Showing posts with label Tazkirah diri. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah diri. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Hati adalah milik mutlak bagi Tuhan

Ini bukan masalah. Ini adalah ujian buat hamba Allah yang selayaknya yang bila-bila masa akan diuji. Ini ujian yang biasa bagi orang lain. Tapi bagi saya ia adalah ujian yang berbeza daripada biasa. Saya fikir ia boleh berlalu dengan masa. Namun kali ini saya perlu hadapinya dengan hati yang terbuka. Ya.. saya perlu hadapinya dengan iman. Saya kadang-kadang tidak faham. Malah sampai hari ini dan saat ini saya masih tidak faham.

Terkadang saya rasa sangat bersalah. Akan menyinggung hati manusia yang lain. Ia bukan kerana ibu dan ayah. Ia juga bukan kerana tindakan seseorang.
Saya fikir dengan lari daripada masalah membuatkan saya bisa temui kesudahan. Namun ia tetap berpanjangan sehingga hari ini. 2 bulan saya merantau. Takut jika balik. Kini saya dah balik. Dan ujian ini masih ada. Terus menghambat jika saya terus lari. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mempertimbangkan dan memberi kata akhir. Bagaikan cahaya aurora yang bakal memberikan kesaksian bahaya kejadian ciptaan Allah adalah sangat ajaib.

Subhanallah… tak terkata kenapa dan mengapa kerana ia bukan pilihan berdasarkan logik akal dan unsur –unsur duniawi.

Dulu saya pernah berhenti menulis dalam blog kerana ujian begini. Sekarang saya seharusnya berfikiran matang. Mungkin apa yang berlaku dulu sebagai bekalan untuk hari-hari sukar begini. Sukar memilih antara dua. Nak atau tak nak. Ketentuannya sudah tercatat. Cuma saya perlu mencari dengan mata hati, keimanan dan ketaqwaan. Moga dipermudahkan walaupun bekalan Iman yang dimiliki sekelumit aje dan moga tak terhijab kerana dosa-dosa lalu. Wallahua’lam mampu atau sebaliknya mendapat kata akhir dalam masa terdekat.

Friday, March 20, 2009

yang tersorot


Ke Pulalu Pinang. Balik dan menemani anak sepupu tersayang Amirah Azmi ke seremban. Balik dan ada orang yang merajuk dengan diri saya. Kisah halal haram yang dipertikai Makan Malam Anugerah Kolej. Minit-minit terakhir membatalkan niat untuk sertai makan malam. Rasa emosi yang tak terkawal. Terungkai mengapa dibenci, kesalahan yang tak tersedari. Maaf. Kehilangan Allah dari jiwa sekejap. Namun kembali apabila kisah-kisah yang dialami hari yang berlalu.

Allah sayangkan aku… Moga jiwa tetap utuh. Sakit… sakit dirasa bila melawan perasaan ingin bergembira… Inilah titik hitam dalam diri yang tak tersedar… Siapalah aku di hati siapa kerana aku insan biasa.

Teringat wajah bersih shahmi, safiyya dan syafika. Bersih wajah mereka jauhkanlah mereka dari menelan makanan haram… Moga hati mereka bersih hingga ke syurga…

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Muhasabah Cintaku...

Friday, March 13, 2009

Bukan menyepi bermakna sibuk

Salam sayang saya pada semua yang sudi menjenguk ke laman nurani ini. Tiada kata sepatah mahu seabjad untuk diluahkan kepada kalian kerana sudi membaca perkataan demi perkataan yang saya coretkan. Singgahan kalian memberikan saya keuntungan dalam saham yang tak ternampak ini. Erm, agak jiwang namun saya tak pandai berpuitis. Sekadar mencoret untuk mengisi kesepian entri. Menjadi pembaca senyap seketika di samping internet yang tidak lancar beberapa hari lalu.

Sibuk?

Mana ada. Tiada istilah sibuk kalau bagi kita kalau kita masih belum menyampaikan dakwah di siang hari mahupun petang. Kita kan hamba. Kitakan khalifah di atas muka bumi ini? Lupa ke?

129. Kaum Musa berkata: "Kami telah ditindas (oleh Fir'aun) sebelum kamu datang kepada kami dan sesudah kamu datang[556]. Musa menjawab: "Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu dan menjadikan kamu khalifah di bumi(Nya), maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu[557] (surah Al A'raaf ayat 129)

Anda merasa tidak cukup ilmu di dada untuk disampaikan ye. Kalau nak tunggu cukup, alamatnya tak ada atas muka bumi ini orang yang akan berdakwah. Manusia sempurna hanya Nabi-nabi je.

Masalah yang timbul seperti tidak ada yang sudi dengar nasihat dan perkongsian anda ye. Cuba anda fikirkan, kalau ingin berada dalam jalan juang Allah, inilah ujian-ujianNya. Merasai ujian-ujian untuk mengetahui betapa nikmatnya perjuangan ini. 'Think positive'. Mungkin orang-orang yang tidak suka itu jenisnya penganalisa, mungkin dia suka tahu terlebih dahulu apa qudwah yang anda bawakan sebab itulah dia tidak terima bulat-bulat. Jadi peranan kita adalah sebagai pelatih. Sambil member tunjuk ajar sambil kita juga mempraktikkan juga member fasiliti kepada mereka. Memberi pinjaman buku dan juga menumpangkan kenderaan atau macam-macam lagi lah. Kreatif dan kognitif. Bijak dan berusaha progresi.

Saya tahu. Ini bukanlah kuliah agama daripada pakar dalam bidang fiqh, sirah dan tauhid. Namun ini jalan juang yang memperkenalkan kepada kita siapa dia pakar dalam bidang fiqh, sirah dan tauhid.

Tanpa komitmen, akal senipis kulit bawang akan koyak!

Tuesday, March 3, 2009

Dear my 2 march..

Dear my 2 macrh…

Back from cytogenetic lab today, I felt so tired. Not because of I did not take any lunch. But because my heart is going to give up. Tired towards giving up. Like want to sleep… I cannot control my feeling. That’s the worse things that I have done.
“Everything is all about your emotion.”

"What happened to you is not as important as what happened in you!", kata John C. Maxwell.

Hidayah hanya datang daripada Allah… Walau usaha hingga ke hujung nyawa, namun kita mesti sedar Allahlah sebaik-sebaik perancang dan pelaksana. Yang penting doa dan tawakkal.

Amalkan ayat Toha : 1-5

Maybe there are wisdoms hiding in all these. I must thank to them for giving me this kind of Tarbiyah. Love you 2 march.

JANGAN KECIL HATI. Kita kan hamba!

Hati saya...(2)

Gaza telah menjadi sungai darah. Suasana yang memang sedih, menjadi tambah menyayat hati. Mayat bergelimpangan di sana-sini. Mayat-mayat hancur juga banyak yang bersepah di atas jalan. Ada juga yang tertepek pada dinding-dinding bangunan. Kemusnahan kali ini memang di luar akal. Inilah yang terdasyat pernah terjadi.
----
Hamas telah menetapkan untuk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa kumpulan telah diarahkan untuk mensabotaj kereta kebal-kereta kebal yang memasuki Gaza. Kalau boleh, kami diarahkan untuk merampas kereta kebal. Sebahagian anak-anak kecil sudah mengutip batu-batu. Aku terasa seperti hendak menangis. Kasihan. Teringat ketika aku berusia 6 tahun dahulu. Saat ayah dan ibuku mati dalam keadaan yang azab. Mereka juga sepertiku. Cuma bezanya, mereka mungkin tidak sempat membesar. Ini mungkin peperangan terakhir bagi kami. Dengan bilangan kami yang tinggal hanya sekitar 100 orang, agak mustahil untuk menang.

Aku bukan tidak yakin atas bantuan ALLAH. ALLAH ada berfirman,
“ Berapa banyak sudah pasukan yang kecil menewaskan pasukan yang besar dengan izin ALLAH,”
Tetapi aku rasa, apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran ALLAH kepada ummat ISLAM seluruhnya. Yang aku tahu, ummat ISLAM pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai dari kalangan mereka yang tidak ambil kisah dengan saudara mereka. Mereka hidup dalam suasana ananiah yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasakan penderitaan saduara-saudara mereka. Kalau di sini, mudah untuk dilihat bagaimana Fatah mengkhianati Hamas dalam kesatuan mereka untuk menjaga Palestin. Tidak sangka bahawa mereka itu pengecut yang tidak berguna. Menikam kami dari belakang, bahkan tidak menghiraukan langsung keadaan rakyat. Yang mereka tahu hanyalah kuasa. Mereka itu adalah boneka Israel.
Mungkin manusia tidak tahu yang ALLAH ada berfirman,
“ Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”
------
http://langitillahi.blogspot.com yang amat menarik pada saya.. Kata penulisnya “ ...saya dedikasikan cerpen ini untuk saudara-saudara saya yang sedang berjuang di Palestin. Harap usaha yang saya lakukan ini mengetuk hati-hati yang masih hidup dari kalangan Muslimin yang lain. Hanya ini yang mampu saya lakukan. Ampunkanlah kelemahan saya wahai saudara-saudara saya di Gaza, Palestin. Saya hanya mampu berdoa, menangis, menulis, menyeru dan bersuara.”

Wednesday, February 25, 2009

Hati saya...

Menghadap laptop malam ini membuka seribu makna. Makna yang saya cari selama ini. Apa itu mengulas isu semasa? Saya tidak suka mengulas sesuatu isu semasa yang saya anggap ia hanya sementara dan semua orang bercakap tentangnya. Jadi telah saya, baik saya baca dan diam tentang isu-isu ini. Saya bukan orang selayaknya untuk mengulasnya. Malah saya tidak mampu mengulas disebabkan saya lebih suka bersikap empati. Empati terhadap orang yang diulas sama ada yang menzalimi dan lebih lagi yang dizalimi. Malah saya sering mengatakan buat apa mengkritik yang menzalimi. Mereka akan tetap begitu. Itulah saya.

Dalam buku Social Psychology karangan Robert A Baron dinyatakan : empati adalah kemampuan seseorang untuk bereaksi terhadap emosi negatif atau positif orang lain seolah-olah emosi itu dialami sendiri

Namun malam ini saya cuba membuka satu ruang yang kurang dalam diri saya iaitu ‘Sensation & Perception’. (Sensation is the process by which our senses gather information and send it to the brain. While As mentioned in the introduction, perception refers to interpretation of what we take in through our senses, http://allpsych.com/). Dah lama dah saya sedar kekurangan saya ini. Namun…


Sikap sambil lewa dan tidak bersungguh.

Kenapa sebenarnya saya kurang menghayati nikmat yang Allah sudah kurniakan pada setiap makhluk ini? Ya, Allah Maha Adil. Saya tercari-cari sesuatu yang dapat memecahkan ais yang membekukan hati saya ini. Menghangatkan iman saya agar dapat melahirkan rasa kasihan yang terhadap segala yang berlaku di depan mata, di dunia hari ini malah masalah ummah khasnya.

Apa sebenarnya tujuannya ini?

Saya merasakan hati saya tidak hidup. Mungkin saya terlalu banyak ketawa. Mungkin saya selalu bergurau. Saya kurang tarbawi. Sikap seorang pejuang agama, daie’ adalah serius. Pekerjaan Islam adalah kerja yang bukan main-main.

Persekitaran saya adalah sangat selesa

Saya tidak mengalami tekanan. Tiada siapa yang menyusahkan hidup saya. Malah saya tidak suka memikirkan perkara-perkara yang menyusahkan. Saya ingin aman. Aman dalam erti kata tidak ada orang boleh ganggu kehendak saya.

Hati saya ingin hidup.



Hati saya sekarang dalam keadaan koma. Ia sedang menunggu saat kematian. Ia hanya dibantu oleh perkakasan mesin. Ia tidak dapat membuka matanya. Dia memahami apa yang orang perkatakan, namun dia tidak mampu meminta untuk orang membantunya. Kasihan hati saya. Ia sedang meronta-ronta, tetapi apa yang saya buat ketika hati saya sedang terseksa? Saya tidak menyuapnya dengan makanan.. Makanan daripada Allah yang telah disampaikan Rasul s.a.w. Saya tidak suapkan ia dengan makanan ketaqwaan. Saya tidak kuatkannya… Apa yang dapat saya rasa bila saudara saya mengalami ini kalau hati saya mati?..apa?..



Namaku Fathi, dan aku adalah anak Palestin. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku. Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur untukku. Tetapi jangan kata aku bahagia, hakikatnya hatiku sering tercalar dengannya.

Aku membesar tanpa keluarga. Ayah dan ibuku telah terkorban apabila Israel merampas rumah kami. Masih jelas pada tubir mataku, bagaimana ayahku ditembak dengan kejam, dan ibuku dirogol tanpa belas kasihan, bahkan, mereka dengan buas telah mengoyakkan perut ibuku yang ketika itu sedang mengandung, mengeluarkan adikku yang ada di dalam rahim, lalu menembak adikku yang tak berdosa itu berkali-kali. Mujur sahaja pejuang Hamas tiba ketika itu, jika tidak, pasti aku tidak akan ada di sini, bercerita kepada kamu.


Bersambung.....

Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW ada bersabda,
“ Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”

Saturday, February 21, 2009

Ibrah dari Abah

Bismillahirrahmanirrahim

Dari mana nak saya mulakan kata. Hari-hari yang lalu saya menyepikan diri yang sememangnya terasa terkadang sepi tanpa kawan dan sahabat malah keluarga yang dahulunya memenuhi ruang mata. Menyibukkan diri dengan ‘test’ dan urusan-urusan ‘posting’.

Amma ba’du,

17 Februari 2009. Ayah angkat kami (saya dan aini) meninggal dunia. Kadir bin Tayyib. Kampung Bukit Pulai Chondong. Mendapat panggilan dari Kak Su Yah selepas maghrib pada hari yang sama pada awalnya melonjakkan kegirangan rupanya mendapat berita sedih. Innalillahiwainnailaihi Rajiun….

Hari khamis lepas, saya membuat ‘presentation’ kajian perpustakaan saya dalam kelas tutorial. Tanpa ada perancangan yang rapi. ‘Slide’ yang hanya siap 2 jam sebelum ‘presentation’ dan tanpa membuat sebarang ‘rehearsal’. Walaupun nampak luaran mantap, namun dalam hati, kesalan seribu kekusaman saya rasakan. Kenapa? Kerana saya tidak faham sefahamnya apa yang saya bentangkan. Saya katakan…Kalau Allah nak kita mati sekarang. Matilah kita sekarang. Tak ada lagi kata kita nak bersedia dahulu baru boleh mati. Hikmahnya dapat saya cungkil dari kejadian ini.

Hari ini, saya mendapat panggilan dari abah seperti biasa. Panggilan rindu hampir setiap malam. Alhamdulillah dikurniakan ibu bapa yang penyayang. Sejak dari kecil sehingga sekarang. Pada mulanya berborak seperti biasa. Abah yang banyak memberi sokongan dalam arena yang saya ceburi. Tak kiralah belajar ataupun jual beli. Kemudian saya terkedu. Abah ceritakan siang tadi, sahabat dia kat Kok Lanas meninggal dunia. Pak Lah. Seketika saya cuba menyelami apa yang abah fikirkan. Ya, abah sedih. Sedih dalam hati yang tak mungkin dia luahkan pada anaknya. Hati seorang ayah yang kental, itulah rahsia cemerlang untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang. Takkan pernah goyang di hadapan anak-anak. Takkan!

“Ya Allah, Engkau kasihilah kedua-dua ibu bapa aku seperti mana mereka mengasihi aku ketika kecil.”


Abah bacakan doa itu.

Sedaya saya menahan rasa sedih yang tiba-tiba muncul untuk tidak menunjukkan kesedihan di telefon. Bertanyakan adakah abah dan mami masih ke kebun setiap pagi. Ya, abah menjawab dan abah meminta saya terus berdoa pada Allah agar abah dan mami masih kuat ke kebun. Kuat dalam apa jua yang mereka lakukan.

Abah kata lagi, semoga panjang umur dapat kita jumpa lagi. Saya mohon maaf ada salah silap…abah juga minta maaf. Kataku abah tak ada salah apa-apa dengan saya.. Assalamualaikum..Waalaikumussalam..

Pernah dulu abah ingatkan supaya bacalah doa sentiasa tidak kira ketika ‘sihat’ mahupun ketika ‘uzur’.

Pernah dulu abah tarik balik istilah anak solehah daripada saya. Walaupun dalam nada bergurau… tapi saya tahu itu sinis. Ingat sahabat-sahabat bayangkan kalau kita dan saya terutamanya bukan lagi anak solehah di mata ibu dan ayah, maksudnya mereka sudah berputus asa mengharapkan kita untuk mendoakan mereka.. Renung-renungkanlah.

Saya menulis sekadar berkongsi, saya bukan orang yang bagus. Saya cuma menyebarkan. Kalau saya merujuk al-Quran dan hadis, maksudnya itulah yang sepatutnya. Kalau saya merujuk pada pengalaman, maksudnya itulah petua. Moga usaha yang kecil ini Allah tuliskan sebagai kebajikan di akhirat kelak. Doakan saya dan kita menjadi anak soleh dan solehah..

Sedikit link tentang ibu bapa dan anak:

http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%2010.htm

http://www.mail-archive.com/saljukasihnya@yahoogroups.com/msg00057.html

Sunday, February 15, 2009

HidayahMu...




Sejak beberapa hari ni saya berfikir-fikir. Kenapa saya sudah berbeza daripada dahulu? Kenapa saya sudah lupa kebolehan yang dahulunya saya ada, sekarang sukar untuk dilakukan kembali. Bagaikan memaksa diri menangis ketika hati sedang riang, susah betul untuk dihayati kembali.

Menelusuri kebolehan kognitif dalam psikologi dakwah. InsyaAllah dipermudahkan saya akan bawakan untuk dikongsi bersama dalam ‘post’ seterusnya.

Tuhan….
Lemah aku gelintar
Cari arah cahaya
Menerangi gelita…

Indahnya hidayahMu
Sinari ruang kalbu
Lurut air mataku
Syukuri nikmatMu

Tuhan…
Pimpinlah hati ini
Untuk ku menghayati petunjukmu
Walau diuji kesabaranku juga keimanan
Tidak tercabar keyakinanku pada janji-janjiMu

Lirik Nasyid Hijjaz ini banyak membantu aku untuk merasakan hidup aku masih memerlukan hidayah yang tidak putus-putus.

Tuesday, February 10, 2009

Rehlah santai

Seronok sangat halaqah tadi bersama adik-adik angkat di taman. Kami berkongsi semua perkara. Memberikan hadiah yang tebaik buat sesama kita membuatkan kami terasa tiada jurang yang sepatutnya. Mereka sebagai pembimbing saya selama pada tahun empat ini. Sayang. Sayang masih ada lagi beberapa adik yang tak sertai kami tadi. InsyaAllah saya tidak putus asa mengajak lagi.

Pada awalnya kami merancang ingin ke toko buku untuk menjamu selera masing-masing di Mid Valley, namun disebabkan mereka sudah dua hari berturut asyik keluar kerana hal peribadi dan projek kolej, jadi mereka sendiri buat keputusan untuk berkelah di taman pagi ini. Sungguh bijak adik adik kesayanganku ini. Sekurang-kurangnya mereka tidak beralasan untuk membatalkan halaqah kami hari ini, malah mencari inisiatif lain. Kak Dib bangga dengan kalian.


Topik yang dibincangkan?

Ulasan buku- buku ringkas yang saya berikan pada adik-adik ini baca. Alhamdulillah dengan usaha mereka, mereka berjaya hadamkan buku yang saya serahkan kepada mereka beberapa minggu yang lalu. Seronok melihat mereka bersungguh-sungguh sedangkan saya teringat saya ketika dahulu sangatlah pemalas dan pelupa. Terukkan?

Balik sahaja daripada taman tadi, saya membuka surat cinta mereka yang diselitkan bersama buku-buku yang dipulangkan.

Akma:Rumusan yang dapat dibuat melalui buku-buku yang dibaca seperti perkara haram yang dianggap biasa sangat bagus. Buku tersebut mengisarkan tentang perkara-perkara haram yang sering dilakukan oleh manusia dan perkara haram tersebut dianggap perkara yang remeh. Contohnya ada sesetengah orang perempuan yang tidak tahu bahawa memakai minyak wangi haram apabila bau tersebut dapat dhidu oleh golongan kaum lelaki. Jika kaum lelaki boleh mencium bau wangian tersebut, kita akan mendapat dosa kerana bau tersebut boleh menghairahkan kaum lelaki itu. (Perkara Haram Yang Dianggap Biasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan- Siri An-Naim113)

Menyekat kemaraan Yakjud dan Makjud
(Akan dikemaskini)

Sam:Pada pandangan saya, melalui pembacaan buku-buku, sedikit sebanyak dapat menambahkan pemahaman saya tentang agama Islam. Contohnya di dalam buku Aurat, menjelaskan tentang pemakaian bagi wanita yang ideal insyaAllah saya akan menjadikannya panduan hidup. Diharapkan lain kali Kak Dib dapat membawa lagi buku-buku ilmiah ini untuk santapan rohani kami. Wassalam. (Aurat Dalam Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Othman H.I- Siri An-Naim116,)

Saya percaya kebolehan mereka lebih daripada yang saya sangka dan saya percaya mereka lebih baik daripada saya. Sangat percaya itu. Saya juga lebih yakin mereka akan lebih ‘advance’ daripada selepas ini!!! Saya tunggu itu.
Seterusnya saya utarakan buku mengapa saya menganut agama Islam merujuk kepada buku APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM.

1. Surah Al-Anbiya’ 21: Ayat 22

“ Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-tuhan selain Allah tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa. Maka Maha suci Allah yang mempunyai ‘Arasy daripada apa yang mereka sifatkan.”


2. Surah Al-Mukminun 23: Ayat 115-116

“ Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) ‘Arasy yang mulia”.


So, while I was talking, came two Nigerians ask for the direction to IPS ( Institute Postgraduate Student). First, they said something but we didn’t catch it. But when they repeated, we try too hard to explained it. Then, we said that today is public holiday, so might be it closed. After take some conversation about our courses..

Foreigner 1: Do you learn English in your course?
Me: Yes we learn fully English and some in Malay.
Foreigner 1: So why your English not so fluence and sharp?
Me: #@?<)& ( Embracing haha with some covering my weakness)

Foreigner 2: Where do you all come from?
Akma: Yes we all come from Malaysia
Foreigner 2: You too? ( With pointing to Sam)
Akma: Eh, no she come from Arab. ( Joking)
Foreigner 2: True?
Akma: No, no she is Malay too.
Foreigner 2: May we exchange telephone number?
Akma: No, no. (@#&*)

Foreigner 1: So, may we will see again.
Me: InsyaAllah.
Foreigner 1& 2: …….. ( so I guess they are non-muslim)


We had finished halaqah with breakfast, take photo, tasbih kifarah and suratul asr’. Alhamdulillah.

