Saturday, July 25, 2009

CINTA (6)

2 minggu sudah meninggalkan putrajaya dan 2 minggu sudah menjalankan tugas di Assunta Petaling Jaya. Merindui pelajar-pelajar putrajaya dan menghadapi kerenah pelajar-pelajar Assunta. Sama tapi berbeza. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi mentakdirkan aku ke jalan dunia pendidikan ini. Melihat anak-anak muda mengalami proses pembesaran dan mengalami perubahan hormon. Ku lihat cinta di dalam mata mereka.. ku lihat sayang yang mereka tagihkan dalam menempuhi hidup…

Ya. Kasih sayang.

Hidup remaja-remaja ini masih mentah. Mereka masih tak tahu nak berkomunikasi dengan teknik yang betul kalau tidak diajar terlebih dahulu.

Menurut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui 5 peringkat dan peringkat ke-5 ialah peringkat kejantinaan (12 tahun ke atas). Pada peringkat ini dikatakan awal remaja mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks(labido) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.

Mereka ketika ini seolah-olah dibius rasa kesunyian. Inginkan teman. Inginkan rakan sebagai tempat meluahkan pengalaman hidup.

Menurut teori perkembangan Jean Piaget, pada peringkat umur 11 -15 tahun,
pelajar-pelar mengalami peringkat Operasi Formal iaitu mula berfikiran abstrak. Berupaya menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak.

Jean piaget mengemukan teori ini mugkin adalah mengikut keboleh lasakkan seseorang remaja mengikut perkembangan neuron mereka.

Lagi lasak lagi matang. Lasak mental dan rohani. Lagi banyak anasir luar lagi kuat perisai mereka. Konsep psikologi ini sangat penting kita fahami untuk mendidik anak-anak di zaman kita ni. Ye la.

Iman itu dalam hati. Dan hati itu dilalui neuron.



 

Neuron yang unik sifatnya. Subhanallah. Rupanya macam roti yang mebenarkan cas-cas melompat diatas nya. Kalau kita dapat sentuh neuron tu… agaknya kita buat keronsang kat baju agaknya. Haha aku dah mengarut.

Aku ingat lagi kata-kata semangat aku dulu yang aku tampal di dinding bilikku. Adibah! Terimalah perubahan dengan hati terbuka! Hadapilah dan jangan takut. Hehe lucu tapi benar.

Aku tak kesah apa jenis perubahan sampai pernah beberapa kali hampir tersalah pilih identiti diri. Pernah kawan dengan geng yang tak dikenali. Siap buat gathering lagi. Haha. Pernah juga jadi pelajar yang suka langgar peraturan. Lari dari asrama. Sebabnya? Sebab aku nak rasa semua. Nak rasa jadi baik. Nak rasa jadi jahat. Tapi alhamdulillah tak jauh aku tersasar. InsyaAllah.


 

Jatuh Cinta? Mestilah. Hampir jatuh cinta. Masa tu tengah gatal-gatal nak meraih perhatian padahal kasih abah dan mami sangat sangat cukup dah. Tipulah kalau tak ada rasa jatuh hati. Tapi no Cinta lagi. No-no-no. That's not yet. Hehe.

Berbalik kepada kesungguhan diri ketika memberikan komitmen kepada hidup. Aku adalah aku yang sekarang. Aku adalah sahabat kepada Allahyarham Faizah Bt Mohamad. Pemergian arwah sangat memberikan kesan dalam hidup aku. Bukan kerana arwah membuatkan aku sedih. Tapi arwah menyebabkan aku sedar…. Hubungan antara manusia dan Hubungan dengan Allah adalah tujuan utama kita hidup.

" Arwah baru sampai umur baligh ketika meninggal. Allah sayangkan dia dan alhamdulillah arwah insyaAllah masuk syurga." Ini kata-kata mak aku yang aku merasakan aku sangat terpukul kerana ketika kecik-kecik dulu selalu tipu aku dah solat.

Masih ingat lagi tawa senyum arwah bergigi arnab tu. (^_^). Love you!

Begitu juga pemergian nenekku Allahyarham Siti Mariam. Insan yang aku jadikan teladan dalam menempuhi hari mendatang.


 

Allahumma, bantulah hamba dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu serta memperelokkan amal kepadaMu.



 

Renung-renungkan dan selamat beramal.(^_^)

No comments: