Friday, October 31, 2008

Panas panas pada waktu malam


Ketika sarapan pagi tadi, saya berborak dengan jiran bilik saya. Katanya kakaknya bekerja di sebuah tempat ramalan kaji cuaca. Cuaca di Semenanjung sekarang mengalami suhu yang panas kerana berkait dengan cuaca di Kemboja. Namun bila mencari-cari sebabnya, saya belum menemuinya. Memang. Memang cuaca sekarang sangat pelik.

http://www.worldweather.org/

Gempa Bumi 31 Oktober 2008

Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 skala richter telah berlaku di Molucca, Indonesia pada pukul 6.38 pagi 31Oktober 2008. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 1.3 utara longitud 126.9 timur 1028 km dari tenggara Kunak, Sabah.

Weather Forecast Issued at 16:00 (Local time) 31 Oct 2008

Date

Temperature oC

Weather

Minimum

Maximum

01 Nov
( Sat )

24

33

NO RAIN

02 Nov
( Sun )

24

33

NO RAIN

03 Nov
( Mon )

24

33

THUNDERSTORMS

04 Nov
( Tue )

24

33

THUNDERSTORMS

05 Nov
( Wed )

24

33

THUNDERSTORMS

Climatological Information

Month

Mean Temperature oC

Mean Total Rainfall (mm)

Mean Number of Rain Days

Daily
Minimum

Daily
Maximum

Jan

22.5

32.1

169.5

11

Feb

22.8

32.9

165.4

12

Mar

23.2

33.2

240.9

14

Apr

23.7

33.1

259.2

16

May

23.9

32.9

204.4

13

Jun

23.6

32.7

125.3

9

Jul

23.2

32.3

127.2

10

Aug

23.1

32.3

155.7

11

Sep

23.2

32.1

192.8

13

Oct

23.2

32.1

253.1

16

Nov

23.2

31.6

287.8

18

Dec

22.9

31.5

245.7

15

"Banyak dosa kot panas-panas ni. Kalau siapa-siapa merasa sejuk tu beriman..." (Miza Roomateku)

Thursday, October 30, 2008

Ascaris_education

Ya, akhirnya usaha kami sudah membuahkan hasil. Hasil yang bukan sahaja dari segi material, malah kami juga menjadi semakin erat. Sungguh tak disangka-sangka sebenarnya kami begitu 'sportting'. Terima kasih kepada Taqinah yang suka membuliku, Finie yang lembut, Zu yang sopan dan Ain yang sempoi. Kenangan bersama awk semua dalam menyiapkan website kita tak kan saya lupakan. Malah ilmu-ilmu yang baru saya peroleh daripada kalian amat berguna tuk masa depan kita bersama. Semoga kita sama-sama akan menjadi cikgu-cikgu sains yang SUPER!

http://www.geocities.com/ascaris_edu/

Sunday, October 26, 2008

Kekasih saya sedang memerhatikan saya

Saya selalu merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan saya tidak kira apa yang saya buat. Ketika menaip, ketika memandu, ketika susah-susah seorang diri, ketika berjaya dan lain-lain lagi. Saya selalu merasakan seperti ada seseorang yang sedang bersimpati kepada saya ketika saya mengalami mehnah dan ujian yang sedang menguji kesabaran saya. Malah kalau saya tersilap cakap, kadang-kadang ada sahaja akan berlaku pada saya contohnya ada sampah yang terbang ke muka saya. Malah kalau saya mengantuk ketika sedang ‘kusyuk’ (khusyuk dalam kata lain sehingga tersenyum dalm tertutup mata) menumpukan perhatian kepada syarahan pensyarah jua selalu akan ada semacam tepukan ke bahu saya, ketukan ke kepala saya dan macam-macam lagi. Saya merasakan sentiasa pergerakan saya diperhatikan.

Serius saya bertanya, pernahkah sahabat-sahabat juga merasakan apa yang saya rasa atau saya yang perasan sendiri??? Sebenarnya saya merasa Dia benar-benar s

elalu memerhati kepada saya, menemani kesedihan saya, memberi simpati kepada saya malah menyintai saya dan sentisa menemani setiap langkah yang saya buat. Yang silapnya dan memang ada silapnya dan saya perlu mem

perbaiki apa yang saya fakir iaitu saya selalu fikir kekasih saya sedang memerhatikan saya, walhal saya belum ada kekasih hati. Sungguh saya menyesal bila berfikir begitu. Setelah saya berfikir sejenak, benarlah ada sesuatu yang memerhatikan kita dan sebenarnya itulah konsep ihsan.

Alhamdulillah saya menemui jawapannya. Sebenarnya kekasih yang benar-benar yang saya cari dan ingin kenali itu adalah Allah subhanahu wa taala. MasyaAllah sungguh besar kesalahan telahan selama ini. ‘I’m so regret it.’

Konsep Ihsan

Benarkah konsep ihsan sentiasa hadir dalam diri dan setiap orang. Adakah kita berjaya berjaya melawan diri daripada melakukan perkara yang dilarang olehNYa?

Saya tertarik dengan apa yang saya temui. Konsep ihsan galak buat kebajikan.

http://nurjeehan.hadithuna.com/konsep-ihsan-galak-berbuat-kebajikan/

Ihsan terbahagi kepada dua iaitu ihsan dalam ibadat dan ihsan dalam muamalat.

Ihsan dalam ibadat di mana dalam dalil: “Ihsan itu ialah hendaklah kamu menyembah Allah (SWT)seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak melihat-Nya sekalipun, maka sesungguhnya Allah (SWT)tetap melihat kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Manakala Ihsan dalam muamalat pula adalah kita merasakan setiap pekerjaan dan urusan kita seharian adalah mendapat ganjaran yang sangat bermakna dalam hidup kita. Ya, sebagai ‘hadiah’ berharga yang mungkin menjadikan kita tersenyum sendirian. Contohnya jika kita berjaya membuktikan kita boleh berjaya menghabiskan kerja yang diberikan kepada kita oleh program yang kita sertai contohnya sebagai Pengarah program Smart Solat. Usaha

yang kita lakukan secara bersungguh-sungguh sehingga tidak tidur berhari-hari dan bergegas ke sana sini. Biarlah orang masih berfikir bahawa kekurangan masih terserlah dalam program tersebut atau usaha yang telah dibuat oleh kita tidak dihargai macam mana pun. Tetapi jika dengan adanya konsep ihsan dalam muamalat kita, insyaAllah segala-gala yang kita hadapi akan menjadikan kita setenang-tenangnya kerana Allah sentiasa bersama kita. Menemani kita melayan rajuk kita, penat kita atau rasa puas kita, senyum kita. Indahnya.

Jadi usaha kita untuk mengalami kemanisan tersebut adalah deng

an rasa itqan dan ikhlas dalam diri kita. “Sesungguhnya Allah (SWT)mencintai jika seseorang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan dengan itqan (profesional dan terbaik).” (Hadis riwayat Baihaqi)

Dahulu ketika zaman saya menjadi AJK program-program,

saya telah mengalami banyak pengalaman. Dari seremeh-remeh perkara sehingga ke sebesar-besar perkara (Bagi diri saya). Kadang kala saya berfikir bertuahnya saya mengalami semua itu walaupun saya tahu banyak kesalahan sebenarnya yang telah saya lakukan contohnya saya telah dimarahi oleh seorang penceramah kerana telah tersalah alamat menghantar bayaran. Sangat menggelisahkan sebenarnya mengalaminya sehinggalah akhirnya ia dapat diselesaikan. Saya tak pernah menceritakan pada orang lain sebab

saya tahu itu kesalahan saya sendiri. Banyak lagi pengalaman-pengalaman lain yang saya alami dan sekarang saya hanya sekadar menjadi penasihat dan bukan penggerak lagi. Saya kurang bercerita dan itulah sebabnya saya kurang berjaya. Mungkin. Dan mungkin itu telahan saya sendiri sahaja. Dalam blog ini saya akan cuba menjadi seorang pengongsi yang sebaik mungkin untuk sahabat-sahabat dan mungkin untuk anak-anak saya nanti.

Akhir sekali, saya nak ajak seramai mungkin mahasiswa-mahasiwi Universiti Malaya tidak kira bangsa apa, tahun berapa, ambil pengkhususan apa, jom sertai Skuad Reader.

Rujuk papan notis perpustakaan utama.

InsyaAllah huluran bantuan anda yang sedikit dapat memberi impak maksimum dalam diri orang yang memerlukan bantuan anda. Jom sertai Skuad Reader untuk membantu golongan OKU di ‘library’ UM. Sungguh kasihan saya melihat mereka. Malah pernah saya bersembang dengan seorang senior yang merupakan pelajar Master. Beliau mengatakan bahawa orang yang berupaya hanya perlu belajar sekali sahaja untuk memahami sesuatu matapelajaran. Tetapi orang kurang upaya perlu mengambil 7 kali pengulangan untuk benar-benar memahami matapelajaran mereka. Sungguh kesian. Ya, mereka benar-benar berusaha. Malah saya pernah terdetik. Alangkah tabahnya mereka dan bertuahlah sesiapa yan dapat menjadi teman hidup mereka kerana mereka adalah golongan yang sangat berhati mulia dan tabah. InsyaAllah jumpa lagi… Sen(^_^)Yum selalu!!!

Kepada adik-adikku, jom jogging pagi-pagi sebelum exam ni. Sihatkan badan dan minda kita k. ‘All the best for your future.’ Kalau nak beli kopi radix, boleh pesan dengan akak ye.

Sekiranya ada teguran terhadap tulisan saya, tegurlah secara membina ya. Saya hargai setiap apa yang sahabat-sahabat tegur. Segala yang ditulis di sini hanyalah perkongsian dan sebagai muhasabah diri saya bagi menjadi seorang yang benar-benar berguna di sisi Kekasih saya Allah S.W.T. Jangan ‘jelous’ ya. Hehe


Thursday, October 23, 2008

Romantik

Mesej pertama:

"Bah, no kp awk brp?" (Adik Qi- 11.47pm)
- "oho...hepi beday"
--(hihi beday pulok dio oyat)

My lovely Aini:

"Selamat hari lahir Aini chayunk! Nah amik hati I ni sbg hadiah Besday. Pasni jg hati I elok2 ye. U nk bg apa kt I?" (Adibah-11.53 pm)

"Thanx..awk pun hepi besday..moga pjg umur n cpt kawen..hehe.. i bg u bintang kt langit, jg tau..jgn bg ilang.." (Aini - 00.00 pm)

"Panas btl bintang tu. Ltk kat langit ye. Thanks" (Adibah-00.02am)

"Confirm xilang pnya hadiah yg i bg kt u tu..hehe..pepun take care ya.."
(Aini-00.32am)

Mesej pagi:

"Selamat hari lahir moga dijauhi dari segala penyakit. Bejaya dan panjang umor" (Mami)

Selamat hari jadi, semuga doa dmakbulkan diberi taufik&hidayah&iman&amal soleh&berpegang dgn kebenarandan sentiasa sabar.
(Abah)

Slm. Aku sero besday mu arini. Hepi besday. Sukses slalu.
(Kak A)

Selamat hari lahir..moga lbh cemerlang di masa akan dtg...
(Kak Ma)

Delivery of b'day Cake from me to u. Happy Birthday! (Kak Fida)

Thanks to all for remembering me. Dan untuk yang tak ucap lagi pun terima kasih jugak sebab jasa yang anda semua telah beri selama ni masih daku kenang selalu. Sikap mudah lupa memang sering sahaja tak dapat dielakkan dan itu merupakan satu lumrah kejadian manusia. Mohon maaf segala dosa saya pada semua.
Post Permata yang dicari juga telah saya baca. Terima kasih banyak-banyak kepada penulisnya. Alhamdulillah segala-segalanya merupakan anugerah Allah kepada anda semua dan juga saya.

Wednesday, October 22, 2008

Hadiah hari jadi dari orang teristimewa

(Perkongsian daripada salah seorang sahabatku)

Seawal jam 3 pg lagi saya dah kunci jam. Tak tahulah sama ada sebab hari ini saya nak pergi Mustasyfa atau sebab saya nak stadi. Tapi walaupun dah kunci jam, saya tekan ‘snooze’ 10 minit. Kemudian bunyi lagi, saya tekan ‘snooze’ lagi. Kemudian bunyi lagi, saya tekan ‘snooze’ lagi. Kemudian bunyi lagi, saya tekan ‘snooze’ lagi. Kemudian bunyi lagi, saya tekan ‘snooze’ lagi. Kemudian bunyi lagi, saya tekan ‘snooze’ lagi. Kemudian bunyi lagi, saya tekan ‘snooze’ lagi. Kemudian bunyi lagi, saya tekan ‘snooze’ lagi. Kemudian bunyi lagi, saya tekan ‘snooze’ lagi. Dan akhirnya saya berkata dalam hati, “Habis tu bila aku nak bangun? Tak boleh jadi ni”. Kemudian saya bangun akhirnya pada jam 4.45 pg. Tidur pun tak nyenyak dan nak ngantuk lagi. Saya ambil keputusan untuk terus mandi aje. Boleh hilangkan mengantuk.

Kemudian saya siapkan segelas kopi Radix untuk hilangkan mengantuk. Bila sahaja azan dilaungkan, saya menyeterika baju dan ambil wudhu’. Selesai solat, saya minum air tu. Dah sejuk. Kemudian saya mesej Syahidah bertanyakan tentang internet di biliknya.

Bila dah baca email dari Dr. Annie Tan, Ha? Tak percaya aku. “ no problem, You can come to my room at 11 am on Friday”. Hu Hu. Kesimpulannya, hari jumaat 24 Oktober nanti saya ada 3 test

- Teknologi Dalam pendidikan sains 8 pg
- Mikrobiologi am 11 pg
- Struktur dan Fungsi tumbuhan 3 ptg

Jadi macam robot la saya hari tu. Gara-gara berjanji untuk dating dengan Tabib di Mustasyfa sejak 6 bulan lalu. Saya bertolak ke sana pukul 7.30pg lagi. Sampai sana 7.50 pagi. Ambil nombor dan duduk. Tempat ni dah berubah sedikit. Kemas tapi masih kompleks. Tunggu punya tunggu,pukul 8.51 pg baru jumpa pemeriksa ‘anak2’. Siap pukul 9.20 pg. Bagus betul ‘anak2’ ni. Tak membesar pun. Tapi sebelum saya nak jumpa tabib saya tu. Pemeriksa tadi minta nak cakap sekejap. Kemudian dia cakap ada seorang yang bernama tabib Rozita nak jumpa lepas saya jumpa dengan tabib sepatutnya. Masa dia terangkan kenapa nak jumpa tu, saya ‘blur’ sebab tak faham bahasa pemeriksa ni. Tapi apa pun dah bagi nombor telefon. Nanti dia telefon lah.