* For the next halaqah, we will stress our English speaking. We had got a great lesson today!!!

Wednesday, February 4, 2009

Sakit Tekak & Sup Panas

Dah lama dah tak rasa sakit macam ni. Selalu tengok orang lain yang merana sakit tapi kali ni boleh merasa sendiri. Mula- mula kena waktu pulang bercuti ke kampung minggu lepas. Disebabkan siang terik panasnya dan malam sejuknya ke tulang sulbi dicampur perencah sindrom kurang mandi jadilah konklusinya Demam Awal 2009 Tahun Baru Cina.

Pekena air panas setiap pagi dan kuey tiow sup kat Kompleks Perdana Siswa tengah hari tadi, rasa tekak makin alhamdulillah. Suara ‘rock’ + suara budak sekolah kata kawanku tadi. Tapi berbalik pada yang berkuasa, ada syafarah yang Allah nak tunjuk pada saya ni… Ada salah yang saya dah buat ni… Astaghfirullahal’azim.

Dengar berita tentang Perak hari ni terasa tenggelam lagi kisah Gaza di sana. Sama seperti ketika PPP (Pemilihan Perwakilan Pelajar) tempoh hari. Ini semua peranan media massa la ni. Perkara- perkara kontroversi begini jadinya ‘uang’. ‘Wang’. Ya, wang. Semuanya wang. Nak cari makan la waktu dilanda kemelesetan ekonomi sekarang. Moga Allah selamatkan kerajaan Perak sekarang dan sama-samalh kita menghadapi masalah seumpana haditsul Ifki ini.


Kembali ke sekolah. Semangat sedang berkobar-kobar membaiki kelancaran bahasa Inggeris yang sangat lemah. ‘But how to improve it?’.
Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI)-


Tapi dalam usaha saya untuk memperbaiki Bahasa Inggeris ini, sokongan kepada pejuang-pejuang bahasa untuk membubar PPSMI pun kuat juga. Mana yang baik kita ambil, mana yang buruk kita hindarkan. Biar kita dicampak ke mana pun, kita berguna.
Dan diperkotak katik macam mana pun biar dengan otak yang penuh ilmu dan bukan diperkotak katik tanpa ilmu. Yang pengting menganalisa.

Kenapa menolak PPSMI?


Finally, I must take some time to search my strengths and specialty to rebrand myself. I got to be somebody since I have being a nobody to YOU.

Friday, January 30, 2009

Anak- anak saudara

Anak saudara dah semakin besar sekarang. MAcam-macam ragam mereka. Menguji kesabaran saya dan mengingatkan kembali saya ke zaman kecil saya dahulu. Patutlah mami saya agak garang dahulu. Baru saya faham. Awaitlah lambar sangat fahamnya?
Tahun 2009 tahun lembu dan merupakan ulang tahun kelahiran saya 1985- OX.


Nur Safiyya Mohd Safwan –
Kakak ni suka bersifat autoriti. Sejak dari adiknya lahir kerap merajuk dan merenget kalau tak memenuhi permintaanya. Kalau pakai baju pun cerewet, tak nak baju lengan pendek katanya baju ni kecil la. Kalau pakai baju tak cantik pun menangis. Pening saya dengan perangai si kakak ni. Boleh sampai tahap naik angin. Tapi ummi kakak selalu sabar. Kata Pn Fonny (Pensyarah Psikologi Kognitif)- Kanak-kanak hiperaktif adalah kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian.


Nurain Syafika Mohd Safwan – Orangnya kecil saja. Suka bercakap sorang. Macam kakaknya semasa umurnya 1 hingga 2 tahun. Petah berkata-kata. Geli hati bila dia bercakap. Kadang-kadang bila dia malas jawab, dia cakap tak tahu!


Mohd Rizq Syahmi Mohd Rostam- 25 April 2007
Kalau si Syahmi ni, setiap kali final exam sem 2 saya la selalu mak dia buat ‘celebration’ kesyukuran. Tak dapatla saya hadir.
Semasa saya kecil dulu, saya mula ingat siapa saya ialah ketika umur lima tahun. Sehinggakan saya kata siapa saya sebelum itu? Saya ni anak angkat kah? Haha. Saya masa kecil ialah kanak-kanak yang suka memberontak. Malah pernah nak lari dari rumah dan ingin mencederakan diri. Kanak-kanak kekurangan zat kot. Yelah cemburu dengan adik bongsu si syauqi tu. Cemburu bukan sebab apa, sebab dia comel sangat masa tu. Sekarang? Ok (^_^)

“Adalah lebih baik kamu meninggalkan anak-anak kamu dalam keadaan kaya daripada kamu tinggalkan mereka hidup meminta-minta…” (Al-Hadis)

“Bilamana anak Adam meninggal dunia, terputuslah segala pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya”

(Bukhari & Nasai’)

“Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak, sesudah itu bakinya adalah untuk waris lelaki yang lebih utama”

(Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, January 21, 2009

Pengalaman 19 Januari

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Baru berkesempatan menghadap laptop untuk membuat ulasan serta memnceritakan pengalaman-pengalaman menyertai secara lansung dalam pilihan raya kampus atau sekarang sudah memakai perkataan pemilihan perwakilan pelajar (PPP). Moga-moga pengalaman ini dapat saya kongsikan bersama adik-adik saya dan anak-anak saya pada masa akan datang. Sungguh terkesan dan sangat!

Inilah kali pertama saya menyertai secara lansung dalam PPP (Pemilihan Perwakilan Pelajar) sebagai Wakil Calon Tempat Pengundian Calon Umum Nurul Fitrah. Penempatan undi yang saya perhatikan adalah di Kolej Sebelas bermula dari 9.30 pagi sehinggalah 5.00 petang iaitu sehingga pembawaan undi ke DTC.

Sepanjang proses membuang undi berlaku pelbagai pengalaman baru saya dapat malah boleh kata saya amat baru dalam hal ini sedangkan saya sudah pada tahun 4 dan di semester terakhir. Sebenarnya impian saya untuk berada di tempat ini adalah sejak saya pada tahun 1 lagi. Tetapi oleh sebab saya perlu menjalankan tugas yang lebih penting di Kolej Kediaman Keempat saban tahun membuatkan saya menyimpan hasrat ini jauh di sudut hati saya. Namun apabila malam sebelum penamaan calon 14 Januari lalu, Nur Syuhadah Dzarawi mencari seramai mungkin wakil calon, saya bertanya, “Oh betul ke?”. Alhamdulillah impian saya sudah tercapai walaupun saya tidak pernah menyampaikan hasrat itu pada sesiapa pun. Alhamdulillah!

Dalam proses membawa peti-peti undi ke DTC, Ukhti Farahuda dan seorang wakil calon bebas dari fakulti undang-undang berusaha keras memastikan peti-peti tersebut tidak ada kebocoran dan dimasukki ‘tangan hitam’. Kemudian van yang membawa peti undi juga di’eskot’ oleh Wan Azman dengan motor beliau.

Sampai sahaja kami ke DTC, kami solat asar terlebih dahulu sebelum dipanggil masuk ke dalam DTC untuk mendengar taklimat dan seterusnya pengiraan undi bagi fakulti kebudayaan dan dan fakulti bahasa & lingguistik. Jam 7.30 malam membawa kami rehat seketika dan solat maghrib terlebih dahulu. Oleh sebab pengiraan adalah undi fakulti terlebih dahulu, saya dan beberapa wakil calon lain Ismah, Marhamah dan adikku Syahidah ( Pengurus Makanan kami- wakil calon kempen yang sudah tidak perlu bertugas pada hari mengundi) mengambil keputusan untuk menunggu Isyak terlebih dahulu kerana selepas pengiraan undi akan teramatlah penat.

Masuk sahaja ke DTC, pengiraan undi untuk calon umum pun bermula dalam kira-kira jam 10 mlm ketika itu. Saya mengambil keputusan untuk berada di tempat di pengiraan Kolej Kediaman Ke-3 yang saya tahu sebagai kubu kuat Pro Aspirasi. Pembacaan undi mengambil masa yang sangat lama dan melelahkan. Saya ‘collapse’ di pertengahan jalan. Penat! Alhamdulillah Cik Noni dapat bertahan dari kiraan bacaan awal hingga yang terakhir. Jumlah yang tepat!

Semasa sedang menunggu keputusan sebetulnya diumumkan. Berjam-jam kami menunggu. Malah sempat Jabir dan Syahirah berjaya mengumpul semua kiraan undi dari seluruh tempat mengundi termasuk DTC. Dalam jam hampir 2 pagi, kiraan semula fakulti kebudayaan dan Sastera Sains sosial dibuat semula. Berlaku kekecewaan di peringkat calon Pro Mahasiswa iaitu saudara Alwi kerana HEP membenarkan pengiraan semula dilakukan walaupun sudah tertera undian terhadapnya melebihi 7 kiraan. Apabila dikira semula, bilangan undi untuknya berkurang 2 hingga 4 undian. Lama juga perbincangan dibuat untuk saudara Alwi memastikan tiada pecah amanah di situ. Beliau memohon agak kiraan semula undi di seluruh tempat pengundian. Semua kerani statistik marah-marah kerana penat. Dan akhirnya dia terpaksa pasrah. Sah! Kiraannya berubah kekurangan. Kami turut kecewa kerana kami tahu apa yang telah beliau telah korbankan. Kasihan Alwi.

Penungguan terus berlaku. Asyimah berjaya medapat keputusan penuh! Daripada jumlah yang dikira. Jangkaan bilangan undian sudah diperolehi. Dalam hati kami….Alhamdulillah! Namun, kami tetap berdebar-debar kerana berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku kerana keputusan berada di tangan HEP sekarang. Malah bagi saya sendiri tidak lansung menjangkakan apa-apa kerana sudah empat tahun saya berada di UM mengalami segala sakit cela pihak musuh. Bukan mudah… bukan mudah…

Di luar sana penyokong GERAK dan penyokong PRO MAHASISWA sedang berbalas kata-kata. Manawar Sakti! Yes we can! Dari dalam sini, bunyi yang agak menggegarkan bumi Malaya ketika itu amat menggoncangkan hati kami. Merasakan dunia pada ketika itu berada di suatu tempat yang asing. Bagaikan dalam filem STAR WARS. Ya lah ketika semua ‘soldier’ menghentakkan kami ke bumi. Menggegarkan dan bergema. Subhanallah! Malah kami lihat berbagai-bagai gelagat yang menyakitkan dan menyilaukan mata kami dari pihak GERAK. Entah, mungkin kami meluat. Tidak mengapa. Sabar.

Kira-kira jam 3.30 pagi keputusan diumumkan. Bermula dari keputusan kiraan Fakulti Kebudayaan, dan seterusnya..

Calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan.

Calon bebas pula memangi dua kerusi di Fakulti Undang-undang.

6 lagi fakulti diperolehi tempat oleh Penggerak Mahasiswa. Pusat sukan, Alam bina, Sastera Sains Sosial, Kejuruteraan, Ekonomi & Pertadbiran dan Sains Teknologi Maklumat.

Kemenangan 19 kerusi Pro Mahasiswa dan 2 kerusi calon Bebas ini mendapat tepukan-tepukan kecil kami. Dan akhirnya keputusan yang dinanti-natikan pun bermula. Bermula dengan Syazwan, Yah Hui, Yu Jie, Hafiz Ilyas, Ridzuan Mohamad, Fitrah, Sasikumar, Ayuni dan akhir sekali Zhen Jun. Tepukan gemuruh bergema malah hebat!.

Saat undian tertinggi diumumkan bermula, saya menekup muka sudah tak tertahan lagi. Imbasan segala usaha sahabat-sahabat dan kakak-kakak senior-senior mula menerjah ke ingatan. Segala perit jerih melawan ketidak telusan dan berat sebelah pihak musuh yang menguasai kuasa. Zup…! Zup..! masuk ke ingatan saya. Bukan mudah… bukan mudah… teringat pada Kak Aimi, Kak Noni, Kak Pipah dan pada Nasaruddin. Tidak lupa juga adik-adik yang meneruskan perjuangan di kolej. Ya! Semua berusaha. Sama ada secara sembunyi-sembunyi malah bersemuka. Segala-galanya…

Saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua. KAMI BUKAN INGINKAN KUASA POLITIK. TAPI KAMI INGINKAN HIDUPNYA ISLAM TANPA DICAMPUR ADUKKAN DENGAN PERKARA-PERKARA HARAM. ITU YANG LEBIH UTAMA DALAM PERJUANGAN KAMI. Kami ingin anda faham. Faham dan bukan menjeling dan bertanya kenapa kami bersusah payah melawan musuh.

Suasana keharuan di DTC pada pagi 20 Januari lalu tidak akan kami lupakan sehingga bila-bila. Malah ia menjadi sejarah dalam hidup kami. Berharganya sebuah kejayaan itu adalah sangat bermakna buat orang-orang berusaha keras dan tidak mengenal erti putus asa. PANTANG MENYERAH KALAH! Kami CINTAkan perjuangan ini kerana kami FAHAM dan di sini kami mengajak anda semua agar fahami apa itu perjuangan agar anda juga cinta. Ya! Cintakan Kemerdekaan. ( Moga saya dapat merasakan keperitan sahabat-sahabat kita di Palestin sana- InsyaAllah)

Sama-sama kami sujud di perkarangan DTC pagi itu. Menyungkurkan dahi ke wajah Illahi mengucapkan syukur atas KEMENANGAN ISLAM!. KEMENANGAN KEMURNIAN! Walaupun kami tahu masih ada banyak kelemahan dan perjuangan kami, kami pohon petunjuk dari Yang Maha Esa agar kami menjadi lebih baik daripada sebelumnya. YA ALLAH! SEMOGA KEMENANGAN PRO MAHASISWA DI BUMI MALAYA INI AKAN MEMPERBAIKI KEIMANAN KAMI MALAH MENAMBAHKAN LAGI KETAQWAAN KAMI TERHADAPMU YA ALLAH!. SEMOGA KESUDAHAN KAMI ADALAH SEBAIK-BAIK KESUDAHAN. KAMI DAMBAKAN SYURGAMU YA ALLAH!.

* Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.

Tuesday, January 20, 2009

Segala-galanya sudah bermula.... Hidup Mahasiswa!!!

Kelas hari ni pack walaupun kelas tadi dah terponteng sebab tidur dengan tersenyum. Ya, saya bangun dalam keadaan segar sebab .....

"Patut la saya rasa pelik sangat kenapa setiap hari ada sahaja usaha pelik pihak musuh...rupa-rupanya sebab Allah nak beri kemenangan kepada Pro Mahasiswa."
Inilah kata-kata Annur yang membuatkan saya berkata YA benar! Kita menang bukan kerana usaha kita tetapi kerana usaha musuh yang berusaha menjatuhkan Pro Mahasiswa...

Tahniah adik-adikku kerana anda telah mendapat mandat yang merupakan ujian yang berat untuk anda diuji lagi.....

Akan disambung lagiii... dah lewat ke kelas..

Sunday, January 18, 2009

Pro Mahasiswa menuju ke usaha terakhir...

Munajat merintih kemenangan Pro Mahasiswa di depan DTC Universiti Malaya pada 4 pagi (malam 18 januari pagi 19 januari). Malam ini kami mengajak seluruh mahasiswa-mahasiwi universiti terulung ini untuk sama-sama turun ke padang demi kita memohon kepada Allah S.W.T kemenangan yang belum pasti kepada Pro M. Jangan lupa ajak sekali rakan sebilik atau serumah.

