http://noktahyangtiadanoktah.blogspot.com/2009/08/keajaiban.html
"Aku bersyukur kepadaMU
Sungguh besar kebesaranMU
Memberi ruang, kesempatan dan peluang kepada setiap hambaMU"
KEAJAIBAN kejadian ALLAH itu tidak dapat disangkalkan oleh akal manusia itu sendiri. Dengan sifat AGUNGNYA, mentadbir sekalian yang ada di atas bumi ini. Ia berhak MENGHIDUPKAN dan juga MEMATIKAN apa sahaja yang ada di dunia ini..
Bahkan bagi yang menyedari hakikat itu ia akan merasainya. Walaupun kadang kala kita sering melupakanNYA, Namun sebaliknya ALLAH tidak pernah melupakan kita. ALLAH mengingati kita dengan ujian yang DIA berikan kepada kita. sedar atau tidak sedar bergantung kepada diri manusia itu sendiri. Bagi mereka yang lalai akan terus hanyut dengan jalan dipillih, bagi mereka menyedari hakikat itu, akan bersegera berpatah ke jalan yang di redhai ALLAH. Seperti riwayat Abu Hurairah;
"Tiada henti-hentinya ujian menimpa badan seseorang lelaki atau wanita mukmin, juga hartanya, atau pada anaknya, sehingga ia menemui ALLAH tanpa membawa sedikit pun dari dosanya"
Maka dengan itu, kita hendaklah selalu berdoa. Alangkah bahagianya Umat Islam itu hidup di bawah naungan agama agung ini, dimana ALLAH telah memberikan pelbagai anugerah kepada para pemeluknya, melimpahkan nikmat dan anugerahNYA kepada kita sepanjang pagi dan petang. Menurut Riwayat Tarmizi daripada Abu Hurairah;
"Berdoalah kamu kepada ALLAH dan hendaklah kamu benar-benar yakin bahawa doamu itu akan dikabulkan ALLAH. Dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH tidak akan mengabulkan doa daripada hati yang lalai dan leka"
Kesimpulannya, jangan mudah berputus asa dengan ALLAH, KEAIJABAN pasti berlaku. Kerana apa yang terjadi itu pasti ada HIKMAH disebalik kejadian. Lengkapi diri dengan kesabaran. Jika kita bersabar diatas kesengsaraan yang menimpa, ALLAH pasti meringankan musibah itu, menaikan darjat dan memberikan gajaran pahala bagi kita yang sabar. ALLAH berfirman;
''Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, kerana kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang"
[Al-Mukminun : 111]
No comments:
Post a Comment