Salam sayang saya pada semua yang sudi menjenguk ke laman nurani ini. Tiada kata sepatah mahu seabjad untuk diluahkan kepada kalian kerana sudi membaca perkataan demi perkataan yang saya coretkan. Singgahan kalian memberikan saya keuntungan dalam saham yang tak ternampak ini. Erm, agak jiwang namun saya tak pandai berpuitis. Sekadar mencoret untuk mengisi kesepian entri. Menjadi pembaca senyap seketika di samping internet yang tidak lancar beberapa hari lalu.
Sibuk?
Mana ada. Tiada istilah sibuk kalau bagi kita kalau kita masih belum menyampaikan dakwah di siang hari mahupun petang. Kita kan hamba. Kitakan khalifah di atas muka bumi ini? Lupa ke?
129. Kaum Musa berkata: "Kami telah ditindas (oleh Fir'aun) sebelum kamu datang kepada kami dan sesudah kamu datang[556]. Musa menjawab: "Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu dan menjadikan kamu khalifah di bumi(Nya), maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu[557] (surah Al A'raaf ayat 129)
Anda merasa tidak cukup ilmu di dada untuk disampaikan ye. Kalau nak tunggu cukup, alamatnya tak ada atas muka bumi ini orang yang akan berdakwah. Manusia sempurna hanya Nabi-nabi je.
Masalah yang timbul seperti tidak ada yang sudi dengar nasihat dan perkongsian anda ye. Cuba anda fikirkan, kalau ingin berada dalam jalan juang Allah, inilah ujian-ujianNya. Merasai ujian-ujian untuk mengetahui betapa nikmatnya perjuangan ini. 'Think positive'. Mungkin orang-orang yang tidak suka itu jenisnya penganalisa, mungkin dia suka tahu terlebih dahulu apa qudwah yang anda bawakan sebab itulah dia tidak terima bulat-bulat. Jadi peranan kita adalah sebagai pelatih. Sambil member tunjuk ajar sambil kita juga mempraktikkan juga member fasiliti kepada mereka. Memberi pinjaman buku dan juga menumpangkan kenderaan atau macam-macam lagi lah. Kreatif dan kognitif. Bijak dan berusaha progresi.
Saya tahu. Ini bukanlah kuliah agama daripada pakar dalam bidang fiqh, sirah dan tauhid. Namun ini jalan juang yang memperkenalkan kepada kita siapa dia pakar dalam bidang fiqh, sirah dan tauhid.
Tanpa komitmen, akal senipis kulit bawang akan koyak!
No comments:
Post a Comment