Thursday, March 26, 2009

penjelasan nik nur madiha


Penjelasan Keadaan Nik Nur Madihah

ribena ada arak


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi AAAAAAaRAKKK--

*copy form email..

Ribena ada arak - important for muslim!!


LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.

Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.


Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih.

Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.

"Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan.

"Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi

Aku tak tau samada sukatan ribena kat sane ngan malaysia adalah sama.. tapi setahu aku.. of kos sama..
aduuhhh.. abeh la.. minuman kesukaan aku tu.. tapi klu nk dipikirkan.. anggur tu mmg klu peram lame jadi arak.. kan..??

This post has been edited by Ngah_Endut: Jul 26 2006, 11:29 PM


air ribena mobile tu termasuk jugak! tak termasuk blackcurrent sunquick la

Monday, March 23, 2009

21 & 22 Mac..


Masak 'cupcake', belajar sama-sama dengan Kak A. Icing dia manis sangat. Macam mana nak buat ye? Kalau tinggal di Kuala Lumpur ni, ada kemahiran sedikit mulalah dijadikan idea nak buat bisnes. Hidup kat KL banyak kehendaknya. Itulah jalannya nak hidup. Perniagaan. Saya suka bila baca tentang Abu Bakar As-Siddiq. Suka bila baca tentang bisnesnya. Moga saya juga jadi seperti beliau. Untuk Kak A. Awak pun boleh berjaya jadi usahawan juga kalau keinginan dah ada. Jadi, modal tu jangan kedekut nak dikeluarkan ya.

Dengan Syahmi anak saudara yang ke-3, baru pandai cakap che bah. Kalau duk sorang-sorang ok saja perangainya, tapi kalau dengan mama dan abahnya, mengada dan selalu merajuk. Anak teruna ni...
Ke Putrajaya menontot pertunjukkan beberapa buah negara menaikkan belon panas masing-masing. Kak A pula bergaya dengan kamera dia. Boleh la jadi ameteur dalam bidang ni sebab ada cop tapak siput kat jari. Kreatif.


Sebahagian tangkapan yang berjaya dibuat. Belon yang berjaya naik sedikit sahaja. Kebanyakkannya berat, tak naik tinggi, macam merak tu... naik separuh aja, orange tu pun sama.

Selamat Hari lahir ke 24...Dah lama tak ucap..

Friday, March 20, 2009

yang tersorot


Ke Pulalu Pinang. Balik dan menemani anak sepupu tersayang Amirah Azmi ke seremban. Balik dan ada orang yang merajuk dengan diri saya. Kisah halal haram yang dipertikai Makan Malam Anugerah Kolej. Minit-minit terakhir membatalkan niat untuk sertai makan malam. Rasa emosi yang tak terkawal. Terungkai mengapa dibenci, kesalahan yang tak tersedari. Maaf. Kehilangan Allah dari jiwa sekejap. Namun kembali apabila kisah-kisah yang dialami hari yang berlalu.

Allah sayangkan aku… Moga jiwa tetap utuh. Sakit… sakit dirasa bila melawan perasaan ingin bergembira… Inilah titik hitam dalam diri yang tak tersedar… Siapalah aku di hati siapa kerana aku insan biasa.

Teringat wajah bersih shahmi, safiyya dan syafika. Bersih wajah mereka jauhkanlah mereka dari menelan makanan haram… Moga hati mereka bersih hingga ke syurga…

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Muhasabah Cintaku...

Friday, March 13, 2009

Bukan menyepi bermakna sibuk

Salam sayang saya pada semua yang sudi menjenguk ke laman nurani ini. Tiada kata sepatah mahu seabjad untuk diluahkan kepada kalian kerana sudi membaca perkataan demi perkataan yang saya coretkan. Singgahan kalian memberikan saya keuntungan dalam saham yang tak ternampak ini. Erm, agak jiwang namun saya tak pandai berpuitis. Sekadar mencoret untuk mengisi kesepian entri. Menjadi pembaca senyap seketika di samping internet yang tidak lancar beberapa hari lalu.

Sibuk?

Mana ada. Tiada istilah sibuk kalau bagi kita kalau kita masih belum menyampaikan dakwah di siang hari mahupun petang. Kita kan hamba. Kitakan khalifah di atas muka bumi ini? Lupa ke?

129. Kaum Musa berkata: "Kami telah ditindas (oleh Fir'aun) sebelum kamu datang kepada kami dan sesudah kamu datang[556]. Musa menjawab: "Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu dan menjadikan kamu khalifah di bumi(Nya), maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu[557] (surah Al A'raaf ayat 129)

Anda merasa tidak cukup ilmu di dada untuk disampaikan ye. Kalau nak tunggu cukup, alamatnya tak ada atas muka bumi ini orang yang akan berdakwah. Manusia sempurna hanya Nabi-nabi je.

Masalah yang timbul seperti tidak ada yang sudi dengar nasihat dan perkongsian anda ye. Cuba anda fikirkan, kalau ingin berada dalam jalan juang Allah, inilah ujian-ujianNya. Merasai ujian-ujian untuk mengetahui betapa nikmatnya perjuangan ini. 'Think positive'. Mungkin orang-orang yang tidak suka itu jenisnya penganalisa, mungkin dia suka tahu terlebih dahulu apa qudwah yang anda bawakan sebab itulah dia tidak terima bulat-bulat. Jadi peranan kita adalah sebagai pelatih. Sambil member tunjuk ajar sambil kita juga mempraktikkan juga member fasiliti kepada mereka. Memberi pinjaman buku dan juga menumpangkan kenderaan atau macam-macam lagi lah. Kreatif dan kognitif. Bijak dan berusaha progresi.

Saya tahu. Ini bukanlah kuliah agama daripada pakar dalam bidang fiqh, sirah dan tauhid. Namun ini jalan juang yang memperkenalkan kepada kita siapa dia pakar dalam bidang fiqh, sirah dan tauhid.

Tanpa komitmen, akal senipis kulit bawang akan koyak!

Tuesday, March 10, 2009

Friday, March 6, 2009

Korupsi PPSMI

Korupsi dalam PPSMI. Bagi saya?

1. Menguntungkan hanya kepada golongan professional, anak-anak mereka dan sewaktu dengannya.
2. Merugikan duit negara dengan memberikan elaun kepada guru PPSMI sedangkan guru susah payah melakukan pengajaran dan pembelajaran sedangkan hasilnya tidak seberapa.
3. Memperluaskan peluang bahasa Malaysia dirojakkan dengan bahasa asing.
4. Menyusahkan pelajar yang lemah bahasa Inggeris dalam memahami walaupun sepatah perkataan.
5. Kurang menggalakkan pelajar supaya mengikhlaskan niat/menghayati/mendalami dalam mempelajari Sains & Matematik.
6. Guru dan pelajar terus menerus menjadi hipokrit. Kononnya PPSMI ini adalah hebat, tetapi sebenarnya ia membataskan lagi pelajar daripada menjadi pelajar yang inovasi dan kreatif.
7. Dan lain-lain.

Dan yang paling saya kecewa dengan Menteri Pendidikan, Hisyamuddin Tun Hussein On adalah kenapa dia tidak menerima pandangan golongan professional prihatin yang terdiri daripada A. Samad Said dan ramai lagi mengenai bantahan PPSMI ini?

Siapa lebih patut kita dengar kata mereka? Oleh itu turunlah seramai mungkin:


Sabtu, 7 Mac 2oo9
Perhimpunan di Masjid Negara jam 2 petang, dan dua lokasi lagi Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo.

PPSMI (GMP) Hasni Abas memberitahu akan ada perarakan ke Istana Negara seperti (http://www.malaysiakini.com/news/99619)



Bagi menyokong dan sekaligus merobohkan keangkuhan penerusan PPSMI dalam sistem pendidikan negara Malaysia untuk hari esok. Tekan saya, cukup- cukuplah Malaysia dipenuhi dengan produk-produk sistem pendidikan Malaysia hari ini yang lebih banyak melahirkan belia yang kurang bermodal insan. Lemah bahasa Inggeris bukan kerana kurang digunakan dalam pengajaran, tetapi kerana system pendidikan itu yang tidak menerapkan penghayatan dalam ilmu dan khususnya Bahasa Inggeris.

Kenapa PAS? Kenapa PKR?

Kerana mereka pun rakyat Malaysia juga.

Ini bukan kerana kepentingan parti.

“Saya antara yang terlibat secara langsung dalam isu Anti-PPSMI di bawah kemudi Lajnah Pendidikan Pas Pusat ini ingin membuat pengakuan bahawa dasar ini ditentang adalah kerana ianya berkait dengan nasib perkembangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.” (http://alwatary.blogspot.com/)

Islam adalah syumul dan menyeluruh. Pandangannya mestilah memanah ke seluruh pelusuk entiti dalam kehidupan. Namun, hanya kerana ‘pernah’ dilabelkan politik itu ‘busuk’. Usaha yang ‘common sense’ begini juga dianggap dipolitikkan. Lantakla nak kata apa, asalkan Allah tahu mana niat kita. Niat ada dalam hati. Siapa tahu dan siapa nampak? Yang penting kita bukanlah penghukum. Jangan perasan!

Wednesday, March 4, 2009

Snapshot of some corners in UM


Book of life

Once we live this..

Fikir dan Zikir (NoNi)

One Hour of window-road

I will miss this

They are we...




Tuesday, March 3, 2009

Dear my 2 march..

Dear my 2 macrh…

Back from cytogenetic lab today, I felt so tired. Not because of I did not take any lunch. But because my heart is going to give up. Tired towards giving up. Like want to sleep… I cannot control my feeling. That’s the worse things that I have done.
“Everything is all about your emotion.”

"What happened to you is not as important as what happened in you!", kata John C. Maxwell.

Hidayah hanya datang daripada Allah… Walau usaha hingga ke hujung nyawa, namun kita mesti sedar Allahlah sebaik-sebaik perancang dan pelaksana. Yang penting doa dan tawakkal.

Amalkan ayat Toha : 1-5

Maybe there are wisdoms hiding in all these. I must thank to them for giving me this kind of Tarbiyah. Love you 2 march.

JANGAN KECIL HATI. Kita kan hamba!

Hati saya...(2)

Gaza telah menjadi sungai darah. Suasana yang memang sedih, menjadi tambah menyayat hati. Mayat bergelimpangan di sana-sini. Mayat-mayat hancur juga banyak yang bersepah di atas jalan. Ada juga yang tertepek pada dinding-dinding bangunan. Kemusnahan kali ini memang di luar akal. Inilah yang terdasyat pernah terjadi.
----
Hamas telah menetapkan untuk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa kumpulan telah diarahkan untuk mensabotaj kereta kebal-kereta kebal yang memasuki Gaza. Kalau boleh, kami diarahkan untuk merampas kereta kebal. Sebahagian anak-anak kecil sudah mengutip batu-batu. Aku terasa seperti hendak menangis. Kasihan. Teringat ketika aku berusia 6 tahun dahulu. Saat ayah dan ibuku mati dalam keadaan yang azab. Mereka juga sepertiku. Cuma bezanya, mereka mungkin tidak sempat membesar. Ini mungkin peperangan terakhir bagi kami. Dengan bilangan kami yang tinggal hanya sekitar 100 orang, agak mustahil untuk menang.

Aku bukan tidak yakin atas bantuan ALLAH. ALLAH ada berfirman,
“ Berapa banyak sudah pasukan yang kecil menewaskan pasukan yang besar dengan izin ALLAH,”
Tetapi aku rasa, apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran ALLAH kepada ummat ISLAM seluruhnya. Yang aku tahu, ummat ISLAM pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai dari kalangan mereka yang tidak ambil kisah dengan saudara mereka. Mereka hidup dalam suasana ananiah yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasakan penderitaan saduara-saudara mereka. Kalau di sini, mudah untuk dilihat bagaimana Fatah mengkhianati Hamas dalam kesatuan mereka untuk menjaga Palestin. Tidak sangka bahawa mereka itu pengecut yang tidak berguna. Menikam kami dari belakang, bahkan tidak menghiraukan langsung keadaan rakyat. Yang mereka tahu hanyalah kuasa. Mereka itu adalah boneka Israel.
Mungkin manusia tidak tahu yang ALLAH ada berfirman,
“ Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”
------
http://langitillahi.blogspot.com yang amat menarik pada saya.. Kata penulisnya “ ...saya dedikasikan cerpen ini untuk saudara-saudara saya yang sedang berjuang di Palestin. Harap usaha yang saya lakukan ini mengetuk hati-hati yang masih hidup dari kalangan Muslimin yang lain. Hanya ini yang mampu saya lakukan. Ampunkanlah kelemahan saya wahai saudara-saudara saya di Gaza, Palestin. Saya hanya mampu berdoa, menangis, menulis, menyeru dan bersuara.”

Sunday, March 1, 2009

Previously vs Presently


Previously (1990)



Presently (2008)