Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

Cinta Dua Hati

Hadirnya tanpa disedari, hadir cinta buatku ini anugerah Ilahi. Mungkin ini yang selama ini aku belum pernah rasai. Perasaan yang bakal menjadi ibadah setelah aku bergelar sebagai seorang isteri. Dosa ketika sebelumnya. Semoga segalanya berjalan lancar. Tik tok tik tok selama 8 hari lagi. Aku yang hanya menyiapkan sisa-sisa apa yang belum selesai untuk majlis meraikan Cinta Dua Hati minggu hadapan. Beberapa ex-ratu dan ex-raja peraih Majlis tersebut akan hadir di Majlis aku. Abang Safwan dan ratunya Kak Wan Nor Salihah, Kak Sallehah dan rajanya Abang Rostam.. pre-ratu dan pre-raja Kak Ma dan Abang Am ( 6 jun adalah tarikh pertunangan mereka).
Aku mengimpikan sebuah mahligai yang bakal memimpin aku ke syurga. Mengimami lurusnya solatku yang selalu lewat. Membetulkan kesalahan-kesalahan aku terhadap kedua ibu bapaku. Dan semoga zuriat-zuriat yang lahir ke dunia nanti bakal menjadi kahlifah-khalifah yang soleh dan solehah. Tak sabar rasanya aku nak berjihad di medan walaupun aku sebenarnya rasa takut yang teramat. Ya, teramat. Dah ramai yang pernah rasa apa yang aku rasa sekarang. Biasalah tu…
Perasaan yang tak ada siapa boleh bantu…kecuali aku sendiri dengan dipandu oleh Yang Maha Hebat Lagi Menakjubkan. Ya Tuhan..ampunilah dosa-dosaku selama ini…amin..

Tuesday, April 13, 2010

aku masih mahu pulang

setiap orang mempunyai rahsia 
rahsia itu dalam hati
namun kerana hidup itu singkat
rahsiaku sanggup ku singkapi

untuk tatapan bagi sesiapa yang mahu berfikir


aku berjalan menyusuri jalan raya
melihat kegerunan kelajuan di selekoh tajam
mengantuk apabila kereta hadapan lambat
sebagai analogi dalam kehidupan



Tiada satu pun yang Kau terlupa

menatapi sejadah ketika solatku tidak khusyuk
berfikir tiada satu saat pun segalanya boleh diulang
aku tak sanggup menanggung hutang dosa
kerana dosa-dosa aku 25 tahun dulu masih belum aku qadha..


merasa mataku ingin bergenang tika aku melihat si tua

melihat si istimewa
merasa hidup mereka bertuah
menerima ujian dan mereka sudah berdiri di situ
aku masih di sini...
hidup bukan mudah...
hidup bukan mudah...


merasa hidup hari ini akan berakhir esok..
membuat bibirku tersenyum kelat
aku perlu pulang ke rumah untuk membayar hutang
aku perlu pulang untuk mengajar anak-anak muridku
aku perlu pulang dan bercerita dengan kakak-kakakku


aku mahu pulang ke kampung lagi..
pulang lagi melihat abah dan mami
pulang ingin melihat halaman
aku masih mahu pulang...
namun hatiku sebak..
benarkah esok aku akan pergi..


--Sen(^_^)yum CiksuBah

Sunday, February 14, 2010

Brand New?

Cuti sekolah sudah bermula! Wah seronok sakan cikgu2. Mengalahkan budak2. Antaranya cikgu Adibah lar. Sebulan setengah tak balik rumah. Rindu tu tak yah cakap lah kat rumah. May be next2 week, i gonna make my home as my second home. Balik tiap2 minggu la... 5 hours only from penang. Nice maaa... Memuhasabahkan kembali diri saya selama bekerja sebulan di dunia dewasa ini sangat lah memerlukan satu kunci dalam hidup... iaitu SABAR. Everything is new to me.. So new. And may make me as a brand new. Alam realiti seorang guru. Setiap hari dunia saya ada lima. Dunia bilik guru, dunia pejabat sekolah, dunia padang, dunia makmal sekolah dan dunia rumah sendiri. Itu semua duniawi. Let we make it short. I realy don't interested with these. Good bye. 


Jom kita pisahkan antara dua alam ni. Dunia dan akhirat. nak pilih yang mana? Jika kita memilih untuk memilih akhirat. nescaya beruntunglah kerana kita akan mendapat akhirat dan dunia sekaligus. Tenang saja. 


Really miss Kak Normi yang selalu ingatkan saya supaya banyak berzikir. Rindu pada Kak Aimi yang ingatkan saya tentang nafsu. Rindu pada sahabat-sahabat yang mengingatkan tentang peribadi muslim. Akhirnya this new world had made me drop my tears again. Same as last 4 years ago when i in my orientation week at UM. NEW WORLD..... yes new that we can't be there if we haven't ready. Doakan kita kuat.

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati-hati. Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan mentaatiMu. 3x. Amin... 




Tuesday, October 6, 2009

Zuhud


Aku ingin berubah
Aku ingin mencari redo Allah dengan redho Ibu Bapaku
Aku ingin menjernih hatiku dengan mencari cahaya Rab
Aku ingin merasai dunia Zuhud dan dunia Sufi
Aku ingin memilih cinta akhirat untuk akhiratku

Aku ingin berubah
Solat, Tasbih tahmid dan doa ingin kupasak ke lidah dan hatiku
Cerita kebesaran dan renungan yang agung ingin ku amalkan
Rutin seorang Ummat nabi Muhammad juga ingin kulazimkan
Ku lemah jika tak kenal diriku lemah dengan guru syaitan
Lemah dengan sahabat nafsu

Aku ingin berubah
Aku kini takut namun aku ingin untuk berhijrah ke negeri zuhud
Negeri para anbiyak, sahabat, tabi’in dan wali ulamak
Aku masih punya cita namun aku redha jika aku nanti berubah
Hati itu punyaNya Allah

Aku ingin berubah
Bersih hati bersih badan bersih fikiran
Seperti kata kita adalah apa yang kita makan
Kita juga adalah apa yang kita belajar
Hidup yang singkat ini nyahlah kau wahai Malas!


Saturday, October 3, 2009

Muslihah sahabatku nak ke Mesir sambung medic. Alhamdulillah...

Kisah  aku pulak. Aku takkan putus asa. Impianku masih berkobar-kobar.( Iye ker). Yang pasti hidup mesti diteruskan. Usaha, doa, tawakkal dan redha insyaAllah mengiringi. (^_^). Ini aku jumpa satu blog berguna tuk jemaah kampus. Tak kampus pon boleh.. refresh balik yang lama ditinggalkan.
baytulmuslim

Pertemuan dua daratan, dari naungan dibawah bayu ke serambi Mekah.
Cikgu Fasila dan En. Jowel dah selamat dah. Aku masih ingat lagi kata-kata Pn Fasila ni, selagi tak sampai umur 25 tahun... saya takkan kahwin. Tengok2 kan tak masin mulut tu... Hehe. Yang lain-lain sahabatku bakal menyusul lagi lepas ni... Tahniah semua. Yang pasti Allah harus memberikan yang terbaik buat hamba-hambaNya dengan jalan bijaksana.



Sekarang ni aku nak fokus pada lebih 'menguasai' bukan banyak mengetahui. Tentang ilmu2 untuk profesion aku.. Dulu nak belajar sains, tapi minat bidang agama pulak. So, dah dua-dua aku lemah, jadi sempena cuti sekolah ni.. kita menguasai balik apo dah tok ingat tu..

Aku kompius mana satu buku ensiklopedia yang aku nak beli ni. Satu mahal satu murah... akhir sekali. dua2 aku tak beli. Baca apo yang ado udah ler.

Aku nak masuk web inspirasi Mujahid. Apo dah jadi ngan web tu? hilang tak kabbor pun... Nak tau berita terkini pun susah. Alih2 sampai kad jemputan.. lagi seminggu pulak tu... ini belum kira yang tak terniat nak hantar kad... mesti aku orang paling last tau punyer. Henset aku penah hilang 3 hari... jumpa2 takdok satu msg pun aku dapat haha... aku pun tak rasa nak cari henset aku waktu tu.. maksudnyer memang aku duk bawah tempurung jer sejak cuti sekolah ni... hehe.

Erti persahabatan itu bukan pada kerap ucapan sayang di bibir, tetapi pada kerap bayangan senyumannya melukis di hati.... Ku merindui sahabat2... Moga ketemu dalam naungan Ilahi...

Wednesday, September 23, 2009

Satu Misteri

http://noktahyangtiadanoktah.blogspot.com/2009/08/keajaiban.html

"Aku bersyukur kepadaMU


Sungguh besar kebesaranMU

Memberi ruang, kesempatan dan peluang kepada setiap hambaMU"





KEAJAIBAN kejadian ALLAH itu tidak dapat disangkalkan oleh akal manusia itu sendiri. Dengan sifat AGUNGNYA, mentadbir sekalian yang ada di atas bumi ini. Ia berhak MENGHIDUPKAN dan juga MEMATIKAN apa sahaja yang ada di dunia ini..





Bahkan bagi yang menyedari hakikat itu ia akan merasainya. Walaupun kadang kala kita sering melupakanNYA, Namun sebaliknya ALLAH tidak pernah melupakan kita. ALLAH mengingati kita dengan ujian yang DIA berikan kepada kita. sedar atau tidak sedar bergantung kepada diri manusia itu sendiri. Bagi mereka yang lalai akan terus hanyut dengan jalan dipillih, bagi mereka menyedari hakikat itu, akan bersegera berpatah ke jalan yang di redhai ALLAH. Seperti riwayat Abu Hurairah;





"Tiada henti-hentinya ujian menimpa badan seseorang lelaki atau wanita mukmin, juga hartanya, atau pada anaknya, sehingga ia menemui ALLAH tanpa membawa sedikit pun dari dosanya"







Maka dengan itu, kita hendaklah selalu berdoa. Alangkah bahagianya Umat Islam itu hidup di bawah naungan agama agung ini, dimana ALLAH telah memberikan pelbagai anugerah kepada para pemeluknya, melimpahkan nikmat dan anugerahNYA kepada kita sepanjang pagi dan petang. Menurut Riwayat Tarmizi daripada Abu Hurairah;







"Berdoalah kamu kepada ALLAH dan hendaklah kamu benar-benar yakin bahawa doamu itu akan dikabulkan ALLAH. Dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH tidak akan mengabulkan doa daripada hati yang lalai dan leka"







Kesimpulannya, jangan mudah berputus asa dengan ALLAH, KEAIJABAN pasti berlaku. Kerana apa yang terjadi itu pasti ada HIKMAH disebalik kejadian. Lengkapi diri dengan kesabaran. Jika kita bersabar diatas kesengsaraan yang menimpa, ALLAH pasti meringankan musibah itu, menaikan darjat dan memberikan gajaran pahala bagi kita yang sabar. ALLAH berfirman;





''Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, kerana kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang"





[Al-Mukminun : 111]

Tuesday, September 15, 2009

Azab Bagi Wanita


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fat imah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
1.      "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
2.      Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan t imah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
3.      Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
4.      Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
5.      Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
6.      Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
7.      Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi. 
Ku rindu untuk membantu PEJUANG_PEJUANG AGAMA ALLAH... ku rindu untuk memberikan sokongan agar mereka lebih tabah dalam mengharungi liku-liku imtahan... moga hijab yang masih belum tersingkap untuk Pejuang Agama itu merupakan waktu yang aku gunakan untuk jihad memperislahkan nafsuku ini... -trader in Islam- Adibah Salleh-