Sunday, December 14, 2008

Cuti ke19

Tukar Segera Kepimpinan PMIUM: Kepimpinan Kurang Efektif

Rentak semakin gusar. Halatuju pembinaan jaringan peringkat nasional harus menjadi landasan membentuk kematangan gerakan mahasiswa.

( Wah, menyirap darah bila membaca artikel saudara Nazree Yunus ini, mulanya tidak percaya, Namun bila difikir kembali, benar katanya. Bonda memang diperkotakkatikkan sejak awal beliau dinaikkan menjadi NC. Kesian bonda tanpa ada pembela)

PPSMI (Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris)--->
kesannya inilah. Yang untung hanya golongan'think tank' bukan?. Di sini hanya pelajar-pelajar yang berfikiran positif sahaja yang untung. Yang gagal berfikiran positif? Kesannya lihatlah. Tak 'best' bukan?. Penekanan sahsiah anak malaysia bukan nak diambil kira. Yang duk difikir hanya nak naikkan taraf karier sahaja. Bagus sangat. Konon.


Kahwin Semasa Belajar-->Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, terutamanya buat mereka yang menuntut di luar negara, gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembara, mencari pelajaran dari sebuah pengalaman, keluar dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti, lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.(saifulislam.com)

---> Saya setuju 200% kerana semasa 'menunggu' itu membolehkan kita mengisi masa dengan pelbagai perkara. Tamak! Ya, tamakkan ilmu sampai kalau boleh nak tangguh kahwin. orang yang 'Adventurous' kan? My planning nak kahwin umur 25. Wallahua'alam. Kalau dah jodoh, Alhamdulillah.

* Rahsia: Semasa saya di tahun satu dulu, saya pernah angan-angan nak kahwin sebelum grad padahal calonnya belum ada. Heheh. Minah Jenin.

2 comments:

Anonymous said...

"Mengembara, mencari pelajaran dari sebuah pengalaman, keluar dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti, lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.(saifulislam.com)"


Saya tertarik katanya..dan saya suka mengembara daripada melancong..insya Allah suatu hari nanti..

Adibah S said...

Ibnu halim dah baca entry ustaz hasrizal tu? Kat komen-komen tu ada cakap pasal tahi lalat kat kaki. Ibnu Halim ada? Kalau Tak ada tu tentu Ibnu Halim mengembara dalam mimpi. Hehe