Sunday, November 30, 2008

Friday, November 28, 2008

Tahyul



Nak mengenali diri sendiri, semasa cuti beginilah waktu yang paling tepat. Kalau baik perawakan kita di rumah, maka eloklah. Kalau teruk, maka tak bolehlah cari pak we atau mak we lagi. Maksud pak we atau mak we tu pasangan hidup la. Bukan nak suh cari ‘gewe’. Tak digalakkan dalam Islam lah. Markah saya pun bukan A lagi, ‘so’ kene berusaha kuat lagi.

Masa terluang dan selesa kat rumah sangat membutuhkan usaha jihad yang sangat kuat. Ya, katil sentiasa memanggil, TV sentiasa lunak bergema dan Cik Las sentiasa memberatkan tulang. Ini saya cakap kat diri sendiri la. Tak tahulah kalau ada orang lain terasa jugak. Nak tulis blog pun terasa agak “Oh nanti dulu lah.” Ha, itulah dinamakan lalai. Sedarkah kita bahawa setiap saat itu sangat berharga.

Saya suka surah Al-‘Asr. “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”

Ingatkah kita tentang Islam yang berterusan dimomokkan dengan keganasan? Malah mundur dan tak bertamadun? Ya, serangan yang berlaku di Mumbai sejak Rabu lalu ialah salah satu indikasinya. Bukan ingin membela namun itulah fitnah kepada Islam. Jadi, saya nak kata di sini ialah apakah posisi kita dalam Islam dalam mempertahankan Islam kita? Saya tinggalkan persoalan di sini. Renung-renungkanlah sendiri. Lu fikir la sendiri.

Sampaikanlah walau satu ayat. Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa. Di sini saya ingin kongsikan khasiat membaca ayat Kursi dalam surah Al-Baqoroh ayat 255. Ia bukanlah kursi tempat duduk Allah SWT. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan kursi di dalam ayat ini adalah kekuasaan Allah SWT dan sebahagian Ulamak ahli Tafsir memberikan arti dengan ilmuNya.

Ketika ayat ini diturunkan kepada Nabi saw, maka disertai pula 70 000 malaikat sebagai pengantarnya, demi mengagungkan kemuliaannya. Di dalam sebuah hadis diterangkan bahwa ayat Kursi adalah ayat paling agung di dalam Al-Quran, dan barang siapa yang membacanya setiap kali selepas solat fardu, maka setelah matinya akan dapat masuk syurga. Malah banyak lagi khasiatnya yang saya hemahkan anda sudah maklum.

Di sini suka saya membawa isu cerita Momok atau cerita tahyul yang semakin mencambah dan semakin kreatif gamaknya di layar kaca dan layar perak zaman ini. Hmmm… teruk betul. Saya pun kalau menonton kadang-kadang ‘terimaginasi’ tentang watak-watak hantu tu. Ketika tutup lampu. Ini yang saya tak suka. RAM (Random Acces Memory) otak saya berjaya menyimpan gambar-gambar yang ‘menarik’ untuk diimbas kembali dan boleh kata telah masuk ke kotak ROM (Read Only Memory) otak saya. Membuatkan ia tidak boleh dipadam melainkan melalui cara-cara tertentu sahaja. Tahyul!!!

Berhentilah menonton cerita-cerita tahyul itu. Menjejaskan aqidah. Dalam tak sedar ia membuatkan kita percaya bahawa ada makhluk rupa hodoh yang boleh dilihat dengan mata kasar setiap masa. Paling tidak pun cuba jangan takutkan diri sendiri dengan perkara yang tidak pasti. Wallahua’lam.

Seperti mana dalam sebuah kisah ini.

Imam Ghazali menyebutkan khasiat ayat Kursi dari Ibnu Qutaibah. Sesungguhnya ada seorang yang telah tua, saudagar kurma dari suku Bani Ka’ab menjajakan kurmanya di kota Basroh. Di situ dia menyewakan sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan, kerana menurut keterangan tuannya, rumah itu dihuni ifrit yang telah biasa mengganggu siapa sahaja yang menempatinya. Sekalipun begitu rumah itu tetap disewa juga. Dan setelah waktu malam tiba, ternyata ifrit itu pun menjelma seperti seorang yang berkulit hitam, dengan matanya yang keluar bagaikan nyala api mulai beransur mendekati pedagang kurma itu. Lalu dibacakan kepadanya ayat Kursi sampai habis, dan setiap sampai pada ayat: WA LAA QAUDUHUU HIF ZHUHU MAA sampai akhirnya, dibacanya berulang-ulang. Ternyata ifrit itu pun hilang lenyap dan tidak muncul lagi. Kemudian tidurlah saudagar itu dengan selamat tanpa mendapat gangguan sesuatu apa pun.

Ketika paginya, didapati di tempat itu ada sesuatu bekas yang tebakar berserta abunya sekali ada di situ. Dan dia mendengar suara seseorang yang berkata: “ Engkau telah membakar seorang ifrit yang besar”.

Dan saudagar itu bertanya: Dengan apakah saya membakarnya? Dijawab: “ Dengan firman Allah SWT WA LAA QAUDUHUU HIF ZHUHU MAA sampai akhir ayat.

Rujukan:

Ustaz Muhammad Mizan (1983). Kitab Pedoman Doa dan Zikir, Balai Buku Surabaya.

Tuesday, November 25, 2008

Santai



Sekarang menunjukkan hampir jam 3 pagi. Saya masih tak tidur. Entahlah sebab tak nak tidur atau boleh tak tak tidur. Ya, hari ni ada kisah menarik untuk hiburan santai. Mungkin untuk melepaskan rindu pada blogku juga. Dah hampir seminggu menjaga di rumah kak A di Sri Kembangan. Tadi jam 8.30 pagi saya bertolak daripada Kajang untuk pulang ke kampung halamanku. Masa nak naik bas baru lah saya tengok tiket bas. Ha? e- Budaya? Ala. Tak ‘best’. Kelmarin abang ipar (Abe Tam) minta adiknya Deli belikan tiket saya. Dia kata “ Jangan beli tiket e- Budaya.”. Tapi yang saya dapati pagi ni adalah… ‘It’s ok’ lah. Naik saja saya bertekad nak tidur dan tak kan bangun. Kenangan naik bas e-Budaya sekali dulu mengingatkan peristiwa yang tak sedap diimbas. Jangan fikir bukan-bukan. Tak pasal-pasal saya buat periuk nasi orang lingkup karang.

Ya, tadi saya telah berjaya tidur lebih 2/3 daripada masa perjalanan. Semasa sampai kat Stesen Putra kat Kuala Lumpur, saya terjaga dan berbual sekejap dengan makcik yang duduk kat sebelahku yang naik kat Putra tu. Kemudian, saya menyambung projek saya untuk tidur. Sesekali bangun tidur, hmmm memang dah agak dah. Pening, mual, sakit kepala dan ada-ada saja. Tapi ‘forget it’. Yang tak tahannya. Sesekali saya tersenguk-senguk. Mungkin kerana bas itu yang membawa kepala saya terhuyung –hayang ketika tidur. Ish ini yang tak suka ni. Dia punya brek tak sedap. Membuatkan kepala saya terhantuk. Pertama kali terhantuk, rasa macam “Aduh kepala aku, dah berdarah ke ha?”. Malu kat mak cik sebelah.
Nasib baik dia buat ‘dek’ saja.