Kemudian, bila dah ambil nombor. Kena la tunggu lagi. Kali ni saya keluar beli ‘some food for my stomach’. Sarapan pagi. Saya makan kat bangku kat luar sebab kat dalam mustasyfa tu banyak bakteria dan virus. Jadi dielakkan daripada makan kat dalam. Kemudian masuk lagi ke tempat menunggu. Belum dipanggil lagi nomborku. Baca surat khabar dahulu. Kemudian bila sahaja nomborku dipanggil. Saya pun masuk jumpa tabib tu. Eh? Yang lain pulak. Lelaki. Ish ni yang saya tak puas hati. Kena cerita sedikit sebab saya rasa macam dia tak bertanya. Saya cakap perlu “bersalin”? Dia cakap kene tengok dulu. Nih buat saya malas ni. Saya tanya kalau tak check boleh sebab saya dah check tadi dan hasilnya ada terpapar di skrin komputer atas mejanya. Kemudian, Tabib tu cakap: “Oh kalau begitu saya tak boleh nak paksa la. Jadi tak boleh buat keputusan la”. Bunyi macam mengugut dan kecewa. Ala hampeh la Tabib ni. Saya pulak kene pujuk. Saya tanya “kalau nak check dengan Tabib perempuan?” Dia jawab “ok”. Kemudian, bila diperiksa oleh Tabib perempuan, dia kata kecik aje. Jadi tak perlu “bersalin” pun. Saya tak puas hati.

Kesimpulannya, saya akan buat pemeriksaan kat tempat lain nanti. Kenapa? Sebab Tabib tadi cakap mereka akan buat pemeriksaan setahun sekali sebab mereka nak tengok perkembangan seterusnya tentang “anak2” ku tu.. Dalam hati saya berkata, “ Nak tengok perkembangan baik ke buruk?” Kalau tak baik, buruk la. Kalau perkembangan baik, Alhamdulillah. Tapi tempoh tu terlalu lama. Buat saya chuak sebab saya merasa bahawa saya sedang membawa “anak2” kadang-kadang. Bulan 10 ‘next year’. Masa tu dah ‘graduate’ insyaAllah. Jadi saya bertekad nak teruskan kat KB bila balik nanti.

Semasa saya sedang menunggu giliran nak buat ‘the next date for dating’, saya dapat panggilan daripada Tabib Rozita. Dia cakap “datang ke tempat pemeriksaan ultrasound yer”. Saya jawab “ok”. Saya bersyukur sekurang-kurangnya ada tawaran untuk dibuat ‘case study’ tentang “fibrod adinoma” ni. Terasa sedikit dipantau sentiasa untuk masa hadapan. Dalam saya sedang ke sana ke mari tadi. Saya nampak dari jauh seorang yang tak asing lagi dalam arena politik pada hari ini. Siapa agaknya ya? Saya nampak Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Dia menemani ayahnya. Sakit agaknya. Sakit tua. Kemudian apabila saya jumpa Tabib Rozita, beliau dan ayahnya pun datang duduk di sebelah saya. Beliau memulakan menyalami saya. Senang rasanya dan berbesar hati saya apabila orang berpangkat sepertinya datang kepada saya. Seorang yang berjiwa besar dan berhati rendah begini. Sangat mengagumkan. Menemani seorang ayah walaupun tugas berlambak di sana sini. Sunguh mengharukan.

Di sini saya ulaskan sedikit tentang:

Perempuan Muslimah,
Vs
Gadis Melayu anjuran TV Astro.

Perempuan Muslimah kalau berdiri tidak meninggi, kalau duduk merendah pada yang sepatutnya,
Perempuan Muslimah kalau berbicara petah bercakap, kalau bergerak lembut dan sopan,
Perempuan Muslimah kalau bertindak penuh hemah, kalau berhujah bijak berfikir,
Perempuan Muslimah kalau bergaul tahu batasnya, kalau merantau tahu asalnya.

( Diubahsuai mengikut pendapat penulis)

Dan satu lagi saya nak tambah:

Perempuan Muslimah kalau tarbiah Islamiah diperbaiki, amal dan serinya menebar ke segenap sudut.

Akhir sekali, saya bersyukur sangat dengan semua perkara yang telah saya lalui pada hari ini. Semuanya merupakan sebagai hadiah hari jadi buat saya. Dan hadiah buat insan istimewa yang sentiasa hadir dalam hidupku yang sentisa menemani ke mana jua daku melangkah: Adibah Suhaili.

Hati Bersih


Hati yang bersih, mencari hati yang bersih. Itu matlamat kita sempena kehadiran exam terutamanya. Jauh daripada hasad dengki yang sememangnya merosakkan hati yang bersih.

“Promise me you will believe. You must believe yourself. There are no accidents”.
(Kata-kata daripada filem Kung Fu Panda)

Semuanya mesti dimulakan dengan senyum dan fikir positif. Sebenarnya apa yang saya tulis ni hanya untuk mengingatkan diri sendiri. ‘Yeah! Myself must start first’

Sabda Rasulullah saw. “ Dari Abu Dzar ra. Berkata, berkata kepadaku Rasulullah saw; “ Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, meski hanya sekadar wajah cerah yang kamu berikan ketika bertemu saudaramu”
(HR Muslim)

Hati bersih mampu lihat kebesaran Israk dan Mikraj
"ATAP rumahku dibuka, saat itu aku berada di Makkah. (Malaikat) Jibrail turun dan membedah dadaku, kemudian mencucinya dengan air zamzam. Kemudian didatangkan sebuah bekas dibuat daripada emas yang berisi hikmah dan iman, lalu dituang ke dalam dadaku. Kemudian dadaku ditutup." Demikianlah diterangkan Rasulullah SAW seperti diriwayatkan al-Imam al-Bukhari. Peristiwa itu berlaku pada malam Israk dan Mikraj, seketika sebelum Baginda menaiki buraq untuk meluncur sekelip mata dari Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.
Timbul persoalan, mengapakah perlu dicuci hati Rasulullah SAW sebelum perjalanan itu? Ia adalah satu daripada beberapa rahsia yang boleh disingkap daripada peristiwa Israk dan Mikraj iaitu kelayakan perlu dimiliki hati sebelum dapat meraih keistimewaan bakal Allah berikan kepada tuannya. Hanya hati yang bersih layak untuk diperlihatkan tanda kebesaran Allah ketika Israk dan Mikraj, manakala hati yang kotor, dicemari kuman kedengkian, buruk sangka, dendam, angkuh, ujub, riak dan sebagainya tidak layak untuk semua keistimewaan itu.

Tentu saja janji itu dengan syarat kita melakukan segala usaha dan persiapan yang patut kerana Allah mensyaratkan: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah al-Ra'd, ayat 11)

(Oleh Hafiz Firdaus Abdullah)

"The first setting in our mind must the Goal of our dream. Then do the efforts with accomplish by Tawakkal. (^_^)"

Adik


Kalau nak fikir tentang air, grrrrr geram tak terhingga. Perasaan nak je ajak orang-orang yang rasa nak lepaskan geram tentang air ni pakat-pakat pergi buat demo. Grrr Geram. Diorang ni geram-geram jugak, tapi tak tahu nak ngadu kat sapa. Haaa… itulah fungsi perhimpunan ramai-ramai dan sampaikan dan luahkan apa yang terbuku di hati kita. Bila ramai, baru orang pandang, paling kurang pun memberi jerlingan maut. Haha.

‘Intro’ sahaja. Tapi bukan itu isinya. Sempena exam yang bakal menjelang ni, seny(^_^)um nak kongsi bersama-sama apa yang dipelajari di dalam kuliah. Best kalau dengar ‘lecturer’ bersyarah. Jadi, saya nak kongsi dengan kakak-kakak dan sahabat-sahabat sekalian juga. Jom la baca ye. Jangan la bosan baca blog ni yer. (^_^).

Tapi, dalam post ni, saya nak kongsikan kisah saya kelmarin (16Okt2008) Khamis. Hari yang amat bermakna buat saya dan adik saya. Adik yang sama maksudkan ialah adik lain mak dan lain ayah sorang ni. Shalina. Saya sayang adik saya. Ada ramai lagi adik. Tapi kali ni nak kongsi tentang adik yang sorang ni dahulu yer.

Dah lama saya tak jumpa Shalina. Kelmarin saya tekadkan diri untuk berjumpa dengan dia. Tak tahu kenapa nak juga jumpa walaupun hujan yang lebih sedikit daripada renyai dan kurang sedikit daripada lebat sedang mencurah-curah. Redah je lah. Tak ada masa lain nak jumpa dah.

Dah lama saya fikir, kenapalah susah sangat nak menyayangi seorang adik tulus dari hati dan konsisten. Memanglah dia bukan sedarah sedaging. Itulah masalah yang dihadapi sejak sekian lama.

Dulu saya pernah bagitahu sahabat saya saudara H; “Saya boleh berdikari dan saya tak nak menyusahkan sahabat-sahabat, jadi sebab itu saya jarang menghubungi sahabat-sahabat saya“. ’Sense’ sahabat dalam diri saya kurang saya ekspresikan. Mungkin sebab saya tak faham. Malah sebenarnya saya sendiri merasakan saya kekurangan expresi tu. Expresi pada keluarga dah berjaya. Tapi itulah. Mungkin kerana sikap suka pentingkan diri sendiri. Yeah, itulah dia. Dan apabila sahabat saya saudara H menjelaskan bahawa pentingnya seorang sahabat ini bukan hanya ketika kita perlu sahaja, malah lebih daripada itu. Apabila kita membaiki perspektif kita bahawa Memberi lebih bermakna daripada Menerima, kita tak akan rasa ‘lokek’ untuk mencurahkan kasih sayang kita. Seperti kata Amin Idris dalam konsep Magnet dirinya, kita kena ubah mentaliti kita daripada Mentaliti Mangsa kepada Mentaliti Juara. Yang utama adalah kita yang perlu selalu bertanya khabar sahabat kita. Kita yang kena mula dulu apabila sahabat-sahabt kita diam.

Itulah silapnya saya dahulu. Dan masih ada lagi baki-baki hari ni. InsyaAllah sama-sama kita buang semua tu. Saya sayang adik-adik saya. Saya cuba menjadi seorang kakak yang benar-benar menyayangi adik-adik. Berbalik kepada Shalina, saya sangat kagum sebenarnya dengan dia. Walaupun hidupnya sungguh kasihan, tapi apabila berdepan dengan orang, dia seorang yang menarik. Keriangan dia, cara dia menghiburkan orang lain dan macam-macam lagi. Dan itulah kelebihan saya mendapat adik-adik yang ramai ni. Setiap adik ada kelebihan masing-masing. Saya belajar memahami diri saya melalui adik-adik saya. Masing-masing ada keistimewaan yang saya sendiri tak ada dan saya amat kagum dan sayang pada mereka. Sampai terbawa dalam mimpi saya. Kononnya nak kumpulkan semua adik-adik. Itu mimpi je. Tak tahulah dapat jadi kenyataan atau tak.

Tapi tak apa lah dulu tentang nak kumpul adik-adik angkat. Rumah mak angkat pun belum pergi jenguk lagi. Haha teruk betuk perangai (terus mencapai ‘handset’ menghantar mesej kepada kakak angkat Kak Da).

Kepada Kak Ma, bila kita tak buat susur galur keturunan ni? Hari raya tu nak buat tapi tak sempat, dah betolak ke UM dah =p.

Nantikan kejayaan kami membuat projek mengumpul ahli-ahli keluarga abah dan mami ye. Kenapa nak buat? Sebab sendiri tak kenal saudara-mara. Bila tiba hari raya aje, mulalah tanya, itu siapa, ini siapa, anak Che Yah berapa. Lupalah sebab setahun sekali jumpa. Wah ini projek besar! Mana tahu masa akan datang kami berjaya buat hari keluarga. Tingginya cita-cita. Moga mimpi yang terbina akan menjadi usaha sebab matlamat sudah ada. Yang penting seny(^_^)um!

Wednesday, October 15, 2008

Fitrah Hari Raya dan Exam



Assalamualaikum buat ibu ayah, adik-beradik, guru-guru dan semua sahabat yang mengenali saya malah yang tidak mengenali saya. Indahnya iman jika kita bukan sekadar menyintai Allah, bahkan Rasulullah s.a.w serta saudara-saudara seIslam yang lain. Post yang saya taipkan ini ingin sangat saya kongsikan bersama semua. Sabtu lepas saya dan sahabat-sahabat UM menghadiri satu majlis Hari Raya. Dalam majlis tersebut, jemputan adalah Senator Mumtaz Mat Nawi. Wah kalau nak kenal, beliau merupakan salah seorang ahli Parlimen wanita daripada barisan alternatif yang berasal daripada Kelantan. Beliau merupakan bekas pelajar Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. Apa lagi, ‘my school’ jugak la tu. Beliau pada zamannya merupakan pernah menjadi pelajar terbaik di sekolah. Umurnya tidaklah terlalu tua bagi kami. Bolehla kita panggil kakak aje.

Dalam majlis berhari raya tu, beliau dijemput untuk menyampaikan sebuah ceramah bertajuk Tarbiyah Hari Raya sebagai Fitrah Manusia (sebenarnya agak lupa la tajuk sebenar, sori (^o^).

Mengadakan aktiviti ziarah menziarahi pada hari raya merupakan salah satu aktiviti yang memberikan faedah yang sangat besar katanya. Kita kembali kepada kelebihan yang yang suadh kita maklum iaitu bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. Ha, apa maksud silah ye? Silah bermaksud kaitan/ hubungan dan Rahim pula maksudnya kasih sayang. Maksudnya di sini pentingnya kita menghubungkan semula kasih di kalangan kita yang dahulunya pernah berada dalam satu rahim yang sama. Kita dari satu rahim yang sama betul tak? Tak ingat la tu. Kenapa beliau berkata begitu kerana kita telah hadir dari perut yang sama dari rahim seorang perempuan bernama Hawa sebagai satu petunjuk kepada orang beriman dan orang yang tak percaya.

Secara saintifiknya apabila kita ziarah menziarahi rakan taulan dan sahabat handai kita. Kita akan mengumpul sebanyak mungkin cas2 positif ke dalam tubuh kita. Ia kerana apabila kulit kita bertemu, apabila bersalaman dan berpeluk, akan berlaku ‘transferation’ cas2 yang menjadikan kita menjadi lebih bercas positif jika sabahat handai kita tu adalah dari kalangan orang yang baik2. Sebabnya ada kajian menyatakan bahawa, orang2 yang baik mempunyai cas2 positif dalam badan. Lebih2 lagi ulama’.

Satu lagi beliau menjelaskan kenapa apabila org Islam yang bukan dari negara yang sama apabila bertemu, mereka secara automatiknya akan mudah mesra dan ada rasa ‘instint’. Ini kerana dia atas kepala kita, adanya ‘John Point’(entahlah macam mana ejanya sebab dengar je). Nak bagitahunya di sini ialah apabila setiap lima waktu solat fardhu, kita akan solat, sujud dan ruku’. Apabila ketika kita ruku’, akan bertembunglah ‘John Point’ tu dari seluruh pelusuk dunia di Ka’abah. Jadi disitulah gelombang-gelombang dari seluruh pelusuk Islam bertemu. Macam cerita Naruta la katakan. Tapi ini hikmah untuk diterangkan bagi pendapat saya la kalau anda semua tak percaya. Eh jap, tahu tak ‘John Point’ tu apa? Hehe lupa nak cakap. 'John Point’ tu adalah ketika kita bayi dulu2 tu, ada ubun2 kita yang lembut atas kepala kita. Lama-lama memamnga keras. Tapi itulah kawasannya.

Seterunya dalam ceramah usztazah Mumtaz, katanya sempena exam yang bakal menerpa tak lama lagi, kita digalakkan sentiasa seny(^_^)um. Bukannya kena murung. Sebabnya kita akan dipenuhi dengan cas2 positif yang apabila orang lain dekat dengan kita pun akan turut sama tersenyum dan hilang kerunsingan tuk exam nanti. Ilmu pun senang nak faham dan masuk. Itulah antara hikmah disabdakan bahawa senyum itu sedekah.

Membaca walaupun banyak, jika tiada keberkatan, apalah gunanya. Merujuk kepada hadis pertama imam nawawi, segala perbuatan kita adalah bermula dengan niat. Setiap kerja-kerja projek ke, program ke, Jawatan Perkembangan kolej ke, Jawatan Tindakan Kolej ke, atau membuat usrah ke, jika niat kita KERANA ALLAH S.W.T, insyaAllah membaca 20 minit sahaja pun sudah penuh dengan keberkatan. Lagi lama, lagilah BERKAT. Itulah kalau kita jumpa pelajar cemerlang yang aktif berpesatuan, aktivis-aktivis universiti dan sebagainya dalam masa yang sama juga mendapat ‘DEAN LIST’. Malah mereka juga mendapat AD-DEAN LIST. Moga2 kita juga tergolong dalam golongan itu lah ye. Kalau tak tergolong tu ada yang perlu diperbaiki lagi la tu termasuklah saya. Hehe

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Bahwasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bahwasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya….

Ha… tips stadi pun beliau bekalkan jugak sempena nak exam ni. Beliau dulu semasa menjawat jawatan MPM ketika belajar di UIA, beliau telah pun mendirikan rumah tangga. Ala ala macam kisah ‘Dunia Baru’ watak Anne tu lah. Siap ada anak lagi. Beliau masih dapat membahagikan masa sebagai mahasiswa, Majlis Perwakilan Mahasiswa, isteri, dan ibu. Wah!

Tanyanya “ Cuba bagitahu siapa antara kamu semua ni, sebelum baca buku tengok soalan past year dan tengok skema subjek sebelum memulakan pembacaan?” Pastu beliau Tanya lagi, “ Siapa yang masa nak mula membaca tengok kandungan buku tu dulu”. Ini tidak, apa yang dipelajari sepanjang sem pun berterabur. Dulu saya macam tu la. Biasanya itulah silap pelajar2.

Ok seterusnya beliau bertanya. Bagaimana hubungan kita secara horizontal dan vertical kita dalam kehidupan seharian. Ini pun penting dalam membantu kita memdapat keberkatan. Hubungan ini samalah dengan kejadian ketika nabi Muhammad s.a.w yang naik langit ketika Israk dan Mikraj. Yang mana ketika perjalanannya, Baginda dapat melihat seluruh yang berlaku di neraka dan syurga. Israk adalah horizontal dan Mikraj adalah vertical. Kenapa dipanggil horizontal dan vertical? Hubungan horizontal adalah hubungan kita dengan sahabat kita, kawan sefakulti kita, roomate kita, dan sesiapa sahajalah termasuk jugak mak guard mak cik penyapu sampah, tukang kantin. Hubungan vertical pulak adalah hubungan kita dengan Allah S.W.T. dan selain daripada itu dengan ibu bapa, pensyarah-pensyarah, pihak pengurusan dan sesiapa yang berpangkat la. Merekalah sebenarnya penilai kita secara tidak lansung dan lansung terhadap kita. Beliau menceritakan ketika beliau mula2 bergelar sebagai senator. Katanya, bagilah RM500 pun, takkan sama dengan mesej2 yang dia terima daripada sahabat2 dia dahulu. Termasuk roommate ketika dahulu. Kata roomatenya, “Kau memang patut jawatan tu Mumtaz”.

WA Hablum Minanas WA Hablum Minallah. (surah Aljumu’ah ayat ke 9 hingga 11)

Akhir sekali, saya mohon maaf sekira ada salah penyampaian daripada ceramah ustazah Mumtaz. Apa yang saya sampaikan ni adalah daripada ayat saya sendiri dan apa yang saya faham. Mana yang tak cukup tu, sengaja saya tak masukkan. Sumber sekunder. Apa yang baik itu dari Allah S.W.T dan buruk itu daripada saya sendiri kerana saya insan yang lemah.


Wednesday, October 8, 2008

Takut (- , -)


Hmmm.... Lepas je raya la ni... seram sejuk jer rasa.. macam2 rasa takut. Ada banyak sebab kenapa saya takut... 1. Takut PRK 2. Takut tak siapkan lagi asignment last tekno dalam pendidikan.. 3. Takut tak sampai sebulan lagi final exam 4. Takut tuk buat appointment dengan doktor. 5. Takut sebab dah lama tak stadi usrah. 6. dll (ntah apa lagi dah).

Terduduk saya tadi termenung akan masa yang berlalu begitu pantas. Saya teringat kata-kata ustaz bahawa hidup di akhirat kelak sehari bagaikan 400 hari di dunia. MasyaAllah.... bahagianya lama begitu... Tak sama macam sekarang.... Di ambang hari raya lepas, kami dikejutkan dengan tiga berita yang menyayatkan hati... pertama: kakak kepada sahabat kami Syeikh Umar telah dipanggil ke Rahmatullah sebelum sempat sampai ke rumah berhari raya. Kedua: Ibu kepada bakal calon umum Pro-M Saudari Fitrah telah meninggal dunia, tak silap disebabkan sakit. Dan yang ketiga, seorang pelajar tahun 3 Biokesihatan dengan pengajian Islam dari Pasir Mas, Kelantan (NurHazwani Zakaria) juga menyahut panggilan Illahi pada 4hb Oktober kerana kemalangan. Boleh lah saya simpulkan bahawa kematian- kematian tersebut terlalu hampir dengan saya.

Agak gerun juga saya sebenarnya. Bila menggambarkan keadaan di alam barzakh nanti. Apa sangat bekalan yang nak dibawa ke alam sana. Dengan solat yang lompong, hukum yang tempang, muamalat yang tak tersempurna dan macam-macam lagi.
Pada hari raya keempat, saya, abah, mami, adik qi dan kak ma melawat kubur kat Banggol di KB, semasa bacaan talkin, saya cuba bayangkan keadaan seluruh jenazah yang ada dalam kubur tu jika dengan kuasa Allah terbuka hijab antara kita yang masih hidup ni. Alangkah menggerunkan jika yang menakutkan dan amat terharunya jika yang menggembirakan.

Ya Allah, pernah suatu ketika aku memohon padaMu agar tunjukkan apa yang boleh membantu aku masuk ke syurgaMu. Namun aku masih leka.


Pernah juga suatu ketika aku ingin membantu kedua ibu bapaku tuk bahagia di alam barzakh dengan menghafaz al-Quran, namun aku leka lagi.


Pernah dulu aku ingin benar-benar mengkhatamkan quran dengan memahami isinya, namun aku tak buat lagi.


Ya Allah, sempatkah aku ya Allah andai ajalku esok atau lusa?


Saya teringat lagi arwah nenekku Siti Mariam. Arwah tinggalkan kami ketika tiada siapa pun dari ahli keluarga kami di sisinya. Padahal arwah tinggal bersama kami di rumah kami. Abah, mami dan kakak ke Mekah, abang di Pahang, Kak ma di Johor, Syauqi di KL, Kak A di Serdang dan saya di UM. Alangkah kecewanya saya bila tak sempat mencium tangannya memohon maaf kerana selalu merasa terbeban dengan arwah. Cucu yang teruk sekali. Sampai sekarang 'mok' sentiasa di hati saya. Dulu tika hidupnya, arwah selalu menangis bila menziarahi kubur di pagi raya. Dan saya selalu berfikiran negatif. Kenapa mok selalu menangis? Ya Allah, aku bersyukur ya Allah, berkat dhuha yang selalu arwah kerjakan, berkat solat malam yang selalu arwah kerjakan( mungkin arwah selalu jalankan sebab arwah selalu bangun awal), berkat bacaan al-quran yang arwah selalu amalkan ketika sakitnya, arwah meninggal di bulan ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Mungkin akan bertemu lagi dengan arwah nenek di akhirat kelak. Semoga wajahnya nanti berseri-seri dan bahagia menanti jalan ke SyurgaMu ya Allah.

Al-fatihah juga buat arwah datukku yang meninggal di rumah kami. Juga pada arwah Hamidah Ciksu ku. Buat arwah sahabatku Faizah Bt Mohamad. Arwah Faris yang riang. Arwah Ustaz Zin yang meninggal dengan mudah, arwah Kak syafa ( pelajar UM yang meninggal kerana kemalangan di Pantai Dalam UM) dan kepada semua arwah saudarak2 yang dekat ku yang dekat dan jauh. Aku sentiasa merindui kalian.

Kelmarin ketika saya ke Pekan Buku, saya membelek2 buku sekejap sementara menunggu hujan teduh. Waktu tu tengah berkejar nak siapkan risalah, saya terbaca sedikit kata-kata Prof Dr. Hamka. Beginilah apa yang saya ingat. Orang yang ketika hidupnya selalu berfikir tuk mati sebenarnya tak takut untuk mati. Bila matinya nama dan jasadnya malah dicari, dikorek dan menjadi sentiasa hidup segar. Tapi orang yang tika hidupnya melakukan kerja seolah-olah esok tiada dan meninggal dengan kehidupan rutinnya, itulah orang yang matinya menakutkan kerana bila matinya sepi tanpa siapa pun peduli dan tiada sumbangannya pada orang lain. Dah lupa dah ayat sebenarnya. Hmmm... Okey, 'mood' yang kurang hari ni dah saya luahkan kat blog ni malam ni. So doakan saya sukses dalam test esok dan minggu depan. See ya next post! Yang penting kena senyum ^_^. Tumpukan pada stadi k!