Ini bukan masalah. Ini adalah ujian buat hamba Allah yang selayaknya yang bila-bila masa akan diuji. Ini ujian yang biasa bagi orang lain. Tapi bagi saya ia adalah ujian yang berbeza daripada biasa. Saya fikir ia boleh berlalu dengan masa. Namun kali ini saya perlu hadapinya dengan hati yang terbuka. Ya.. saya perlu hadapinya dengan iman. Saya kadang-kadang tidak faham. Malah sampai hari ini dan saat ini saya masih tidak faham.
Terkadang saya rasa sangat bersalah. Akan menyinggung hati manusia yang lain. Ia bukan kerana ibu dan ayah. Ia juga bukan kerana tindakan seseorang.
Saya fikir dengan lari daripada masalah membuatkan saya bisa temui kesudahan. Namun ia tetap berpanjangan sehingga hari ini. 2 bulan saya merantau. Takut jika balik. Kini saya dah balik. Dan ujian ini masih ada. Terus menghambat jika saya terus lari. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mempertimbangkan dan memberi kata akhir. Bagaikan cahaya aurora yang bakal memberikan kesaksian bahaya kejadian ciptaan Allah adalah sangat ajaib.
Subhanallah… tak terkata kenapa dan mengapa kerana ia bukan pilihan berdasarkan logik akal dan unsur –unsur duniawi.
Dulu saya pernah berhenti menulis dalam blog kerana ujian begini. Sekarang saya seharusnya berfikiran matang. Mungkin apa yang berlaku dulu sebagai bekalan untuk hari-hari sukar begini. Sukar memilih antara dua. Nak atau tak nak. Ketentuannya sudah tercatat. Cuma saya perlu mencari dengan mata hati, keimanan dan ketaqwaan. Moga dipermudahkan walaupun bekalan Iman yang dimiliki sekelumit aje dan moga tak terhijab kerana dosa-dosa lalu. Wallahua’lam mampu atau sebaliknya mendapat kata akhir dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment