Hari ni saya nak tulis pasal ni la. Pasal saya ‘happy’ kerana sokongan yang diberikan. Mula-mula Kak A dan Kak Ma sahaja yang tahu saya ada blog. Kemudian abang saya. Mulanya saya ingatkan abe tau semasa kat rumah. Daripada Pekan Pahang dia telefon saya pula tu. Bukannya apa. Dia nak saya promosikan barangan jualan saja. Bersemangat dia suruh saya letakkan produk-produk barangan untuk diiklankan. Saya pun cakap la “ Ok, okla, saya letak la nanti”. Masa tu dalam bulan 10 lagi. Kelmarin saya tanya dia, dari mana tahu saya ada blog. Dia cakap dia terjumpa. Mungkin dia jumpa kat fotopages Kak A la kot.
Kemudian semasa saya kat rumah cuti ni, abah minta saya carikan video-video alif ba taa dan apa-apa sahaja tentang pelajaran kanak-kanak. Untuk siapa lagi. Untuk cucu-cucu kesayangan dia la. Nur Safiya (4 tahun), Nurain Syafika (2 tahun) dan Rizq Shahmi 2tahun).
Saya pun carilah sambil-sambil meng’topup’kan blog saya. Abah pun pelik apa saya buat sampai mengadap komputer sungguh-sungguh. Akhirnya, saya pun mengakulah saya tulis blog. Malu lah sebenarnya. Sebab kalau dulu saya sorok-sorokkan blog saya. Saya takut sangat kalau ada orang komen yang tidak membina tentang tulisan saya. Lagi pun dulu blog saya macam merapu sangat sebab saya banyak macam tulis diari. “I don’t want anyone know what am I thinking actually. Real.” Tapi itu dulu. Cara saya berfikir sangat sempit.
Apa yang saya gembira sebenarnya Labu? Ya, saya nak cakap la ni.
Sebab abah cakap “Bah tulis lah blog tu dengan bahan-bahan ilmiah. Buat kajian dan tulis ‘paper’ tu dalam blog supaya orang baca. Mana yang orang baca tu nanti akan dapat pahala kat kita bila dikongsikan. Waktu cuti ni bacalah buku-buku kemudian tulislah petikan-petikan yang kita baca.”
Alhamdulillah. Keyakinan yang boleh dikatakan tahap infiniti saya ungkapkan bila orang yang paling kita sayang (mami juga) memberikan sokongan supaya memberikan DAKWAH dan ISLAH dalam masyarakat hari ini. Untuk anak-anakku juga mungkin. InsyaAllah.
Syukur YA ALLAH! Kau anugerahkan keluarga yang banyak memberikan sokongan serta minda yang terbuka.
Buat Kak Ma, bila awak nak ada blog ya? Orang lain dah ada dah. Soki tu ada sebenarnya. Dia sorok-sorok jugak. Macam la saya tak tau.
*Abah tanya: Bah tulis apa dalam blog?
*Saya jawab kat abah saya: “Hehe malulah abah. Ore tak reti sangat. Tulis biasa-biasa jah. Ore kan tak reti. Kalu abah ya lah jugak. Abah pandai. Hantar e-mail pun tak sampai. Hehe.
*Abah tersenyum bila saya cerita kat mami: “Abah cakap ore tak pandai ajar dia, sebab tu tak sampai email tu.”
2 comments:
hehe..baguslah..klau ada masa tulislah bahan ilmiah. i tulis blog sebab i sakit klapa ngan keje...duk mgadap pc jah..so buat apa yg kita suka tgk or buat.
ok sis. tq. buat apa yang kita yakin boleh buat.
Post a Comment