Sunday, October 26, 2008

Kekasih saya sedang memerhatikan saya

Saya selalu merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan saya tidak kira apa yang saya buat. Ketika menaip, ketika memandu, ketika susah-susah seorang diri, ketika berjaya dan lain-lain lagi. Saya selalu merasakan seperti ada seseorang yang sedang bersimpati kepada saya ketika saya mengalami mehnah dan ujian yang sedang menguji kesabaran saya. Malah kalau saya tersilap cakap, kadang-kadang ada sahaja akan berlaku pada saya contohnya ada sampah yang terbang ke muka saya. Malah kalau saya mengantuk ketika sedang ‘kusyuk’ (khusyuk dalam kata lain sehingga tersenyum dalm tertutup mata) menumpukan perhatian kepada syarahan pensyarah jua selalu akan ada semacam tepukan ke bahu saya, ketukan ke kepala saya dan macam-macam lagi. Saya merasakan sentiasa pergerakan saya diperhatikan.

Serius saya bertanya, pernahkah sahabat-sahabat juga merasakan apa yang saya rasa atau saya yang perasan sendiri??? Sebenarnya saya merasa Dia benar-benar s

elalu memerhati kepada saya, menemani kesedihan saya, memberi simpati kepada saya malah menyintai saya dan sentisa menemani setiap langkah yang saya buat. Yang silapnya dan memang ada silapnya dan saya perlu mem

perbaiki apa yang saya fakir iaitu saya selalu fikir kekasih saya sedang memerhatikan saya, walhal saya belum ada kekasih hati. Sungguh saya menyesal bila berfikir begitu. Setelah saya berfikir sejenak, benarlah ada sesuatu yang memerhatikan kita dan sebenarnya itulah konsep ihsan.

Alhamdulillah saya menemui jawapannya. Sebenarnya kekasih yang benar-benar yang saya cari dan ingin kenali itu adalah Allah subhanahu wa taala. MasyaAllah sungguh besar kesalahan telahan selama ini. ‘I’m so regret it.’

Konsep Ihsan

Benarkah konsep ihsan sentiasa hadir dalam diri dan setiap orang. Adakah kita berjaya berjaya melawan diri daripada melakukan perkara yang dilarang olehNYa?

Saya tertarik dengan apa yang saya temui. Konsep ihsan galak buat kebajikan.

http://nurjeehan.hadithuna.com/konsep-ihsan-galak-berbuat-kebajikan/

Ihsan terbahagi kepada dua iaitu ihsan dalam ibadat dan ihsan dalam muamalat.

Ihsan dalam ibadat di mana dalam dalil: “Ihsan itu ialah hendaklah kamu menyembah Allah (SWT)seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak melihat-Nya sekalipun, maka sesungguhnya Allah (SWT)tetap melihat kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Manakala Ihsan dalam muamalat pula adalah kita merasakan setiap pekerjaan dan urusan kita seharian adalah mendapat ganjaran yang sangat bermakna dalam hidup kita. Ya, sebagai ‘hadiah’ berharga yang mungkin menjadikan kita tersenyum sendirian. Contohnya jika kita berjaya membuktikan kita boleh berjaya menghabiskan kerja yang diberikan kepada kita oleh program yang kita sertai contohnya sebagai Pengarah program Smart Solat. Usaha

yang kita lakukan secara bersungguh-sungguh sehingga tidak tidur berhari-hari dan bergegas ke sana sini. Biarlah orang masih berfikir bahawa kekurangan masih terserlah dalam program tersebut atau usaha yang telah dibuat oleh kita tidak dihargai macam mana pun. Tetapi jika dengan adanya konsep ihsan dalam muamalat kita, insyaAllah segala-gala yang kita hadapi akan menjadikan kita setenang-tenangnya kerana Allah sentiasa bersama kita. Menemani kita melayan rajuk kita, penat kita atau rasa puas kita, senyum kita. Indahnya.

Jadi usaha kita untuk mengalami kemanisan tersebut adalah deng

an rasa itqan dan ikhlas dalam diri kita. “Sesungguhnya Allah (SWT)mencintai jika seseorang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan dengan itqan (profesional dan terbaik).” (Hadis riwayat Baihaqi)

Dahulu ketika zaman saya menjadi AJK program-program,

saya telah mengalami banyak pengalaman. Dari seremeh-remeh perkara sehingga ke sebesar-besar perkara (Bagi diri saya). Kadang kala saya berfikir bertuahnya saya mengalami semua itu walaupun saya tahu banyak kesalahan sebenarnya yang telah saya lakukan contohnya saya telah dimarahi oleh seorang penceramah kerana telah tersalah alamat menghantar bayaran. Sangat menggelisahkan sebenarnya mengalaminya sehinggalah akhirnya ia dapat diselesaikan. Saya tak pernah menceritakan pada orang lain sebab

saya tahu itu kesalahan saya sendiri. Banyak lagi pengalaman-pengalaman lain yang saya alami dan sekarang saya hanya sekadar menjadi penasihat dan bukan penggerak lagi. Saya kurang bercerita dan itulah sebabnya saya kurang berjaya. Mungkin. Dan mungkin itu telahan saya sendiri sahaja. Dalam blog ini saya akan cuba menjadi seorang pengongsi yang sebaik mungkin untuk sahabat-sahabat dan mungkin untuk anak-anak saya nanti.

Akhir sekali, saya nak ajak seramai mungkin mahasiswa-mahasiwi Universiti Malaya tidak kira bangsa apa, tahun berapa, ambil pengkhususan apa, jom sertai Skuad Reader.

Rujuk papan notis perpustakaan utama.

InsyaAllah huluran bantuan anda yang sedikit dapat memberi impak maksimum dalam diri orang yang memerlukan bantuan anda. Jom sertai Skuad Reader untuk membantu golongan OKU di ‘library’ UM. Sungguh kasihan saya melihat mereka. Malah pernah saya bersembang dengan seorang senior yang merupakan pelajar Master. Beliau mengatakan bahawa orang yang berupaya hanya perlu belajar sekali sahaja untuk memahami sesuatu matapelajaran. Tetapi orang kurang upaya perlu mengambil 7 kali pengulangan untuk benar-benar memahami matapelajaran mereka. Sungguh kesian. Ya, mereka benar-benar berusaha. Malah saya pernah terdetik. Alangkah tabahnya mereka dan bertuahlah sesiapa yan dapat menjadi teman hidup mereka kerana mereka adalah golongan yang sangat berhati mulia dan tabah. InsyaAllah jumpa lagi… Sen(^_^)Yum selalu!!!

Kepada adik-adikku, jom jogging pagi-pagi sebelum exam ni. Sihatkan badan dan minda kita k. ‘All the best for your future.’ Kalau nak beli kopi radix, boleh pesan dengan akak ye.

Sekiranya ada teguran terhadap tulisan saya, tegurlah secara membina ya. Saya hargai setiap apa yang sahabat-sahabat tegur. Segala yang ditulis di sini hanyalah perkongsian dan sebagai muhasabah diri saya bagi menjadi seorang yang benar-benar berguna di sisi Kekasih saya Allah S.W.T. Jangan ‘jelous’ ya. Hehe


No comments: