni mudah lupa? Mesti ada sebab manusia ni mudah lupa. Antara perkara yang menyebabkan mudah lupa ialah banyak buat maksiat, buat dosa dll.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12.).
MasyaAllah.. malunya… Aku la tu. Astaghfirullahalazim. Kelmarin dan hari ni 11 September merupakan hari besejarah. Malah Kelmarin adalah permulaan Pencarian Lailatur Qadr. Masih adakah Malam itu untuk aku? Takutnya.. sebab aku lupa sokmo. Lupa nak buat yang sepatutnya pada setiap waktu. Masa adalah milik Allah. Panjang pendek setiap saat pada setiap orang bergantung kepada masa yang dimanfaatkannya. Begitulah segalanya milik Allah.
Dalam pada itu, saya selitkan di sini penyakit lupa dan bagaimana ingin mengatasinya dalam kajian orang barat yang saya pernah belajar dalam psikologi kognitif dulu.
PERBEZAAN GAYA KOGNITIF INDIVIDU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENDIDIKAN
Atasi Lupa dengan LUPA
Semantik, Implisit, Remote, Working, dan Episodik. Semantik merupakan memori tentang makna simbol dan kata. Dengan memori ini kita bisa membedakan anjing dengan kucing.
Memori Implisit biasanya menyangkut kecakapan tertentu, seperti bersepeda, berenang. Memori Remote merupakan gudang data, umumnya melemah sejalan dengan bertambahnya usia. Sedangkan Memori Working adalah memori jangka pendek, yang kita andalkan saat melakukan kegiatan sehari-hari, seperti mengingat bagian kalimat pertama saat lawan bicara kita sedang mengucapkan bagian kalimat kedua, sehingga kita dapat memahami apa yang ia maksud.
Terakhir, Memori Episodik ialah memori yang menyangkut pengalaman yang belum lama terjadi. Apa nama film yang ditonton minggu lalu, apa nama restoran yang dipesan untuk berkencan Sabtu mendatang, di mana Anda letakkan kacamata barusan, dst. Memori Episodik juga mundur dengan bertambahnya usia.
Ketika kita berusaha mengingat suatu informasi tertentu, diperlukan beberapa langkah. Pertama, kemampuan untuk mencatat (register), lalu menyimpan, dan kemudian mengambilnya.
“Kehidupan yang sangat sibuk memungkinkan Anda manjadi pelupa,” kata Dr. Abigail Sellen, salah seorang peneliti.
Profesor James Reason dari Universitas Manchester mengatakan, timah hitam yang terdapat dalam bensin dan sumber-sumber lain dapat merusak inteligensia dan daya ingat anak-anak. “Memori seorang anak yang dalam masa pertumbuhan bisa rusak karena banyak menghirup zat beracun,” katanya.
. Greenough mengurung tikus bersama beberapa mainan seperti bola, boneka, dsb., serta luncuran dan terowongan. Ketika ia kemudian membedah otaknya, ia mendapati jumlah sel otak yang lebih banyak dibandingkan dengan tikus-tikus yang tidak memiliki mainan dan alat permainan. “Apakah hal itu juga akan berlaku bagi manusia, dalam arti jika dirangsang akan tumbuh sel otak baru?” tanya Greenough.
Keledai. Sebagai contoh, memori adalah WIRES, yang diambil dari huruf depan Working, Implisit, Remote, Episodik, Semantik. Prof. Sidiarto pun mengembangkan pola serupa. “Ingatlah LUPA, maka kamu tidak akan lupa,” ujarnya. LUPA versi Prof. Sidiarto ini adalah Latihan, Ulangan, Perhatian, dan Asosiasi. Jadi, supaya informasi yang masuk tahan lama harus dilatih, diulang, diberi perhatian, dan kita asosiasikan. Tapi, yang patut diperhatikan juga adalah dalam mencerna informasi harus bermodalkan KAMU, “Konsentrasi, Atensi, Motivasi, Upaya,” tambahnya. Dengan menjalankan LUPA sejak usia muda, otak manusia akan lebih lama menyimpan informasi karena informasi yang diterimanya tersimpan di ingatan jangka panjang.
Sekian, yang baik kita ambil. Yang tak lok kita tolak. Salam Lailatul Qadr. Moga Allah beri kita pengampunan untuk merasa nikmat MALAM ITU.
Rujukan: Klik atas link

Sunday, February 15, 2009

HidayahMu...




Sejak beberapa hari ni saya berfikir-fikir. Kenapa saya sudah berbeza daripada dahulu? Kenapa saya sudah lupa kebolehan yang dahulunya saya ada, sekarang sukar untuk dilakukan kembali. Bagaikan memaksa diri menangis ketika hati sedang riang, susah betul untuk dihayati kembali.

Menelusuri kebolehan kognitif dalam psikologi dakwah. InsyaAllah dipermudahkan saya akan bawakan untuk dikongsi bersama dalam ‘post’ seterusnya.

Tuhan….
Lemah aku gelintar
Cari arah cahaya
Menerangi gelita…

Indahnya hidayahMu
Sinari ruang kalbu
Lurut air mataku
Syukuri nikmatMu

Tuhan…
Pimpinlah hati ini
Untuk ku menghayati petunjukmu
Walau diuji kesabaranku juga keimanan
Tidak tercabar keyakinanku pada janji-janjiMu

Lirik Nasyid Hijjaz ini banyak membantu aku untuk merasakan hidup aku masih memerlukan hidayah yang tidak putus-putus.

Saturday, January 3, 2009

Hilang


Hilang,
Ke mana aku?
Di mana aku?
Menunggu saja?

Hilang,
Kea rah mana aku patut mulakan?
Menunggu pertolongan?
Bertanya?

Aku Hilang lagi,
Panik aku lagi menyesatkan,
Hilang lagi,
Bertenang atau meratap?

Terus aku berfikir atau berzikir,
Aku berjalan mengikut arus,
Mencari pengertian dengan arus,
Mencari dengan bercara.

Hilang lagi?
Ingat di mana pangkal?
Ada pangkal?
Aku asing di negara sendiri.

Siapa mereka?
Di mana yang sefikrah?
Di mana orang yang mengerti?
Aku perlu mencari.

Aku perlu berusaha,
Meratap bukan masanya,
Aku perlukan Allah,
Kotor hatiku melalaikan aku.

Lalai dari sedar,
Moga tiada orang berhati busuk,
Busuk mengambil peluang,
Semoga aku selamat .

Hilang lagi?
Cahaya makin ternampak,
Di celah-celah kelam,
Aku berjalan dengan tersusun.

Tidak perlu terlalu gopoh,
Perlu bertahap,
Aku perlu persediaan,
Perlukan kejayaan.

Awalan Hijrah 1430H

Seminggu sudah saya meninggalkan blog saya tidak terisi. Rindu sebenarnya untuk menjamah laptop saya dan mengisi ruangan peribadi untuk dikongsikan bersama. Tika ini saya masih dalam musafir di Kuantan. Awalan tahun 1430 H dan 2009 Masihi ini saya isi dengan perjalanan yang tidak henti. Ke program pengisian jiwa, ke rumah kakak, balik ke kolej, ekspedisi ke Tasik Titiwangsa, ke rumah kak A lagi dan ke Kuantan. Tanpa henti. Sudah lama saya tak mengalami keadaan tanpa henti begini. Seronok itu ada. Melazimi kepenatan bagi mengelak dari terbunuh dengan rasa lapang. Mengejar mencari pengalaman.

Menyesal dan mengutuk diri sendiri tatkala saya lupa. Lupa untuk mengamalkan istighfar dan membaca pelindung diri ketika saya sesat di jalanan. Ya, saya sesat dalam kepenatan. Tersalah naik komuter padahal saya sudah berpuluh-puluh kali menaiki komuter. Kemudian terlepas destinasi kerana tertidur dalam bas. Kehabisan bateri telefon dan gagal meminta bantuan sesiapa. Malah yang paling saya kecewa bagaimana saya lupa untuk beristighfar. Astaghfirullahal’azim. Yang saya ingat pada masa itu adalah saya ‘blur’.

( Dalam perjalanan ke rumah kak a selepas ekspidisi ke tasik titiwangsa pada malam tahun baru, penat tidak tidur- peyakit direka sindiri- haha)
Tapi Alhamdulillah dalam perjalanan itu masih ada yang bersimpati kepada saya ketika di atas bas. Terima kasih pada pak kondukter.

Teringat saya pada seorang ‘abang’ yang pada hemat saya ialah dia seorang pak cik. (Salah saya yang perasan masih muda).Ketika saya ingin ke KB untuk satu program. Dia menumpangkan saya tanpa meminta apa-apa bayaran. Dia banyak bertanya pada saya itu dan ini. Namun, saya cuba sedaya upaya berfikiran terbuka untuk tidak bersangka buruk padanya.

“ Adik baca apa kalau naik kenderaan?” Tanya ‘abang’ tu.

“ Erm, baca al-fatihah dan surah 3 Qul” Jawab saya teragak-agak lantaran saya terlupa baca sebenarnya.

“ Ini abang nak bagi tips ni. Sebagai ikhtiar kita untuk mengelak daripada apa-apa bahaya la.”

“Ya”. Senyum saya ke jalan.

“ Awak baca la macam biasa al- fatihah, surah 3 Qul, kemudian awak tambah dengan selawat 11 kali, baca al-ikhlas 21 kali dan baca ayat qursi.” Bagitahu abang itu.

(‘Actually’ saya lupa bilangan-bilangannya. Tapi saya berpegang berapa banyak itu tidak penting, tapi apa yang dibaca itu penting.)

# Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan 10 rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu." (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i, Imam Ahmad dan Ibn Hibban)


Saya baca blog akhi ibnu halim ( Sahabat saya daripada kolej kediaman keempat, ex-Pengerusi Balai Islam 2005/2006). Dia telah mengikuti satu temuduga untuk menyertai kelas perubatan Islam Darussyifa’. Katanya, akhi Akbar pun sertai juga (sahabat daripada Fakulti Linguistik). Bagus ya akhowani! Saya bangga dengan anda! – Darussyifa’ adalah Persatuan Kebajikan Dan PengubatanIslam Malaysia yang diideakan oleh Dato' Dr. Haron bin Din lebih dikenali dengan pangillan Ustaz Haron Din bertempat di Bangi. Antara pelajarannya ialah:

1. Konsep Perubatan Islam.
2. Makhluk Halus Mengikut Al-Quran & As-Sunnah.
3. Makhluk Halus & Penyakit.
4. Ayatul Syifa' ...


Di sini saya ingin menambah dan mengukuhkan lagi amalan yang perlu untuk kebaikan saya dan sahabat-sahabat. Amalan pelindung diri untuk kebaikan diri.

http://ittutor.net/forums/index.php?showtopic=25715

Bagaimana kita mahu mendoakan kepada orang-orang yang telah menolong kita pada waktu kita memerlukan pertolongan sedangkan kita tidak tahu nama dan bagaimana ingin menghubunginya kembali? Hanya Allah yang tahu kita sentiasa mengingati mereka. Semoga ada jalan untuk pahala sentiasa melimpah-limpah kepada mereka dengan doa kita. InsyaAllah!

Friday, December 26, 2008

2008 selamat tinggal...



Esok malam saya bertolak ke Kuala Lumpur lagi. Untuk kesekian kalinya saya ke Kuala Lumpur. Menghabiskan sisa-sisa sebagai mahasiswa yang diulik kesenangan. Ya, kesenangan berbanding pelajar master dan PHD yang saya dengar sangat tertekan. Wah, saya suka.

Tapi kali ini saya ke KL dengan rela dalam keterpaksaan. Berpisah dengan bonda dan ayahanda tersayang. Pergi mencari ilmu. Moga Allah panjangkan umur kami untuk bertemu lagi. Tak siapa tahu, siapa akan pergi dahulu. Namun itulah hakikatnya. Bukan kehendak kita dan bukan siapa hendak dalam amalan yang sedikit ini untuk pergi dalam tidak bersedia. Yang saya fikirkan sekarang ialah “adakah amalan aku cukup untuk dibawa ke sana dan adakah aku bersedia menghadapi kemungkinan kemungkinan yang bakal tiba nanti”. Wallahu’alam.

Yang penting senyum. Senyum itu membahagiakan orang yang kita sayang. Begitulah juga kalau sedih. Jadi jangan sedih. Tangisan hanya untuk Allah swt. Semoga berusaha ke arah itu.

Saya baru selesai membaca buku motivasi Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Wah, impaknya begitu terkesan di hati saya usai melewati tirai akhir 2008 ini. Melangkah ke usia setahun lagi. Saya semakin dewasa. Membaca bukunya yang menceritakan berbezanya kaum wanita dan lelaki ini membuatkan saya termenung kesedihan. “Muaknya aku dengan perangai-perangai yang perempuannya begitu dan lelakinya begitu. Nak cakapnya kat sini hinanya kita sebagai hamba Allah ni. Tak ada apa yang patut diseronokkan hidup kat dunia ni pun. Benci aku!”

Bila saya fikir-fikirkan kalau… ha, itu bahaya tu. Semua ni dugaan yang Allah bagi kat kita semua ni. Manusia. Ah, tak perlu fikir menyesakkan otak. Mari saya bawa anda telusuri kenapa saya kata hinanya manusia ni. Isk tak retilah pulak.

Dah tiga hari saya tak menulis blog. Saya duk fikir apa nak cakap ni. Pilihan raya kampus dah dekat. Nak cakap pasal tu. Pastu fikir ada tiga orang kahwin 3 hari ni (orang terdekat dengan saya). Orang-orang itu ialah Kak Mariah, Kak Aiman dan sepupu saya Kak Suriana yang selamat dinikahkan tadi dengan pilihan hatinya Manoj Rao bin Abdullah. Alhamdulillah. Pastu fikir lagi nak cerita pasal PPSMI. Pastu fikir lagi untuk bercerita mengenai Psikologi kanak-kanak. Semua menghambat. Sampai akhirnya saya dah tertangguh kerja. Semua tak jadi.

Oklah saya nak rilekskan otak dengan membuat ‘post mortem’ selama sebulan saya bercuti di rumah saya. 26 Nov lepas saya pulang ke rumah dan 26 Dis saya akan bertolak ke KL semula. Ok, apa yang saya nak & dah buat semasa cuti? Ha ni dia berserta dengan markah sekali :

Matlamat:
I) Lepas cuti ni dah pandai survive sendiri. (58% B- )

1. Memasak **
2. Tarbiyah diri meningkat **
3. Plan hidup masa depan sudah berjejak **
4. Jadi pengemas dan berjiwa Ibu **
5. Tahu kesusahan hidup abah dan mami **.


II) Hubungan dengan sahabat diikat kembali (>60% B- )

III) Plan strategik jualan berjejak (50% B- )
1. Ladang Kambing
2. Sambung belajar
3. Blog bertema


(IV) Keyakinan untuk turun mengajar (50% B- )

(V) Dapat dengar berita mandarin. (<30% D+)

Indikator tercapai: (B- 55-65 %)

Haduih. Apa la Sen(^_^)um ni. Seng(^=^)ih adalah. Bajetnya nak dapatkan B+ atau A-. Tak capai jugak. Malah rasanya C+ je kot yang sebenarnya markah tu. Sebab bajet nak hafal quran dan baca risalah-risalah sebagai rujukan. Banyak buat rutin sangat. Tak ada usaha pecutan pun. Gagal! Huh!

Memadai tak kalau saya buat azam tahun depan untuk memperkasakan apa yang tidak jadi perkasa lagi ni atau saya patut tambah apa lagi?

Banyak berangan!

“ Di sinilah kesilapan ramai orang. Mereka hanya tahu bercita-cita, sedangkan tidak menanam sebarang imaginasi”

“Imaginasi adalah satu aktiviti otak yang ada skrip dan ada noktah.”

“Gariskan dan senaraikan semua kemungkinan untuk ke situ, langkah-langkah serta halangan-halangannya.”


Hmmm. Akhirnya terhantuk baru nak terngadah. Kalau tak, asyik syok sendiri kononnya cuti aku nak buat ni. Nak buat tu. Tengok banyak lagi tak berjaya kan? Anda pula mesti hebat kan? Mesti dah berjaya capai kan? Nanti ceritalah. Sebagai ‘booster ‘ buat saya. Mesti saya ‘jealous’ nanti.

Minda juara! Jangan jadikan minda kita Minda Mangsa! (Amin Idris)

Azam saya tahun depan yang paling utama ialah saya nak jadi anak usrah & Kak Naqibah yang mencapai 70% markah ke atas. Usaha! Usaha! Ada cadangan ? Idea sekarang ialah saya kena buat Anekdot. Titik noktah.

“Berniaga adalah untuk orang yang tabah hati serta kental jiwa lagi rajin berusaha.”

“Orang yang mudah meminta maaf adalah orang yang kerap berbuat salah. Apabila mudah meminta maaf bermakna keraplah dia berbuat salah. Dari sudut sifat ini, sangat mulia, tetapi dari satu sudut yang lain ia tidak menggambarkan sikap menarik sebab orang yang kerap berbuat salah seolah-seolah tidak pernah belajar.”


Okeylah, penghabisan muhasabah saya di sini saya sudahi dengan kata-kata happy ini,

“Jalani hidup kita dengan tenang, bahagia, ceria dan gembira. Ambil semua elemen di sekeliling kita sebagai ‘booster’ kecemerlangan hidup.”

“Hidup sentiasa indah bagi orang yang hatinya indah.”


Selamat Menyambut Awal Muharam 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009!

Rujukan: Membina Cinta Sayang, 2008, Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

Monday, December 1, 2008

Motivasi daripada Allah swt


Dari dulu sampai la sekarang, saya pelik dan hairan. Kenapa ya? Kenapa?

Kenapa Ad-Dhuha? Kenapa ada solat dhuha? Kenapa ya? Tapi bukan saya ingin mempertikaikan. Saya cuma nak tahu apa asbab dipanggilnya solat sunat dhuha.

Tak kenal maka tak cinta. Dah jatuh cinta nanti melekat la. Senang cerita bapak halang pun sanggup pertahankan cinta sejati tu.

Okay kita sambung balik. Saya pelik bukan kenapa. Sebabnya kenapa dulu pernah disiarkan di televisyen sebuah drama terbitan RTM tidak silap saya bertajuk Mohd Dhuha (lebih kurang la). Saya pelik kenapa watak utama cerita tu sangat bersungguh sekali mengerjakan solat sunat tersebut walaupun dia masih kecil. Subhanallah! Bagi saya masa berumur 10 tahun begitu masih asyik bergembira dengan kawan-kawan sekolah. Tak sedar diri lagi. Hehe. Itu dulu.

Dalam drama tersebut, Mohd Dhuha itu akan menunaikan solat dhuha di surau sekolahnya setiap hari di waktu rehat. Mungkin sebelum atau selepas makan. Mohd Dhuha ni anak yatim. Tak ada ayah dan orang susah.

Okay lah. Sekarang saya masuk kepada tujuan utama saya imbas kembali drama ini. Mari kita telusuri maksud surah Ad-dhuha. Surah yang ditujukan kepada Nabi Muhammad saw daripada Allah SWT.

1. Demi waktu pagi.

Ungkapan ini melahirkan suasana mesra yang lemah-lembut dan kasih yang tenang di samping melahirkan kerelaan yang syumul dan rindu dendam yang halus.

2. Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.

Waktu malam yang tenang, jernih, hening, diselubungi tompokan-tompokan awan

yang tipis yang merangsangkan perasaan sedih, bimbang dan terharu yang halus dan renungan yang tenang seperti suasana hidup yatim dan menumpang orang lain.

3. Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia murkakanmu.

Allah tidak sekali-kali rnembiar dan membuangmu sebagaimana dikatakan oleh kaum Musyrikin yang mahu menyakiti hatimu dan merungsingkan fikiranmu, kerana Dia adalah “Tuhanmu” dan engkau adalah hamba-Nya yang dihubungkan kepada-Nya dan disandarkan kepada Rububiyah-Nya, dan Dialah Penjaga, Pelindung dan Penaungmu.

4. Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dan dunia.

Itulah pengertian kebaikan dari awal hingga akhir.

5. Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya) kepadamu

dan engkau tetap berpuas hati.

Dan Allah akan terus memberi taufiq yang dikehendakimu dalam menjalankan tugas da’wahmu, menghapuskan segala halangan dan rintangan dari jalanmu, memberi kemenangan kepada agama dan kebenaran yang diperjuangkanmu.

Kemudian surah ini terus mengingatkan Rasulullah s.a.w. tentang hubungan beliau dengan Allah sejak permulaan jalan hidupnya lagi agar beliau sentiasa mengenangkan budi baik Allah, kasih mesra dan limpah kurnia-Nya terhadap beliau, dan agar beliau mendapat keni’matan dengan mengingatkan kembali suasana-sausana rahmat dan kasih mesra Ilahi terhadap dirinya. ini adalah suatu keni’matan yang besar yang dirangsangkan oleh kenangan-kenangan indah seperti berikut:

6. Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah memberi perlindungankepadamu?

7. Dan bukankah dahulunya Allah dapatiinu dalam keadaan tiada pedonian, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?

8. Dan bukankah dahulunya Allah dapatunu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu?

seterusnya kisah beliau diselamatkan dari kemiskinan, maka Allah mengarahkan beliau dan umat Muslimin selepasnya supaya memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan dan menyebutnyebutkan ni’mat-ni’mat Allah yang amat besar yang dikurniakan kepadanya terutama ni’mat mendapat hidayat dengan agama Islam:

9. Oleh itu, janganlah engkau hinakan anak yatim.

10. Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan.

11. Dan hendaklah engkau sebut-sebutkan ni’mat Tuhanmu.

Kesimpulannya, Mohd Dhuha tadi adalah simbolik/ analogi/ perumpamaan kepada surah Ad-Dhuha tadi. Dia sebagai seorang anak yatim menjadikan solat sunat dhuha sebagai penghibur hatinya. Seterusnya, dengan jawapan yang saya temui ini, adalah lebih baik saya dan kita mengajak sesiapa sahaja agar mengenali tafsir al-quran dengan lebih rajin supaya kita dapat mencintai apa ertinya kemanisan cinta kepada Allah dan RasulNya dengan murni dan diperhalusi lagi. Tidak layak untuk saya menyatakan saya telah menjadi kekasihNya. Saya hanya mampu mencintai dari dalam hati …

“Buang jauh akhlak tercela, hiasi diri dengan akhlaq mulia, dan sucikan jiwa dari segala dosa”. (Fadhul Mu’in)

Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menguji orang yang berbicara dengan ucapan-ucapannya sendiri. Makanya, saya hanya mampu berkongsi apa yang ada dalam pengetahuan saya dan sama-samalah kita amalkan.

Namun saya menjadi kuat semula dengan kata-kata motivasi ini:

“ Orang paling bodoh ialah yang meninggalkan keyakinan diri sendiri, karena mengira yang dilakukan orang lain lebih bererti.” ( Dikemukakan oleh Taajuddin ‘ Athooilaah Iskandariy di dalam Kitabnya “Taajul ‘Arus)

Rujukan

Tafsir Surah Adh-dhuhaTafsir Fi Zilalil Quran

Sunday, November 2, 2008

ESQ (kisah semalam)



Hari ini merupakan hari kesekian kalinya sebelum menjelang peperiksaan. Dan saya tetap di sini di dalam bilik menelaah pelajaran seorang diri ditemani ‘roomate’ Miza yang tekun menelaah di seberang sana. Kami dipisahkan oleh almari besar di tengah-tengah bilik. Walaupun berada dalam bilik yang sama, namun dunia kami sangat terpisah. Melayan buku masing-masing. Saya dengan cara saya dan dia dengan cara dia.


Saya mengurang-ngurangkan ‘hand out’ saya dengan membuang mana kertas yang tidak mahu digunakan agar nota-nota saya menjadi seminima mungkin. Membuat nota ringkas dengan menggunakan kertas terpakai dan meneliti jenis (trend) soalan ‘past year’.


Sambil itu, dalam saya menyusun-nyusun fail dalam ‘laptop’ teman hidup sepanjang berada di universiti ini, saya terbuka rakaman mp4 ESQ. Rakaman yang saya ambil daripada Shahidah jiran depan bilik saya. Saya cuba buka videonya. Tetapi hanya suara yang kedengaran, Tak apalah. Asalkan dapat menghiburkan hati saya yang kesunyian melayan kekasih ‘hand out’ nota-nota ini. Manakan tidak, abah dan mami sudah tiga hari tidak menelefonku. Tidak bertanya sama ada saya membaca atau tidak. Agak manja. Namun biarlah apa orang nak kata. Saya sayang abah dan mami saya. Mereka sayang saya juga. Mereka sunyi juga di rumah tanpa anak-anak mereka. Saya kasihankan mereka apabila pulang ke rumah dan merasa sendiri kesunyian yang mereka alami. Jadi saya berpegang, kalau mereka tidak menelefon saya, Saya akan menelefon mereka. Ya, hasilnya saya merasakan motivasi saya sentiasa di ‘topup’ dan kasih sayang kami juga sentiasa di ‘topup’. Alhamdulillah.


Kembali kepada ESQ tadi. Penemuan formula ini adalah dari saudara Muslim kita di negara tetangga kita. Pak Ary. Kata Shahidah, ‘handsome’ orangnya. Tak kesahlah. Tapi penemuan ilmu psikologinya agak luar biasa. Nah, sememangnya luar biasa. Saya mendengar suaranya, cara dia bercakap. Bahasa Indonesia. Saya suka. Semasa mendengar rakaman ini, saya tertegun. Saya dapat menggambarkan segala yang diucapkannya kerana teraturnya bicara katanya. Apa yang beliau bawakan merupakan kebiasaan yang berlaku seharian kita. Namun formula kecerdasan emosi yang dibawakannya menjadikan saya merasa, ‘Oh, begitu yang selama ini aku alami ya.’


Saya baru dengar ini. Membawa kecerdasan emosi kita memandang kehidupan seharian kita daripada dimensi emosi yang berbeza. Wah. Sesuai dengan bakal karierku sebagai cikgu nanti. Saya terus meminta lagi rakaman jika ada lagi dengan Shahidah. Tak ada. Ala kecewa. Tak apa. Bukunya ada. Rupa-rupanya ia daripada Afifah Ramdan. Oh anak raja ini. Malah katanya ingin menghadiri kursus ESQ ini. Tak apa. Nanti akan kami paksa supaya buatkan kursus pada kami. Ya. Kalau ada rezeki saya akan kongsikan apa isi ‘Kecerdasan Emosional’.


