




"Jika ketenangan yang dicari, ALLAH akan terus uji hati kita, hingga pada satu masa, kita akan rasa indahnya TAWAKAL padanyaNYA & itulah nikmat keTENANGAN dalam jagaanNya "
Jadi guru senang ke?
Senang…. Iya lah tu. Pikir lah 2 kali. Kita berhadapan dengan benda hidup. Benda yang boleh berfikir. Kalau pemalas jgn nak mimpi nak jadi cikgu lah. Setiap hari selalu fikir macam mana fikir macam mana nak bagi anak-anak murid faham. Nak menyelami perasaan diorang. Nak jadi seperti diorang nak fikir seperti mereka. Mereka belum dewasa lagi. Jadi guru tak boleh lempar batu sembunyi tangana tau. Berdosa.
Setiap manusia akan dipersoal setiap kata dan amanahnya di hari pembalasan. (Mafhum Ayat)
Pelajar bermasalah.
Mereka juga manusia. Bagaimana nak bantu mereka? Atau nak mereka hidup dipenuhi syak oleh kita. Saya selalu mengimpikan dapat menjadi sehebat GTO dan cikgu yang digambarkan dalam cerita-cerita Jepun. Sayang pada anak-anak muridnya. Kalau fikir nak g sekolah dan balik sekolah saja, tak perlu lah. Tak perlu berlakon diri adalah lebih hebat daripada murid. Malah lebih teruk.
Penat dan stress tambah malu… ini sahaja pengalaman saya selama saya hampir 3 minggu menjalankan praktikal. Ada cerita disebalik hati seorang bakal guru dan murid ini. Ingin saya senaraikan semua guru-guru ku sejak di bangku tadika lagi. Mereka tertanam dalam memoriku. Mereka tauladan buatku untuk terus tekad menjadi guru.
Semoga Allah merahmati semua guru-guruku sehingga ke akhirat kelak. Aku sayang kamu….guru-guruku. Termasuk kedua ibu bapaku yang juga guru… SELAMAT HARI GURU!
Rendang berteduh di pohon jati
Menusuri indah nikmat berkelana
Mencari cinta di sudut hati
Sudilah kiranya berkongsi cerita
Indah sungguh bunga kemboja
Buat sisipan sanggul ibunda
Membuka bicara membuka cerita
Kisah cinta atau kisah duka
Laluan ke penang melalui pongsi
Singgah sebentar di Kuala Muda
Lama sudah ingin berkongsi
Izinkan hamba jiwang bicara
Berpantun sudah berkias sudah
Bil masanya ingin bercerita?
Wah Cikgu Adibah berpantun la. Banyak ilmu kami pelajari ketika di sekolah putrajaya 3 ni. Tambah-tambah lagi saya dapat pasangan praktikal yang sporting. So sonok sangat.
Dari minggu pertama lagi saya dan Hani dah masuk ke kelas tuk mencuba nasib kami. For the class, I get very long 'love letter'. The second class I get short 'love letter' and then the third class for today. No more. Waaaaaaaaaa. Mentor saya dah tak suka saya…. Tuk kelas ke tiga saya hari ni hancur… Kenapa ye?
Dari mana pulak saya belajar jiwang-jiwang ni? Dari hani? Eh betul ke?
Belajar mengenai gambar? Take picture as a ameteur job? Who invite us to join photoghrafer club? Who Sir Faiz?
Want to know what is the love and love letters's about? Very benefits to us. I just want to share. But not tonight. Not tomorrow, but tomorrow never die…. See ya!
Assalamualaikum warahmatuhhiwabarakatuh……..
Ini surat cinta dariku untukmu semua!
Dah dua minggu cinta saya tertahan-tahan untuk diluahkan. Bersahabat dengan dinding dan bertemankan bantal di katil amatlah menyiksakan jiwa dan hati. Rasa ingin menjerit saya rindu kamu semuaaaaaaaaaaaaa! Rindu sangat!
Sebelum melangkah keluar daripada UM lagi saya dah merasa sebak. Sebak yang ditahan-tahan. Melihat satu persatu bangunan di UM bagaikan itulah kali terakhir saya melihat bangunan itu. Ingin saya peluk tiang pintu gerbang rasanya waktu adik Yun menghantar saya ke stesen universiti malam itu.
Terima kasih semua yang banyak melahirkan rasa cinta pada saya semenjak dari hari pertama menjejakkan kaki ke UM. Ingin saja saya sebutkan satu persatu sahabat-sahabat semua. Namun apa daya. Ini hanyalah tulisan yang mungkin hipokrit jika dibaca. Tapi percayalah sahabat-sahabat, dari lubuk hatiku, dari tulus sayangku. Kalian memberiku hikmah. Nikmat hikmah yang tak ternilai, malah hanya saya mampu berkongsi dengan Tuhan sahaja tentang anda semua. Betapa anda semua saya sayang kerana menjadi guru dalam hidupku.
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih adik2 usrah yang kak dib sayang. Maaf tak sempat jumpa awak sebelum balik…. Maaf syahida, Samrini, Akma. Kak sayang awak.
Syakila, maaf terabaikan kebajikan awak… Kasihan awak, kak dib tak nak menyusahkan awak untuk menangis bila kak telefon awak hari abang awak meninggal. Kak sayang awak.
