Jam 4 ptg:
Alhamdulillah berita yang diterima dapat diserap ke dalam hati yang dalam. Saat melihat sendiri dengan mata dan didengar sendiri dengan telinga. Dalam hatiku terdetik... biarlah dia pergi... jika itu lebih baik untuknya... izinkan ibu meredhai pemergian mu anakku. walaupun ibu kuat semangat untukmu tapi kalau dah Allah kata bukan waktu ini... tak apa lah ada hikmahnya. Dalam hati ibu dan dalam naluri ibu... kalau secermat mana pun ibu.. kalau berhati-hati mana pun ibu... kalau anakku sudah tercatat ajalnya.. dia tetap pergi... semua kesilapan ibu yg tak tersedari... itu semua asbab sebagai kebiasaan yang mesti ada di alam dunia.
Jam 4.30 pg:
Selepas berpesan pada suami agar redha dengan takdir.. dan suami juga meredhai... semua berjalan lancar.... mudah sahaja keluar. Mami telefon dan memberi semangat.
6 jul Jam 12 tghr:
Terima kasih buat suami kerana sanggup pulang dari jauh walaupun tuntutan kerja menekan. menemani ku untuk memcuci sebahagian yang belum keluar. Dalam hati terasa sangat kasihan pada suami. Dia diam dan aku tahu dia sedih. tapi alhamdulillah setelah dia bersuara katanya Allah nak kita lebih bersyukur. Dia jaga pakaianku, dia jaga perasaanku, dia jaga makan minumku. Dan yang penting pesannya, dia nak aku dari hatiku sendiri kuatkan semangat dan kuatkan iman.. supaya yang lahir dari rahim ku adalah soleh dan solehah.
7 jul Jam 3 ptg:
Aku sedar dari bius. Dalam samar-samar aku batuk dan dengar suara cik ma dan cik a. eh mok cik dua orang ni sibuknya. Sedar dari bius secara paksa sebabnya aku pun tak tau. Sedar-sedar je suami suapkan aku nasi.. aku puasa dari makan n minum sejak 12 malam semalam. lapar. Terima kasih abang. Abang penat n ditekan untuk ke tempat kerja tapi abang tenangkan hati untukku. Terima kasih mak kerana melahirkan seorang lelaki sehebat ini. Mak pun tak kurang hebat. selalu menasihati anak menantumu ini.
Syukur ramai yang sayang.... syukur aku mesti berazam baru kerana Allah sudah memberi pengajaran yang mesti aku fikirkan.
1 comment:
~kak dib, takziah ya..tidak ketahuan saya..moga terus tabah ya..insya Allah, Allah Maha Penyayang dan Mengetahui..
Post a Comment