Wednesday, January 14, 2009

Ratu-ratu Syahadah kesayanganku..

Panas… Panas… Panas benar topik baru pilihan raya kampus. Ini baru di dalam kampus. Belum pilihan raya kecik di Kuala Terengganu 17 Januari nanti. Macam-macam yang berlaku setakat ini di Universiti Malaya. Asam garam permainan politik lah katakan.

Bukan seronok yang saya ingin ditekankan di sini, tetapi gelombang PEDULISMA yang ingin saya tekankan di sini.

Bagi saya, saya cuba menghayati sepenuh hati apa yang dialami oleh dunia Universiti Malaya pada hari ini. Inilah dunia ‘universe’ saya yang saya sayang. Tidak akan ada lagi dunia ‘universe’ ini apabila keluar ke realiti pekerjaan. Malah kemanisan berada di panas terik memberikan sokongan kepada kumpulan Pro Mahasiswa pagi ini sangat akan saya rindui selepas ini.

Bermacam-macam peristiwa yang berlakupagi tadi. Antaranya konflik hampir timbul apabila pihak Pro M cuba menyuarakan kebenaran mengenai ‘wang sagu hati’ yang diberikan bersama surat tawaran untuk menjadi calon kepada Penggerak Mahasiswa. ‘Best’kan tawarannya. Bolehlah guna buat beli baju ‘trendy’sepasang. Dah la setiap orang ahli penggerak mahasiswa dah dapat baju t-shirt yang kelam itu. Malah ada yang dapat jaket yang selesa dipakai itu. Macam-macam lagilah kes yang menarik, contohnya kereta sahabat-sahabat saya yang disimbah cat oren di kediamannya. Kononya penggerak mahasiswa ni nak tolong ‘trademark’ kan kereta kami. Kelakar kan?

Perkara yang paling buat saya tersenyum ialah 3 orang adik saya daripada Kolej Kediaman Keempat UM telah berjaya menjadi calon Pro Mahasiswa setelah proses penamaan calon berjaya tadi di KPS.

Tidak kurang juga telah banyak usaha-usaha memburukkan nama-nama mereka di kolej kami. Mungkin kerana pihak lawan risau warga kolej akan memberikan sokongan terhadap adik-adikku yang tersayang ini. Walhal nama mereka telah berjaya mereka naikkan atas usaha mereka sendiri dengan jasa-jasa mereka di kolej kesayangan kami. Ya, kami sayang nostalgia kolej kami. Penggerak Mahasiswa, anda tidak ada hak ke atas kami!

Kepada adik-adikku, Kak Dib sangat bangga dengan kalian, terima kasih atas motivasi yang telah kalian berikan kepada akak dari dulu dan sepanjang menghadapi ujian-ujian ini! Tahniah!!! Moga Allah membalas jasa kalian.

Di sini Kak Dib tujukan nasyid khas buat adik-adik akan yang ada di kolej. Malah di kolej-kolej lain juga. Jangan putus asa, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kalian. Setiap saat, usahalah kita bersama mengislahkan niat utama kita dalam memperjuangkan kemenangan Pro Mahasiswa kita. Moga Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah!


Ratu Syahadah

Engkaulah permaisuri
Di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahiii oooo

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata

Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisi mu singgahsana
Sejarah asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa

Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa oleh suamimu yang dihina
………………………………………ooo oooo

Dikejauhan istana keangkuhan
menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
iman dan akidah lebih utama

Ratu syahadah lalu bermadah
Oh tuhan binakan Istana untukku
Walau di dunia ku diseksa
namun tak terbayang nikmat di syurga


Tabah menghadapi saat namamu dipalit dengan minyak hitam mereka. Kemudian hari, walaupun namamu dapat dibersihkan balik, bau yang ditinggalkan akan dihidu oleh mereka sendiri.

5 comments:

Head Shot said...

abg hazim mendoakan semua agar terus memperjuangkan kebenaran (ISLAM)..insya ALLAH.

Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir...

Teacher Oh Teacher said...

sesungguhnya cabaran dil uar lagi besar.....kepayahan di kampus adalah antara bekalan utk hari esok....

bayangkan dibah..ramai pelajar form 5 xkenal huruf alif ba ta.....jadi, mungkin antara musuh2 kita di U ni...yg xdapat pendidikan agama sempurna mcm kita..jadi musuh2 inilah juga da'ie kita

Adibah S said...

Betul ya kak zati. Golongan mereka lebih ramai memusuhi kita.

Tapi sekarang sudah ada golongan yang mempunyai ilmu agama yang tinggi yang sungguh-sungguh memerangi golongan mahasiswa yang bermatalamatkan kemurnian.

Mereka ini lebih berbisa berbanding golongan musuh yang kurang asas agama.

Sungguh! manusia akan memusuhi apa yang mereka tidak tahu mengenainya...

Untuk 'Freshy', bukalah dahulu minda, tangan dan hati anda untuk mendengar hujah-hujah Pro Mahasiswa. Jangan cepat menutup telinga apabila disogokkan dengan duit dan ugutan. Nilailah terlebih dahulu.

Anda diambil menjadi jentera sebab anda masih suci dan 'innocent', malah tidak tahu asam garam berada di alam 'universe' ini. Sedarlah!!!

Anonymous said...

update r isu prk... demi pena..mmpu mgoncang!

Adibah S said...

wah... kata-kata anynomous sgttt menggongcangkan jiwa saya yok. sbnrnya nak saja berdegar-degar mengulas isu PRK. tapi bila dipikir kembali.... Ya, memang perlu. Oraittt.