Selamat Pengantin baru Kak Pipah sayang
Semoga Kak dan keluarga kekal bahagia di dunia dan akhirat nanti. Terima kasih atas segala pengorbanan akak selama kita kenal selama ini. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan akak pada saya. InsyaAllah. Pada saya, akak pun salah seorang naqibah saya.
“ Adibah masuk pintu belakang ye, kak pipah dan kak noni masuk dari depan.” Bisik kak pipah buat pertama kalinya mengenali saya selepas minggu haluan siswa di kolej 4 tiga tahun lalu.
Entah macam mana saya boleh sesat ke dalam pertemuan dengan senior-senior tersebut. Kalau diingatkan kembali, memang nak tergelak juga. Akmal punya fasal la. Kononnya saya ni junior dia daripada KMPP dulu, dia boleh tersilap telahan boleh bawa saya masuk pertemuan tersebut. Kisah lama.
Pernah sekali kak Pipah bagi tugas kat saya supaya mengajak beberapa sahabat seusrah ke biliknya, tapi saya tersilap ajak. Apa lagi, kena denda la. Dendanya saya dikehendakki bagi tazkirah untuk iftar yang terpaksa direka oleh Kak Pipah kerana kesilapan saya itu. Hmm menggamit memori lama kan?
Kak Pipah juga pernah sekali mengajak saya menjadi fasilitator untuk Kem ibadah kanak-kanak kat masjid Shah Alam tak silap saya. Saya yang masa itu amat gilakan program amtlah gembira untuk menambah ilmu di samping ingin menimba pengalaman. Program anjuran NGO Jam’iyah Kuala Lumpur. Terima kasih memberi kepercayaan kepada saya walaupun saya baru setahun jagung ketika itu.
Kak Pipah, minta maaf tak dapat hadir majlis yang sangat bermakna buat akak dan insan baru dalam hidup akak. Saya sudah merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya kak. Pada awalnya, memang saya menyatakan persetujuan untuk menyertai rombongan ke Johor Bahru esok. Tapi bila saya minta kebenaran daripada orang tua saya, mereka membenarkan dalam menghalang. Saya cuba membuat sesuatu untuk memujuk hati mereka, saya buat Kek Coklat Moist. Namun akhirnya hati saya yang terpujuk sendiri agar menggantikan hadiah sebagai utusan ke rumah akak nanti.
Kek Coklat Moist. Sedap kak. Tapi maaflah saya tak boleh poskan untuk akak. Takut nanti posman yang menjamu dulu. Tengok gambar saja ya?
Taip saja kek coklat moist kat 'search google'
Masak 'topping choclate' (uht whipping cream+ coklat+ gula + majerin)
Buat potongan dulu (cadangan abah, hehe)
Bekilat kan?
Ingat lagi tak Kak Pipah dan Kak Noni selalu gelakkan saya sebab saya tak pandai masak dulu? Hehe. InsyaAllah saya belajar masak sungguh-sungguh. Nak bantu pejuang-pejuang di jalan Allah kan?
Kek ni baunya macam hangus, tapi sedap jugak ni. Rangup walaupun namanya ‘moist’.
Saya potong-potongkan dahulu kek ini supaya cairan ‘topping chocolate’ dapat masuk ke dalam hirisan-hirisan kek ini.
Selamat menjamu mata!!!
p/s: Kak A, inilah kek yang awak nak. ‘Sorry’ lambat siap. Jangan lupa ya Tupperware tu.
2 comments:
bukan akk ade komen ke kat blog awak semalam.. mn komennye.. dah kene cencored ke??
tak tau pun... akak punya post tak jalan kot... akak cakap apa kak?
Post a Comment