Menyesal dan mengutuk diri sendiri tatkala saya lupa. Lupa untuk mengamalkan istighfar dan membaca pelindung diri ketika saya sesat di jalanan. Ya, saya sesat dalam kepenatan. Tersalah naik komuter padahal saya sudah berpuluh-puluh kali menaiki komuter. Kemudian terlepas destinasi kerana tertidur dalam bas. Kehabisan bateri telefon dan gagal meminta bantuan sesiapa. Malah yang paling saya kecewa bagaimana saya lupa untuk beristighfar. Astaghfirullahal’azim. Yang saya ingat pada masa itu adalah saya ‘blur’.
( Dalam perjalanan ke rumah kak a selepas ekspidisi ke tasik titiwangsa pada malam tahun baru, penat tidak tidur- peyakit direka sindiri- haha)
Tapi Alhamdulillah dalam perjalanan itu masih ada yang bersimpati kepada saya ketika di atas bas. Terima kasih pada pak kondukter.
Teringat saya pada seorang ‘abang’ yang pada hemat saya ialah dia seorang pak cik. (Salah saya yang perasan masih muda).Ketika saya ingin ke KB untuk satu program. Dia menumpangkan saya tanpa meminta apa-apa bayaran. Dia banyak bertanya pada saya itu dan ini. Namun, saya cuba sedaya upaya berfikiran terbuka untuk tidak bersangka buruk padanya.
“ Adik baca apa kalau naik kenderaan?” Tanya ‘abang’ tu.
“ Erm, baca al-fatihah dan surah 3 Qul” Jawab saya teragak-agak lantaran saya terlupa baca sebenarnya.
“ Ini abang nak bagi tips ni. Sebagai ikhtiar kita untuk mengelak daripada apa-apa bahaya la.”
“Ya”. Senyum saya ke jalan.
“ Awak baca la macam biasa al- fatihah, surah 3 Qul, kemudian awak tambah dengan selawat 11 kali, baca al-ikhlas 21 kali dan baca ayat qursi.” Bagitahu abang itu.
(‘Actually’ saya lupa bilangan-bilangannya. Tapi saya berpegang berapa banyak itu tidak penting, tapi apa yang dibaca itu penting.)
# Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan 10 rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu." (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i, Imam Ahmad dan Ibn Hibban)
Saya baca blog akhi ibnu halim ( Sahabat saya daripada kolej kediaman keempat, ex-Pengerusi Balai Islam 2005/2006). Dia telah mengikuti satu temuduga untuk menyertai kelas perubatan Islam Darussyifa’. Katanya, akhi Akbar pun sertai juga (sahabat daripada Fakulti Linguistik). Bagus ya akhowani! Saya bangga dengan anda! – Darussyifa’ adalah Persatuan Kebajikan Dan PengubatanIslam Malaysia yang diideakan oleh Dato' Dr. Haron bin Din lebih dikenali dengan pangillan Ustaz Haron Din bertempat di Bangi. Antara pelajarannya ialah:
1. Konsep Perubatan Islam.
2. Makhluk Halus Mengikut Al-Quran & As-Sunnah.
3. Makhluk Halus & Penyakit.
4. Ayatul Syifa' ...
Di sini saya ingin menambah dan mengukuhkan lagi amalan yang perlu untuk kebaikan saya dan sahabat-sahabat. Amalan pelindung diri untuk kebaikan diri.
http://ittutor.net/forums/index.php?showtopic=25715
Bagaimana kita mahu mendoakan kepada orang-orang yang telah menolong kita pada waktu kita memerlukan pertolongan sedangkan kita tidak tahu nama dan bagaimana ingin menghubunginya kembali? Hanya Allah yang tahu kita sentiasa mengingati mereka. Semoga ada jalan untuk pahala sentiasa melimpah-limpah kepada mereka dengan doa kita. InsyaAllah!
No comments:
Post a Comment