Friday, August 18, 2017

bagaimana nak mula perniagaan?

Serius saya memang tak tahu nak mula dari mana. Nasib baik sifu saya bukan jenis gila facebook dan blog. Kalau dia jenis gila macam saya ni, senang pulak saya akan copy dan paste hasil kerja dia kan? ini bisnes saya, so saya la yang kena kreatif untuk jual barang perniagaan saya. kalau saya mencopy paste saja hasil kerja orang lain. Kat mana susah payah saya kan? so saya kena fikir sendiri dulu bagaimana saya nak mula. You go back and think. think and think urself. be creative and inovative. untuk makluman semua Nutrilite adalah disahkan HALAL oleh Majlis Makanan & Pemakanan Islam Amerika (IFANCA). IFANCA diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Thursday, August 17, 2017

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Setiap hari selepas masuk kelas bisnes ligat berfikir. otak tu sentiasa pantas jer bergerak aktif. harapnya pergerakan yang sihat la. Harapnya pergerakan yang diredhai. Hahaha. ntah apa2 la. At least aku dah sedar hidup ni perlu ada tujuan. Tujuan aku dah lama berkubur sebab terlalu negatif ngan hidup. Adoi la. macam mana la kalu aku masih tak jumpa kelas ni. Syukur sangat.

Tuesday, August 15, 2017

Impian rumah kedua

Terima kasih masih diberi peluang hidup lagi. Syukur alhamdulillah. blog ni je yang saya ingat. Blog lain saya dah lupa. Blog ni rasanya blog pertama saya. masih lagi tetap dengan blog ni. perjalanan hidup sebagai pelajar dan sekarang dah jadi guru. bermula dengan impian nak melangsaikan segala hutang piutang. Saya berani berimpian untuk memiliki sebuah rumah bergerak. untuk menjadikan perjalanan balik ke kampung dalam keadaan yang selesa. boleh duduk dengan aman dalam kereta ni setiap tahun bila nak balik pulang ke kampung halaman. Semoga dengan resepi bisnes yang saya ceburi ni dalam merealisasikan impian saya seterusnya menjadikan impian saya balik bekerja di kampung halaman tercapai.