Hidayah, ayuni, iffah, maryam, saiedah, hanis dan hud. Kak sayang awak semua. Rasa di hati amat bersalah terhadap kamu semua… Tak banyak yang kak bantu. Tak banyak. Yang banyaknya kak selalu macam marah-marah kan? Itu bukan yang kak nak sebenarnya…yang kak nak ialah bergurau senda dengan awak semua.. tapi kalau tak serius, Islam susah nak bertapak di situ kan? Maaf kerana segala-galanya…. Kak tak pandai meluahkan rasa cinta… ia ada sebenarnya. Ada ni di hati kak… awak semua tak nampak kerana kak gagal luahkan.
Terima kasih dayah, tolong temankan beli jubah
Terima kasih ayuni, tolong hantarkan kak ke stesen U
Terima kasih Zulaikha kerana hadiahkan kak skaf hijau tu. Sangat berguna ika, sangat! Setiap hari kak pakai tau. Dah jadi pakaian wajib kak ke sekolah. Tudung kak nampak kemas dan selesa dipakai! Seronok sangat awak hadiahkan skaf tu. Please send my reard to your mom k!
Terima kasih sahabat2 sepanjang final exam! Terima kasih membantu untuk paper terakhir dalam hidupku di UM. Seronok belajar bersama kalian.
Untuk Roomate yang tersayang, Hamiza! Sayang kamu! Rindu kat Atie, rindu kat syahidah! Rindu kat Dilla, shai, Yani, Zila dan semua yang kak kenal kat kolej 8! Seronok bersahabat dengan kalian di tahun terakhir belajar di UM! Miza, take care yeah. Semangat belajar kamu menaikkan semangat belajar kak. Minat suka membaca kamu Syahidah menaikkan semangat membaca kak!!! Maaf kerana banyak meninggalkan kalian semua kerana banyak berkejar untuk kepentingan Latihan Mengajar.
Terima kasih semua….. terima kasih Fit, kata saie kamu dah termakan kata2 kak tuk jadi ahli HPA. Haha. Terima kasih semua warga 4th . 4th tetap di hati dan sanubari. 4th sangat unik di hati. Sangat istimewadi hatiku. Sejuta kasih sayang yang saya semai di sana membuahkan hasil dengan berjuta-juta pulangan kasih sayang. Sayang sangat, dan saya rindu dengan penyelia-penyelia semua… Anda semua menghidupkan hati saya selama saya di kolej empat. Andalah yang membuatkan saya suka berfikir di luar kotak kerana sebab-sebab yang anda sendiri tahu kenapa. Terima kasih..
Saya sayang semua!
Maaf kerana selama ini saya gagal meluahkannya. Ego ideal. Nampak macam betul saja saya ni dingin kan? Sebenarnya dalam hati, saya memuji anda, saya menyayangi anda, saya menyukai anda, saya menyanjung anda, saya tersenyum melihat anda, I'm a secret admirer of you all selama ini! Malah semua orang pun tak terkecuali unless memang saya tak pernah nampak dan jumpa kamu.
Menuju ke daerah sepi
Saya sepi sangat sekarang. Saya perlu belajar untuk hidup di alam relialiti ini. Setiap hari melalui hidup seorang diri. Tanpa ada kawan dan sahabat. Menguatkan diri sendiri agar terus sabar. Agaknya beginilah hidup di alam kubur nanti. Malah lebih menakutkan. Daerah ini saya perlu hidupkan sendiri, tiada pesaing malah tiada musuh. Ada. Masih ada yang ada pemberi semangat dari kejauhan sana. Mami abah, adik beradik, sahabat-sahabat baik, kawan-kawan bakal cikgu dan senior-senior. Mereka ada. Tapi sampai bila? Sampai masa perpisahan dan pertemuan lambat laung tetap akan berlaku. Tetap akan saya hadapi seorang diri bertemankan hati yang dikuatkan iman oleh Allah. Itu sahaja sahabat saya.
Susah senang ini bukan susah senang kamu. Mungkin ini pepatah hidup mami.
Mami demam cikugunya dah seminggu. Tapi tak hebohkan pada anak-anak pun. Abah pun sama. Naluri anak tetap mengalir mami, kami dapat rasa itu. Lambat laung, anak-anak tetap dapat tahu jugak. cuma maaf sebab kami gagal dalam meluahkan rasa cinta ini pada mami dan abah.
Kal Nor pulak dah lahirkan baby baru, Syakih namanya. Tak cukup bulan. Alhamdulillah ibu dan anak selamat. Mak sedara –mak sedara tengah pikir macam mana nak ajar anak-anak sedara ni. Risau ni budak-budak zaman sekarang ni nak kene ajar apa.
Ajarlah anak-anakmu dengan pendidikan zaman mereka. (Umar Abdul Aziz)
Yang penting, setiap hari adalah usaha mempelajari sesuatu yang mendekatkan diri pada Allah. Itu yang penting. Bukan kerjasama saja. So, untuk kanak-kanak Islam ialah…Apa yang penting, kerjasama untuk mendekatkan diri pada Allah… Amin…
Next entri saya nak ceritakan pengalaman saya dan Nur Azhani ketika pratikal selama 1 minggu lebih di sekolah Putrajaya 3. Doakan kan kami ya.
Bukan yang terakhir, saya juga nak ucap sayang adikki, kekasih hati yang tersayang. Tq 4 ur effort to help me to buy this new CD writer and formating my laptop after I scolded you last week. Banyok adikqi tolong kak bah, tapi kak bah sokmo mengungkit dih. Sori….