Penat. Pos ni saya tulis pada cuti ke 21. Semalam saya tidur awal setelah penat menghabiskan duit kepada yang mewah. Semalam saya keluar ke Kota Bharu berjumpa dengan si Aini kesayangan yang sudah lama kami tidak berjumpa. Banyak yang kami sembangkan lantaran terlalu banyak nak dikongsikan bersama si kembar ku ini. Merangkumi kisah menunggu kerja, aktiviti di rumah setelah graduasi, alam jodoh ( yang ini paling hangat), rancangan sambung belajar, anak saudara, mak angkat, kisah sahabat yang sakit dan last sekali kisah pilihan raya kampus dan lain-lain.
Seronok sangat jumpa aini, biarlah hujan lebat sekalipun sanggup kuredahi. Semasa menunggu bas pun dia temankan. Suka sangat sahabat-sahabat yang saya kenal. Mereka memang suka menunggu bas untuk saya bersama-sama. Bersusah-susah untukku yang tak seberapa ini. Kalau saya bagaimana ya?
Berdiri di dalam bas. Ini sebenarnya perkara biasa bagi saya sejak di sekolah menengah lagi. Kalau 2 jam perjalanan dulu, saya masih teguh berdiri lagi. Tapi kalau 30 minit sekarang, saya dah longlai. Mengantuk. So takkan tidur sambil berdiri kan? Tak kiralah orang nak fikir apa, saya duduk saja atas lantai. Setelah berjaya mendapat tempat duduk, bangun saja, dah kat bandar Machang. Mungkin terlalu lama tidur, membuatkan gadis di sebelah bertanya, “ Kak nak turun kat mana?”. Dalam hati saya mengguman, takkan nak cakap saya dah terlepas rumah saya. Malu lah. Jadi, turun sahaja kat bandar.
• Kisah sampingan:
1. Ada seorang mak cik yang tak sihat marah-marah meminta satu ringgit. Kami tak bagi, jadi dia pijak kaki aini. Haha.
2. Saya menyesal kerana membeli selipar dan kasut yang mahal walaupun dah ditolak dengan 50% diskaun.
3. Saya membeli buku Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bertajuk Taqwa.
Saya dah baca bukunya yang bertajuk Khusyuk dalam solat. Sangat jelas lagi menerangi membantu pembacanya menghayati solat dengan kelebihan-kelebihannya. Terdetik di hati saya, kalau saya menemui buku ini sejak di sekolah lagi, tentu solat saya dapat menghayati solat dengan baik sejak daripada dulu. Jadi, ini mengukuhkan lagi kesukaan saya terhadap karya-karya beliau.
Mendengar buletin utama tentang Bush yang dibaling dengan kasut dan di panggil anjing semalam oleh seorang wartawan Iraq semasa lawatan terakhirnya ke Iraq membuatkan saya tersenyum. Abah pula menjerit terkejut. Top Issue 2008. 'Yeah I like it'.
Abah, Mami, Abang dan Adik Qi bergotong royong membaiki rumah untuk disewa di sebelah rumah kami. Abang sampai sakit pinggan. Saya buat apa? Tentulah berpoya-poya di dalam rumah. Out of taste!(Pemalas)
"Jika ketenangan yang dicari, ALLAH akan terus uji hati kita, hingga pada satu masa, kita akan rasa indahnya TAWAKAL padanyaNYA & itulah nikmat keTENANGAN dalam jagaanNya "
Tuesday, December 16, 2008
Cuti ke 20
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sape yg nk sewa? muda ke tua? dah kawen ke belum?
Lum ada yg nak sewa la... tapi tengah 'renovate' nak kasi 'touch up' cikit. Baru ada kelas dengan zaman loni... Kan2?
Post a Comment