Saturday, June 27, 2009

minta dijauhkan H1N1

Apabila baru-baru ini ibu terkena demam cikugunya, baru saya sedar setiap apa yang tersebar di akhbar hari ini bukanlah masalah orang tertentu sahaja. Mungkin suatu hari akan menjengah juga disekitar kita. Moga dijauhkan insyaAllah...

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Baca lagi: Klik di sini

H1N1 lagi


Noun 1. pandemic - an epidemic that is geographically widespread; occurring throughout a region or even throughout the world
epidemic - a widespread outbreak of an infectious disease; many people are infected at the same time

Adj. 1. pandemic - epidemic over a wide geographical area; "a pandemic outbreak of malaria"
epidemic - (especially of medicine) of disease or anything resembling a disease; attacking or affecting many individuals in a community or a population simultaneously; "an epidemic outbreak of influenza"

2. pandemic - existing everywhere; "pandemic fear of nuclear war"
general - applying to all or most members of a category or group; "the general public"; "general assistance"; "a general rule"; "in general terms"; "comprehensible to the general reader"

Monday, June 22, 2009

Selamat hari bapa!!


Selamat hari bapa untuk semua bapa-bapa seluruh dunia. Kepada semua yang bergelar bapa, bertuahlah anda kerana anda merupakan penyelamat-penyelamat kaum wanita. Menyelamatkan anak perempuan, isteri dan juga adik perempuan daripada dijilat api neraka. Namun, jika amanah tidak menjalankan dengan baik, balasan setimpal akan ditentukan.

Rezki dan jodoh itu ditangan Tuhan. Kalau anda merupakan broken family, anak-anak tetap tidak boleh diabaikan. Mereka punya hati dan perasaan. Anak-anak hanya perlukan PERHATIAN. Cukuplah sekadar itu jika selebihnya anda tidak berikan.

Sejak daripada kecik lagi saya dah rapat dengan abah. Abah selalu jadi pemujuk sebab selalu anak dia ni menangis manja. Selalu kena usik ngan kakak dan adik beradik lain sebab terlalu manja dengan abah. Masa kecik-kecik dulu selalu menangis bukan apa, sebab selalu mimpi buruk dan selalu merasa dunia penuh perkara-perkara mengerikan. Saya masih ingat lagi selepas asar ketika nak maghrib, ketika hujan, bunyi katak dan cengkerik membuatkan saya melungu kehairanan. Kenapa ada suasana begini?

Seorang bapa merupakan pelindung kepada anak-anak mereka. Menyayangi mereka sebagai menyokong untuk mereka terus hidup di dunia. Memberi kekuatan kepada anak-anak dan isteri menghadapi hari dengan tenang dan tahan tekanan. Sangat rindukan saat bersama abah!

Saat mengulangkaji pelajaran, abah selalu membantu. Ingat lagi abah tolong lukiskan pokok keladi bunting. Cantik sangat. Ketika tu darjah 3 atau empat tidak silap. Lukisan yang cepat dan ringkas. Tapi, abah juga selalu menjadi mangsa anak yang tak bertanggungjawab ni. Selalu marah-marah dan selalu merajuk. Kalau nak lepaskan tekanan, selalu abah yang jadi pendengar. Mami pun selalu.

Ingat lagi ketika darjah empat atau lima, nak cepat-cepat ke sekolah. Tak jumpa stokin, pastu saya mengamuk dan marah-marah. Abah tanya dengan elok, tapi saya ke dapur dan nak ambil sudu untuk sarapan. Zup!! Tangan yang tak punya hidung pulak jadi mangsa. Mata pisau disinggah jari saya. Hikmahnya, tenang bapa sebenarnya mengajar kita bersifat tenang. Tenang mereka ingin menyelesaikan masalah.

Selangkah saya ke sekolah menengah arab, banyak lagi jasa abah. Mengajar saya belajar dengan ikhlas. Walaupun pada awalnya saya tidak suka ke sekolah yang saya sekolah waktu itu. Seterusnya abah melatih saya menjadi guru, seawal usia 14 tahun atau 15 tahun. Terima kasih abah.

Dan paling tak lupa ketika berumur 15 tahun. Ketika mengalami tekanan yang sangat dasyat. Itulah kali terakhir menangis tersedu sedan. Jam 11 malam. Menangis sebab tak membaca dan menghafal lansung untuk peperiksaan percubaan PMRU sedangkan esok lah examnya. Menangis dan menangis serasa sehingga merasa macam tak waras. Abah ketuk pintu dan saya buka. Saya kembali menekup muka ke bantal dan menangis. Abah datang dan tanya,

“Bah, kenapa?” “ Ingat kat Allah. Kenapa ni?”.
“Ore tak hafal lansung tuk exam esok.”

Abah gosok-gosok belakang belikat sambil selawat. Terkumat-kamit selawat.

“ Dah la menangis…pergi amik wudhu’. Pastu hafal tuk exam.”

Saya berhenti menangis dan ikut apa yang abah cakap. Merasa diri diberi pertolongan yang sangat menyejukkan hati di tika kusut dan dalam kesesatan. Maha Agong Allah memberikan pertolongan melalui seorang ayah yang mengambil berat. Memberikan panduan kepada kami anak beranak menyelami agama Islam setiap langkah dalam hidup.

Mulai daripada malam tersebut sehingga hari- hari seterusnya, abah temankan saya menghafal sehingga 2- 3 pagi setiap hari. Alhamdulillah percubaan PMRU saya cemerlang, malah peperiksaan sebenar juga cemerlang.

*PMRU adalah peperiksaan yang hampir 100% perlu hafalan dalam bahasa arab.

Terima kasih abah!!!
Semoga abah dan my mom dapat hadiri konvokesyen 13 Ogos ini. Dan juga semoga dipanjangkan umur untuk mewalikan daku nanti.

Friday, June 12, 2009

cinta (4)

Posting kali ni nak suka-suka jer. Fistly, nak kongsi rasa gembira sahabat-sahabat yang dah bertunang yang setakat saya tahu antaranya Suraya, Shahirah Hanim, Aminah Suhaimi dan Hasanizal. Yang tak tahu rasanya boleh sampai 10 orang kot.

Alhamdulillah sebelah kaki sudah melangkah ke arah melengkapi separuh daripada agama. Nabi SAW berpesan bahawa perkahwinan itu adalah pelengkap separuh daripada agama. Apabila berkahwin, anda telah mendapat separuh daripada iman - yang mana ..

Terutamanya specialy to my lovely sister Salma & Mohd Makram Adli pada 6.06.09 lalu. Tepat juga tarikh ulang tahun perkahwinan ke 4 abe dan Kak nor. Abe tak ingat pun…cian kak nor. Biase ler. Tau kawin jer laki die. Kak A & Abe Tam sebelum tu lagi, 3.06.06 tarikh ulangtahun ke 3. Tahniah la belako. Cik Bah jer yang takder lagi…. Hehe. Tak der dalam erti kata sebenar. Yang tak sebenar??? Heeee….

Cita-citanya nak kahwin cuti sekolah jugak. Kad nak buat seniri, baju kahwin nak wat seniri, hias2 dan make up pun nak wat seniri. Mampu ker? Huhu. That is the only way I impress because I like to do all things myself.

I’m quite happy to see many my fellow have their partner in this age. Tumpang gembira jugak. Suraya cakap,

“ Dibah mesti datang rumah kite nanti sebab dari dulu lagi asyik duk tanya.” Haha aku yang penyibuk. Memang…

Sememangnya patut fikir pasal ni. Dah tue dah. But talk is not easy to work as easy as talk. Tambah-tambah cita-cita masih menggunung ke langit dan diri masih tak sedia secara mental dan ongkosnya. Huhu.

Kalau dah cop lama-lama bahaya. Banyak risikonya. Yang pasti jangan bias. Bila Allah dah “Kun fayakun”.. Alhamdulillah… Licin dan mudah bila semuanya kerana Allah. Ringkas dan mudah. Tak payah susahkan fikir-fikir benda yang tak sudah-sudah

Ini yang saya jumpa dalam satu soal jawab agama:
PERTAMA, memohon gerak dan petunjuk terus daripada Allah SWT. Caranya ialah dengan melakukan solat ISTIKHARAH. Anda sendiri mungkin sedia maklum tentang pelaksanaan istiharah ini.



Sebagai ulangkaji, di sini dikongsikan salah satu antara praktik solat istikharah yang MUDAH LAGI RINGKAS yang dilakukan oleh alim ulama. Solat sunat dua rakaat pada malam hari. Selepas solat doakan apa yang dihajati, contohnya memohon petunjuk. Kemudian tidur dengan wudhuk dan banyakkan zikir sehingga terlena. Insyaallah dalam tidur itu akan diberi sesuatu alamat oleh Allah SWT. Melalui alamat itu nanti, tahulah kita sampai ataupun belum jodoh kita itu.



Jika masih tiada apa-apa alamat, usahakan sehingga tiga malam. Jika tiada juga, bolehlah diambil mana-mana langkah mengikut pertimbangan sendiri, sama ada mahu berkahwin ataupun menangguhkannya.



Begitulah antara cara yang mudah lagi ringkas, tetapi memang berkesan. Ada pelbagai lagi kaedah istikharah yang boleh kita mnta panduan daripada orang-orang alim.



Kaedah KEDUA, menggunakan akal fikiran yang Allah bekalkan kepada kita. Caranya:



1. Buat pertimbangan sendiri. Fikirkan pro dan kontranya dari banyak sudut. Kita sendiri lebih tahu situasi kita berbanding orang lain.



2. Minta pandangan orang tua-tua, orang-orang soleh, sahabat handai dan lain-lain.



3. Berbincang dengan teman kita itu jika berpeluang dan mestilah aman daripada fitnah. Sambil mencari jalan, sambil membaca peribadinya.



Gabungan ketiga-tiga cara ini insyaallah akan menghasilkan satu kesimpulan dalam diri kita, sama ada jodoh kita sudah sampai ataupun belum.



Berjaya ataupun tidak sesuatu urusan itu, tidak ada siapa pun yang tahu. Tidak ada yang mampu memberi jawapan. Kita manusia yang serba lemah hanya mampu merancang dan menjalankan. Hasilnya tetap berada di tangan Allah. Yang penting, kita jangan mengabaikan IKHTIAR. Kedua-dua kaedah yang dijelaskan di atas tadi termasuk ke dalam ikhtiar. Allah suka orang yang berikhtiar. Apabila kita berikhtiar bersungguh-sungguh, pasti Allah memberikan yang terbaik buat kita. Apa yang saudari sedang usahakan kini sebenarnya termasuk dalam ikhtiar.

Subhanallah..percaturan kita masih belum selesai. Segala Allahlah yang dicintai.