Berdiam merenung kembali apa yang telah dibuat dan yang ditinggalkan di dalam hidup. Membaca massa dan media mengakui hidup sebagai hipokrik dan ikhlas. Membeza banding setiap tingkah dengan menyingkap cermin diri dari setiap penjuru hati. Di mana ayat-ayat cinta Tuhanku? Dimana kisah-kisah cinta Pesuruh Tuhanku? Ku sangka aku sudah bertabahan diri. Namun tidak sebenarnya.
“Allah sangat dekat dengan kita, lebih dekat lagi daripada urat nadi kita.”
“Lalai di dalam solat maka bersiaplah kamu dilaknat Allah.”
Kita anggap diri kita mampu sembunyikan masalah diri. Mampu tersenyum walau diri penuh dengan liku-liku ujian. Tapi itu usaha motivasi saja. Hakikatnya kita lemah juga. Lemah kalau usaha itu tidak disertai mohon petunjuk dari Tuhan.
“Hayya ‘ala solah, hayya ‘alal falah”
Marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan.”
Kejayaan yang benar-benar kita cari selama ini mungkin masih tersorot. Masih tersimpan jauh di sana. Jadi, kita mohon petunjuk dari Tuhan agar limpahkanlah taufik dan hidayah pada kita agar kejayaan hakiki diri kita akan terserlah. Tanpa petunjuk dari Tuhan, pilihan kita untuk benar-benar berjaya takkan mampu dicapai.
Tuhan, alam cakerawala tidak mahu berbicara dengan aku…
Tanah jua enggan berbicara dengan aku..
Aku bingung aku buntu…Aku berusaha dan berusaha..
Namun apa yang aku dapat?...
Kecuali dengan cintaMu…Baru aku sedar aku bersusah di dunia kerana mengejar cintaMu.
Bagaimana mencari Barokah dalam menuntut ilmu?
No comments:
Post a Comment