Thursday, February 12, 2009

Pembetulan Iklan Jumble Sale

Minta maaf banyak-banyak pada sesiapa yang sudah mengetahui tentang iklan saya mengenai stokis Permata Hijrah akan mengadakan jualan di Lapangan Tempat letak kereta Fakulti Pendidikan esok 13 Februari.

Maaf kerana jualan seperti yang diwar-warkan terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Yang ada cuma edaran 'flyers' mengenai 'ALKALINE THERAPY' sahaja
.

Kenapa dibatalkan?

Terpaksa dibatalkan kerana kehabisan stok. Stok yang dipesan daripada abang saya di Pekan Pahang juga kehabisan sejak minggu lepas lagi. Saya pun dah takut nak telefon abang sejak minggu lepas. Semua saya serah pada adik untuk berurusan. Kenapa? Sebab masalah saya bukan masalah saya sorang. Berpuluh lagi stokis lain yang menelefon abang. Dah pening dah dia. Kesian. Sampai ada stokis lain yang memaki abang sebab katanya “Macam mana nak menjual ni kalau barang pun tak ada?”.

Itulah. Barang ‘killer’ Permata Hijrah sekarang sedang kehabisan stok kerana seluruh Malaysia sedang menekan untuk mendapatkan barangannya. ‘Ubat menjadi’ ini tak putus-putus menjadi permintaan ramai.

Walaupun pada hari ini stok hampir kehabisan, insyaAllah barangan akan cuba didapatkan dengan segera. Jangan putus asa!

Buat penduduk di Selangor, jemputlah datang beramai-ramai memeriahkan lagi Malam Sinar Maulidur Rasul bersama artis seperti Rabbani, Dato' Siti Nurhaliza & Mawi bertempat Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 Februari 2009. Dan berita yang lebih menggembirakan lagi ialah dua orang tabib terkenal Permata Hijrah Ustz Ali dan Ustz Zul akan turun padang!


Datanglah beramai-ramai untuk dapatkan RAWATAN MATA SECARA PERCUMA


Anda juga boleh layari www.permatahijrah.net dan juga mendengar IKIM setiap 5.15 ptg pada hari Jumaat untuk mendengar penjelasan mengenai produk ini.

No comments: