Thursday, July 16, 2009

Erti hidup pada memberi

Miss you, miss you, miss you. I'm really miss you all. Every time I'm thinking of you my family...

Apa sebenarnya erti hidup? Hidup bagaimana yang dikatakan berisi dan memberikan kepuasan? Bersoal pada hati yang benar-benar mencari erti hidup. Sungguh. Susah benar nak mecari erti hidup kita sendiri apabila kita menganggap kita perlu dikasihani.

Melalui jalan ini, ramai anak-anak muda mengisi kekosongan dalam diri dengan membuat perkara-perkara yang menghiburkan hati. Mereka sentiasa menganggap diri mangsa kepada hidup dan memerlu kan PERHATIAN.

"Tiada siapa kasihan kat aku."

Terlalu mudah bukan berkata begitu. Malah ini merupakan naluri semula jadi manusia. Tambah-tambah lagi apabila hormon testosteron, estrogen dan progesteron meningkat dalam tubuh kita. Kita memerlukan CINTA!

Cinta yang dimaksudkan boleh merangkumi antara antara Allah dan antara manusia(Hablu minallah wa hablu minannas).

Kita pasti suka kepada orang yang mengambil berat tentang diri kita. Tambahan pula kita sedang merasa kesunyian dalam hidup kerana salah tafsir kita mengenai cinta. Terus kita meletakkan orang tersebut sebagai insan istimewa dalam hidup kita.

"Hidup aku kosong Ya Tuhan. Aku bingung dalam rutinku."

"Di mana aku ingin mencari erti hidupku Ya Allah?"

"Ya Allah berilah kepuasan dalam hidupku dan jadikanlah aku sebagai hamba yang berguna."

Takdir kita bahawa kita adalah hamba. Hamba yang menumpang merasa kasih daripada Pencipta dan menjaga hubungan dengan keluarga dan sahabat handai.

Manusia diciptakan berbagai bangsa untuk saling kenal

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-hujurat 13:49)

Menumpang kasih serasa seperti kita yang patut dikasihi bukan? Mari kita tambah satu ayat lagi...

Takdir kita bahawa kita hambaa. Hamba yang perlu memberikan kasih kepada Pencipta, keluarga dan sahabat handai.

Barulah paradigma kita berubah.

Lebih baik lagi kita meneladani nama-nama Allah menjadikan Allah sebagai sumber inspirasi iaitu dengan meneliti 99 nama Allah...

Ar-Rahman... Pengasih
Ar-Rahim.... Penyayang...

Alhamdulillah terhibur juga akhirnya hati penulis yang sunyi merindukan keluarga. Syukur Ya Allah. Maaf abah dan mami. Anakmu di perantauan menyusahkan hidupmu. Moga abah dan mami sentiasa sihat dan dirahmati Allah

No comments: