Monday, December 1, 2008

Motivasi daripada Allah swt


Dari dulu sampai la sekarang, saya pelik dan hairan. Kenapa ya? Kenapa?

Kenapa Ad-Dhuha? Kenapa ada solat dhuha? Kenapa ya? Tapi bukan saya ingin mempertikaikan. Saya cuma nak tahu apa asbab dipanggilnya solat sunat dhuha.

Tak kenal maka tak cinta. Dah jatuh cinta nanti melekat la. Senang cerita bapak halang pun sanggup pertahankan cinta sejati tu.

Okay kita sambung balik. Saya pelik bukan kenapa. Sebabnya kenapa dulu pernah disiarkan di televisyen sebuah drama terbitan RTM tidak silap saya bertajuk Mohd Dhuha (lebih kurang la). Saya pelik kenapa watak utama cerita tu sangat bersungguh sekali mengerjakan solat sunat tersebut walaupun dia masih kecil. Subhanallah! Bagi saya masa berumur 10 tahun begitu masih asyik bergembira dengan kawan-kawan sekolah. Tak sedar diri lagi. Hehe. Itu dulu.

Dalam drama tersebut, Mohd Dhuha itu akan menunaikan solat dhuha di surau sekolahnya setiap hari di waktu rehat. Mungkin sebelum atau selepas makan. Mohd Dhuha ni anak yatim. Tak ada ayah dan orang susah.

Okay lah. Sekarang saya masuk kepada tujuan utama saya imbas kembali drama ini. Mari kita telusuri maksud surah Ad-dhuha. Surah yang ditujukan kepada Nabi Muhammad saw daripada Allah SWT.

1. Demi waktu pagi.

Ungkapan ini melahirkan suasana mesra yang lemah-lembut dan kasih yang tenang di samping melahirkan kerelaan yang syumul dan rindu dendam yang halus.

2. Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.

Waktu malam yang tenang, jernih, hening, diselubungi tompokan-tompokan awan

yang tipis yang merangsangkan perasaan sedih, bimbang dan terharu yang halus dan renungan yang tenang seperti suasana hidup yatim dan menumpang orang lain.

3. Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia murkakanmu.

Allah tidak sekali-kali rnembiar dan membuangmu sebagaimana dikatakan oleh kaum Musyrikin yang mahu menyakiti hatimu dan merungsingkan fikiranmu, kerana Dia adalah “Tuhanmu” dan engkau adalah hamba-Nya yang dihubungkan kepada-Nya dan disandarkan kepada Rububiyah-Nya, dan Dialah Penjaga, Pelindung dan Penaungmu.

4. Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dan dunia.

Itulah pengertian kebaikan dari awal hingga akhir.

5. Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya) kepadamu

dan engkau tetap berpuas hati.

Dan Allah akan terus memberi taufiq yang dikehendakimu dalam menjalankan tugas da’wahmu, menghapuskan segala halangan dan rintangan dari jalanmu, memberi kemenangan kepada agama dan kebenaran yang diperjuangkanmu.

Kemudian surah ini terus mengingatkan Rasulullah s.a.w. tentang hubungan beliau dengan Allah sejak permulaan jalan hidupnya lagi agar beliau sentiasa mengenangkan budi baik Allah, kasih mesra dan limpah kurnia-Nya terhadap beliau, dan agar beliau mendapat keni’matan dengan mengingatkan kembali suasana-sausana rahmat dan kasih mesra Ilahi terhadap dirinya. ini adalah suatu keni’matan yang besar yang dirangsangkan oleh kenangan-kenangan indah seperti berikut:

6. Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah memberi perlindungankepadamu?

7. Dan bukankah dahulunya Allah dapatiinu dalam keadaan tiada pedonian, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?

8. Dan bukankah dahulunya Allah dapatunu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu?

seterusnya kisah beliau diselamatkan dari kemiskinan, maka Allah mengarahkan beliau dan umat Muslimin selepasnya supaya memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan dan menyebutnyebutkan ni’mat-ni’mat Allah yang amat besar yang dikurniakan kepadanya terutama ni’mat mendapat hidayat dengan agama Islam:

9. Oleh itu, janganlah engkau hinakan anak yatim.

10. Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan.

11. Dan hendaklah engkau sebut-sebutkan ni’mat Tuhanmu.

Kesimpulannya, Mohd Dhuha tadi adalah simbolik/ analogi/ perumpamaan kepada surah Ad-Dhuha tadi. Dia sebagai seorang anak yatim menjadikan solat sunat dhuha sebagai penghibur hatinya. Seterusnya, dengan jawapan yang saya temui ini, adalah lebih baik saya dan kita mengajak sesiapa sahaja agar mengenali tafsir al-quran dengan lebih rajin supaya kita dapat mencintai apa ertinya kemanisan cinta kepada Allah dan RasulNya dengan murni dan diperhalusi lagi. Tidak layak untuk saya menyatakan saya telah menjadi kekasihNya. Saya hanya mampu mencintai dari dalam hati …

“Buang jauh akhlak tercela, hiasi diri dengan akhlaq mulia, dan sucikan jiwa dari segala dosa”. (Fadhul Mu’in)

Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menguji orang yang berbicara dengan ucapan-ucapannya sendiri. Makanya, saya hanya mampu berkongsi apa yang ada dalam pengetahuan saya dan sama-samalah kita amalkan.

Namun saya menjadi kuat semula dengan kata-kata motivasi ini:

“ Orang paling bodoh ialah yang meninggalkan keyakinan diri sendiri, karena mengira yang dilakukan orang lain lebih bererti.” ( Dikemukakan oleh Taajuddin ‘ Athooilaah Iskandariy di dalam Kitabnya “Taajul ‘Arus)

Rujukan

Tafsir Surah Adh-dhuhaTafsir Fi Zilalil Quran

No comments: