"Jika ketenangan yang dicari, ALLAH akan terus uji hati kita, hingga pada satu masa, kita akan rasa indahnya TAWAKAL padanyaNYA & itulah nikmat keTENANGAN dalam jagaanNya "
Wednesday, October 8, 2008
Takut (- , -)
Hmmm.... Lepas je raya la ni... seram sejuk jer rasa.. macam2 rasa takut. Ada banyak sebab kenapa saya takut... 1. Takut PRK 2. Takut tak siapkan lagi asignment last tekno dalam pendidikan.. 3. Takut tak sampai sebulan lagi final exam 4. Takut tuk buat appointment dengan doktor. 5. Takut sebab dah lama tak stadi usrah. 6. dll (ntah apa lagi dah).
Terduduk saya tadi termenung akan masa yang berlalu begitu pantas. Saya teringat kata-kata ustaz bahawa hidup di akhirat kelak sehari bagaikan 400 hari di dunia. MasyaAllah.... bahagianya lama begitu... Tak sama macam sekarang.... Di ambang hari raya lepas, kami dikejutkan dengan tiga berita yang menyayatkan hati... pertama: kakak kepada sahabat kami Syeikh Umar telah dipanggil ke Rahmatullah sebelum sempat sampai ke rumah berhari raya. Kedua: Ibu kepada bakal calon umum Pro-M Saudari Fitrah telah meninggal dunia, tak silap disebabkan sakit. Dan yang ketiga, seorang pelajar tahun 3 Biokesihatan dengan pengajian Islam dari Pasir Mas, Kelantan (NurHazwani Zakaria) juga menyahut panggilan Illahi pada 4hb Oktober kerana kemalangan. Boleh lah saya simpulkan bahawa kematian- kematian tersebut terlalu hampir dengan saya.
Agak gerun juga saya sebenarnya. Bila menggambarkan keadaan di alam barzakh nanti. Apa sangat bekalan yang nak dibawa ke alam sana. Dengan solat yang lompong, hukum yang tempang, muamalat yang tak tersempurna dan macam-macam lagi. Pada hari raya keempat, saya, abah, mami, adik qi dan kak ma melawat kubur kat Banggol di KB, semasa bacaan talkin, saya cuba bayangkan keadaan seluruh jenazah yang ada dalam kubur tu jika dengan kuasa Allah terbuka hijab antara kita yang masih hidup ni. Alangkah menggerunkan jika yang menakutkan dan amat terharunya jika yang menggembirakan.
Ya Allah, pernah suatu ketika aku memohon padaMu agar tunjukkan apa yang boleh membantu aku masuk ke syurgaMu. Namun aku masih leka.
Pernah juga suatu ketika aku ingin membantu kedua ibu bapaku tuk bahagia di alam barzakh dengan menghafaz al-Quran, namun aku leka lagi.
Pernah dulu aku ingin benar-benar mengkhatamkan quran dengan memahami isinya, namun aku tak buat lagi.
Ya Allah, sempatkah aku ya Allah andai ajalku esok atau lusa?
Saya teringat lagi arwah nenekku Siti Mariam. Arwah tinggalkan kami ketika tiada siapa pun dari ahli keluarga kami di sisinya. Padahal arwah tinggal bersama kami di rumah kami. Abah, mami dan kakak ke Mekah, abang di Pahang, Kak ma di Johor, Syauqi di KL, Kak A di Serdang dan saya di UM. Alangkah kecewanya saya bila tak sempat mencium tangannya memohon maaf kerana selalu merasa terbeban dengan arwah. Cucu yang teruk sekali. Sampai sekarang 'mok' sentiasa di hati saya. Dulu tika hidupnya, arwah selalu menangis bila menziarahi kubur di pagi raya. Dan saya selalu berfikiran negatif. Kenapa mok selalu menangis? Ya Allah, aku bersyukur ya Allah, berkat dhuha yang selalu arwah kerjakan, berkat solat malam yang selalu arwah kerjakan( mungkin arwah selalu jalankan sebab arwah selalu bangun awal), berkat bacaan al-quran yang arwah selalu amalkan ketika sakitnya, arwah meninggal di bulan ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Mungkin akan bertemu lagi dengan arwah nenek di akhirat kelak. Semoga wajahnya nanti berseri-seri dan bahagia menanti jalan ke SyurgaMu ya Allah.
Al-fatihah juga buat arwah datukku yang meninggal di rumah kami. Juga pada arwah Hamidah Ciksu ku. Buat arwah sahabatku Faizah Bt Mohamad. Arwah Faris yang riang. Arwah Ustaz Zin yang meninggal dengan mudah, arwah Kak syafa ( pelajar UM yang meninggal kerana kemalangan di Pantai Dalam UM) dan kepada semua arwah saudarak2 yang dekat ku yang dekat dan jauh. Aku sentiasa merindui kalian.
Kelmarin ketika saya ke Pekan Buku, saya membelek2 buku sekejap sementara menunggu hujan teduh. Waktu tu tengah berkejar nak siapkan risalah, saya terbaca sedikit kata-kata Prof Dr. Hamka. Beginilah apa yang saya ingat. Orang yang ketika hidupnya selalu berfikir tuk mati sebenarnya tak takut untuk mati. Bila matinya nama dan jasadnya malah dicari, dikorek dan menjadi sentiasa hidup segar. Tapi orang yang tika hidupnya melakukan kerja seolah-olah esok tiada dan meninggal dengan kehidupan rutinnya, itulah orang yang matinya menakutkan kerana bila matinya sepi tanpa siapa pun peduli dan tiada sumbangannya pada orang lain. Dah lupa dah ayat sebenarnya. Hmmm... Okey, 'mood' yang kurang hari ni dah saya luahkan kat blog ni malam ni. So doakan saya sukses dalam test esok dan minggu depan. See ya next post! Yang penting kena senyum ^_^. Tumpukan pada stadi k!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Apala nak ingat benda yg cedis2 ni...
Teringat
-masa perginya cik su, aku dgr dia memanggil2 nama kami semua di rumah tu, walaupun xjelas tp aku tahu sebab dia mengulangi nada yg sama. Pahamlah aku masanya telah tiba..aku pergi ke bilik air hampir sejam menangis! Aku kuar dr bilik air setelah dia semuanya reda..dan dia telah pergi.
-last sekali aku bersua muka ngan che (datuk), aku menyuapkannya sarapan pagi..roti cicah air milo. Dia tgk aku dgn redup matanya..mcm nak menyatakan sesuatu. Dan aku seeloh2 tau itu kali terakhir. Aku menyuapnya sambil berlinangan air mata!. Ptg aku p dungun...beberapa mggu kemudian berita kematiannya.
-last skali aku bersua muka ngan mok (nenek)..masa aku nak kembali ke sri kembangan. Itulah kali pertama dan terakhir aku menghulur wang kpdnya. Sempat minta maaf..walau dihati ada yg terbuku.
huhu...al Fatihah untuk mereka. Semoga mereka dicucuri rahmat. Amin.
Wak sedih aku jah...
ya..u ni emotional la...seme cite u nak nagnis...huhuhuhuhu..
Yap..al-Fatihah utk diorang..
yer..i mmg emotional..hehe..x tau ke?
u tu bila nak buat blog?
hampeh.com btul.
dik dib..xde org komen ke..? asyik2 muke ni jew...hehe.
oooooooooh..dah ada blogspot ya..tak habaq mai pun ya..
papa pum dari pengamatan saya, orang macam dib ni memang perlu blog untuk menyatakan sesuatu.
Anyway selamat menulis. update taw..jangan biar blog laman sesawang ni berselawang...
Post a Comment