Dalam buku Social Psychology karangan Robert A Baron dinyatakan : empati adalah kemampuan seseorang untuk bereaksi terhadap emosi negatif atau positif orang lain seolah-olah emosi itu dialami sendiri
Namun malam ini saya cuba membuka satu ruang yang kurang dalam diri saya iaitu ‘Sensation & Perception’. (Sensation is the process by which our senses gather information and send it to the brain. While As mentioned in the introduction, perception refers to interpretation of what we take in through our senses, http://allpsych.com/). Dah lama dah saya sedar kekurangan saya ini. Namun…
Sikap sambil lewa dan tidak bersungguh.
Kenapa sebenarnya saya kurang menghayati nikmat yang Allah sudah kurniakan pada setiap makhluk ini? Ya, Allah Maha Adil. Saya tercari-cari sesuatu yang dapat memecahkan ais yang membekukan hati saya ini. Menghangatkan iman saya agar dapat melahirkan rasa kasihan yang terhadap segala yang berlaku di depan mata, di dunia hari ini malah masalah ummah khasnya.
Apa sebenarnya tujuannya ini?
Saya merasakan hati saya tidak hidup. Mungkin saya terlalu banyak ketawa. Mungkin saya selalu bergurau. Saya kurang tarbawi. Sikap seorang pejuang agama, daie’ adalah serius. Pekerjaan Islam adalah kerja yang bukan main-main.
Persekitaran saya adalah sangat selesa
Saya tidak mengalami tekanan. Tiada siapa yang menyusahkan hidup saya. Malah saya tidak suka memikirkan perkara-perkara yang menyusahkan. Saya ingin aman. Aman dalam erti kata tidak ada orang boleh ganggu kehendak saya.
Hati saya ingin hidup.
Hati saya sekarang dalam keadaan koma. Ia sedang menunggu saat kematian. Ia hanya dibantu oleh perkakasan mesin. Ia tidak dapat membuka matanya. Dia memahami apa yang orang perkatakan, namun dia tidak mampu meminta untuk orang membantunya. Kasihan hati saya. Ia sedang meronta-ronta, tetapi apa yang saya buat ketika hati saya sedang terseksa? Saya tidak menyuapnya dengan makanan.. Makanan daripada Allah yang telah disampaikan Rasul s.a.w. Saya tidak suapkan ia dengan makanan ketaqwaan. Saya tidak kuatkannya… Apa yang dapat saya rasa bila saudara saya mengalami ini kalau hati saya mati?..apa?..
Namaku Fathi, dan aku adalah anak Palestin. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku. Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur untukku. Tetapi jangan kata aku bahagia, hakikatnya hatiku sering tercalar dengannya.
Aku membesar tanpa keluarga. Ayah dan ibuku telah terkorban apabila Israel merampas rumah kami. Masih jelas pada tubir mataku, bagaimana ayahku ditembak dengan kejam, dan ibuku dirogol tanpa belas kasihan, bahkan, mereka dengan buas telah mengoyakkan perut ibuku yang ketika itu sedang mengandung, mengeluarkan adikku yang ada di dalam rahim, lalu menembak adikku yang tak berdosa itu berkali-kali. Mujur sahaja pejuang Hamas tiba ketika itu, jika tidak, pasti aku tidak akan ada di sini, bercerita kepada kamu.
Bersambung.....
Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW ada bersabda,
“ Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”
3 comments:
dibah...salam
saya nak tanya ni..mcm mana blog dibah ni ada 3 kolum? saya dua jer
hazim ni pelik bin ajaib la. Dah la lama tak nampak. Pastu komen yg tak berkaitan pulak.
Kolum 3 anda boleh dapatkan dari search google shj. Anda cuba tulis 'download 3 column blogspot template'. Pilih yang mana berkenan. Pastikan ia untuk blogspot atau wordpress. Then get html code, copy that and paste into ur blog html template.
Good luck!!
hazim ni pelik bin ajaib??hahaha..
terima kasih.
Post a Comment