Thursday, September 10, 2009

Mungkinkah aku perencat tarbiyah itu?

    Alhamdulillah hari ni sampai juga hajat dihati berbuka puasa dengan kembarku. Aini Hanapi. Tarikh lahir yang sama. Rindu sekian lama terlampias juga akhirnya. Hampir seminggu kami berjanji mahu berjumpa. KB Mall. Secret Recipe. Terima kasih belanja saya makan Aini sayang. Entah bila kami mula rapat. Mungkin kami sama-sama sunyi tidak berteman semasa di kolej 4 dulu. Saya di tahun 3 dan dia di tahun 4. Ya sunyi. Aini lah menyaksikan segalanya. Sakit jerih saya selama kesunyian di tahun ke3. Di tahun ke 3 di kole 4. Berakhir dengan titisan air mata melepas segala yang membungkam di dalam dada di MAB 1. Tak siapa tahu. Tapi aini tahu.

Balai Islam pengikat ukhuwah kami. Ya kami. Semua ahli Balai Islam yang memahami. Penyokong kerana mereka faham. Balai Islam membenihkan rasa kasih kami dan rakan-rakan lain. Bahkan JKP2 lain. Walaupun tanpa bai’ah. Namun kami dan ahli Balai Islam yang faham apa itu juang kerana ingin menegakkan bi’ah solehah di kolej 4. Kami faham kerana kami tengok dan lihat apa yang dilakukan kepada psikologi siswa dan siswi. Saya gemar bercampur dengan sesiapa sahaja. Dan dengan kegemaran itu. Alhamdulillah sahabat-sahabat ukhuwah inilah yang banyak memahami apa yang saya lakukan. Bersaing dengan pihak aspirasi menegakkan hak masing-masing. Diikut ke sana ke mari. Disebut di sana sini. Saya rela. Rela mengkambing hitamkan diri sendiri walaupun cita-cita saya menggunung ke langit iaitu ingin menjadi antara pelaksana projek-projek kolej 4 bagi mencedok pengalaman2 yang terhidang. Namun selalu nama dijaja di dalam mesyuarat-mesyuarat agenda mereka. Hanya kerana saya garang? Kelakar. Saya yang lembut begini dikata garang.

Melepaskan kempunan kak naqibahku untuk hadir ke majlis konvokesyenku. Walaupun di universiti orang...
Hehe Kak Naqibah yang sporting habis!
Dari UM ke UTM...

Tapi, mungkin salah saya. Tak dapat mempertahankan tradisi Balai Islam kolej empat. Tenggelam ukhuwah kami. Terputus generasi . Hanya kerana kelekaan dalam 'kesibukan' belajar. Dan kegagalan untuk memantapkan ruhiyyah tarbiyah. Mungkin sayalah perencat kepada terputusnya generasi dan tradisi. MAaf kakak-kakak dan akhi-akhi yang dulu sangat sayang akan kami.


Memang tarbiyah adalah yang utama. Namun tanpa kuasa atau proksi, tarbiyah itu tidak mungkin akan terlaksana. Berbeza antara matlamat orang yang ada roh Islami apabila menerima amanah dengan orang yang hanya menerima amanah semata-mata ketika memegang tampuk jawatan. MAtlamat itu cerminan peribadi. Peribadi itu dapat dihidu. Hiduan itu dari hati. Dan hati itu ada ikhlas. Pernah suatu ketika dulu Kolej 4 milik pemimpin kita. Kak yang tak banyak bercerita. Kak tak banyak bercakap.


Hadith Rasulullah s.a.w menyebutkan : "Constantine akan ditawan oleh tentera Islam...Tentera yang menawannya adalah sebaik-baik tentera dan rajanya adalah sebaik-baik raja..."


Dulu saya sanggup lesukan diri agar dapat menumpukan kepada kolej 4. TAk terlibat secara aktif kepada PMI luar. Saya tahu kemampuan diri saya. Mahu dan mampu mesti seiring agar yang dikendong tak keciciran dan yang dikejar sempat digenggam.


Sedarlah adik-adik, awk semualah harapan kakak-kakak yang telah meninggalkan kolej 4. WAlaupun akak tak banyak membantu. Namun, ingatlah KAMI SAYANG KOLEJ 4. WE LOVE UM.




No comments: