Tuesday, April 13, 2010

aku masih mahu pulang

setiap orang mempunyai rahsia 
rahsia itu dalam hati
namun kerana hidup itu singkat
rahsiaku sanggup ku singkapi

untuk tatapan bagi sesiapa yang mahu berfikir


aku berjalan menyusuri jalan raya
melihat kegerunan kelajuan di selekoh tajam
mengantuk apabila kereta hadapan lambat
sebagai analogi dalam kehidupan



Tiada satu pun yang Kau terlupa

menatapi sejadah ketika solatku tidak khusyuk
berfikir tiada satu saat pun segalanya boleh diulang
aku tak sanggup menanggung hutang dosa
kerana dosa-dosa aku 25 tahun dulu masih belum aku qadha..


merasa mataku ingin bergenang tika aku melihat si tua

melihat si istimewa
merasa hidup mereka bertuah
menerima ujian dan mereka sudah berdiri di situ
aku masih di sini...
hidup bukan mudah...
hidup bukan mudah...


merasa hidup hari ini akan berakhir esok..
membuat bibirku tersenyum kelat
aku perlu pulang ke rumah untuk membayar hutang
aku perlu pulang untuk mengajar anak-anak muridku
aku perlu pulang dan bercerita dengan kakak-kakakku


aku mahu pulang ke kampung lagi..
pulang lagi melihat abah dan mami
pulang ingin melihat halaman
aku masih mahu pulang...
namun hatiku sebak..
benarkah esok aku akan pergi..


--Sen(^_^)yum CiksuBah