Tapi bukan sekali tu saja. Penangannya 3 kali. Ya, bila saya meraba-raba di tepi mata kanan saya. Ia timbul dan merasa bengkak malah juga sakit. Sakitnya. Lebam. Hmmm.. Masa lepas dari daerah Kuala Krai. Pak cik bas itu menjerit, “ado sapo- sapo nak turun kat Mache?”. Saya pun jawab la. “Ada”. Tapi siapa-siapa pun tak dengar. Yang dengar pun seorang dua saja. Saya pun cakap kat mak cik sebelah, “macam mana ni ya?”. Ya , dengan menolak segala isi perutku, saya pun menjawab dengan lantang “ Ada pak cik! Ada ni.”. Tersengih la saya sebab berjaya menganggap diriku telah berjaya. Ya, berjaya tapi kecewa kembali sebab pak cik tadi membebel sebab lambat cakap. Ala. Kenapa membebel ni? Bukankah bas memang berhenti kat semua tempatkah? Hmm dengar saja lah. Bila nak turun kat stesen Machang tu pun pak cik tu sambung membebel lagi. Ish dalam hati. Saya pun cakap “Terimo kasih pak cik. Terimo kasih!”. Saya sebut terima kasih tu dengan yakin sekali. Sebenarnya dengan tanda protes. Haha. Yang penting lega dapat sampai ke destinasi dengan selamat. Biarlah pak cik tu nak membebel ke apa ke. Alhamdulillah tak terlepas. Kalau dulu hampir dua hingga tiga kali terlepas ke Kota Bharu.. Hobiku tidur di atas bas. Biarlah. Tak kesah. Yang penting sen(^_^)Yum!

Tuesday, November 18, 2008

Sebelum bercuti

Harga minyak turun 15 sen bermula hari ni. Hmmm bagus la. Tapi musykil dan musykil kenapa begitu mudah turun ye? dah lama dengar ura-ura ni. Tapi hari ni telah direalisasi. Jimat duit kita lagi yer. Bila tengok saham kat malaysia hari ini tak ada pembelian dan pengeluaran. hmmm Tak reti la kita pasal saham malaysia ni. Tak reti nak baca kod-kod dia. Tahu makan makan makan je. Pasal cari duit tak tahu.
Main Board Second Board

Main Board Sector
1 Produk Pengguna
2 Produk Industri
3 Pembinaan
4 Perdagangan/Perkhidmatan
5 Teknologi
6 Kewangan
7 Hartanah
8 Perladangan
9 Perlombongan
10 Infrastruktur
11 Hotel
12 Amanah
13 Dana Tertutup
14 Pinjaman
2nd Board Sector
1 Produk Pengguna
2 Produk Industri
3 Pembinaan
4 Perdagangan/Perkhidmatan
5 Teknologi
6 Kewangan
7 Hartanah
8 Perladangan
9 Perlombongan
10 Infrastruktur
11 Hotel
12 Amanah
13 Dana Tertutup
14 Pinjaman
Naqib kita selalu nasihatkan supaya belajar tentang saham. Betul tu. Harga beras turun hari ni mungkin kita tak kisah sangat. Tapi bila dah memegang saham dapur nanti, mula la 'mengepek' (dalam maksud bahasa melayu betulnya membebel). Harga hari ni dari RM2.70 sekilogram kepada RM RM2.50. Nampak macam sedikit tapi cuba darab dengan 10 sekilogram. Tambah-tambah kalau tengah buat kenduri tu tentu la perlukan 100 kilogram lebih. Takkan nak jemput kawan pun berkira kan. Huhu nampaknya itu pun perlu diambil kira jugak. Nampak macam pandai padahal tak tahu apa-apa ni.

Kembali kepada harga minyak tadi, masa tengah isi minyak selalu kita tengok berapa liter masuk. Kira-kira RM5 2.78 liter. Betul ker? Lupa. Tapi hari turun ini 15 sen seliter lagi. Boleh la kita beli 'chips more' kegemaran kita lagi ye. Sambil tunggu Kak A kita ambil kat stesen Serdang nanti.

Cadang nak 'join' LAKIUM08 ( http://lakium08.blogspot.com) kat Sukida Resort Semenyih, tapi asyik berfikir dua kali. Malas atau sensitif? Entah lah. Kelmarin nak 'join' seminar syahadatul Hak, tapi kata Syi, kita perlu ikut 'step-step' dahulu agar tak kepeningan. Ok! itu jawab kita sebab kita sedang pening buat 'assignment last' kelmarin khas buat Prof Dr. Khadijah Wan Embong tersayang. Ya akhirnya siap dan hari ini hidup kita lebih bahagia dari hari semalam.

Ya. Hari ni kita akan mula melangkah pulang ke kampung halaman. Sudah janji dengan abah untuk mula melangkah hari kelmarin, tapi tak jadi. Jadi hari ni mulakan enjin semula. Nak ke rumah Kak A kemudian nak pergi jenguk LAKIUM'o8 dengan adikku Hidayah Mohd. Kemudian nak jadi 'Maid' kat rumah Kak A sampai hari Ahad ni 23 November sebelum bertolak balik ke rumah kat Jalan Wira tersayang. Kata abah, abah nak tengok muka Bah sebelum abah pula nak datang KL 26 November nanti. Hehe abah rindu la tu. Ok. Bila dah kat rumah nanti agaknya 'internet' 24 jam. Kerja tak ada dan banyak masa lapang. Mantap Mandarin Mantap!!!! itu azam kita masa cuti nanti. Sen(^_^)Yum)!!!

Thursday, November 13, 2008

Animal biotechnology

Tinggal 3 'paper' lagi exam final semester 1 ni. Sabar memang menuntut kesabaran lantaran 4 paper terakhir ni merupakan berturutan setiap hari. Yang lebih mengecutkan perut adalah keempat-empat paper ni main kena hafal... Haduhhh... agak menggerunkan untuk menghasilkan hasil yang terbaik.. Karang ( sekarang pukul 4 pagi) adalah paper 'Animal Biotechnology'. Ya. Paper yang saya minat tapi agak meminatkan saya untuk minat dalam hati.. Haha sebab selalu 'last' minit stadi. TAk kesah lah.

Types of Cloning
There are two main types of cloning: reproductive cloning and therapeutic cloning. These procedures are governed by different laws because they are used for different purposes.

Reproductive Cloning

Reproductive cloning is performed with the express intent of creating another organism. This organism is the exact duplicate of one that already exists or has existed in the past. Cloning of plants, animals, and humans falls into the class of reproductive cloning.

How is Reproductive Cloning Performed?
Reproductive cloning is performed using a technique called Somatic Cell Nuclear Transfer (SCNT). The genetic material from a donor egg is removed, so that you are left with an empty egg. Then, a cell is taken from the organism to be cloned and its nucleus is removed. This nucleus is then transferred into the empty donor egg. Using chemicals or a mild electric shock, the egg is forced to divide, creating an embryo. This embryo is then transferred into the uterus of the host organism.

What Is Reproductive Cloning Used For?
Reproductive cloning has only been used for research purposes, however, its future implications are staggering. Reproductive cloning could be used effectively for repopulating endangered species or to help make breeding of specific animals easier. Reproductive cloning uses could also include the production of organisms with specific characteristics, such as drug-producing animals or genetically "unique" animals.

Therapeutic Cloning

Therapeutic cloning is performed, not to produce another organism, but to harvest embryonic stem cells for use in medical treatments. Embryonic stem cells are those cells found inside of developing embryos. They can be used to produce a number of different cells including tissue, muscle, and organ cells.

How is Therapeutic Cloning Performed?
The therapeutic cloning process is very similar to that of reproductive cloning, however, instead of implanting the dividing embryo into a host, it's stem cells are removed and the embryo dies. A cell is removed from the patient requiring medical treatment. The nucleus of this cell is removed and inserted into an empty donor egg. Division is encouraged through the use of special chemicals or an electric current. The resulting embryonic stem cells are then removed from this embryo and used to treat the patient.

What is Therapeutic Cloning Used For?
Therapeutic cloning is intended for medical use. The embryonic stem cells that this type of cloning produces can be used to create skin for burn victims, organs for transplant patients, or cells for those with spinal cord injuries. And because the cells come from the patient herself, there are no issues of cell rejection. Therapeutic cloning may also help those suffering from heart disease, Alzheimer's Disease, or Parkinson's Disease.

Cord Blood Stem Cells and Cloning

If you have chosen to store your child's cord blood, these umbilical stem cells can be used to help treat him in the event of illness or disease. In the future, it may be possible to use cloning techniques to help reproduce these stem cells, so that more are available for your family's use.

http://www.pregnancy-info.net/StemCell/therapeutic_vs_reproductive.html

Saturday, November 8, 2008

Hukum dalam silat





Di sini saya merasa terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai hukum-hukum dalam mempelajari silat yang sarat dengan amalan-amalan yang kadang-danga pelik dan tak masuk di akal. Sudah mengusulkan soalan pada Ustaz Yazid (ustaz bidang hadith), namun masih kabur. dan baru-baru ini saya menerima email dari 'group' Amal Mahaad. Jadi sukalah saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat. Di sini ada linknya dan 100% tulisannya bukan daripada saya. Jadi boleh la percaya. (^_^) http://www.islam. gov.my/e- rujukan/silat. htm

GARIS PANDUAN SILAT
MENURUT ISLAM

1. TUJUAN

1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar.

2. PENDAHULUAN

2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Kepercayaan- kepercayaan dan amalan-amalan tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu) yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci mempertahankan diri tradisional (silat). Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam. Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 106:

ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين

(سورة يونس : 106)

Bermaksud:

“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”.

2.2. Dalam sejarah Islam memang wujud pahlawan-pahlawan yang tekemuka di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka telah berjuang menentang Musyrikin Quraisy dan penentang-penentang ajaran Islam dari kalangan Munafikin. Antara sahabat berkenaan ialah Saidina Ali, Khalid Ibnu Walid, Amru b. As-As, Abu Ubaidah b. Al-Jarrah, Saad b. Abi Waqas dan lain-lain lagi. Di dalam Al-Quran didapati banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa perlunya umat Islam mempersiapkan diri dan kelengkapan senjata serta kemudahan-kemudahan yang perlu untuk mempertahankan agama, diri dan negara. Antaranya ayat 61 surah Al-Anfaal:

وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم

(الانفال : 61)

Bermaksud:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

2.3. Di dalam ilmu persilatan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sama ada ketika hendak masuk silat, setelah masuk atau selepas tamat dan diijazahkan. Di antara syarat-syarat tersebut:

(a) menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya.

(b) mandi dengan air mandian tertentu sebagai lambang membersihkan segala kekotoran zahir dan batin..

(c) tidak boleh meninggalkan sembahyang.

(d) Tidak boleh banyak bertanya ketika guru sedang mengajar atau mempersoalkan sebarang tindakan guru.

(e) Melakukan gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memula atau menamatkan latihan silat.

2.4. Guru memainkan peranan penting di dalam menyampaikan sesuatu ilmu bagi menjamin kesahihan dan kesempurnaan ilmu tersebut. Di dalam ilmu persilatan, guru adalah lambang kesempurnaan.

2.5. Sesuatu seni mempertahankan diri tradisional (silat) itu perlulah didasarkan kepada garis pandua berikut bagi mengenalpasti ianya terhindar dari perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam:

(a) Asal Usul Silat

(b) Syarat-Syarat Silat

(c) Guru Silat

(d) Ikrar Sumpah dan Taat Setia

(e) Pantang Larang

(f) Adab

(g) Gerak Langkah

(h) Amalan Dalam Silat

(i) Pengijazahkan

(j) Matlamat Silat

3. GARIS PANDUAN SILAT DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

3.1. Asal-Usul Silat

3.1.1. Demi menjaga kesucian akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa:

(a) Silat mereka bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari Al-Quran dan Hadis atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w.

(b) Teknik atau pergerakan persilatannya berasal dari ibadat-ibadat tertentu seperti rukun-rukun sembahyang.

(c) Seni silat mereka bersumberkan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. atau para anbia yang lain atau para sahabat serta ulama.

3.2. Syarat-syarat Silat

3.2.1. Bagi mempastikan syarat-syarat di dalam ilmu persilatan tidak bercanggah dengan ajaran Islam maka:

(a) Semua perkara yang wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh seorang Islam, yang mukallaf tidak boleh dijadikan syarat di dalam silat seperti sembahyang, puasa, jangan durhaka kepada ibubapa, sehingga mendatangkan anggapan bahawa perkara wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat.

(b) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat yang dipercayai boleh merosakkan pegangan akidah.

(c) Tidak boleh percaya kepada sial seperti mandi membuang sial atau mandi-mandi tertentu yang dikaitkan dengan persilatan.

(d) Tidak boleh melakukan gerak silat atau bacaan tertentu yang mengandungi unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara “gerak membuka atau menutup gelanggang”, “’ayat kebal” atau “pukulan angin maut” atau sembelih ayam dalam gelanggang.

(e) Tidak boleh mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.

(f) Sebarang syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.

3.3. Guru Silat

3.3.1. Guru silat yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada:

(a) mereka yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.

(b) mereka yang melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.

(c) pemecah belah masyarakat.

(d) Mereka yang mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu

3.3.2. Jika seseorang guru silat hendak melibatkan diri dalam hal agama hendaklah mengetahui asas-asas agama Islam sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah seperti rukun Islam, rukun Iman, cara mengerjakan sembahyang dan sebagainya.

3.3.3. Guru silat dilarang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam ilmu persilatan.

3.4.. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia

3.4.1. Sumpah tidak dibolehkan sebaliknya hanya ikrar.

3.4.2. Murid-murid tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru. Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah.

3.4.3. Sumpah tidak boleh digunakan kepada perkara-perkara yang telahpun diwajibkan di dalam Islam seperti bersumpah akan taat kepada ibubapa, bersumpah akan taat kepada Allah dan Rasul dan sebagainya.

3.4.4. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam sumpah hendaklah mengandungi perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti memuja dewa, atau nama berhala.

3.4.5. Di dalam upacara sumpah dan bai’ah sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai umat Islam.

3.5. Pantang Larang

3.5.1. Suatu pantang larang hendaklah bukan daripada perkara-perkara yang jelas diwajibkan di dalam Islam seperti tidak meninggalkan sembahyang, jangan berkelahi sesama ahli dan sebagainya.

3.5.2. Suatu pantang larang tidak boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti larangan berludah kerana ditakuti tidak menjadi.

3.5.3. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagainya.

3.5.4. Perkara-perkara yang harus dan halal tidak boleh dihukumkan haram.

3.6. Adab

3.6.1. Adab Murid Dengan Guru:

(a) Guru tidak boleh menganggap dirinya yang paling mulia dan tidak pernah bersalah.

(b) Guru hendaklah mengelakkan diri dari dianggap orang yang perlu ditaati secara mutlak.

(c) Guru tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.

(d) Guru hendaklah melarang murid-muridnya memuja, mengagung dan taksub kepadanya.

3.6.2. Adab Sesama Murid Seperguruan:

(a) Seseorang murid tidak boleh memberikan hak secara khusus kepada murid seperguruannya sahaja, seperti memberi ucapan salam, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan sebagainya.

(b) Seseorang murid tidak boleh menanam atau mengapi-apikan perasaan bangga diri dan taksub kepada kumpulannya sehingga memandang hina dan negatif kepada orang lain.

3.6.3. Adab Murid Dengan Orang Lain

(a) Seseorang murid tidak boleh mengutamakan guru silat dan murid-murid seperguruannya sehingga mengabaikan hak dan kewajipannya kepada ibubapa, suami, isteri, anak dan ahli keluarga.

(b) Seseorang murit tidak boleh memandang rendah dan hina terhadap orang bukan dari kalangan ahli silatnya.

(c) Seseorang murid yang beragama mesti menjalinkan ikatan persahabatan sama ada sesama ahli atau orang lain.

3.7. Gerak Langkah

(a) Gerak langkah silat tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat- Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya.

(b) Gerak langkah silat tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh.

(c) Gerak langkah silat tidak boleh dimaksudkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau perlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang.

3.8. Amalan Dalam Silat

(a) Tidak boleh memuja dan memperhambkan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busut dan sebagainya.

(b) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami, objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.

(c) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.

(d) Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan silat.

3.9. Pengijazahan

(a) Tidak boleh melakukan isyarat sembah atau gerak tubuh yang melambangkan ketundukan yang menyamai atau melebihi ketundukan yang hanya layak kepada Allah sahaja seperti tidak sembah kepada guru.

(b) Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

3.10. Matlamat Silat

(a) Matlamat silat hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, mendisiplinkan diri, hidup bermasyarakat, untuk mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya.

(b) Matlamat silat tidak boleh:

(i) Untuk membalas dendam, menuntut bela, membuat aniaya, menakut-nakutkan dan mengugut orang lain.

(ii) Untuk menanam sifat berani yang keterlaluan sehingga hilang hormat kepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain.

(iii) Untuk memupuk sentimen perkauman atau taksub golongan/kumpulan ekstrim agama yang melampau di kalangan ahli.

4. PENUTUP

Dengan mengikut garis panduan ini diharapkan para pengamal silat dan seni mempertahankan diri supaya dapat menghindarkan diri menyimpang daripada ajaran Islam yang benar, agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Kuala Lumpur.

Selamat Datang NC Baru

Hari ini bermulanya kontrak baru pemegang tampuk pemerintahan NC baru di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon selaku Naib Canselor Universiti Malaya yang baru. Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon merupakan Naib Canselor yang ke - 10 Universiti Malaya. Bekas Presiden Universiti Multimedia (MMU). Sebelum beliau dilantik sebagai Presiden Universiti Multimedia, beliau merupakan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya pada tahun 1995 dan juga merupakan bekas Dekan Fakulti Kejuruteraaan Universiti Malaya.
Semoga hubungan baik akan terjalin dan semoga penerajuan yang akan dijalankan dengan amanah. InsyaAllah

Friday, November 7, 2008

The Day Has Came


The day that we can see the future has come. The shine of hope has seemed to be on our way. He is the choice of our nation. Not for America nation only. The joy of our life become exposed and it will continuous everlasting if we active and realize. Now is the time we must change. Change what we cannot change before.
Did everyone realize the trend of our life nowadays? The way of sleepers… University’s students still sleep in their bedroom; sleep in library, on the table and even in the toilet. They still entertain their self with the mangga, anime, love story never ends. Here I rise my hand and ask, what is our distribution to our nation?
The history is began, the life of a new President will soon begin. Either as a bad or the best. Will he be a chance for us to spread our AMaAr MakRuF NAhi Mungkar freelly? Or instead. In other situation, he may be ok. But is it we are ok???

Sunday, November 2, 2008

ESQ (kisah semalam)



Hari ini merupakan hari kesekian kalinya sebelum menjelang peperiksaan. Dan saya tetap di sini di dalam bilik menelaah pelajaran seorang diri ditemani ‘roomate’ Miza yang tekun menelaah di seberang sana. Kami dipisahkan oleh almari besar di tengah-tengah bilik. Walaupun berada dalam bilik yang sama, namun dunia kami sangat terpisah. Melayan buku masing-masing. Saya dengan cara saya dan dia dengan cara dia.


Saya mengurang-ngurangkan ‘hand out’ saya dengan membuang mana kertas yang tidak mahu digunakan agar nota-nota saya menjadi seminima mungkin. Membuat nota ringkas dengan menggunakan kertas terpakai dan meneliti jenis (trend) soalan ‘past year’.


Sambil itu, dalam saya menyusun-nyusun fail dalam ‘laptop’ teman hidup sepanjang berada di universiti ini, saya terbuka rakaman mp4 ESQ. Rakaman yang saya ambil daripada Shahidah jiran depan bilik saya. Saya cuba buka videonya. Tetapi hanya suara yang kedengaran, Tak apalah. Asalkan dapat menghiburkan hati saya yang kesunyian melayan kekasih ‘hand out’ nota-nota ini. Manakan tidak, abah dan mami sudah tiga hari tidak menelefonku. Tidak bertanya sama ada saya membaca atau tidak. Agak manja. Namun biarlah apa orang nak kata. Saya sayang abah dan mami saya. Mereka sayang saya juga. Mereka sunyi juga di rumah tanpa anak-anak mereka. Saya kasihankan mereka apabila pulang ke rumah dan merasa sendiri kesunyian yang mereka alami. Jadi saya berpegang, kalau mereka tidak menelefon saya, Saya akan menelefon mereka. Ya, hasilnya saya merasakan motivasi saya sentiasa di ‘topup’ dan kasih sayang kami juga sentiasa di ‘topup’. Alhamdulillah.


Kembali kepada ESQ tadi. Penemuan formula ini adalah dari saudara Muslim kita di negara tetangga kita. Pak Ary. Kata Shahidah, ‘handsome’ orangnya. Tak kesahlah. Tapi penemuan ilmu psikologinya agak luar biasa. Nah, sememangnya luar biasa. Saya mendengar suaranya, cara dia bercakap. Bahasa Indonesia. Saya suka. Semasa mendengar rakaman ini, saya tertegun. Saya dapat menggambarkan segala yang diucapkannya kerana teraturnya bicara katanya. Apa yang beliau bawakan merupakan kebiasaan yang berlaku seharian kita. Namun formula kecerdasan emosi yang dibawakannya menjadikan saya merasa, ‘Oh, begitu yang selama ini aku alami ya.’


Saya baru dengar ini. Membawa kecerdasan emosi kita memandang kehidupan seharian kita daripada dimensi emosi yang berbeza. Wah. Sesuai dengan bakal karierku sebagai cikgu nanti. Saya terus meminta lagi rakaman jika ada lagi dengan Shahidah. Tak ada. Ala kecewa. Tak apa. Bukunya ada. Rupa-rupanya ia daripada Afifah Ramdan. Oh anak raja ini. Malah katanya ingin menghadiri kursus ESQ ini. Tak apa. Nanti akan kami paksa supaya buatkan kursus pada kami. Ya. Kalau ada rezeki saya akan kongsikan apa isi ‘Kecerdasan Emosional’.


Kemampuan membaca hati orang, kemampuan membaca harapan orang. Jurusnya sederhana dalam ilmu kecerdasan emosional adalah seribu sungai gunung turun ke laut ertinya kalau kita merendah menjadi lembah yang landai kemudian mereka ada di tempat yang tinggi maka air yang mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Jurus dua berikan pujian-pujian. Jurus tiga sebutkan nama dia berkali-kali iaitu muzik paling indah. Seterusnya akui suksesnya, itulah air sejuk buatnya. Kemudian berikan pujian penghargaan, bukan pujian gigi tapi pujian dari hati. Barulah ajukan proposal kita. (Dalam urusan kita dengan orang, tidak kira dari segi perniagan dan sebagainya).


Kenapa kita akan menutup mata jika ingin membayangkan keindahan?.... Kerana Keindahan itu tidak terbayangkan pandangan mata kita. MasyaAllah indahnya syurga… Sen(^_^)Yum selalu.