Friday, December 19, 2008

Inspirasi yang hilang (1)


Tiba-tiba elektrik tak ada jam isyak tadi. Saya yang sedang terlentang mengira PNGK hayat saya di universiti yang berbaki selama 2 semester lagi (1 semester panjang dan 1 semester pendek). Tak ada orang dalam gelap ni? Terimbas saya bagaimana dalam kubur nanti? Gelap begini?
--------------------------------------------------------------------------------------

“Kita mengajar di sekolah lebih susah daripada mengajar di universiti” Ungkap abah dalam lampu lilin.

Saya yang masih menghitung-hitung ‘pointer’ bakal akhir saya nanti mendengar dengan teliti perbualan abah dan abang.

“ Setiap tingkah laku dan gerak geri kita sentiasa diperhatikan oleh Guru Besar. Dia tengok kita mengajar daripada luar bilik darjah. Kita sahaja yang tidak sedar.” Atur abah dengan berhati-hati.

“ Dia tengok kita dahulu. Kalau ok, tidak mengapa. Kemudian, kalau dia nampak ada pelajar yang sedang berborak-borak di belakang, telahan lain pula yang akan timbul. Kalau ada peluang, dia akan bertanya kepada anak murid kita. – Bagaimana ustaz A ini mengajar? Faham?” Terus abah.

“ Mata pelajaran al-quran sunah tak banyak mana, semua sudah terangkum di dalam buku teks. Kalau nak cakap lebih-lebih, tak nak la sampai sesat pulak. Yang menulis di dalam buku teks tu pun dah kaji betul-betul dah isi kandungan dia. Jadi, tak perlu tambah.” Jawab abang.

“ Mengajar ni biarlah ilmu pelajar bertambah dan ilmu kita juga bertambah. Kalau sekadar kita mengulang apa yang ada di dalam buku teks sahaja, macam di bawah tempurung sahaja lah. Bawalah pelajar-pelajar itu ke luar sedikit.” Tuntas abah semula.

“ Pelajar-pelajar saya terima saya dengan baik sahaja. Mengajar pun, saya buat dengan baik sahaja. Cuma bila saya keluar daripada kelas, saya seperti rileks, minum-minum kopi dulu, melepak-lepak sekejap, makan-makan sekejap. Itu sebabnya ada pelajar yang laporkan saya ni mengajar sambil lewa.” Balas abang.


Mendengar perbualan mereka menyentap fikiran saya yang leka dengan kehidupan belajar di universiti ini. Bakal keluar juga sebagai guru. Bakal mengalami keadaan sekitar sekolah iaitu alam dengan rakan setugas, alam bersama pelajar-pelajar sekolah dan juga alam bersama keluarga baru. Itulah bakal duniaku pada masa akan datang. Perasaan sentimental. Hati dan perasaan. Membantutkan misiku dalam menyampaikan dakwah?Mohon aku, kekuatan dariMu Ya Allah.

Abah menyapa saya yang sedang membelek-belek dalam gelap itu, “Bah baca apa?”

Tak baca apa-apa, sedang menghitung ‘pointer’. Kalau tak hitung, nanti silap hari bulan ter’extend’. Dah muak dah belajar kat U----- ni. Nak keluar bekerja dah.

“Bah ni rajin membaca, banyak buku abah tengok Bah baca. (Eh, betul ke saya banyak baca?- Terapung aku sekejap) Tapi..”

“Tapi pointer rendah jugak.”

“ Ilmu ni kenapa tak nampak? Sebab tak diamalkan kan? Ilmu dan amal.”Abah berhikmah.

“ Satu lagi keberkatan, amalan akan mendapatkan keberkatan.” Tambah abang.


Saya tersengih dalam gelap tu. Yang mampu saya ungkapkan dalam hati saya ialah alhamdulillah saya adalah saya yang sekarang. Segala-galanya ada hikmahnya kerana mungkin Allah memberi sekadarnya disebabkan sikap saya yang mudah ‘perasan’. Perasan dalam erti kata lain ialah ujub, riak, bongkak dan seterusnya sombong. Alhamdulillah segala-galanya saya dapat sedar sekarang.

Hasil daripada perbualan tadi, saya bersegera mencari semula buku-buku sekolah saya di sekolah Maahad dahulu. Sudah lama saya berazam nak cari semula, namun yang saya temui hanya satu sahaja. Tafsir. Dan saya terjumpa rekod-rekod pelajaran saya dahulu. Saya terjumpa sesuatu yang tidak saya sangka. Impian untuk menjadi pensyarah fizik tercatat dalam esei saya yang saya telah hantar dalam permohonan menyambung belajar ke luar negara. Sangat tak sangka sebab saya ‘totally’ keluar bidang fizik sekarang. Ada hikmahnya. Allah sudah menjanjikan rezeki seseorang itu pada kadar yang sesuai dengannya. InsyaAllah.

Yang penting sekarang saya sedang menjadi diri saya dan memandang ke hadapan. Cuma sekali skala perlu memandang ke belakang mengutip mana yang tercicir dan membaiki kesilapan lalu. Banyak. Ya, banyak perubahan pada saya sekarang. Tapi kadang- kadang ada yang masih seperti dahulu. Polytrait.
---------------------------------------------------------------------------------------

* Nak mengajar apa ni ya? Subjek biologi tak boleh 'blah' mana. Nanti nak mengajar nanti bagi sajalah mata pelajaran apa pun. Boleh belaka.

2 comments:

Teacher Oh Teacher said...

assalamualaikum....

sesungguhnya ilmu juga datang dengan pengalaman..xkesahla pglmn sendiri atau kita boleh tanya sesape yg berpengalaman.....

dan kalalu kita x paham lec u yg ajar kita dulu..kita pulak jgn mengajar cam lec u kat dlm kelas nanti..kena turun betul2 supaya pelajar bermanfaat dr apa yg kita ajarries

Adibah S said...

Waalaikumussalam kak zati sayang.. Betul tu kak. Kalau tak bertanya cam bodoh sombong. Pastu bila dah tanya tu praktik. Kalu dah tau tu kongsi2 la kan. Sebab ilmu itu bererti bila kita berkongsi.

Sharing is caring.