Kemampuan membaca hati orang, kemampuan membaca harapan orang. Jurusnya sederhana dalam ilmu kecerdasan emosional adalah seribu sungai gunung turun ke laut ertinya kalau kita merendah menjadi lembah yang landai kemudian mereka ada di tempat yang tinggi maka air yang mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Jurus dua berikan pujian-pujian. Jurus tiga sebutkan nama dia berkali-kali iaitu muzik paling indah. Seterusnya akui suksesnya, itulah air sejuk buatnya. Kemudian berikan pujian penghargaan, bukan pujian gigi tapi pujian dari hati. Barulah ajukan proposal kita. (Dalam urusan kita dengan orang, tidak kira dari segi perniagan dan sebagainya).


Kenapa kita akan menutup mata jika ingin membayangkan keindahan?.... Kerana Keindahan itu tidak terbayangkan pandangan mata kita. MasyaAllah indahnya syurga… Sen(^_^)Yum selalu.

Wednesday, October 15, 2008

Fitrah Hari Raya dan Exam



Assalamualaikum buat ibu ayah, adik-beradik, guru-guru dan semua sahabat yang mengenali saya malah yang tidak mengenali saya. Indahnya iman jika kita bukan sekadar menyintai Allah, bahkan Rasulullah s.a.w serta saudara-saudara seIslam yang lain. Post yang saya taipkan ini ingin sangat saya kongsikan bersama semua. Sabtu lepas saya dan sahabat-sahabat UM menghadiri satu majlis Hari Raya. Dalam majlis tersebut, jemputan adalah Senator Mumtaz Mat Nawi. Wah kalau nak kenal, beliau merupakan salah seorang ahli Parlimen wanita daripada barisan alternatif yang berasal daripada Kelantan. Beliau merupakan bekas pelajar Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. Apa lagi, ‘my school’ jugak la tu. Beliau pada zamannya merupakan pernah menjadi pelajar terbaik di sekolah. Umurnya tidaklah terlalu tua bagi kami. Bolehla kita panggil kakak aje.

Dalam majlis berhari raya tu, beliau dijemput untuk menyampaikan sebuah ceramah bertajuk Tarbiyah Hari Raya sebagai Fitrah Manusia (sebenarnya agak lupa la tajuk sebenar, sori (^o^).

Mengadakan aktiviti ziarah menziarahi pada hari raya merupakan salah satu aktiviti yang memberikan faedah yang sangat besar katanya. Kita kembali kepada kelebihan yang yang suadh kita maklum iaitu bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. Ha, apa maksud silah ye? Silah bermaksud kaitan/ hubungan dan Rahim pula maksudnya kasih sayang. Maksudnya di sini pentingnya kita menghubungkan semula kasih di kalangan kita yang dahulunya pernah berada dalam satu rahim yang sama. Kita dari satu rahim yang sama betul tak? Tak ingat la tu. Kenapa beliau berkata begitu kerana kita telah hadir dari perut yang sama dari rahim seorang perempuan bernama Hawa sebagai satu petunjuk kepada orang beriman dan orang yang tak percaya.

Secara saintifiknya apabila kita ziarah menziarahi rakan taulan dan sahabat handai kita. Kita akan mengumpul sebanyak mungkin cas2 positif ke dalam tubuh kita. Ia kerana apabila kulit kita bertemu, apabila bersalaman dan berpeluk, akan berlaku ‘transferation’ cas2 yang menjadikan kita menjadi lebih bercas positif jika sabahat handai kita tu adalah dari kalangan orang yang baik2. Sebabnya ada kajian menyatakan bahawa, orang2 yang baik mempunyai cas2 positif dalam badan. Lebih2 lagi ulama’.

Satu lagi beliau menjelaskan kenapa apabila org Islam yang bukan dari negara yang sama apabila bertemu, mereka secara automatiknya akan mudah mesra dan ada rasa ‘instint’. Ini kerana dia atas kepala kita, adanya ‘John Point’(entahlah macam mana ejanya sebab dengar je). Nak bagitahunya di sini ialah apabila setiap lima waktu solat fardhu, kita akan solat, sujud dan ruku’. Apabila ketika kita ruku’, akan bertembunglah ‘John Point’ tu dari seluruh pelusuk dunia di Ka’abah. Jadi disitulah gelombang-gelombang dari seluruh pelusuk Islam bertemu. Macam cerita Naruta la katakan. Tapi ini hikmah untuk diterangkan bagi pendapat saya la kalau anda semua tak percaya. Eh jap, tahu tak ‘John Point’ tu apa? Hehe lupa nak cakap. 'John Point’ tu adalah ketika kita bayi dulu2 tu, ada ubun2 kita yang lembut atas kepala kita. Lama-lama memamnga keras. Tapi itulah kawasannya.

Seterunya dalam ceramah usztazah Mumtaz, katanya sempena exam yang bakal menerpa tak lama lagi, kita digalakkan sentiasa seny(^_^)um. Bukannya kena murung. Sebabnya kita akan dipenuhi dengan cas2 positif yang apabila orang lain dekat dengan kita pun akan turut sama tersenyum dan hilang kerunsingan tuk exam nanti. Ilmu pun senang nak faham dan masuk. Itulah antara hikmah disabdakan bahawa senyum itu sedekah.

Membaca walaupun banyak, jika tiada keberkatan, apalah gunanya. Merujuk kepada hadis pertama imam nawawi, segala perbuatan kita adalah bermula dengan niat. Setiap kerja-kerja projek ke, program ke, Jawatan Perkembangan kolej ke, Jawatan Tindakan Kolej ke, atau membuat usrah ke, jika niat kita KERANA ALLAH S.W.T, insyaAllah membaca 20 minit sahaja pun sudah penuh dengan keberkatan. Lagi lama, lagilah BERKAT. Itulah kalau kita jumpa pelajar cemerlang yang aktif berpesatuan, aktivis-aktivis universiti dan sebagainya dalam masa yang sama juga mendapat ‘DEAN LIST’. Malah mereka juga mendapat AD-DEAN LIST. Moga2 kita juga tergolong dalam golongan itu lah ye. Kalau tak tergolong tu ada yang perlu diperbaiki lagi la tu termasuklah saya. Hehe

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Bahwasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bahwasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya….

Ha… tips stadi pun beliau bekalkan jugak sempena nak exam ni. Beliau dulu semasa menjawat jawatan MPM ketika belajar di UIA, beliau telah pun mendirikan rumah tangga. Ala ala macam kisah ‘Dunia Baru’ watak Anne tu lah. Siap ada anak lagi. Beliau masih dapat membahagikan masa sebagai mahasiswa, Majlis Perwakilan Mahasiswa, isteri, dan ibu. Wah!

Tanyanya “ Cuba bagitahu siapa antara kamu semua ni, sebelum baca buku tengok soalan past year dan tengok skema subjek sebelum memulakan pembacaan?” Pastu beliau Tanya lagi, “ Siapa yang masa nak mula membaca tengok kandungan buku tu dulu”. Ini tidak, apa yang dipelajari sepanjang sem pun berterabur. Dulu saya macam tu la. Biasanya itulah silap pelajar2.

Ok seterusnya beliau bertanya. Bagaimana hubungan kita secara horizontal dan vertical kita dalam kehidupan seharian. Ini pun penting dalam membantu kita memdapat keberkatan. Hubungan ini samalah dengan kejadian ketika nabi Muhammad s.a.w yang naik langit ketika Israk dan Mikraj. Yang mana ketika perjalanannya, Baginda dapat melihat seluruh yang berlaku di neraka dan syurga. Israk adalah horizontal dan Mikraj adalah vertical. Kenapa dipanggil horizontal dan vertical? Hubungan horizontal adalah hubungan kita dengan sahabat kita, kawan sefakulti kita, roomate kita, dan sesiapa sahajalah termasuk jugak mak guard mak cik penyapu sampah, tukang kantin. Hubungan vertical pulak adalah hubungan kita dengan Allah S.W.T. dan selain daripada itu dengan ibu bapa, pensyarah-pensyarah, pihak pengurusan dan sesiapa yang berpangkat la. Merekalah sebenarnya penilai kita secara tidak lansung dan lansung terhadap kita. Beliau menceritakan ketika beliau mula2 bergelar sebagai senator. Katanya, bagilah RM500 pun, takkan sama dengan mesej2 yang dia terima daripada sahabat2 dia dahulu. Termasuk roommate ketika dahulu. Kata roomatenya, “Kau memang patut jawatan tu Mumtaz”.

WA Hablum Minanas WA Hablum Minallah. (surah Aljumu’ah ayat ke 9 hingga 11)

Akhir sekali, saya mohon maaf sekira ada salah penyampaian daripada ceramah ustazah Mumtaz. Apa yang saya sampaikan ni adalah daripada ayat saya sendiri dan apa yang saya faham. Mana yang tak cukup tu, sengaja saya tak masukkan. Sumber sekunder. Apa yang baik itu dari Allah S.W.T dan buruk itu daripada saya sendiri kerana saya insan yang lemah.


Wednesday, October 8, 2008

Takut (- , -)


Hmmm.... Lepas je raya la ni... seram sejuk jer rasa.. macam2 rasa takut. Ada banyak sebab kenapa saya takut... 1. Takut PRK 2. Takut tak siapkan lagi asignment last tekno dalam pendidikan.. 3. Takut tak sampai sebulan lagi final exam 4. Takut tuk buat appointment dengan doktor. 5. Takut sebab dah lama tak stadi usrah. 6. dll (ntah apa lagi dah).

Terduduk saya tadi termenung akan masa yang berlalu begitu pantas. Saya teringat kata-kata ustaz bahawa hidup di akhirat kelak sehari bagaikan 400 hari di dunia. MasyaAllah.... bahagianya lama begitu... Tak sama macam sekarang.... Di ambang hari raya lepas, kami dikejutkan dengan tiga berita yang menyayatkan hati... pertama: kakak kepada sahabat kami Syeikh Umar telah dipanggil ke Rahmatullah sebelum sempat sampai ke rumah berhari raya. Kedua: Ibu kepada bakal calon umum Pro-M Saudari Fitrah telah meninggal dunia, tak silap disebabkan sakit. Dan yang ketiga, seorang pelajar tahun 3 Biokesihatan dengan pengajian Islam dari Pasir Mas, Kelantan (NurHazwani Zakaria) juga menyahut panggilan Illahi pada 4hb Oktober kerana kemalangan. Boleh lah saya simpulkan bahawa kematian- kematian tersebut terlalu hampir dengan saya.

Agak gerun juga saya sebenarnya. Bila menggambarkan keadaan di alam barzakh nanti. Apa sangat bekalan yang nak dibawa ke alam sana. Dengan solat yang lompong, hukum yang tempang, muamalat yang tak tersempurna dan macam-macam lagi.
Pada hari raya keempat, saya, abah, mami, adik qi dan kak ma melawat kubur kat Banggol di KB, semasa bacaan talkin, saya cuba bayangkan keadaan seluruh jenazah yang ada dalam kubur tu jika dengan kuasa Allah terbuka hijab antara kita yang masih hidup ni. Alangkah menggerunkan jika yang menakutkan dan amat terharunya jika yang menggembirakan.

Ya Allah, pernah suatu ketika aku memohon padaMu agar tunjukkan apa yang boleh membantu aku masuk ke syurgaMu. Namun aku masih leka.


Pernah juga suatu ketika aku ingin membantu kedua ibu bapaku tuk bahagia di alam barzakh dengan menghafaz al-Quran, namun aku leka lagi.


Pernah dulu aku ingin benar-benar mengkhatamkan quran dengan memahami isinya, namun aku tak buat lagi.


Ya Allah, sempatkah aku ya Allah andai ajalku esok atau lusa?


Saya teringat lagi arwah nenekku Siti Mariam. Arwah tinggalkan kami ketika tiada siapa pun dari ahli keluarga kami di sisinya. Padahal arwah tinggal bersama kami di rumah kami. Abah, mami dan kakak ke Mekah, abang di Pahang, Kak ma di Johor, Syauqi di KL, Kak A di Serdang dan saya di UM. Alangkah kecewanya saya bila tak sempat mencium tangannya memohon maaf kerana selalu merasa terbeban dengan arwah. Cucu yang teruk sekali. Sampai sekarang 'mok' sentiasa di hati saya. Dulu tika hidupnya, arwah selalu menangis bila menziarahi kubur di pagi raya. Dan saya selalu berfikiran negatif. Kenapa mok selalu menangis? Ya Allah, aku bersyukur ya Allah, berkat dhuha yang selalu arwah kerjakan, berkat solat malam yang selalu arwah kerjakan( mungkin arwah selalu jalankan sebab arwah selalu bangun awal), berkat bacaan al-quran yang arwah selalu amalkan ketika sakitnya, arwah meninggal di bulan ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Mungkin akan bertemu lagi dengan arwah nenek di akhirat kelak. Semoga wajahnya nanti berseri-seri dan bahagia menanti jalan ke SyurgaMu ya Allah.

Al-fatihah juga buat arwah datukku yang meninggal di rumah kami. Juga pada arwah Hamidah Ciksu ku. Buat arwah sahabatku Faizah Bt Mohamad. Arwah Faris yang riang. Arwah Ustaz Zin yang meninggal dengan mudah, arwah Kak syafa ( pelajar UM yang meninggal kerana kemalangan di Pantai Dalam UM) dan kepada semua arwah saudarak2 yang dekat ku yang dekat dan jauh. Aku sentiasa merindui kalian.

Kelmarin ketika saya ke Pekan Buku, saya membelek2 buku sekejap sementara menunggu hujan teduh. Waktu tu tengah berkejar nak siapkan risalah, saya terbaca sedikit kata-kata Prof Dr. Hamka. Beginilah apa yang saya ingat. Orang yang ketika hidupnya selalu berfikir tuk mati sebenarnya tak takut untuk mati. Bila matinya nama dan jasadnya malah dicari, dikorek dan menjadi sentiasa hidup segar. Tapi orang yang tika hidupnya melakukan kerja seolah-olah esok tiada dan meninggal dengan kehidupan rutinnya, itulah orang yang matinya menakutkan kerana bila matinya sepi tanpa siapa pun peduli dan tiada sumbangannya pada orang lain. Dah lupa dah ayat sebenarnya. Hmmm... Okey, 'mood' yang kurang hari ni dah saya luahkan kat blog ni malam ni. So doakan saya sukses dalam test esok dan minggu depan. See ya next post! Yang penting kena senyum ^_^. Tumpukan pada stadi k!

Sunday, June 15, 2008

Iltizam yang timbul kembali setelah lama berkubur...

Assalamualaikum pada Adibah n semua. Hmmm.. dah lama berhenti menulis blog.. namun kini kembali menulis lagi. Ntah apa yang dibuat selama 2 tahun di universiti ni sampai minat menulis hilang dan luput begitu sahaja. Rugi saja. Orang ramai yang tidak pernah dengar tentang blog kini sudah mencapai kejayaan dalam penulisan blognya baru membuatkan saya terjaga dari lena..
Sampaikanlah walau satu ayat.. Kerana dengan satu itulah membuat orang terfikir.. Itulah cita-citaku. InsyaAllah berbekalkan Iltizam yang ada, saya akan mula menulis kembali dalam menulis blog sebagai medan dakwah. Ada sesetengah orang kata dengan menulis blog, orang akan dapat baca pemikiran kita bagaimana, sikap kita dan macam-macam lagi. Sememangnya itulah yang cuba saya elakkan.Namun bila difikir2kan semula. Biarlah apa orang nak fikir. Kerana hidup kita sementara sahaja. Buatlah apa saja yang kita nak buat sementara masa hidup kita ini sihat. Malah ajal maut kita tidak sangka bila akan tiba.
'By the way', saya memerlukan semangat yang kuat dan disiplin yang 'smart' untuk memberi konsistentasi dalam menulis blog ilmiah insyaAllah. Segala-segala yang baik itu daripada Allah dan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan, tegurlah secara berhikmah kerana saya hanya insan biasa yang pernah melakukan kesilapan. Buang jauh2 malu tak bertempat dan rendah diri kerana dalam dunia 'CYBER' ni kerana kita bukan siapa2 di mata orang, kita adalah kita.. Expresi dirimu!