Hari ini merupakan hari kesekian kalinya sebelum menjelang peperiksaan. Dan saya tetap di sini di dalam bilik menelaah pelajaran seorang diri ditemani ‘roomate’ Miza yang tekun menelaah di seberang
Saya mengurang-ngurangkan ‘hand out’ saya dengan membuang mana kertas yang tidak mahu digunakan agar nota-nota saya menjadi seminima mungkin. Membuat nota ringkas dengan menggunakan kertas terpakai dan meneliti jenis (trend) soalan ‘past year’.
Sambil itu, dalam saya menyusun-nyusun fail dalam ‘laptop’ teman hidup sepanjang berada di universiti ini, saya terbuka rakaman mp4 ESQ. Rakaman yang saya ambil daripada Shahidah jiran depan bilik saya. Saya
Kembali kepada ESQ tadi. Penemuan formula ini adalah dari saudara Muslim kita di negara tetangga kita. Pak Ary. Kata Shahidah, ‘handsome’ orangnya. Tak kesahlah. Tapi penemuan ilmu psikologinya agak luar biasa. Nah, sememangnya luar biasa. Saya mendengar suaranya, cara dia bercakap. Bahasa Indonesia. Saya suka. Semasa mendengar rakaman ini, saya tertegun. Saya dapat menggambarkan segala yang diucapkannya kerana teraturnya bicara katanya. Apa yang beliau bawakan merupakan kebiasaan yang berlaku seharian kita. Namun formula kecerdasan emosi yang dibawakannya menjadikan saya merasa, ‘Oh, begitu yang selama ini aku alami ya.’
Saya baru dengar ini. Membawa kecerdasan emosi kita memandang kehidupan seharian kita daripada dimensi emosi yang berbeza. Wah. Sesuai dengan bakal karierku sebagai cikgu nanti. Saya terus meminta lagi rakaman jika ada lagi dengan Shahidah. Tak ada.
Kemampuan membaca hati orang, kemampuan membaca harapan orang. Jurusnya sederhana dalam ilmu kecerdasan emosional adalah seribu sungai gunung turun ke laut ertinya kalau kita merendah menjadi lembah yang landai kemudian mereka ada di tempat yang tinggi maka air yang mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Jurus dua berikan pujian-pujian. Jurus tiga sebutkan nama dia berkali-kali iaitu muzik paling indah. Seterusnya akui suksesnya, itulah air sejuk buatnya. Kemudian berikan pujian penghargaan, bukan pujian gigi tapi pujian dari hati. Barulah ajukan proposal kita. (Dalam urusan kita dengan orang, tidak kira dari segi perniagan dan sebagainya).
Kenapa kita akan menutup mata jika ingin membayangkan keindahan?.... Kerana Keindahan itu tidak terbayangkan pandangan mata kita. MasyaAllah indahnya syurga… Sen(^_^)Yum selalu.
1 comment:
Budak manja sunggoh..tapi manja si soki lagi..duk tepek wek ngan abah mami. Eeeiiii. Good Luck! Baca, faham dan ingat.
Post a Comment