"Jika ketenangan yang dicari, ALLAH akan terus uji hati kita, hingga pada satu masa, kita akan rasa indahnya TAWAKAL padanyaNYA & itulah nikmat keTENANGAN dalam jagaanNya "
Thursday, April 2, 2009
BOM kena DTC?
Kenapa wujud spekulasi BOM di DTC? Lansung tak terlintas di fikiran sihat. Apa punca-punca dan kesan spekulasi seperti ini perlu diwujudkan? Sehingga ke peringkat polis datang dan minta semua peserta dan penonton keluar daripada DTC. Ini telahan saya sendiri:
Satu: Mungkin dapat menyuraikan majlis seni yang melaghakan. Kalau betul ada BOM? Ish bahaya benar. Minta dijauhkan mendapat kecelakaan di kala begitu… Sama-sama lah kita doa minta dijauhkan.
Dua: Mungkin selepas ini akan ada lah andaian-andaian percuma siapa master plan yang menjadi bayang di sebalik kejadian ini. Publisiti murahan. Mentang-mentang nak pilihan raya ni.
Tiga: Alhamdulillah spekulasi begini tidakpernah wujud ketika majlis-majlis ilmu dan ceramah agama diadakan. Kalau ada sekali pun, sesiapa yang hadir meninggal di tempat yang baik InsyaAllah… sedang mendengar peringatan bersumberkan ilmu akhirat.
Empat: Sudah tibakah tabiat kebaratan yang melampau? APRIL FOOL yang mengundang kemudaratan? Ingat ini kes main2 ke? Boleh jadi kes sehebat BOM ALTANTUYA ni.
Yang paling saya tidak berpuas hatinya. Ketika saya dan sahabat-sahabat mengangkut makanan dari kolej 12 ke fakulti bahasa semalam, penonton-penonton sedang berjemaah beramai-ramai berjalan ke DTC tu.Sukarela saja kalau bab ni. Kalau nak ke majlis ilmu tak pulak macam ni. Bas disediakan pun tak ada pulak nak naik. Kalau bas tak datang kutip, lagi la panas. Terus balik ke bilik semula tukar baju dan ‘Fed up’.
Sedih…sedih… Islam semakin gharib.. hatta kalau pakai tudung labuh saja ingat ambil pengajian Islam. Iyelah, memang ambil… “Full time Muslim”.
Moga-moga kita rajin mendoakan mereka yang masih mencari-cari jalan pulang ke pangkal jalan. Mengamalkan amalan-amalan menyintai Allah dan menjauhi hidup yang melaghakan. Sirathol Mustaqim… InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
apa...ada bom...huhu..mmg debom la...tapi kepala khi@&r tu apa keputusan siasatan? dah tangkap suspeknyer??
konklusi yang dapat dibuat ialah april fool sahaja cik hazim.
Pasal kepala **** tu dah senyap dah. Siasatan katanya masih dijalankan. Tapi tak ada 'date due' penyelesaiannya. Kat akhirat nanti mungkin terjawab lah. InsyaAllah
Kata mereka-mereka ialah orang luar yang punya angkara. Jadi nak tak nak kita terpaksa terima.
Post a Comment