Kenapa kami kata kami masih tidak memberi kepastian bahawa kemenangan adalah untuk kami pada sesi ini kerana:

1. Penggerak Mahasiswa kali ini meng’copy paste’ Pro Mahasiswa dan menyebabkan kekeliruan kepada seluruh ‘Freshy’ tahun pertama.

2. Provokasi terhadap Pro Mahasiswa pada tahun ini sangat hangit oleh pihak Penggerak Mahasiswa. Antaranya ialah dakwaan fitnah bahawa kami membuat tuduhan palsu ke atas penggunaan wang 10 ribu untuk melatih jentera Penggerak, rasuah TNC dan juga kaitan Pro Mahasiswa dengan parti politik luar.

3. Sekatan kepada kami untuk bebas berpidato di kolej-kolej kediaman. Malah kerenah-kerenah penyelia yang amat mengjengkelkan terhadap kami seolah-olah kami ini hanya layak disamakan dengan pendatang asing pekerja buruh. (Analogi)

4. Gelombang Pedulisma dari kalangan mahasiswa-mahasiwi yang tidak memberangsangkan terhadap kempen-kempen seolah-seolah pemilihan pelajar ini bukan isu bersama, tetapi hanya isu kami. Ya, kami yang mereka maksudkan ialah yang ekstrem.

5. dan lain-lain.


Kenapa kami kata kali ini kemenangan untuk kami sedang menuju ke arah realiti adalah kerana:


1. Provokasi yang dibuat pihak Penggerak adalah memualkan dan mereka tidak sedar bahawa mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya sedang memerhatikan mereka dan menganalisa mereka. Kenapa perlu buat begitu dan begini?

2. Kawan-kawan seangkatan yang mengenali sahsiah dan peribadi serta kreadibiliti calon-calon Pro Mahasiswa mengenali bahawa siapa yang mereka ingin pilih. Tidak syak lagi, calon-calon yang Pro Mahasiswa bawa pada kali ini sangat berkaliber! Malah menyebabkan ex-YDP Nilam Puri itu menyertai Penggerak Mahasiswa untuk turut mencari post. Tak mengapa. Biarkan dia.

3. Sekatan-sekatan yang ditekan terhadap Pro Mahasiswa tidak pernah menghalang kami daripada meneruskan kuliah pengajian di Universiti Malaya. Malah ia merupakan latihan survival modal insan. YA, BERBEZANYA KULIAH DAN KOLEJ KAN??. ADA APA DENGAN KOLEJ TU??? TEMPAT MENGHASUT SEMASA PILIHAN RAYA SAHAJA? SAYANGNYA.



Saya telah tinggal di kolej kediaman sejak daripada tahun pertama sehingga tahun keempat. Walaupun saya terbuang kerana dibuang dari kolej dahulu semasa awal tahun empat, tidak mengapa, saya merasa puas kerana telah membantu junior-junior saya mengenali hidup di universiti ini.

Bagi saya, terbuang dari medan tidak mengapa. Tetapi jangan saya lari dari medan hanya kerana mendambakan ‘Keluar secara terhormat’ tanpa sebab yang munasabah kerana dakwah di kolej juga tidak kurang sangat hebatnya.

Dalam menyampaikan dakwah kepada warga kolej, kalau bukan kita yang berjaya mengislahkan mereka, kita pula yang akan terhanyut mengikut mereka.

Akhir kata, Melihat, Mendengar, Mentafsir dan Menganalisis! Selamat beramal….(^_^)

screen shot of the best picasa

Shah Alam, 3 Jan - Kongres Pro Mahasiswa Nasional petang tadi telah berjaya menghimpunkan lebih 200 aktivis-aktivis mahasiswa dari pelbagai kampus.

Kongres tersebut yang diadakan di kawasan perindustrian Glenmarie, Shah Alam telah menjadi medan aktivis mahasiswa berjumpa dan berkongsi idea serta menyatakan pandangan dalam memperjuangkan suara mahasiswa di peringkat kampus dan nasional.

akan di update... (tidak dapat mengupload 'picasa-picasa'nya kerana kelajuan internet tidak memuaskan)

Layarilah http://mahasiswakini.com/ & http://prommahasiswaum.blogspot.com untuk melihat 'the best shot'

Sorotan Pemilihan Pelajar

ÙˆَÙ…َا Ø®َÙ„َÙ‚ْتُ الْجِÙ†َّ Ùˆَالإنْسَ Ø¥ِلا Ù„ِÙŠَعْبُدُونِ

Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku (adz-Dzariyat:56)

Saturday, January 3, 2009

Awalan Hijrah 1430H

Seminggu sudah saya meninggalkan blog saya tidak terisi. Rindu sebenarnya untuk menjamah laptop saya dan mengisi ruangan peribadi untuk dikongsikan bersama. Tika ini saya masih dalam musafir di Kuantan. Awalan tahun 1430 H dan 2009 Masihi ini saya isi dengan perjalanan yang tidak henti. Ke program pengisian jiwa, ke rumah kakak, balik ke kolej, ekspedisi ke Tasik Titiwangsa, ke rumah kak A lagi dan ke Kuantan. Tanpa henti. Sudah lama saya tak mengalami keadaan tanpa henti begini. Seronok itu ada. Melazimi kepenatan bagi mengelak dari terbunuh dengan rasa lapang. Mengejar mencari pengalaman.

Menyesal dan mengutuk diri sendiri tatkala saya lupa. Lupa untuk mengamalkan istighfar dan membaca pelindung diri ketika saya sesat di jalanan. Ya, saya sesat dalam kepenatan. Tersalah naik komuter padahal saya sudah berpuluh-puluh kali menaiki komuter. Kemudian terlepas destinasi kerana tertidur dalam bas. Kehabisan bateri telefon dan gagal meminta bantuan sesiapa. Malah yang paling saya kecewa bagaimana saya lupa untuk beristighfar. Astaghfirullahal’azim. Yang saya ingat pada masa itu adalah saya ‘blur’.

( Dalam perjalanan ke rumah kak a selepas ekspidisi ke tasik titiwangsa pada malam tahun baru, penat tidak tidur- peyakit direka sindiri- haha)
Tapi Alhamdulillah dalam perjalanan itu masih ada yang bersimpati kepada saya ketika di atas bas. Terima kasih pada pak kondukter.

Teringat saya pada seorang ‘abang’ yang pada hemat saya ialah dia seorang pak cik. (Salah saya yang perasan masih muda).Ketika saya ingin ke KB untuk satu program. Dia menumpangkan saya tanpa meminta apa-apa bayaran. Dia banyak bertanya pada saya itu dan ini. Namun, saya cuba sedaya upaya berfikiran terbuka untuk tidak bersangka buruk padanya.

“ Adik baca apa kalau naik kenderaan?” Tanya ‘abang’ tu.

“ Erm, baca al-fatihah dan surah 3 Qul” Jawab saya teragak-agak lantaran saya terlupa baca sebenarnya.

“ Ini abang nak bagi tips ni. Sebagai ikhtiar kita untuk mengelak daripada apa-apa bahaya la.”

“Ya”. Senyum saya ke jalan.

“ Awak baca la macam biasa al- fatihah, surah 3 Qul, kemudian awak tambah dengan selawat 11 kali, baca al-ikhlas 21 kali dan baca ayat qursi.” Bagitahu abang itu.

(‘Actually’ saya lupa bilangan-bilangannya. Tapi saya berpegang berapa banyak itu tidak penting, tapi apa yang dibaca itu penting.)

# Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan 10 rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu." (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i, Imam Ahmad dan Ibn Hibban)


Saya baca blog akhi ibnu halim ( Sahabat saya daripada kolej kediaman keempat, ex-Pengerusi Balai Islam 2005/2006). Dia telah mengikuti satu temuduga untuk menyertai kelas perubatan Islam Darussyifa’. Katanya, akhi Akbar pun sertai juga (sahabat daripada Fakulti Linguistik). Bagus ya akhowani! Saya bangga dengan anda! – Darussyifa’ adalah Persatuan Kebajikan Dan PengubatanIslam Malaysia yang diideakan oleh Dato' Dr. Haron bin Din lebih dikenali dengan pangillan Ustaz Haron Din bertempat di Bangi. Antara pelajarannya ialah:

1. Konsep Perubatan Islam.
2. Makhluk Halus Mengikut Al-Quran & As-Sunnah.
3. Makhluk Halus & Penyakit.
4. Ayatul Syifa' ...


Di sini saya ingin menambah dan mengukuhkan lagi amalan yang perlu untuk kebaikan saya dan sahabat-sahabat. Amalan pelindung diri untuk kebaikan diri.

http://ittutor.net/forums/index.php?showtopic=25715

Bagaimana kita mahu mendoakan kepada orang-orang yang telah menolong kita pada waktu kita memerlukan pertolongan sedangkan kita tidak tahu nama dan bagaimana ingin menghubunginya kembali? Hanya Allah yang tahu kita sentiasa mengingati mereka. Semoga ada jalan untuk pahala sentiasa melimpah-limpah kepada mereka dengan doa kita. InsyaAllah!

Friday, December 26, 2008

2008 selamat tinggal...



Esok malam saya bertolak ke Kuala Lumpur lagi. Untuk kesekian kalinya saya ke Kuala Lumpur. Menghabiskan sisa-sisa sebagai mahasiswa yang diulik kesenangan. Ya, kesenangan berbanding pelajar master dan PHD yang saya dengar sangat tertekan. Wah, saya suka.

Tapi kali ini saya ke KL dengan rela dalam keterpaksaan. Berpisah dengan bonda dan ayahanda tersayang. Pergi mencari ilmu. Moga Allah panjangkan umur kami untuk bertemu lagi. Tak siapa tahu, siapa akan pergi dahulu. Namun itulah hakikatnya. Bukan kehendak kita dan bukan siapa hendak dalam amalan yang sedikit ini untuk pergi dalam tidak bersedia. Yang saya fikirkan sekarang ialah “adakah amalan aku cukup untuk dibawa ke sana dan adakah aku bersedia menghadapi kemungkinan kemungkinan yang bakal tiba nanti”. Wallahu’alam.

Yang penting senyum. Senyum itu membahagiakan orang yang kita sayang. Begitulah juga kalau sedih. Jadi jangan sedih. Tangisan hanya untuk Allah swt. Semoga berusaha ke arah itu.

Saya baru selesai membaca buku motivasi Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Wah, impaknya begitu terkesan di hati saya usai melewati tirai akhir 2008 ini. Melangkah ke usia setahun lagi. Saya semakin dewasa. Membaca bukunya yang menceritakan berbezanya kaum wanita dan lelaki ini membuatkan saya termenung kesedihan. “Muaknya aku dengan perangai-perangai yang perempuannya begitu dan lelakinya begitu. Nak cakapnya kat sini hinanya kita sebagai hamba Allah ni. Tak ada apa yang patut diseronokkan hidup kat dunia ni pun. Benci aku!”

Bila saya fikir-fikirkan kalau… ha, itu bahaya tu. Semua ni dugaan yang Allah bagi kat kita semua ni. Manusia. Ah, tak perlu fikir menyesakkan otak. Mari saya bawa anda telusuri kenapa saya kata hinanya manusia ni. Isk tak retilah pulak.

Dah tiga hari saya tak menulis blog. Saya duk fikir apa nak cakap ni. Pilihan raya kampus dah dekat. Nak cakap pasal tu. Pastu fikir ada tiga orang kahwin 3 hari ni (orang terdekat dengan saya). Orang-orang itu ialah Kak Mariah, Kak Aiman dan sepupu saya Kak Suriana yang selamat dinikahkan tadi dengan pilihan hatinya Manoj Rao bin Abdullah. Alhamdulillah. Pastu fikir lagi nak cerita pasal PPSMI. Pastu fikir lagi untuk bercerita mengenai Psikologi kanak-kanak. Semua menghambat. Sampai akhirnya saya dah tertangguh kerja. Semua tak jadi.

Oklah saya nak rilekskan otak dengan membuat ‘post mortem’ selama sebulan saya bercuti di rumah saya. 26 Nov lepas saya pulang ke rumah dan 26 Dis saya akan bertolak ke KL semula. Ok, apa yang saya nak & dah buat semasa cuti? Ha ni dia berserta dengan markah sekali :

Matlamat:
I) Lepas cuti ni dah pandai survive sendiri. (58% B- )

1. Memasak **
2. Tarbiyah diri meningkat **
3. Plan hidup masa depan sudah berjejak **
4. Jadi pengemas dan berjiwa Ibu **
5. Tahu kesusahan hidup abah dan mami **.


II) Hubungan dengan sahabat diikat kembali (>60% B- )

III) Plan strategik jualan berjejak (50% B- )
1. Ladang Kambing
2. Sambung belajar
3. Blog bertema


(IV) Keyakinan untuk turun mengajar (50% B- )

(V) Dapat dengar berita mandarin. (<30% D+)

Indikator tercapai: (B- 55-65 %)

Haduih. Apa la Sen(^_^)um ni. Seng(^=^)ih adalah. Bajetnya nak dapatkan B+ atau A-. Tak capai jugak. Malah rasanya C+ je kot yang sebenarnya markah tu. Sebab bajet nak hafal quran dan baca risalah-risalah sebagai rujukan. Banyak buat rutin sangat. Tak ada usaha pecutan pun. Gagal! Huh!

Memadai tak kalau saya buat azam tahun depan untuk memperkasakan apa yang tidak jadi perkasa lagi ni atau saya patut tambah apa lagi?

Banyak berangan!

“ Di sinilah kesilapan ramai orang. Mereka hanya tahu bercita-cita, sedangkan tidak menanam sebarang imaginasi”

“Imaginasi adalah satu aktiviti otak yang ada skrip dan ada noktah.”

“Gariskan dan senaraikan semua kemungkinan untuk ke situ, langkah-langkah serta halangan-halangannya.”


Hmmm. Akhirnya terhantuk baru nak terngadah. Kalau tak, asyik syok sendiri kononnya cuti aku nak buat ni. Nak buat tu. Tengok banyak lagi tak berjaya kan? Anda pula mesti hebat kan? Mesti dah berjaya capai kan? Nanti ceritalah. Sebagai ‘booster ‘ buat saya. Mesti saya ‘jealous’ nanti.

Minda juara! Jangan jadikan minda kita Minda Mangsa! (Amin Idris)

Azam saya tahun depan yang paling utama ialah saya nak jadi anak usrah & Kak Naqibah yang mencapai 70% markah ke atas. Usaha! Usaha! Ada cadangan ? Idea sekarang ialah saya kena buat Anekdot. Titik noktah.

“Berniaga adalah untuk orang yang tabah hati serta kental jiwa lagi rajin berusaha.”

“Orang yang mudah meminta maaf adalah orang yang kerap berbuat salah. Apabila mudah meminta maaf bermakna keraplah dia berbuat salah. Dari sudut sifat ini, sangat mulia, tetapi dari satu sudut yang lain ia tidak menggambarkan sikap menarik sebab orang yang kerap berbuat salah seolah-seolah tidak pernah belajar.”


Okeylah, penghabisan muhasabah saya di sini saya sudahi dengan kata-kata happy ini,

“Jalani hidup kita dengan tenang, bahagia, ceria dan gembira. Ambil semua elemen di sekeliling kita sebagai ‘booster’ kecemerlangan hidup.”

“Hidup sentiasa indah bagi orang yang hatinya indah.”


Selamat Menyambut Awal Muharam 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009!

Rujukan: Membina Cinta Sayang, 2008, Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

Monday, December 22, 2008

21 DEC

myislamnetwork.net

Namun demikian pihak urusetia MyIslamNetwork.net menerima aduan bahawa masih wujud individu-individu yang tidak bertanggungjawab menghantar SMS palsu tuduhan tentang….
-------------------------------------------------------------------------------------

altmuslim.com

Since 2001, we've developed altmuslim.com into an introspective voice that helps promote a critical (and self-critical) analysis of issues regarding the Muslim world. Our name is inspired by the "alt.muslim" Usenet newsgroups from the early days of the Internet,
--------------------------------------------------------------------------------------

Pengalaman menghadiri perdebatan politik antara wakil pas dan umno semalam mebuka mata saya yang selama ini hanya melihat dari kaca tv sahaja muka KJ. Oh begini rupanya dirinya. ‘Hebat!!!’

Antara isi hangat yang saya sempat ingat kembali ialah mengenai:
1. Transformasi politik BN dan UMNO. Siapa benar?
2. Pas ‘pure’ dan Pas Erdogan?
5. Hukum Hudud: Undang-undang menyatakan pelaksanaan hudud hanya boleh dilaksanakan oleh perlembagaan persekutuan bukan oleh perlembagaan negeri. Jadi siapa kene boo semalam?
6. Siapa di belakang Menteri Besar Perak?
7. Perak: Kuota perumahan 50% kepada orang Melayu?
8. Pemerintahan di Malaysia Antara Dosa & Pahala? Mana satu yang anda dapat?


* Hebat betul ya KJ tu, macam mana dia boleh menegak benang yang basah ya? Berani!

msomelayu.blogspot.com

Dapatkan penjelasan detail laporan lewat Forum Transformasi Politik itu di sini.
--------------------------------------------------------------------------------------

Di sini suka saya menyatakan ketakjuaban saya apabila mendengar kata-kata ringkas daripada Pengerusi Kelas Penyokong PAS kebangsaan mengenai perbandingan antara PAS dan UMNO adalah PAS memperjuangkan perjuangan suci murni yang mana semua kaum di dunia ini adalah diciptakan oleh Allah swt, manakala UMNO memperjuangkan ketuanan Melayu.

ucapan-pengerusi-kelab-penyokong-pas
------------------------------------------------------------------------------------

Get addition reading about Islam here:
sunnipath.com

almeshkat.com
ymsite.com
--------------------------------------------------------------------------------------

What is chikugunya fever?


PDF
--------------------------------------------------------------------------------------

Saya ada baca blog kak naqibah saya. Benarlah katanya. Bukan seorang dua yang mengalami perasaan seperti ini. Malah lebih dari 7 orang. Merasa terpinggir daripada batch. Kalau buat gathering mesti ada puak-puak dan click masing-masing. Benci! Dan tak suka hadir dalam gathering.

Kalau anda nak marah. Silakan bagi komen membina.

Malah saya pernah mengajukan persoalan ini kepada seorang wakil rakyat bachok. Seorang wanita. Bagaimanakah ingin mengatasi masalah sensitif dan merasa terpinggir daripada ‘batch’ sendiri? Dan bagaimana ingin mengatasi fitnah di kalangan sahabat-sahabat kita sendiri yang mempersoalkan apa yang kita buat untuk organisasi kita? Apa? Apa? Atau akhirnya mereka kata, “ Manalah si anu ni, nak lari la tu. Padahal dah mengikat janji untuk setia. Tak takut azab Allah swt?

Jawabnya ringkas dan padat.

Allah swt tahu apa yang kita buat. Dan jangan biarkan diri kita diselubungi persoalan (misteri).

Moga sahabat-sahabat masih ingat janji kita untuk taat setia memperjuangkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR walau di mana kita dicampakkan. Mesti ada agenda! Jangan keliru dengan diri. Banyakkan bertanya dan bersoal jawab untuk menyelesaikan kekeliruan dalam agenda anda dan kita bersama.
-------------------------------------------------------------------------------------


Gambar rajah menunjukkan bila si anu itu jatuh ke lautan, hidupan daripada dalam lautan itu mengerumuni beliau berpusu-pusu sehingga gerombolan mereka menjadi pulau di tengan samudera lautan yang luas itu.

Apabila si anu jatuh pula ke daratan. Entah dari atas mana lah. Langit kot. Menyebabkan lekukkan si anu menakungkkan air. Air hujan mungkin. Menyebabkan hidupan di sekitar mengerumuni beliau untuk meminum air yang bertakung itu. Daratan tersebut ketiadaan air mungkin.

Tuesday, December 16, 2008

Cuti ke 20

Penat. Pos ni saya tulis pada cuti ke 21. Semalam saya tidur awal setelah penat menghabiskan duit kepada yang mewah. Semalam saya keluar ke Kota Bharu berjumpa dengan si Aini kesayangan yang sudah lama kami tidak berjumpa. Banyak yang kami sembangkan lantaran terlalu banyak nak dikongsikan bersama si kembar ku ini. Merangkumi kisah menunggu kerja, aktiviti di rumah setelah graduasi, alam jodoh ( yang ini paling hangat), rancangan sambung belajar, anak saudara, mak angkat, kisah sahabat yang sakit dan last sekali kisah pilihan raya kampus dan lain-lain.

Seronok sangat jumpa aini, biarlah hujan lebat sekalipun sanggup kuredahi. Semasa menunggu bas pun dia temankan. Suka sangat sahabat-sahabat yang saya kenal. Mereka memang suka menunggu bas untuk saya bersama-sama. Bersusah-susah untukku yang tak seberapa ini. Kalau saya bagaimana ya?

Berdiri di dalam bas. Ini sebenarnya perkara biasa bagi saya sejak di sekolah menengah lagi. Kalau 2 jam perjalanan dulu, saya masih teguh berdiri lagi. Tapi kalau 30 minit sekarang, saya dah longlai. Mengantuk. So takkan tidur sambil berdiri kan? Tak kiralah orang nak fikir apa, saya duduk saja atas lantai. Setelah berjaya mendapat tempat duduk, bangun saja, dah kat bandar Machang. Mungkin terlalu lama tidur, membuatkan gadis di sebelah bertanya, “ Kak nak turun kat mana?”. Dalam hati saya mengguman, takkan nak cakap saya dah terlepas rumah saya. Malu lah. Jadi, turun sahaja kat bandar.

• Kisah sampingan:
1. Ada seorang mak cik yang tak sihat marah-marah meminta satu ringgit. Kami tak bagi, jadi dia pijak kaki aini. Haha.
2. Saya menyesal kerana membeli selipar dan kasut yang mahal walaupun dah ditolak dengan 50% diskaun.
3. Saya membeli buku Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bertajuk Taqwa.

Saya dah baca bukunya yang bertajuk Khusyuk dalam solat. Sangat jelas lagi menerangi membantu pembacanya menghayati solat dengan kelebihan-kelebihannya. Terdetik di hati saya, kalau saya menemui buku ini sejak di sekolah lagi, tentu solat saya dapat menghayati solat dengan baik sejak daripada dulu. Jadi, ini mengukuhkan lagi kesukaan saya terhadap karya-karya beliau.

Mendengar buletin utama tentang Bush yang dibaling dengan kasut dan di panggil anjing semalam oleh seorang wartawan Iraq semasa lawatan terakhirnya ke Iraq membuatkan saya tersenyum. Abah pula menjerit terkejut. Top Issue 2008. 'Yeah I like it'.

Abah, Mami, Abang dan Adik Qi bergotong royong membaiki rumah untuk disewa di sebelah rumah kami. Abang sampai sakit pinggan. Saya buat apa? Tentulah berpoya-poya di dalam rumah. Out of taste!(Pemalas)