Sunday, February 22, 2009

Seminar Dinar Emas

Menyertai seminar ini seperti membuka mata ketika mamai. Masih kekaburan fungsinya tetapi sudah sedar kenapa kita perlu tahu mengenai dinar emas dan dirham. Apa yang dibentangkan di dalam seminar ini ialah

1. Kesan krisis ekonomi dunia oleh Prof Dr ahmad Kameel Mydin meera
2. Sejarah kehilangan Dinar emas dan kemunculan Amero Dajjal oleh Nik Mahani.
3. Penerangan pelopor dinar emas Dr Omar
4. Penggunaan dinar emas dalam kehidupan kini dan masa hadapan oleh YB Husam musa.

Apa yang saya dapat dari seminar ini?

Beg, pen, kertas kerja… Hehe.. Bukan-bukan aje. Saya tahu selepas ini saya merancang nak beli dinar emas (Kalau saya ada duit la). Saya akan jadikan aset dalam bank saya. Saya akan simpan buat hantaran mas kahwin( Kalau saya elaki la). Saya akan beli ayam di pasar Siti Khadijah seekor kerana harga satu dirham ialah RM16 sekeping. Saya juga akan simpan lagi dan lagi sehingga suatu masa saya akan menggunakan dinar ini bila saya betul-betul faham apa sebenarnya harga dan nilai dinar emas.

Kenapa tak nak guna duit kertas hari ini?

Kerana sekeping duit RM1.00 itu sudah cukup menyuap 9/10 riba ke mulut kita. Yang kita guna pada hari ini cukuplah kerana kita dalam keadaan daurah. Keadaan terpaksa. Sudah tiba masanya kita mencelikkan mata dan membuka minda untuk kembalikan matawang kita kepada dinar emas. Ya, panduan matawang kita sepatutnya berpandukan dinar emas. Sepatutnya bukan berpandukan nilai matawang US Dolar. Jatuh US Dolar, jatuhlah RM Malaysia. Jatuh emas, tunduklah kita, buat apa? Kutip balik la.

membuka mata ketika mamai= membuka mata selepas sedar dari lena kerana sememangnya saya dilahirkan ke dunia dalam timbunan duit kertas yang lansung tiada nilainya.

Detail for information: http://www.publicdinar.com

No comments: