Aisya tak pandai berkata-kata dan berkarya. Dirinya insan biasa seorang gadis kampung yang punya hidup dengan pengalaman tersendiri. Dia ada jiwanya sendiri. Dia ada citanya sendiri. Dia mahukan berjemaah. Dirinya lemah berseorangan. Tika dirinya sempit, dia mengenali siapa dirinya. Kadang-kadang dia lalai. Kadang-kadang dia menginsafkan. Pengalaman mematangkan diri dan jiwanya. Aisya selalu berfikir untuk apa dia hidup. Banyak yang yang telah dia cuba dan teroka. Dia punya kemahuan. Namun dia kurang kekuatan. Dia gadis punya cinta. Cintanya selalu diuji. Diuji kerana Bijaksananya Allah dalam memberikan cinta sejati buat dirinya. Sesalan dalam hidupnya mungkin ada dan mungkin tiada. Dia belajar apa itu erti sesalan melalui jalan tunjukkan Allah. Kerana jalan tunjukkan Allah itu punya hikmah. Hikmah itu Bijaksana. Subhanallah… Aisya pohon kekuatan dariMu Tuhan.
No comments:
Post a Comment