Ku bersyukur. Ini jalanku.
Jalan penyuluh kepada anak bangsa moga.
Tuhan, ku sedar jua akhirnya.
Kenapa guru jalanku.
Kenapa tidak doktor. Kenapa tidak jurutera.
Kerana ini takdirku.
Takdir ini hanya aku dapat rasa.
Dengan susah yang aku hadapi setiap langkahku dulu.
Ku mengerti kini.
Kerana ini tempatku.
Kenapa aku tidak di atas cita-citaku dulu.
Kerana kutahu kini ini naungan takdirku.
Cita-citaku dulu mungkin pemusnah hidupku.
Kerana niat cita-citaku tidak sesuci ketentuan takdir ini.
Takdirku ini ku dapat setimpal dengan kesucian ketentuan Ilahi.
Syukur Ya Tuhan. Inilah jawapannya.
Jawapan yang aku sendiri baru sedar.
Terima kasih anak-anak pelajar sekalian.
Cinta dan kasih dalam jiwa kalian menggilap kesucian takdirku.
Moga kita bertemu lagi dalam naungan CINTA.
No comments:
Post a Comment