I was came back but no entry yet after that. hehe. nothing much to say but this quote:
Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
I didn't really know myself untill some unespectable test happended in my life. Agaknya kalau tak diuji, sampai bila-bila saya tak kenal diri saya. Kalau dikata 'tersungkur' tu, rasanya dah beberapa kali tersungkur. Tapi kali ni paling teruk dan insyaAllah merupakan penghujungnya. Semoga selepas ni hati-hati milik Allah akan lembut seperti rama-rama. Terbang bebas dan riang tanpa ada benci pekat hitam berkilat dalam hati. Dan juga secantik rama-rama yang berwarna warni. Bersayap lembut dan bermata bundar. Mudah berterbangan dan sedap mata memandang. Indah akhlaknya tidak menyusahkan makhluk lain.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Tak apalah tak dikongsi di sini apa yang berlaku kerana saya ada terjumpa satu hadis berguna untuk kebaikan bersama. Cuma kalau sahabat-sahabat ada apa-apa komen/ ulasan mengenai hadis ni bolehla sudi-sudikan tulis komen di sini.
1691- Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan ( telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi oleh Allah (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu semalam telah melakukan itu dan ini (dosa) sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa) tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah.
Al-Bayan
Akhir sekali, i want to share my happiness dan saya bersyukur kerana dapat tempat yang baik untuk dihantar bertugas bermula minggu hadapan. PULAU PINANG. Kenapa saya suka dapat negeri ni? Sebab saya suka sikap dan adab orang-orang utara. Selama saya berkawan dengan orang utara dan pernah tinggal di sana semasa Matrikulasi dulu, mereka sangat baik, rajin, jujur dan yang penting sangat rajin memasak-- kredit to Nor Amalina Rohaizad. Jangan perasan nou. Cek nak belajar cakap utara banyak-banyak sebab nak buli anak murid pasni (^_^).
4 comments:
*blushing*
dib dib, tahniah sekali lagi tau!!!
(^_^)
*hugs*
tahniah dibah.....dapat posting tmpat yg dihajati.....welcome to a new,challenging life!!
- k zati
Tq (^_^)kak zati dan amal, komen la pasal hadis tu... sy dapat drpd hs muIman... tak faham sangat pasal hadis ni...
tahniah! pengalaman adalah guru yang terbaik!
Post a Comment