Monday, June 22, 2009

Selamat hari bapa!!


Selamat hari bapa untuk semua bapa-bapa seluruh dunia. Kepada semua yang bergelar bapa, bertuahlah anda kerana anda merupakan penyelamat-penyelamat kaum wanita. Menyelamatkan anak perempuan, isteri dan juga adik perempuan daripada dijilat api neraka. Namun, jika amanah tidak menjalankan dengan baik, balasan setimpal akan ditentukan.

Rezki dan jodoh itu ditangan Tuhan. Kalau anda merupakan broken family, anak-anak tetap tidak boleh diabaikan. Mereka punya hati dan perasaan. Anak-anak hanya perlukan PERHATIAN. Cukuplah sekadar itu jika selebihnya anda tidak berikan.

Sejak daripada kecik lagi saya dah rapat dengan abah. Abah selalu jadi pemujuk sebab selalu anak dia ni menangis manja. Selalu kena usik ngan kakak dan adik beradik lain sebab terlalu manja dengan abah. Masa kecik-kecik dulu selalu menangis bukan apa, sebab selalu mimpi buruk dan selalu merasa dunia penuh perkara-perkara mengerikan. Saya masih ingat lagi selepas asar ketika nak maghrib, ketika hujan, bunyi katak dan cengkerik membuatkan saya melungu kehairanan. Kenapa ada suasana begini?

Seorang bapa merupakan pelindung kepada anak-anak mereka. Menyayangi mereka sebagai menyokong untuk mereka terus hidup di dunia. Memberi kekuatan kepada anak-anak dan isteri menghadapi hari dengan tenang dan tahan tekanan. Sangat rindukan saat bersama abah!

Saat mengulangkaji pelajaran, abah selalu membantu. Ingat lagi abah tolong lukiskan pokok keladi bunting. Cantik sangat. Ketika tu darjah 3 atau empat tidak silap. Lukisan yang cepat dan ringkas. Tapi, abah juga selalu menjadi mangsa anak yang tak bertanggungjawab ni. Selalu marah-marah dan selalu merajuk. Kalau nak lepaskan tekanan, selalu abah yang jadi pendengar. Mami pun selalu.

Ingat lagi ketika darjah empat atau lima, nak cepat-cepat ke sekolah. Tak jumpa stokin, pastu saya mengamuk dan marah-marah. Abah tanya dengan elok, tapi saya ke dapur dan nak ambil sudu untuk sarapan. Zup!! Tangan yang tak punya hidung pulak jadi mangsa. Mata pisau disinggah jari saya. Hikmahnya, tenang bapa sebenarnya mengajar kita bersifat tenang. Tenang mereka ingin menyelesaikan masalah.

Selangkah saya ke sekolah menengah arab, banyak lagi jasa abah. Mengajar saya belajar dengan ikhlas. Walaupun pada awalnya saya tidak suka ke sekolah yang saya sekolah waktu itu. Seterusnya abah melatih saya menjadi guru, seawal usia 14 tahun atau 15 tahun. Terima kasih abah.

Dan paling tak lupa ketika berumur 15 tahun. Ketika mengalami tekanan yang sangat dasyat. Itulah kali terakhir menangis tersedu sedan. Jam 11 malam. Menangis sebab tak membaca dan menghafal lansung untuk peperiksaan percubaan PMRU sedangkan esok lah examnya. Menangis dan menangis serasa sehingga merasa macam tak waras. Abah ketuk pintu dan saya buka. Saya kembali menekup muka ke bantal dan menangis. Abah datang dan tanya,

“Bah, kenapa?” “ Ingat kat Allah. Kenapa ni?”.
“Ore tak hafal lansung tuk exam esok.”

Abah gosok-gosok belakang belikat sambil selawat. Terkumat-kamit selawat.

“ Dah la menangis…pergi amik wudhu’. Pastu hafal tuk exam.”

Saya berhenti menangis dan ikut apa yang abah cakap. Merasa diri diberi pertolongan yang sangat menyejukkan hati di tika kusut dan dalam kesesatan. Maha Agong Allah memberikan pertolongan melalui seorang ayah yang mengambil berat. Memberikan panduan kepada kami anak beranak menyelami agama Islam setiap langkah dalam hidup.

Mulai daripada malam tersebut sehingga hari- hari seterusnya, abah temankan saya menghafal sehingga 2- 3 pagi setiap hari. Alhamdulillah percubaan PMRU saya cemerlang, malah peperiksaan sebenar juga cemerlang.

*PMRU adalah peperiksaan yang hampir 100% perlu hafalan dalam bahasa arab.

Terima kasih abah!!!
Semoga abah dan my mom dapat hadiri konvokesyen 13 Ogos ini. Dan juga semoga dipanjangkan umur untuk mewalikan daku nanti.

No comments: