Friday, December 25, 2009

My next destination over view. Penang...



Latar Belakang sekolah baru saya. Agak baru sekolah ni. Pelajar berbilang bangsa. Macam best. Tepi bukit Jambul. Hutans view. wah seronoknya. Guru-guru majoriti senior-senior. Nampak baik-baik jer. Bilik guru yang selesa. Pastinya saya akan dibuli nanti. Cikgu lain senior belako. Banyak ler jawatn saya nanti bila mula-mula masuk ni. Kena rajin la. Tak leh tak rajin. Dah la pemalu pahtu nampak'baik' huhuhu. pasti dan pasti dibuli. Sekolah ni sekolah kawalan.

APAKAH SEKOLAH KAWALAN



Sekolah harian biasa yang dikawal kemasukan pelajar berdasarkan pencapaian peperiksaan UPSR yang ditetapkan. Bertujuan meningkatkan prestasi pencapaian akademik.


APAKAH SEKOLAH KAWALAN BERKESAN

Sekolah harian biasa yang dikawal kemasukan pelajar berdasarkan tahap pencapaian peperiksaan UPSR yang ditetapkan. Menitik beratkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik, penguasaan kemahiran asas, keberkesanan pengajaran guru, iklim sekolah yang dapat membangkitkan suasana belajar, kurang masalah disiplin pelajar serta kepimpinan yang cekap.







Written by webmaster

Wednesday, 28 March 2007

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, terletak di Jalan Bukit Gambier bersebelahan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan berhampiran dengan kampus induk Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Sekolah ini mula dibuka pada 1Januari 2001. Pada masa itu terdapat 14 orang guru dan pelajar seramai 220 orang. Pada peringkat awal penubuhan sekolah , hanya terdapat 6 kelas tingkatan satu. Namun, sehingga tahun 2006 pelajar telah bertambah. Kini, jumlah pelajar yang menuntut di sekolah ini ialah seramai 1100 orang dengan tenaga pengajar seramai 59 orang. Pengetua pertamanya ialah En. Abu Bin Hassan dan yang kedua ialah Pn. Zainab Bt. Ayub. Pada tahun 2008, SMKBJ telah menerima kedatangan pengetua baru, E. Jalil B. Saad. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah kawalan. Pelajar-pelajarnya dipilih daripada sekolah-sekolah rendah yang berhampiran berdasarkan pencapaian UPSR. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan berbilang bangsa. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul adalah merupakan sekolah harian biasa. Terdapat empat blok bangunan empat tingkat yang menempatkan pejabat, bilik guru, kelas, bengkel, makmal, bilik kaunseling, bilik kesihatan, pusat sumber, studio seni, bilik sukan, makmal komputer, bilik mesyuarat, bilik Pendidikan Islam dan stor. Di samping itu, sekolah ini mempunyai pelbagai kelengkapan untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.Ini seiring dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.






No comments: