Friday, July 22, 2011

Layan...

Apa nak dibuat jika suami outstation. Mencari idea terbaik menghilangkan panjangnya hari ini dan lambatnya masa berlalu. Jika difikirkan tabahnya si suami mengorbankan masanya untuk mencari rezki sanggup berjauhan kalau bukan seminggu, dua minggu. Setakat ni saya sedang belajar-belajar untuk lebih lama lagi. Kalau dulu ada bby peneman setia. tapi kini kembali solo. InsyaAllah ada hikmahnya. Yang penting, Allah menjanjikan saham untuk akhirat. Sesiapa yang sabar akan diberikan berita gembira kelak. Aminnn

Setiap pagi bangun bersihkan rumah. Siapkan makanan tuk diri sendirik.pastu jemur baju then buat itu then buat ini. yang penting kalau sepahkan rumah tak da juru audit akan tgk. Cuma selalu tak wat satu bende. persediaan tuk mengajar tak dibuat. argh bila nak berubah jadi guru cemerlang ni Cik bibah comel? balik nanti masak la cikit kalau lapar. kalau rajin sangat makan jer apa yg ada. tapi tak la penah tdo tanpa ada isi dlm perut. Tak leh tido la kalau gitu. ngadap tenet je la malam2. Kalau ada mesin jahit sempat la gedek2 kejap ngan mesin jahitku. Tapi sejak bagi pinjam kat adek lum g amek lagi ni. Bila la nak pi amek. Shah Alam tu jauh. Bagi saya la

Suami selalu pesan. Bila dia tak ada kat rumah bergantung haraplah pada Allah. Nak minta apa2 mesti minta dengan Allah. Cuba la habiskan buku-buku yang ada kat rumah tu. Jauh dia beli. India nu. Alahai bila la nak sedar ni. Buku tu rasanya 2 tahun baru habis kot. Malasnyer baca buku. Masturat dari rawang ada pesan dan nasihat, bila duk berseorangan di rumah bergantung haraplah pada Allah. Belajar rasa diri tu susah nak wat itu dan ini nak beli bahan2 tuk makan susah. Tapi kalau kita doa dan harap pertolongan dari Allah insyaAllah pertolongan tu datang. Tapi macam mana la yer... banyak lagi saya tak improve ni.

Masa ni la nak belajar masak, masa ini la nak improve diri. Masa ni la nak pakai bedak sejuk. Nak bagi awet muda. Banyak benda boleh dibuat kalau suami tak ada di rumah. Bleh lepak2 jer bila balik keje. tak terus wat keje. Masak pun masak biasa2 jer. Pakai pun pakai selekeh. Hehe. Nak wat apa boleh jer. Da Tv tak de. Bleh la baring2 tak da yang kacau. Hehe kesian abang, nak tarbiah isteri.. tak disiplin plak isteri dia ni. Ok2 slow n steady k.

No comments: