Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Baru berkesempatan menghadap laptop untuk membuat ulasan serta memnceritakan pengalaman-pengalaman menyertai secara lansung dalam pilihan raya kampus atau sekarang sudah memakai perkataan pemilihan perwakilan pelajar (PPP). Moga-moga pengalaman ini dapat saya kongsikan bersama adik-adik saya dan anak-anak saya pada masa akan datang. Sungguh terkesan dan sangat!
Inilah kali pertama saya menyertai secara lansung dalam PPP (Pemilihan Perwakilan Pelajar) sebagai Wakil Calon Tempat Pengundian Calon Umum Nurul Fitrah. Penempatan undi yang saya perhatikan adalah di Kolej Sebelas bermula dari 9.30 pagi sehinggalah 5.00 petang iaitu sehingga pembawaan undi ke DTC.
Sepanjang proses membuang undi berlaku pelbagai pengalaman baru saya dapat malah boleh kata saya amat baru dalam hal ini sedangkan saya sudah pada tahun 4 dan di semester terakhir. Sebenarnya impian saya untuk berada di tempat ini adalah sejak saya pada tahun 1 lagi. Tetapi oleh sebab saya perlu menjalankan tugas yang lebih penting di Kolej Kediaman Keempat saban tahun membuatkan saya menyimpan hasrat ini jauh di sudut hati saya. Namun apabila malam sebelum penamaan calon 14 Januari lalu, Nur Syuhadah Dzarawi mencari seramai mungkin wakil calon, saya bertanya, “Oh betul ke?”. Alhamdulillah impian saya sudah tercapai walaupun saya tidak pernah menyampaikan hasrat itu pada sesiapa pun. Alhamdulillah!
Dalam proses membawa peti-peti undi ke DTC, Ukhti Farahuda dan seorang wakil calon bebas dari fakulti undang-undang berusaha keras memastikan peti-peti tersebut tidak ada kebocoran dan dimasukki ‘tangan hitam’. Kemudian van yang membawa peti undi juga di’eskot’ oleh Wan Azman dengan motor beliau.
Sampai sahaja kami ke DTC, kami solat asar terlebih dahulu sebelum dipanggil masuk ke dalam DTC untuk mendengar taklimat dan seterusnya pengiraan undi bagi fakulti kebudayaan dan dan fakulti bahasa & lingguistik. Jam 7.30 malam membawa kami rehat seketika dan solat maghrib terlebih dahulu. Oleh sebab pengiraan adalah undi fakulti terlebih dahulu, saya dan beberapa wakil calon lain Ismah, Marhamah dan adikku Syahidah ( Pengurus Makanan kami- wakil calon kempen yang sudah tidak perlu bertugas pada hari mengundi) mengambil keputusan untuk menunggu Isyak terlebih dahulu kerana selepas pengiraan undi akan teramatlah penat.
Masuk sahaja ke DTC, pengiraan undi untuk calon umum pun bermula dalam kira-kira jam 10 mlm ketika itu. Saya mengambil keputusan untuk berada di tempat di pengiraan Kolej Kediaman Ke-3 yang saya tahu sebagai kubu kuat Pro Aspirasi. Pembacaan undi mengambil masa yang sangat lama dan melelahkan. Saya ‘collapse’ di pertengahan jalan. Penat! Alhamdulillah Cik Noni dapat bertahan dari kiraan bacaan awal hingga yang terakhir. Jumlah yang tepat!
Semasa sedang menunggu keputusan sebetulnya diumumkan. Berjam-jam kami menunggu. Malah sempat Jabir dan Syahirah berjaya mengumpul semua kiraan undi dari seluruh tempat mengundi termasuk DTC. Dalam jam hampir 2 pagi, kiraan semula fakulti kebudayaan dan Sastera Sains sosial dibuat semula. Berlaku kekecewaan di peringkat calon Pro Mahasiswa iaitu saudara Alwi kerana HEP membenarkan pengiraan semula dilakukan walaupun sudah tertera undian terhadapnya melebihi 7 kiraan. Apabila dikira semula, bilangan undi untuknya berkurang 2 hingga 4 undian. Lama juga perbincangan dibuat untuk saudara Alwi memastikan tiada pecah amanah di situ. Beliau memohon agak kiraan semula undi di seluruh tempat pengundian. Semua kerani statistik marah-marah kerana penat. Dan akhirnya dia terpaksa pasrah. Sah! Kiraannya berubah kekurangan. Kami turut kecewa kerana kami tahu apa yang telah beliau telah korbankan. Kasihan Alwi.
Penungguan terus berlaku. Asyimah berjaya medapat keputusan penuh! Daripada jumlah yang dikira. Jangkaan bilangan undian sudah diperolehi. Dalam hati kami….Alhamdulillah! Namun, kami tetap berdebar-debar kerana berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku kerana keputusan berada di tangan HEP sekarang. Malah bagi saya sendiri tidak lansung menjangkakan apa-apa kerana sudah empat tahun saya berada di UM mengalami segala sakit cela pihak musuh. Bukan mudah… bukan mudah…
Di luar sana penyokong GERAK dan penyokong PRO MAHASISWA sedang berbalas kata-kata. Manawar Sakti! Yes we can! Dari dalam sini, bunyi yang agak menggegarkan bumi Malaya ketika itu amat menggoncangkan hati kami. Merasakan dunia pada ketika itu berada di suatu tempat yang asing. Bagaikan dalam filem STAR WARS. Ya lah ketika semua ‘soldier’ menghentakkan kami ke bumi. Menggegarkan dan bergema. Subhanallah! Malah kami lihat berbagai-bagai gelagat yang menyakitkan dan menyilaukan mata kami dari pihak GERAK. Entah, mungkin kami meluat. Tidak mengapa. Sabar.
Kira-kira jam 3.30 pagi keputusan diumumkan. Bermula dari keputusan kiraan Fakulti Kebudayaan, dan seterusnya..
Calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan.
Calon bebas pula memangi dua kerusi di Fakulti Undang-undang.
6 lagi fakulti diperolehi tempat oleh Penggerak Mahasiswa. Pusat sukan, Alam bina, Sastera Sains Sosial, Kejuruteraan, Ekonomi & Pertadbiran dan Sains Teknologi Maklumat.
Kemenangan 19 kerusi Pro Mahasiswa dan 2 kerusi calon Bebas ini mendapat tepukan-tepukan kecil kami. Dan akhirnya keputusan yang dinanti-natikan pun bermula. Bermula dengan Syazwan, Yah Hui, Yu Jie, Hafiz Ilyas, Ridzuan Mohamad, Fitrah, Sasikumar, Ayuni dan akhir sekali Zhen Jun. Tepukan gemuruh bergema malah hebat!.
Saat undian tertinggi diumumkan bermula, saya menekup muka sudah tak tertahan lagi. Imbasan segala usaha sahabat-sahabat dan kakak-kakak senior-senior mula menerjah ke ingatan. Segala perit jerih melawan ketidak telusan dan berat sebelah pihak musuh yang menguasai kuasa. Zup…! Zup..! masuk ke ingatan saya. Bukan mudah… bukan mudah… teringat pada Kak Aimi, Kak Noni, Kak Pipah dan pada Nasaruddin. Tidak lupa juga adik-adik yang meneruskan perjuangan di kolej. Ya! Semua berusaha. Sama ada secara sembunyi-sembunyi malah bersemuka. Segala-galanya…
Saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua. KAMI BUKAN INGINKAN KUASA POLITIK. TAPI KAMI INGINKAN HIDUPNYA ISLAM TANPA DICAMPUR ADUKKAN DENGAN PERKARA-PERKARA HARAM. ITU YANG LEBIH UTAMA DALAM PERJUANGAN KAMI. Kami ingin anda faham. Faham dan bukan menjeling dan bertanya kenapa kami bersusah payah melawan musuh.
Suasana keharuan di DTC pada pagi 20 Januari lalu tidak akan kami lupakan sehingga bila-bila. Malah ia menjadi sejarah dalam hidup kami. Berharganya sebuah kejayaan itu adalah sangat bermakna buat orang-orang berusaha keras dan tidak mengenal erti putus asa. PANTANG MENYERAH KALAH! Kami CINTAkan perjuangan ini kerana kami FAHAM dan di sini kami mengajak anda semua agar fahami apa itu perjuangan agar anda juga cinta. Ya! Cintakan Kemerdekaan. ( Moga saya dapat merasakan keperitan sahabat-sahabat kita di Palestin sana- InsyaAllah)
Sama-sama kami sujud di perkarangan DTC pagi itu. Menyungkurkan dahi ke wajah Illahi mengucapkan syukur atas KEMENANGAN ISLAM!. KEMENANGAN KEMURNIAN! Walaupun kami tahu masih ada banyak kelemahan dan perjuangan kami, kami pohon petunjuk dari Yang Maha Esa agar kami menjadi lebih baik daripada sebelumnya. YA ALLAH! SEMOGA KEMENANGAN PRO MAHASISWA DI BUMI MALAYA INI AKAN MEMPERBAIKI KEIMANAN KAMI MALAH MENAMBAHKAN LAGI KETAQWAAN KAMI TERHADAPMU YA ALLAH!. SEMOGA KESUDAHAN KAMI ADALAH SEBAIK-BAIK KESUDAHAN. KAMI DAMBAKAN SYURGAMU YA ALLAH!.
* Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.
4 comments:
Terima Kasih saudara Lim dan Nor Azween daripada Fakulti Undang-undang kerana sudi menyertai Pro Mahasiswa dalam membina kerajaan Pro Mahasiswa di Uni Malaya. Tahniah! Ini kemenangan kita bersama!!!
okay..read my blog about this
thanks dengan perkongsian.. hajat di hati nak turun masa pengiraan undi.. tapi macam segan pulak nak menyibuk sorang2..
tahniah ye.. pahit ms melalui tapi nanti jadi sangat manis untuk dikenang..
Ya Kak.
Kak, ramai yang datang mlm tu. A.din pun datang. Menyirap darah saya dengar laungan dari sahabat2 di luar DTC.
Teringat lagu Adakah Kau Lupa.. Saat kemenangan Islam itu tersebar ke seluruh dunia...Bersedialah! Bersedialah untuk menghadapi ujian seterusnya... dajjal dan Imam Mahdi.. alam menuju ke akhirnya..
Wallahua'lam
Post a Comment