Sekarang menunjukkan hampir jam 3 pagi. Saya masih tak tidur. Entahlah sebab tak nak tidur atau boleh tak tak tidur. Ya, hari ni ada kisah menarik untuk hiburan santai. Mungkin untuk melepaskan rindu pada blogku juga. Dah hampir seminggu menjaga di rumah kak A di Sri Kembangan. Tadi jam 8.30 pagi saya bertolak daripada Kajang untuk pulang ke kampung halamanku. Masa nak naik bas baru lah saya tengok tiket bas. Ha? e- Budaya? Ala. Tak ‘best’. Kelmarin abang ipar (Abe Tam) minta adiknya Deli belikan tiket saya. Dia kata “ Jangan beli tiket e- Budaya.”. Tapi yang saya dapati pagi ni adalah… ‘It’s ok’ lah. Naik saja saya bertekad nak tidur dan tak kan bangun. Kenangan naik bas e-Budaya sekali dulu mengingatkan peristiwa yang tak sedap diimbas. Jangan fikir bukan-bukan. Tak pasal-pasal saya buat periuk nasi orang lingkup karang.
Ya, tadi saya telah berjaya tidur lebih 2/3 daripada masa perjalanan. Semasa sampai kat Stesen Putra kat Kuala Lumpur, saya terjaga dan berbual sekejap dengan makcik yang duduk kat sebelahku yang naik kat Putra tu. Kemudian, saya menyambung projek saya untuk tidur. Sesekali bangun tidur, hmmm memang dah agak dah. Pening, mual, sakit kepala dan ada-ada saja. Tapi ‘forget it’. Yang tak tahannya. Sesekali saya tersenguk-senguk. Mungkin kerana bas itu yang membawa kepala saya terhuyung –hayang ketika tidur. Ish ini yang tak suka ni. Dia punya brek tak sedap. Membuatkan kepala saya terhantuk. Pertama kali terhantuk, rasa macam “Aduh kepala aku, dah berdarah ke ha?”. Malu kat mak cik sebelah. Nasib baik dia buat ‘dek’ saja.
Tapi bukan sekali tu saja. Penangannya 3 kali. Ya, bila saya meraba-raba di tepi mata kanan saya. Ia timbul dan merasa bengkak malah juga sakit. Sakitnya. Lebam. Hmmm.. Masa lepas dari daerah Kuala Krai. Pak cik bas itu menjerit, “ado sapo- sapo nak turun kat Mache?”. Saya pun jawab la. “Ada”. Tapi siapa-siapa pun tak dengar. Yang dengar pun seorang dua saja. Saya pun cakap kat mak cik sebelah, “macam mana ni ya?”. Ya , dengan menolak segala isi perutku, saya pun menjawab dengan lantang “ Ada pak cik! Ada ni.”. Tersengih la saya sebab berjaya menganggap diriku telah berjaya. Ya, berjaya tapi kecewa kembali sebab pak cik tadi membebel sebab lambat cakap. Ala. Kenapa membebel ni? Bukankah bas memang berhenti kat semua tempatkah? Hmm dengar saja lah. Bila nak turun kat stesen Machang tu pun pak cik tu sambung membebel lagi. Ish dalam hati. Saya pun cakap “Terimo kasih pak cik. Terimo kasih!”. Saya sebut terima kasih tu dengan yakin sekali. Sebenarnya dengan tanda protes. Haha. Yang penting lega dapat sampai ke destinasi dengan selamat. Biarlah pak cik tu nak membebel ke apa ke. Alhamdulillah tak terlepas. Kalau dulu hampir dua hingga tiga kali terlepas ke Kota Bharu.. Hobiku tidur di atas bas. Biarlah. Tak kesah. Yang penting sen(^_^)Yum!

5 comments:
apa kaitan ngn gmbr tu? sy dpt bayangkan u tido sambil ternganga.
saya tak ternganga la.. saya menyandar karcermin tingkap. sebab tu lah terhantuk...Ish
loh.. naik di kajang ka.. bukan nak habaq.. orang dok kat situ ja dib dib.. kalo tak, leh singgah mai umah orang tau.
I nak balas kat blog u tapi tak dapat la cik amalina. Itulah u ni kalau buat sesuatu tak gtau orang. U punya blog tak habaq mai kat cek pun. Amal, nnt kalau ada masa i pi rumah amal. nak rasa amal masak lagi. nanti bleh la i blajar banyak hehe...
ish u ni.. mcm x kenal i.. i kan pemalu.. =P
dib dib, mai la. mai la. insyaAllah ore masak hok sedap2 utk mu deh (",) umah ore bgnn sblh stesen bas tu ja.
Post a Comment