Korupsi dalam PPSMI. Bagi saya?
1. Menguntungkan hanya kepada golongan professional, anak-anak mereka dan sewaktu dengannya.
2. Merugikan duit negara dengan memberikan elaun kepada guru PPSMI sedangkan guru susah payah melakukan pengajaran dan pembelajaran sedangkan hasilnya tidak seberapa.
3. Memperluaskan peluang bahasa Malaysia dirojakkan dengan bahasa asing.
4. Menyusahkan pelajar yang lemah bahasa Inggeris dalam memahami walaupun sepatah perkataan.
5. Kurang menggalakkan pelajar supaya mengikhlaskan niat/menghayati/mendalami dalam mempelajari Sains & Matematik.
6. Guru dan pelajar terus menerus menjadi hipokrit. Kononnya PPSMI ini adalah hebat, tetapi sebenarnya ia membataskan lagi pelajar daripada menjadi pelajar yang inovasi dan kreatif.
7. Dan lain-lain.
Dan yang paling saya kecewa dengan Menteri Pendidikan, Hisyamuddin Tun Hussein On adalah kenapa dia tidak menerima pandangan golongan professional prihatin yang terdiri daripada A. Samad Said dan ramai lagi mengenai bantahan PPSMI ini?
Siapa lebih patut kita dengar kata mereka? Oleh itu turunlah seramai mungkin:
Sabtu, 7 Mac 2oo9
Perhimpunan di Masjid Negara jam 2 petang, dan dua lokasi lagi Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo.
PPSMI (GMP) Hasni Abas memberitahu akan ada perarakan ke Istana Negara seperti (http://www.malaysiakini.com/news/99619)
Bagi menyokong dan sekaligus merobohkan keangkuhan penerusan PPSMI dalam sistem pendidikan negara Malaysia untuk hari esok. Tekan saya, cukup- cukuplah Malaysia dipenuhi dengan produk-produk sistem pendidikan Malaysia hari ini yang lebih banyak melahirkan belia yang kurang bermodal insan. Lemah bahasa Inggeris bukan kerana kurang digunakan dalam pengajaran, tetapi kerana system pendidikan itu yang tidak menerapkan penghayatan dalam ilmu dan khususnya Bahasa Inggeris.
Kenapa PAS? Kenapa PKR?
Kerana mereka pun rakyat Malaysia juga.
Ini bukan kerana kepentingan parti.
“Saya antara yang terlibat secara langsung dalam isu Anti-PPSMI di bawah kemudi Lajnah Pendidikan Pas Pusat ini ingin membuat pengakuan bahawa dasar ini ditentang adalah kerana ianya berkait dengan nasib perkembangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.” (http://alwatary.blogspot.com/)
Islam adalah syumul dan menyeluruh. Pandangannya mestilah memanah ke seluruh pelusuk entiti dalam kehidupan. Namun, hanya kerana ‘pernah’ dilabelkan politik itu ‘busuk’. Usaha yang ‘common sense’ begini juga dianggap dipolitikkan. Lantakla nak kata apa, asalkan Allah tahu mana niat kita. Niat ada dalam hati. Siapa tahu dan siapa nampak? Yang penting kita bukanlah penghukum. Jangan perasan!
1 comment:
saya setuju kak dib, jangan kerana tak pandai menilai , akhirnya memutarbelutkan fakta...
Post a Comment