Tuesday, December 9, 2008

Ikhlas dan sabar


“Allah sedang berbicara denganmu tentang Ikhlas dan sabar… Itulah dinamakan Islam”

Terjaga di hening pagi bersahutan dengan ayam berkokok. Merendahkan diri kepada Zat yang Esa. Mengucapkan syukur yang tidak bererti dengan sekadar ucapan. Jika air mata menitis. Makanya ia lebih terkesan sehingga ke alam ruh.

Allah sedang berbicara denganmu. Berbicara mengenai Ikhlas denganmu. Hidup untuk memilih dan dipilih. Namun pilihan aku sering tersilap. Justeru kita masih diberi pilihan untuk masih lagi memilih.

“Jangan biarkan kita diselubungi persoalan.”

Persoalan yang tiada berkesudahan. Islam itu mudah. Hati itu yang payah. Hidayah itu indah. Ketenanangan yang hakiki adalah Syurga abadi. Ya, syurga. Kita hidup membuat pilihan kepada dua. Syurga atau neraka.

“Ketika saya bersolat seolah-olah saya sedang berada di atas titian sirotulmustaqim. Di kiriku neraka dan di kananku syurga. Jika saya lalai, maka neraka menantiku.”

Bicara kita bicara sufi. Mengkehendakkan bicara yang tiada suara. Hati yang suci memberi kita memilih bukan kerana nafsu. Kerana kita dapat memandang dengan mata hati. Hidup ini sekadar ilusi. Tiada makna semua persekitaran kita. Yang ada Cuma hati yang tulus suci.

“Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau mengurniakan ujian begini kepadaku.”

Ujian sekecil sebutir pasir di pantai. Belum lagi untuk aku memilih ke jihad medan pertempuran. Yang pasti segala keputusan di hatiku. Pandangan mata hati memanduku. Aku perlukan kekuatan daripada hidayahMu. Sekiranya pilihanku ini merupakan hidayahMu. Aku sujud kepadaMu. Syukur! Alhamdulillah.

No comments: