Setelah mami dan saya ke klinik gigi, saya ke kedai sekejap menunggu abah selesaikan kerja dia dahulu. Dalam perjalanan balik barulah saya akan ke pejabat post. Ya, setelah sampai ke pejabat pos, apa yang saya sangka meleset seratus peratus. Malah lebih saya kira. Pejabat sekarang. Bukan macam dulu lagi. Zaman sudah berubah. Kenalah berubah. Geram! Saya pun tekan sahaja nombor dan ambil giliran. Dahi saya dah berkerut dah menahan marah. Nombor menunjukkan 142 dan nombor di tangan saya 173. Bagaimana ni. Abah dan mami di dalam kereta.
Saya takut abah akan minta poskan lain kali kalau saya beritahu mereka. Jadi saya tunggu dan tunggu dan tunggu. Kening saya terkadang berkerut. Ah! Apa yang saya fikir ni. “ Jangan Nampak sangat aku tengah marah.”Gumam saya sendiri.
Rasa-rasa saya masuk tadi jam 12.15tghari. Sekarang sudah 12.45tghari. Apalah buat nombor macam ni. Saya sibuk memerhatikan kerani kaunter. Terkadang ada orang mencelah mendapatkan perkhidmatan. Saya geram. “Eh, boleh pula mencelah macam tu. Saya ni pun nak cepat. Sabar-sabar Adibah. Ok- ok.” Dialog saya lagi.
Sekali lagi saya teringat surah Al-‘AShr. Sabar
Tadi abah masuk sekejap beli stem dan sampul. Saya pun mengisyaratkan pada abah saya kene menunggu. Abah Berjaya mencelah (“daring action”) dan beli stem untuk saya.
Saya cuba bagi bungkusan kecil tu pada kerani. Dia cakap, “Nak pos biasa pun kena ambil borang, jadi kena ikut giliran.” Saya tanya, “Aik nak pos biasa pun kena ambil borang?.” Dia mengelak, “…..” Tidak berkata-kata dan tidak mempedulikan saya. Saya pun mengalah. Saya duduk semula. Ada lelaki muda menjeling pada saya. Mungkin dia kata, “Padam muka”. Saya pun buat dek saja. “Tak kesahlah”.
Saya terus menunggu dan menunggu lagi sehinggalah jam 1.15 petang dan azan zohor berkumandang. Macam-macam saya membebel dalam hati. Eh pejabat pos ni. Kalau buat sistem begini, tujuannya untuk apa? Dahl ah tak ada tempat bertanya untuk pelanggan yang nak berurusan. Memudahkan ketidakadilan berlaku. Sekejap kata nak beli stem pun kena ambil nombor, sekajap boleh pula mencelah.
Oklah, sekarang tiba giliran saya. Berlengah sahaja kerani ini. Oh ini tujuannya ya. Supaya kerani dapat bekerja dengan relaks. Sempat lagi bercerita kalau pos biasa nanti rosak la, takut tak sampai la. Oh itu rupanya nak saya isi borang rupanya. Saya pun terus nak pos laju sebab saya rasa darah saya sudah sampai ke ubun-ubun. Selesai sahaja urusan tu, sambil berjalan keluar pejabat pos tu saya koyak-koyakkan resit pos laju tu, saya lunyai-lunyaikan saya buang dalam pos laju ekspres. Wah. Geram sangat tu.
Saya pun cerita kat abah apa yang berlaku. Membuak-buak. Kemudian abah cakap kenapa tak keluar bagitahu abah masalah yang berlaku? Kalau boleh bincang, abah akan tolong bagi cadangan lain. Bagi pendapat abah beli sahaja sampul pos ekspres dan masukkan hadiah tu ke dalam sampul. Senang dan murah.
Masa tu saya pun fikir kenapalah saya marah sangat ni? Sampai benda seringkas itu pun saya tak dapat fikir. Kenapa ni? Macam mana nak hilangkan marah ni? Macam mana ni? Saya marah diri sendiri sebab tak dapat menurunkan lagi darah saya yang ada kat atas ubun-ubun ni.
Tiba-tiba, eh, saya ada mimpi perkara yang sama malam tadi. Ya, mimpi saya dan rombongan kolej saya sampai ke Machang dan berehat di depan pasar besar Machang untuk membeli makanan. Kami terpaksa beratur panjang. Dalam mimpi tu penjual nasi tu buat kerja sambil lewa. Tunggu punya tunggu.Bila sampai giliran saya, nasi pula habis. Tunggu masak nasi pula. Semasa saya tengah menunggu dalam barisan panjang tu, saya nampak abah dan mami saya baru selesai membeli makanan. Abah cakap, “Bah, marilah makan yang abah dah beli ni.” Saya menolak sebab alang-alang dah lama tunggu, saya nak tunggu sampai dapat.
Barulah saya sedar, saya pun ketawa terkekeh-kekeh sambil cerita kat abah dan mami. Di sini ada dua pengajaran yang saya dapat.
1. Mimpi yang saya alami itu lansung saya tidak jadikan teladan, manakan tidak kalau asyik marah.
2. Lain kali saya mesti berbincang dahulu dengan ibu bapa sebelum buat keputusan supaya masalah yang timbul dapat diselesaikan bersama-sama.
3. Berfikir dengan fikiran waras akan menemukan kita dengan hikmah yang tidak ternilai.
4. Pejabat pos perlu mengklasifikasikan urusan jika ingin membuat sistem nombor.Will be cointinued...
No comments:
Post a Comment