Sunday, August 2, 2009

ISA itu apa?


Secara faktanya, ISA telah dirangka oleh R.H Hickling dan mula berkuatkuasa di Malaysia Barat pada 1 Ogos 1960.

Terdapat ramai negarawan yang dikenakan ISA sejak penguatkuasaannya pada 1960 lalu.

Antaranya bekas Presiden Pas Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan terbaru, pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin serta Exco Selangor Teresa Kok

“Kami menyokong ISA dimansuhkan bukan berdasarkan emosi semata-semata tetapi berdasarkan hujah akedemik yang berlandaskan kebebasan mengeluarkan pendapat sepertimana peruntukkan Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan kita”, ujar Hishamuddin.

“Antara hujah yang boleh dikemukakan kenapa ISA perlu dimansuhkan ialah daripada faktor kuasa kehakiman yang perlu diberikan semula kepada hakim dan bukannya Menteri Dalam Negeri seperti yang dapat dilihat dalam peruntukkan Seksyen 8(1) ISA itu sendiri.”

“Juga tahanan tanpa bicara yang jelas bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan.

Antara peruntukan ISA yang didakwa mencabuli hak asasi individu ialah Seksyen 8 ISA 1960 yang membolehkan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun, tanpa melalui proses perbicaraan, terhadap mana-mana individu bagi tujuan mencegahnya daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.

Seksyen 73 pula telah memberikan polis kuasa yang luas untuk membuat penangkapan dan melakukan siasatan selama 60 hari berturut-turut terhadap individu yang dipercayai boleh atau telah memudaratkan keselamatan negara.

“kita sepatutnya memberi peluang kepada setiap warganegara hak sama rata di sisi undang-undang serta hak untuk akses kepada peguam dalam masa 24 jam”, ujarnya yang juga merupakan aktivis mahasiswa.

Tambahnya lagi, penyeksaan dalam tahanan ISA seperti perbuatan memukul, penanggalan pakaian, soal siasat selama 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka dan pelbagai lagi kezaliman lain adalah satu prosedur penyiasatan yang tidak boleh diterima oleh akal dalam dunia yang terbuka pada hari ini.

“Mahasiswa amat tersentuh dengan kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara.”

“Kes anak tahanan ISA yang tidak sempat melihat ayahnya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan kisah-kisah ini tidak pernah menjadi pedoman kepada ahli Parlimen untuk menghapuskan undang-undang rimba ini”, ujarnya.

sumber:http://mahasiswakini.com/archives/4138